Tuesday, December 31, 2013

Kifarah Dosa

Bila kita sakit apa yang terlintas di hati kita mesti la yang negatif ja kan.  Tapi kalau kita berbalik kepada ajaran agama kita akan realize balik kenapa kita sakit, sakit sebenarnya kifarah dosa, kalau kita ingat tu tentu kita akan lebih tenang, tapi kalau kita ingat benda yang negatif memang rasa nak marah dan tak puas hati serta nak balas dendam.  Kita ni insan biasa kenkadang diduga dan kenkadang bahagia.  Kalau sakit tu deritakah, ermm tak patut la kata macam tu kan, kalau dah lama bahagia kenkadang derita juga.  Cuma kenkadang bahagia kita buat orang lain derita.

Tapi ni aku copy dari satu blog untuk dikongsi bersama apa itu kifarah:

Bila kita sakit, 

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.  Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah kifarah dosa.

Kifarah tu apa..???

"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.  Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.  Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penuyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

Subhanallah, betapa Allah itu mulia dan baik hati terhadap kita.  Jadi jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada allah.  Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.  Bersyukurlah dan ucapkan alhamdullilah.  






Muhasabah

Setiap apa yang berlaku ada sebab dan penyebabnya, malas nak panjang cerita muhasabah diri ja untuk tenangkan hati dan jiwa, walaupun tahu sebabnya.  Next time berhati-hati pilih kawan, berhati-hati baik dengan orang, tak semua orang hati budi baik.  Ada niat tak baik di sebalik berbaik2 dengan kita, tu kita kena beringat, kalau tak ingat musibah la pada diri kita.  Apa yang penting jangan terlalu baik dengan orang dan jangan terlalu percaya kat orang.  Zaman sekarang orang tak kira, ada yang tak sedar diri ada yang bangga diri bagus, ada yang phsyco dan ada yang penghasut kenkawan.

Aku paling menyampah orang yang tak sedar diri,nak kata di rumah tiada cermin may be lagi banyak dari rumah aku.  Aku rasa physco kenal orang2 di tahap tak sedar diri dan menyusahkan hidup orang lain.  Jangan tangkap muat untuk nak hidup senang, jangan tangkap muat sebab tertekan, jangan tangkap muat sebab nak tutup mulut orang.  Hidup tak bahagia, hati tak senang, tapi kalau ilmu agama penuh di dada may be tak buat benda2 tak elok kat orang.  Kalau rasa nak hidup mewah dengan menyusahkan orang lain, elok la bertaubat nasuha, hidup tak aman nanti, dapat pembalasan may be dari orang lain pula. 

Apa2 pun jangan nak menaruh dendam pada orang lain sebab nawaitu nak mengena orang tak dikabulkan oleh yang maha esa.  Bertaubat dan muhasabah diri sendiri kenapa nawaitu tidak direalisasikan oleh allah, nawaitu mungkin tak betul la kot.  Apa2 pun mesti muhasabah sebab tak dapat apa yang dinawaitukan tu.