Ooops alamak CNY ni adik aku nak bertunang mati la aku kena smash, adik bertunang, orang lain kawin semua aku kena, cam ne ni aku mesti kena soklan killer dari orang kampung yang memang orang kampung. He he, dulu aku kena berbijik2, ada yang kata simpan lam kain la, ada yang kata sampai bila nak jadi andalusia, ada depan faham perasaan aku nie. Sebab tuh aku cakap depa orang kampung yang memang orang kampung, memang tak jaga ati dan perasaan orang lain lol. Erm...mak wat kenduri mesti besaq, alamak rumah aku mesti meriah, kalau ada kenduri, aish aku la yang tak larat nak tempis soklan2 yang x best nak jawab, kalau jawab cakap anak dara kurang sopan plak. Sian aku kan. kenkawan tolong cari saya sorang bakal suami boleh, saya dah tak larat nak jawab soklan bila nak kawin kat orang kampung nie. Kesian mak aku cam ne nak jawab soklan bagi pihak aku, mesti dia pun terasa bahang ngan tempiasnya. Minta maaf la mak, saya lum ada jodoh, kalau saya da secepat mungkin saya akan kawin, semoga mak tak malu dengan status saya ini lagi. Alahai sapa nak tolong saya, tolong tolong, tolong saya nak kawin, ada sesiapa tak suka ngan saya sila pinang saya, semoga saya mendapat jodoh yang baik kan...
No comments:
Post a Comment