Sunday, March 4, 2012

Bila Nak Buang Tabiat Ni

Masalah ni memang tak leh nak buang, dah cuba lama tapi tak boleh2 juga.  Nak tau tak apa masalah aku yang tak berubah2, aku suka beli barang yang tak berapa penting sangat, adoi minggu lepas aku beli swimming suit, lepas tu beli suaq jeans tiga lai sekali, bila pakai tak best menyesal woo, sebab pakai jenama bukan favoret memang la tak suka.  Kalau pakai jenama yang aku suka kalau lelama aku tak suka juga, aku beli lain juga.  Nak kena belajar la macam mana tak nak membazir, kena kawan dengan budak account la, part2 ni budak account pandai skit wat budget dan saving2 ni. 

Skirt n baju tennis aku beli nak pakai main squash la konon

Adoi yang aku paling geram tu nape la aku kalau barang tak berapa jenama aku tak berapa minat, tapi kalau aku beli pun menyakitkan hati ja rosak cepat.  Aku tengok orang lain boleh ja layan barang murah tahan pula tu, kalau aku beli tak dan la sebulan rosak terus itu sebab aku tak beli barang murah sangat.  Bila tengok orang yang tak kisah brand beli barang2 kenkadang aku pandang rendah juga la, bukan apa sebab tak tahan.  Tapi bila aku beli ja tak elok, orang lain beli elok, ni yang aku pelik ni, nape la tuhan tak kasi aku cam dia orang ja, layan ja barang murah. 

Ni skirt tennis juga, pakai sekali ja

Tabiat lain yang aku tak suka adalah aku dak suka dengan satu barang, tapi bila balik umah dok ingat gila2 barang tu.  Last2 aku kena gi beli gak walaupun mahal, ni paling aku tak suka, sebab aku akan rindu2 dengan barang yang aku suka, sampai la aku kena pi beli baru la aku lena tidoq.  Bila pi beli baru la lena, salu kalau aku berkenan aku akan cakap kat salesgirl tu, kalau ini malam saya tak boleh tido baru saya datang lagi, sebenarnya barang yang aku berkenan tuh tak la berapa aku suka, cam skirt tennis aku beli jenama 'Head' sampai la tak pakai, baju dia ja aku pakai masa walkrace kat Melaka. Yang terbaru pembaziran aku adalah beli swimming suit adoi..aku bukannya salu swim, pi beli plak.

Swimsuit baru aku

Ada lagi pembaziran yang aku malas nak cakap, banyak simpan dalam bilik number tiga, tapi yang paling best bila time orang tak de aku ada semua.  He he, kalau sleeping bag saja aku ada 3, macamla aku kaki camping beli banyak2, kasut sport, kasut futsal, ntah apa2 aku beli bukannya pakai sangat pun, aku bukan atlit nak lari2 salu la.  Cuma sekadar untuk ada la, aku beli, bag aku pun leh tahan banyak sangat, kalau tengok2 balik aku dah perabis pelbagai jenis bag, cuma kat sini aku tunjuk yang terbaru aku rasa aku beli untuk apa..

Balik umah aku tak suka beg ni

Kalau nak ikutnya banyak lagi barang yang aku shopping kat negara2 yang aku pi yang aku rasa tak pakai2 pun.  Beli topi, beli shawl beli baju ntah apa2 , beli girdle nak kasi bontot mantap kat Padang, ni paling aku tak boleh blah, siap2 budak2 tu tanya akak dah pakai lum suaq bontot ziana.  Dekat Beijing aku beli tempat lapik kepala, konon nak sejukkan pala hotak, sejukkan dalam bag adalah apa pun tak guna. Telekung aku setiap kali gi Indon aku angkut, samala time gi Saigon aku angkut juga, buat stock aja la, dah banyak aku ada.  Aku angkut sebab nampak menarik ja, nak pakai bila tak taw la.  Aku berjanji nanti pi Korea bulan May ni, akan kucuba tempis membeli barang2 tak berapa penting, janji boleh la kan pi sana, tuhan ja taw mata rambang aku ni. 



No comments: