Friday, February 25, 2011

Pasong

New word aku dengar pasal menda ni, rasa pelik tak kenapa aku query this words.  Sebenarnya semalam kenkawan aku tolong aku tengok nape aku tak kawin2.  Hish lagi aku percaya menda2 cam ni lagi fenin kepala aku, aduhai bukankah jodoh tu di tangan tuhan, kalau dah bukan jodoh nape nak dikaitkan dengan pelalau la pasong la. Lagi dengar lagi geram kalau tau siapa yang buat tu, nape dia x nak aku kawin kalau dia kawin berkali, kalau dia suka nape dia wat aku cam ni, nape x wat kasi aku kawin ngan dia. Ahhhhhhhhh gila aku dengan semua ni kalau aku fikir dan fikir tapi apa aku rasa ni kenkadang aku rasa pelik kenkadang aku rasa cam ok je kalau tak kawin sebabnya aku tengok kenkawan aku yang ada masalah ngan laki depa, laki cari betina lain la, laki amik kawan sendiri jadi bini, laki kaki judi, laki malas keje.  Apa aku nak cakap lagi kalau semua ni menjadi masalah so better to be alone.  Kalau kenal lelaki nak cakap kotor2, nak ajak gi hotel nak ajak sex phone, what for aku nak kawinkan....ah semua ni wat aku bengong saja...Kalau cam ni aku pun takut nak kawin la, oh tuhan tolong jauhi aku dari lelaki cam ni, memang susah aku nak dapat lelaki perfect tapi jauhi aku dari lelaki yang aku sebutkan tadi, aku rasa cam sangat bodoh kalau berkahwin dengan lelaki2 macam ini.








Wednesday, February 23, 2011

Kacamataku Vs Contact Lense

Alamak di saat2 aku suka pakai spec, spec aku ilang plak, penat aku cari pagi tadi.  Dimanakah dia bersembunyi, actually minggu ni aku tak layan pakai contact lense coz tidurku kurang nyenyak, so kalau pakai contact lense akan rasa kering sikit.  Tapi apakan daya pagi ni spec aku ilang, tak tau kat mana aku letak, berapa minit aku try dalam timbunan kain semua aku punggah, tak jumpa gak, so terpaksalah aku pakai contact lense, gerammmya aku.  Kalau spec tak jumpapun aku susag juga coz the only one aku ada untuk pakai memalam, kalau idak mata aku tak nampak la. Alahai alamat ari ni kena gi amik spec baru aku la kat kedai.  Memang dah lama nak gi amik cuma tak terlayan jalan jem kat Jalan TAR tu, so dah langsung aku training kat TMTC dapatlah aku singgah amik ari ni.  Erm harap2 spek aku tu comel lagi dari spek sekarang incase spek yg lama tu x jumpa. Puji la diri sendiri sapa lagi nak puji.



Cuaca Dan Tekak Aku

Cuaca sangat panas, tidur malam pun berpeluh, bukan tu je tekak aku pun turut menderita, dah banyak air aku minum, tak jadi apa pung.  Aduhai siannya tekak kalau cam ni, batuk rasa perit, kalau tak sumbat air takut luka plak.  Aku rasa semalam sangat penat, ntah tak tak tahan la nak makan pun rasa tak sedap, beli membazir aje.  Aku rasa elok lagi kalau hujan, nak layan fesbuk pun malas batuk dan rasa sangat sakit. Tak tahannya rasa cam ni.




Monday, February 21, 2011

Training Wajib

Hari ni aku attend training kat TMTC, dulukan aku kalau training kat sini malas je nak gi, tapi sejak last week berkobar2 plak nak gi.  Bosan kenkadang dok ofiskan, biasala tengok muka tu je, dengar sora pekik tuh ja, naik bingit telinga aku.  Ari ni aku gi course ' The art of teamworking' wah aku rasa diri aku tak pandai nak keje teamwork that's why I'm choose this course.  So far walaupun aku attend half day, morning I've meeting with PRM regarding Bonus Spec.  Bilik meeting penuh, sebab pa sebab ramai nak tau bonus quantum, kalau idak haram nak datangkan.  Wah ditilik2 keje2 HCBP wah banyaknya keje aku, nak kena sort data, nak kena wat PDC Curve nak kena tu nak kena ni tu belum non exe punya gi, alahai tak layan FB la lepas ni aku.  Lepas bonus kalau ada merit plak, lepas tuh EPE, alahai keje aku akan bertambah2 lagi. 

Bestkan walaupun aku attend course half day, ada gak sorang dua aku kenal so aku join team depa, lega tak yah nak pk banyak, course so far aku rasa cam best cos pengajarnya cam banyak info, tak bosan ada break time, ada kelakar2 an aku rasa enjoy dari aku dok nganga kat ofis..Yang best tuh ada yang menegur muka aku familiar ada ka dia cakap aku keje kat TM Bukit Mahkamah, tak pe la asalkan aku keje jgn dia cakap muka aku cam tukang sapu or tea lady udah le..  Nampak sangat cam aku famous...sebenarnya susah gak kan kalau semua orang kenai..ada ka patut org yg tegur aku kat cafetaria tadi aku hampir tak kenal, sib baik memori aku cepat recall, gi pong minah tuh dah kurus aku memang terlupa bangat muka dia...Aku tak sombong la.








Terasa Makin Kritikal

Apa la sakit cam aku ni, bila nak baik yer.  Kalau asyik cam ni je bosan gak la idup kan.  Alahai banyak sumber cakap cam menda yang sama, so macam mana tak caya, abis apa effect dan impactnya.  Dah cuba banyak kali berubat, tapi cam tak de hasil je.  Apa aku nak wat nak kasi baik yer.  Pelbagai cara dah pergi sampai ketakutan pun ada disebabkan disukai cam gitu, apa la semua ni jadi kat aku.  Orang yang wat tu relaq elok ja, idup bahagia leh kawin empat lima kali dah.  Entah la susah aku nak caya semua ni tapi kalau dah tak tahan sangat kena la gi berubat gak kan.  Orang cakap jangan caya jangan caya tetapi kenkadang aku susah nak jelaskan kenkadang aku tecaya gak.  Susah nak jelaskan kat orang cam ne sakit aku ni coz I'm look happy go lucky.  Susahnya jadi aku laaaaa..



Sunday, February 20, 2011

Terasa Kurang Sihat

Alahai lama dah aku tak sakit setakat sakit kepala dan badan rasa lenguh2, sakit pala tu salu la, kalau sakit berat2 ni susah kena la.  Selera makan pun ilang, ni bagus leh kurus, ha ha.  Yang aku tak suka tuh, senang idup x yah diet2.  Yang aku risau la ni badan aku lenguh2 abis, nape ni, alamak banyak dosa ka aku ni. Sian aku.  Tapi nasib baik sakit lepas puas berjalan2 kalau idak, rugi la pi jalan sakit tak feel la.  Kepenatan ni adalah ekoran dari balik kampung raya china drive ari tu lama dan gi Hatyai minggu seterusnya, adus penat gila.  Sengal semua cukup, apakah sakit ini, aku pun tidak tahu, batuk pun ada cikit.  Janganla ada penyakit pelik pada aku, ya allah.




Friday, February 18, 2011

Peramah DiSalah Ertikan

Susah kalau jadi orang sombong orang cakap kita tak tegur la tak berkawan la, pilih bulu la, actually I know my limit.  Salu kalau aku baik ngan orang, aku memang over peramah, sebab tu la ni aku memilih untuk berdiam dan layan2 kucing ja.  Kenkadang timbul ketidaksukaan orang yang rapat dengan orang tu, so must careful untuk tak melukakan ati orang lain, walaupun sebenarnya orang tuh tak de pe pa2 ngan org tu tapi cara query cam aku nak rampas je.  Aduyai..susahnya jadi peramah, kalau aku wat sombong ada aku kesah orang kata aku.  Tensennya jadi aku.

Susah la baik2 ngan laki orang pun susah ngan budak bujang@anak ikan pun susah abis nak kawan ngan sapa yer, kalau cam ni tak berkawan la aku.  Kalau dengan lelaki yang tua of course suka cakap menda menda tu je, aku pun naik meluat la, kalau aku suka jadi tak suka la sebab depa ni bukan boleh bagi muka, bila kita open minded dia memang nak cakap ke arah tu ja, kalau kita wat2 bodoh cakap kita ni tak best la tak frendly susahnya jadi pompuan kan.  Nak kena jaga tu jaga ni kalau salah langkah, silap cakap semua yang tak elok tu aku je la.  Sabar sabar pun ada tahapnya sebab kenkadang tak leh gak nak layan orang2 cam ni, kalau lagi layan lagik menjadi ..




Kepenatan Tahap Gaban

Alahai baru terasa tidur yang aman setelah gi jenjalan dengan puasnya kat Hatyai balik KL, adus rasanya kalau jadi Superwoman kan best.  Aku memang suka jalan jalan ni, kalau dapat kerja yang boleh melawat serata dunia alangkah bestnya.  For sure tak ingat nak balik Mesia, he he he. Kepenatan yang aku rasa ni adalah ekoran dari malam siangku yang kurang best, bukan tak best apanya aku enjoy ngan kenkawan tapi jiwa aku kacau, debaran demi debaran yang membuatkan aku tak senang call orang yang ntah apa apa yang aku tak kenal sangat.  Aku rasa sangat pelik sebab aku bukannya kenai sangat mamat tu tapi ntah apa2 aku rasa cam gilakan nak dengar sora dia, ahhhhhhhh nahe mungkar aku wat cam tu.  Ada lagi satu yang aku pelik adalah aku tak boleh lupa dengan orang tua yang nak bersara tu.  Bila dia nak berambus dari khayalan idup aku, aku dah letih la tak da ending langsung, agaknya kalau dia masuk kubur @RIP baru la aku aman.  Apakah ini aku cam gilakan dia yang wat bengong bangang kat aku, semalam sempat bertanyakan dengan sesorang pasal jiwa kacau aku ni, at least aku clear dgn penerangan dia.  Resah gelisah ni memang lama dah aku salu rasa sampai satu tahap aku rasa tak leh nak stay kat rumah kena kuar pi jenjalan.  Yang aku tahu tuhan maha adil walaupun apa yang nko wat aku nko akan dapat pembalasan lebih teruk dari itu.  Tahu tak resah gelisah itu buat aku tak keruan, tidur dan makanku macam orang sasau ja........kalau nko rasa apa yang aku rasa baru nko taukan...allah maha adil, allah maha mengetahui dan allah maha melihat apa yang nko lakukan...



\




Thursday, February 17, 2011

Makan Lagi

Semalam birthday kawan kami, Fanim, so kita orang gi lepak kat Chawan je.  Saja bosan lepas depa pi Fitness Centre so kami lepak kejap, yang mai aku, Nomi, Haja n Fanim je, si shapiq tak jadi pulak. Lepak kat sini best gak, cool je nampak orang kat kedai ni semua cam aku kenai ja, patut la satu company rupanya depa pun suka lepak sini.  Aku order nasi tomato rendang daging coz lunch aku tak makan bibir aku berdarah la, pedih so aku takut makan makanan yang pedas dah boleh menyakitkan bibir aku.  Budak2 lain order roti, laksa, dan keropok lekor.






Borak plus gosip kami happy ja kat sini.  Best dengar Nomi cita pasal blog...


Wednesday, February 16, 2011

Exercise Juga Walaupun Penat

Sebenarnya semalam aku plan tak nak exercise coz aku sangat penat tapi bila teringat dah bayar kugagahi jua pakai sport attire utk wat exercise.  Ari ni dance lagu sama Wakaka by Shakira, actually aku tak suka repeat dance dalam masa yang terdekat coz bowink.  Aku memang tak suka lagu ni sangat sekali sekala ok tapi kalau salu aku menci la.  Alahai menyampah, kalau aku kuaq awai tu tandanya aku x suka layan la, trainner should know la nape orang kuar awai, sebenarnya bukan time constraint, tapi aku x suka aku layan sebab aku dah bayar la.




Homestyle Kopitiam

Hari senin kami lepak kat Homestyle Kopitiam kedai Nad@dia ni mualaf, dia china kawin ngan melayu lepas tu kena cerai, sian dia.  Aku lepak bila Sheema call ajak jumpa n sembang2 lagi so aku gi ngan adik.  Lepak kedai ni best gak, layan jiwa kacau.  Kami gi agak lewat kul 7.00p.m cam tuh coz jalan sgt jem kat Cherok Tokun.  Adik dah terer jalan so tak risau sgt walaupun aku drive kete dia.  Best gak lepak sini, sebab rasa tenang gila, tak bising, tak stress nak park kete, semua senang.  Aku order nasi goreng mama, air nescafe, sebenarnya aku sgt kenyang tapi layan ja.










Aku lepak ngan Shima, adik, and Nad, sambil jumpa junior sekolah aku Norlia. Kami lepak sampai kul 10p.m aku, pun minta diri setelah banyak menda kami gebang pasai cita sekolah kami. Esok aku nak sambung journey balik KL pula naik train lagi.  Sangat penat naik train, sama gak kalau aku drive sakit badan gak, abis cam ne. 




Jenjalan Makan Angin From KL to Hat Yai



Bestnya dapat jumpa kawan lama kan..Sanggup balik kampung jumpa tu, bertolak 7.30a.m hari Ahad 13 Feb 2011 balik hari yang sama sampai kul 1.30a.m.   Yang best tu depa kenai ja aku, aku cam kenai cikit2 depa tapi bagus betul depa.  Bestnya dapat jenjalan sesama gi Hatyai plak tuh..kelakar kan jumpa terus pi jenjalan, tak dak salam apa..ha ha..Itulah dunia idup orang bujang tak dak commitment boleh rembat ja pi jalan mana2 pong..Anyway gi Hatyai aku tak suka cakap sebab aku geli makanan depa cam kotor cikit la, kawan aku jenis tak kisah depa rembat ja aku geli geleman la.  Sian aku memang makan memilih lol, cam ne nie..Sekali ni adventure cikit naik kereta api@KTM sampai BM, next day ari ahad gi naik Innova masuk Thailand.  Macam mana pun fun je la gi sebab manyak menda aku cam risau je, risau x dapat masuk Mesia balik..Anyway tourist guide ni cam ok la, warganegara Thai tapi IC Malaysia, ah aku pun tak faham kenapa.




Gi pasar terapung aku geli gak, Abe@Tourist guide tak abis2 gelak kat aku, sebab aku cam susah nak makan.  Tapi dia baik ngan aku, banyak menda aku korek ngan dia, dia ckp la dia pun bisnes sewa kete, dia tanya aku bila nak jual kete aku so aku cakap nak abis bayar baru aku nak beli.  Dia soh aku juai kat dia sebab rugi dia kata juai kat orang lain, wallahualam...Tengok la cam ne.  Aku shop cikit2 ja kat sana tak la beli banyak barang sebab aku tak berapa gemar qualitynya, barang murah cepat rosak lol, yang wat aku ingat Hatyai ialah pulut durian je, sedap rasa cam nak makan lagik la..lagi dan lagi...Sheema asyik usik aku jaga2 ngan Abe sebab dia ada bini dua ka tiga orang, he he patut la romantik cikit dia ni, aku suka gak la cakap ngan dia, dia baik pada aku tapi lebih2 x dak la...










Friday, February 11, 2011

Aku Dan Dia Lagi

Sesekali aku teringin nak kawan ngan orang, tapi bila kenal ngan orang yang tak best, jadi kita pun rasa x best kan.  Aku rasa kawan ngan DIA juga yang bestnya, kenapa mesti DIA, kenapa dia yang aku suka, aku cuba lari dari DIA, tapi aku tak terdaya kenapa DIA wat tak tau je kat aku yang bodoh2 gila nak mampus kat DIA.  Bengong plus bangang la aku niekan sian Aku....



Thursday, February 10, 2011

Aku Dan Fesbuk

Sebenarnya aku masuk fesbuk semata2 nak luangkan masa aku yang banyak lum terabis2 ni.  Bila kenal ngan orang yang suka cakap kotor2 ni jadi nak meluat la plak.  Bukan aku nak berlagak alim, bila cakap dengan orang pasal menda2 ni mesti dia cakap kita pun layan.  Bukan layan sebenarnya aku lebih suka berkawan orang yang kita tau kelakuannya, kalau awal2 kenal dah cakap kotor cam ne yer.  Nasib baik semalam aku period pain so darah aku sejuk je, nak tidor je keje aku.  Kalau idak meluap2 la rasa nak marah kat orang.  Susah kan jadi perempuan kalau cakap menda elok pun jadi tak elok, kalau cakap menda tak elok lagi la orang pandang serong.  Tapi lebih baik jadi lelaki buat menda jahat pun elok jer, kalau wat menda baik alhamdullilah. 




Wednesday, February 9, 2011

My Exercise Day

Alamak patut la semalam penin sangat kepala rupanya aku period, semalam cam x best je mood aku patut la.  Alahai tido dah la pakai short je, sib baik sedar kalau idak abis tilam aku.  This is my first time kena time nak exercise, x bestnya dah la dance lagu Shakira Waka Waka(This is Africa).  Banyak skit pergerakan, gelek sana gelek sini, goyang sana goyang sini, aku x selesanya ya allah. Tapi dah bayar sayang plak tak attend class kan, keluar peluh sikit2 udah le.  Hish tak de mood betul walaupun lagu best, dah makin berumur ni feel semacam plak bila period ni, sakit kepala, rasa nak baring dulu tak de la cam ni.  Susah gak jadi perempuan ni kan ...ya ampun..



Tuesday, February 8, 2011

Nak Pasang Aircond

Astaga tu la bila dah duduk menyewa bab2 rumah ni aku kurang sikit, sangat kurang banyak rasanya.  Call kedai cam bagus tanya tu tanya ni, menda yang aku tanya tu sebenarnya aku tak tau pe2 tuh yang kelakar tuh.  Aku hanya nak tau brand bagus ke idak, yang aku tak tanya ciri2nya , sib baik tanya2 orang baru aku tau apa itu HP, he he hanya tuhan je tau betapa bodohnya aku pasal2 menda ni.  Lawaknya aku baru tau HP tu host power, ha ha ..tapi aku tak tau function 1.0HP, 1.5HP, 2.0HP, apakah semua nie..lawaknya for my room as advice by my ofismate guna 1.0HP jer.  ok la the small HP I'll get lower price..he he..So next time kita kena le careful bab2 ni kena la tanya orang2 yang ariff jgn pepandai sendiri kalau idak kita yang rugi bukan orang lain. Tak rugi bersuara kan..jangan malu2 jangan segan2...



Order Salah

Tensennya dah la aku teman orang mkn tapi makanan aku salah..kalau nkorang apa perasaan. Aku maintain wat muka baik dalam hati sabaw jer la. Sib baik petang aku dah rembat 2 biji cream bun yang sangat sedap dan mungkin la iabaru dibuat aku rasa.  Alhamdullilah tuhan maha adil dan mengetahui, balik umah kakak aku ajak gi kedai dia nak beli apa ntah, kugagahi juga walaupun kakiku sebenarnya sangat lenguh dan kebas.  Akhirnya dia ajak aku makan, aku tak berapa selera tapi sekadar teman ok jer, order je bihun sup cuma tak berapa jalan la sebab dah hilang selera awal tadi.  Balik umah makan jambu batu yang beli hari sabtu tu kat R&R Highway Tapah,  ingat nak bawa bekal kasi kenkawan makan tapi aku rembat la sebijik dua untuk cover dinner yang dah agak lewat ni.  Akhirnya aku tidor dalam jambu batu, dah niat lam ati aku tido dulu bangun solat isya pagi2 la, gi pun subuh masuk lewat, aku salu pukul 5 a.m dah jaga so no hal la tido dulu...


Sunday, February 6, 2011

Bedroom Furniture

Alhamdullilah sesampai je aku kat PJ, kami ke Perabut Malaysia tgk furniture, atas dasar window eyes je, apakan daya naluri aku yang tak tahan, saja2 gatai harga boleh tahan.. Tapi sangat suka color yang aku salah cakap la kalau x bukan color putih..he he he..Anyway aku cop dulu kalau aku suka aku datang balik la tauke kedai, memang berkenan semua sekali bed,mattress, dressing table, wardrobe. umah aku cinonek je..umph tapi aku memang x satu barang pun nak letak lam apa, kena amik kira gak ni sat gi orang mai umah tgk apa pun tak de cam ne, malu aku kan..dah la menda lain aku rasa nak KIV dulu.  Apakan daya dah masuk umah baru semua kena beli la...kalau beli siap2 nampak buruk plak



Dinner Tonite

Astaga, rasa nak makan macam2 plak sebenarnya ni la puncanya kalau skip lunch.  Aku sebenarnya dah malas nak top up perut aku ni, depa ajak plak pi pasar malam. Aku rela tidor dari gi carik makan sejuk2 ni, tapi ada dua insan lain pun rasa lapar kesian la plak aku pun pi la jugak.  Pi pasar malam apa lagi aku nak tunjuk mestilah cari northen food, perut aku mana nak tima makanan negeri lain sangat.  Apa lagi aku beli laksa kedah la kat pasar malam taman medan, aku beli nasi lemak yang aku rasa nampak pun tak menarik, tapi atas dasar mak cik yang nampak pembersih aku beli la.  Harga dia tak la mahal so aku tak kisah la, walaupun aku add on macam2, RM1.50 adakah patut, dia dapat untung apa yer, seperti biasa beli air kelapa walaupun ujan2 yang sejuk ni.   Balik umah makan laksa tak abis, continue ngan nasik lemak, balut cantik rasa x cantik, nampak gaya first and the last la, sian mak cik sambal masak lelama sikit, macam tak berapa masak je acik, sakit perut orang tau nanti.  Walaupun murah kalau tak sedap, kalau kasi perut sakit apa faedahnyanya buang masa gi umah kecik ja, buang masa que panjang ja nak beli, balik umah hampeh ...

House Renovation

Rasa nak marah semua ada bila dapat tau my house lum siap renovation, coz I've plan to move in end of this month. Only small renovation not all, table top, kitchen cabinet and skirting.  Today buat lawatan mengejut, anyway rasa amat puas ati dengan workmanship dia orang, so tak menyesal la ambil dia orang.  Alhamdullilah, syukur sangat2 cuma marah sebab janji tak betul jer.  Aku rasa cam tak sabar nak duk umah sendiri la.  Now tengah fikir2 balik, perlukah change my mind color cabinet tuh.  Last time I like black for table top meanwhile white for kitchen cabinet, but atas nasihat kenkawan tak moh kunyit lekat kat cabinet tuh, I'm thinking to change the color instead of white I'll choose grey, what say you? he he he..Anyway no final action taken and no final result, anything can happen. 

Umph I'm quite happy coz someone add me in his facebook is my neighbour. we're at the same level at Level 10.  Siap soh kenal2 ngan wife bila aku pindah sana, satu perkembangan yang baik coz opposite aku jiran melayu, kalau dulu aku tak suka jiran melayu but now aku rasa safe kalau ada jiran melayu.  Bila ada emergency case orang yang nak tolong kita sudah semestinya sama banga kita dahulu, tapi tak semestinya lain bangsa tak boleh tolong.  Atas dasar perikemanusian kenkadang kita akan tolong orang lain, betul tak?



Saturday, February 5, 2011

Cerita Balik Kampung

Hari n aku continue menulis kat blog ni balik setelah lama aku tak layan masa dok kat kampung, bukannya apa malas nak layan coz banyak sanak sedara melepak kat umah.  Sebenarnya aku dah balik KL masa layan blog ni, ari ni jem juga so penat gak bawa kete coz x leh speeding sgt kiri kanan mat traffic dok tunggu. Wah penat rasanya drive bawa VIVA, bukan eksyen tapi dah biasa bawa kete laju2 rasa cam penat bawak kete ni..he he..Balik balik je dengar cita tak best dah la drive penat dari kul 8p.m penat tak abis lagi sampai je kul 2a.m pagi pun lum abis cover dok dengar cite yang sama je.  Bosan kan, tapi semua orang ada masalah, yang kelakarnya ni bukan masalah aku masalah orang.  Adus aku wat pekak telinga malas dan aku malas nak campur, sebab masalah ni dari dulu tak abis2, pasal duit tanah, pasal duit kwsp, pasal anak angkat yang x kenang budi, pasal datuk nenek yang sayang anak angkat lebih dari cucu sendiri, pasal orang yang gila nak menikah tapi ada masalah, pasal anak yang suka memperabih duit mak sendiri nak kasi jantan, pasal mak2 sedara yang gila duit tanah, pasal bapa sedara gila nak menikah kali kelima.  Adus kalau aku duduk berbulan mau biol aku dengar cita ni semua...OMG nauzubillah, aku kepenatan drive lum abis takan aku nak dengar semua ni, cita berulang yang episod tak akan abis sampai bila2...


Wednesday, February 2, 2011

Masalah Orang

Bosan gak kalau balik kampung tak abis2 dengar masalah orangkan bukan masalah kita,  Masalah tu plak masalah sama je yang salu orang tu buat masalah.  Pi sana sini dengar masalah, aku yang tak dak masalah nak pikiaq plak masalah orang cam ne ni.  Hish tuhan je tau cam dalam ati aku ni, ingat lari dari KL nak release relaq kat kampung rupanya kat kampung lagi bosan dengaq masalah orang sana sini.  Sian toi orang cam aku ni tak dak masalah jadi masalah bila dok dengaq masalah orang, masalah yang tak logik dan sendiri yang bikin..ayoooooooooo mati aku cam ni leh gila kalau asyik dengar ja