Dah dekat 2 minggu rasanya aku kenal dia, jauh di sudut hati aku aku memang suka dia, tapi yang menjadi kerisauannya cam selalu takut aku siok lebih dia ntah apa2. Jiwa rasa kacau kalau tak dilayan, rasa cemburu, rasa marah asyik nak cari gaduh je. Alahai cam jatuh cinta plak ngan mamat ni, umph tapi dalam ati aku rasa dia yang suka aku lebih sebab pengakuan berani kat wall dia. Memang aku dah delete dia tapi dia cari aku balik, chat baik2 ngan aku, aku pun cuba la berlakon jadi perempuan baik. He he he, sian aku sebenarnya aku tak suka berlakon cam ni dengan lelaki yang aku suka pong, aku suka direct cakap je apa aku suka tanpa ada rasa maksud tersirat. Ntah apa mamat ni suka ngan aku, aku pun tak tahu, alhamdullilah kalau dia suka aku sejujur2nya seikhlas2nya, aku dah banyak kena ngan lelaki yang hanya pura2 suka tapi belakang pasang lain. Erm kalau dia jujur ngan aku, aku accept je dia walau siapa pun dia, aku tak pandang harta kekayaan aku tak pandang wajah hensem tapi yang kau nak dia sayang aku lebih dari segalanya. Aku tak segan silu tanya betulkah dia bujang, jangan tipu aku yer, kalau tipu lagi memang malas la nak bercinta lagi. Dua tiga hari ni aku rasa pelik, tak tau la dia rasa yang sama, adakah aku layan YM ngan dia sampai pagi tak tido, aku tak pernah wat ni semua dulu2, lepas YM on call plak. Rasa cam gila bayang pun ada asyik bergayut je cam pasangan kekasih sedangkan kami hanya kawan, jadi burung hantu la kita orang bergayut sampai subuh. Bila gi keje aku mengantuk, fenin kepala pun ada. Dia aku tak tau walahualam, mesti lagi fenin layan bos jepun dia tu. Ayat yang aku suka semalam dia cakap, awak saya nak gi meeting ngan beruk2 tu jap2, beruk tu rupanya bos jepun dia, tak tahan aku dengar dia cakap cam tu. Tapi susah jaga pak su ni dia ni cam manja sikit, nak orang jaga dia lebih2 nak orang take care dia saja, kenkadang tak terlayan aku nak layan chat ngan call dia. Aku kena jaga tutur kata kalau cakap ngan dia, dia pandai cakap pasal agama, pasal semua la, kenkadang aku rasa macam aku dah ada kekurangan sikit berbanding dengan dia. Tak pe tengok la cam ne, setakat mana aku leh tahan kawan ngan dia, aku suka dia tak semestinya dia suka aku kan. Walaupun dia cakap dia suka aku, aku nak dia suka aku lebih dari aku suka dia, baru ati rasa senang. Tak yah fikir dia ada scandal ngan orang lain.
1 comment:
ouch debor baca
Post a Comment