Dah lama tak balik kampung, last2 aku decide last minit balik le, tak war2 pun kat dalam FB kata aku nak balik coz salu aku tulis salu tak jadi ja. Lagi pun aku cam rindu nak makan masakan mak, actually maknya birthday jatuh hari Ahad tu, so aku ngan adik celebrate birthday mak sekali la. Hadiah kat mak aku kasi telekung dan bag, aku beli kat Vietnam, alhamdullilah mak suka. Kuaw makan kat luar dan pi pasar malam Junjong, best plak rasanya dok kampung. Aku cam biasa suka berkurung lam umah, malas nak kuaq, kalau adik ajak bawa kete dia aku follow ja. Dengar cite dan masalah orang kampung@sedara mara la wat aku tambah pening.
Balik kampung nak beli lesung batu konon tapi mak cakap nak kasi sebab kat umah ada tiga, last2 tinggal plak. Pi Baling umah kakak ketiga aku, sayangnya rumah dia cantik oleh kerana lokasi taman kat Baling tu cam terceruk so suasana taman di Baling ni dah macam hilang jadi semua cam kampung, umah dia semi D, ni first time aku pi. Jumpa anak buah aku Aina, paling best, anak buah lain ok juga tapi bila dah besaq dah tak best kan, sebab dah pandai melawan. Aina ni lain skit salu kasi kita orang gelak, dia suka make up dan curi lipstic mak dia bawa pi sekolah.
Pi balik hari, sepanjang perjalanan aku drive kete adik, kete aku simpan kat umah, sakit pala aku cam biasa makan ubat tak baik2, rasa cam nak potong kat mana yang sakit. sakit kepala ni macam aku drive nak balik ari tu, as usual bila aku sakit pala pecut pun menjadi2 la sebab nak cepat sampai konon panas, nak balik mandi. Sakit pala aku ni nak kata migrain ka hape ke tak taw la, sebab bila makan ubat tak jadi apa-apa. Semua apa yang aku nak beli bawa balik KL tak jadi sebab aku tak boleh nak fikir.
Buat rambut kinting, actually aku menyesal skit nak tunggu lurus, aku tunggu lepas balik dari Korea la, ghimas la. Itu la tuhan dah kasi rambut lurus nak ubah sangat konon nak kelihatan awek korea masa nak melancong nanti, ni la jadinya, sakit kepala ngap2 macam kena gigit. Aku pun malas nak kaitkan kesakitan pala aku ni adakah berhubung dengan gangguan makhluk halus, aku dah letih nak layan menda2 ni. Jin dan setan suka sangat kat aku ni, pi la suka kat bapak2 setan yang dok minum ayaq setan, aku dah bosan la. Kalau percaya jadi gila, asyik pikiaq, baik buat dono je, ignore apa2 yang patut kalau idak tak berkawan le dengan orang..