Dah nazak dekat2 nak posa balik baru nak ganti, padan la dengan muka. Kenapa tiap2 tahun tak pernah insaf kecuali tahun lepas. Adus memang tak pernah nak ganti awai2, last minit baru ganti, so no time, sahur ka tak dan sahur, puasa harus diteruskan. Berbuka puasa ala kadar saja pun bukan satu alasan tak mahu ganti posa, aku memang kena juga. Dah dua hari sahur cam perantau di luar negera, minum makan sikit pas tu dah nak azan. Ntah la nape sekali ni asyik nak terbabas ja sahur. Yang paling tak boleh blah aku sahur dengan biskut marie sekeping dan makan jagung beli kat pasar malam dan minum air glucose saja.
Kepenatan melampau buat aku letih terbongkang, tak sangka aku tertidur lepas buka posa dengan tak mandi, terjaga pukul satu bangun mandi juga, pas tu terjaga2 lagi, berapa kali terjaga aku pun tak tahu. Last2time nak sahur, tak banyak masa tu ja aku sempat makan, tapi semua tu bukan alasan aku nak ganti puasa, aku ok ja walaupun mungkin petang2 aku akan layu, tu semua dugaan last minit ganti puasa.