Wednesday, February 29, 2012

Charity Walk For Children@Padang Merbok, KL

Hari Sabtu mendaki Bukit Gasing hari Ahad berjalan pula Walk for Children anjuran ISKL.  Aku ni suka-suka ja kalau nak lari2 aku malas skit,tak tahu nape jadi cam tu.  May be untuk fun run dan fun walk ok la, nak sungguh2 lari idak la kot tiada semangat langsung, tak minat la kaki keraih kematu lari, sakit woo.  Walk for Children ni aku masuk saja join kenkawan la lama tak exercise, lagi pun aku and the gengs suka charity run saja.  Dengan tiada sebarang exercise dan perasan konon fit la  kita orang layan jalan 4.5KM  ni pula, ermm rasa penat juga la sebab dah lama tak wat keje ni.  Jalan kaki turun naik bukit, ni jalan seksa orang, he he sama ngan jalan TIBI Run, sib baik berjalan bersama dengan kenkawan so tak la rasa bosan.

Logo Walk for Children

Kasut lawa before masuk becak, ni awai2 la


Sebelum kami mula kami buat aerobic dulu untuk kasi release la sapa yang tak pernah work out, aku dengan penat naik bukit semalam dan parking yang jauh aduyai, layan ja.  Kawan Fanim bawa anak2 dia untuk jalan ni, comel2 la anak dia, kesian aku tengok larat ka dia jalan 1.8KM tu. Aku sempat gak snap pic budak2 comel tu untuk kenangan.  Aku tengok charity walk ni banyak sambutan dari foreigner juga, ya la may be dah anjuran ISKL, mak2 dan sedara2 dia la yang dia orang paksa datang join kot.  Timing untuk pelepasan lari tapi bukan dapat hadiah grand sangat so semua orang cam tak kisah la kan just for charity and fun ja.



Adik international

Adik comel join walk ni

Orang lain aerobic aku nak posing jap

Gelagat anak2 yang berjalan dan semua sangat mencuit hati, ada yang berjalan sambil pegang tangan of course la couple kan.  Oleh kerana organizer dia International School, so couple pun mat salleh ngan cina, Mat salleh ngan india, very the international kata kan.  Sambil berjalan kami borak sakan tak taw la cita apa yang kami cita aku dah lupa banyak sangat cita, demi untuk membuang masa bila nak sampai ni, Rehan dah maju ke depan dia semangat jitu.  Sambil berjalan aku macam biasa hobby tangkap gambar sapa aku suka, dan apa yang aku rasa nampak unik, tak kira la orang suka ke idak aku tangkap ja.  Ada yang bawa anak pakai stroller, tu kot yang dikatakan fun run, ada yang kasi anak susu di tepi jalan, mak ngan ayah baru tersedar anak nangis nak susu. 


Kasihan baby nak susu la

siok la nak sampai dah

 
Antara yang bertugas pada hari itu

Sampai kat garisan penamat, adoi rasa cam tersiksa plak tu la dah lama tak exercise memang la rasa macam best gila, bukan apa nak tangkap gambar ja la.  Itu memang akunya style, aku memang suka, amik goodie bag, amik air, amik sijil kami blah nak layan breakfast kat Kampung Baru.  Bila sampai kat kampung baru kedai kelate, aku layan nasi kerabu la tapi aku jaga2 skit sebab malam semalam aku muntah macam nak mati, tuhan ja taw apa yang jadi sebenarnya time aku gi pasar malam dan penin tiba2 tu.  Nak pengsan n pitam semua ada, muntah macam salah makan pun ada, sib baik ada kawan soh pi umah dia aku tersadai kat umah dia dari maghrib sampai pukul 11.00 malam.  Tu pun atas jasa baik pak cik dia buatkan air tawar untuk aku, kalau idak aku tak balik lagi l, nak drive pun tak larat.



Gambar aku dah abis kat garisan penamat

Apa yang aku katakan dari pengamatan aku bila sertai charity run ka charity walk ke, semuanya cam kurang sambutan tak tahu la nape rakyat mesia ni kurang skit bab2 cenggini, lebih suka komersial tak suka kot yang cam ni.  Tak kira siapa penganjur aku rasa kalau charity ada aku n the geng akan join unless we all ada hal, sebab kita orang sekadar nak enjoy dan nak support je, sambil menderma sambil sihatkan badan dan bersuka ria di jalanan cam kanak2 riang.  Moh kita support charity run, tak banyak pun tapi dapat la membantu insan2 yang tak bernasib baik cam orang lain...



No comments: