Sunday, February 19, 2012

Bila Aku Sakit

Sungguh aku tak suka bila gi jenjalan balik jatuh sakit, aku salu assume air kat negara dia orang atau makanan dia orang kurang bersih.  Tapi kalau sakit ni berterusan berminggu dan tak baik2 bila makan ubat, kenkawan mula message ada yang tak kena kat aku, ada juga hamba allah yang sanggup hantar message kat FB nak tolong aku dari jauh. Alhamdullilah aku bersyukur atas sikap keperihatinan kenkawan yang rapat mau pun yang hanya kenal dalam FB.  Dah banyak ubat aku ambil dan jumpa doctor pun tapi apakan daya salu aku jumpa doc cakap aku tak sakit, geram tak? Tak pe redha dengan apa yang berlaku, banyak bersabar dan banyak2 berdoa agar tak sakit yang kritikal sampai terlantar di hospital udah le.

Ada juga yang tegur nape aku cam tak berseri je muka, apa yang boleh aku cakap adalah kena sunburn la mandi laut.  Nak berseri cam ne lagi aku bukan ada ilmu penyeri2 muka ni nak kasi segak muka, aku tak pernah ambil ilmu2 cenggini, tapi banyak orang cakap aku pakai sebab apa aku tak tahu.  Ada hantu bunian berselindung di wajah aku agaknya, ha ha.  Apa boleh buat orang nampak cam tu tapi aku pun tak tahu, jawapannya aku simple saja, kalau aku ambil penyeri muka untuk apa yer? Di usia2 sebegini baik la cari jodohkan kalau nak meruntuhkan rumah tangga orang atau nak memikat semua lelaki itu bukan aku la.  Aku tak perlukan semua tu la, kalau lelaki suka aku sebab aku rasa aku terlebih peramah dan suka buat lawak.  Kalau aku senyum dengan lelaki pun susah kalau aku tak senyum pun susah, kenkadang masyarakat kita ni terlalu banyak persepsi yang menyekat pergaulan orang lain.  Bukan bergaul bebas maksud aku tapi komunikasi dalam yang mengeratkan hubungan antara umat islam tanpa menyakitkan hati mana2 pihak dan menimbul spekulasi kurang senang orang lain.

Tak perlu bincang pasal tu lebih2 apa yang aku nak cite kat sini adalah pasal aku kerap sakit ni.  Kalau ikut teori aku sendiri aku tahu apa penyebab aku sakit, tapi perlukah aku war2kan kepada orang apa yang aku tahu.  Aku tak suka menuduh dan aku tak suka cari pasal dengan orang, pada aku apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya.  May be apa yang aku rasa ada juga individu lain yang rasa, cuma terpulang pada masing2 punya justifikasi apa sebenarnya punca semua ini berlaku.  Kenkadang kita cuba untuk lari dari masalah ni tapi masalah cam ni acapkali hadir dalam diri kita dan dah terlalu imune dengan diri kita dengan apa yang salu berlaku oleh itu kita malas layan dan malas fikir.  Malas nak buruk sangka pada semua orang yang salu muncul dalam mimpi2 aku, kalau niat buruk tuhan je balas apa yang dia nak buat kat aku, kalau niat baik aku redha ja.  Aku takut dikatakan taksub pada mimpi, tapi aku acapkali mimpi orang yang sama masuk dalam tidur aku, untuk apa atas tujuan apa aku pun tak tahu. 

Ermm susahkan jadi cam aku ni, memang aku ada masalah tidur memalam, apa aku alami ni memang pelik aku kerap terjaga dan waktu malam, tapi aku masih kuat dan bertenaga seperti biasa untuk bangun setiap pagi pukul 5.00 pagi untuk gi kerja. Mungkin dah terbiasa tapi alhamdullilah tiada kesan sampingan, cuma muka kusut masai la sikit sebab tidur kurang. Pelbagai khidmat ditawarkan untuk menolong masalah aku ni, cuma kenkadang aku dah jadi muak dan tak caya sangat, nak tahu nape lepas berubat kena lagi, bila la nak baik kan.  Kenkawan kat Penang turut simpati masalah aku ni, ada yang nak bawa aku jumpa pakar2, he he pakar perubatan kampung la kot, nak ubatkan aku.  Sampai ketika ni aku masih boleh bertahan, mungkin ada orang suka tengok aku sakit, mungkin ada orang tak tahu yang apa aku rasa penangan mentera2 apa ntah yang dia orang pakai.  Cuma sekarang aku masih bertahan, nak tahu kenapa, tatkala aku rasa penangan yang sangat kuat CD Ruqyah aku penawarnya, akan aku pasang sepanjang hari sebagai pengubat dan pendinding. 

Pesan dari kakak kawan aku juga turut aku amalkan, jangan lupa baca surah pendinding yang sedia ada iaitu 4Qul dan Ayat Qursi.  Alhamdullilah aku bertahan, tak tahu untuk berapa lama, terima kasih juga aku ucapkan kepada saudara "Z" yang sudi menolong aku dari jauh, cuma aku minta maaf permintaannya nak berjumpa face to face dengan aku, tak dapat aku tunaikan sebab aku susah nak caya dengan orang.  Susah nak nak cita apa yang aku alami ni kat orang yang tak pernah alami cuma aku pun dah malas nak cita masalah aku ni kat orang sangat sebab memuakkan orang dengar ja.  Buat la apa yang patut dekatkan dengan ilmu agama, amal ayat pendinding diri dan tawakal serta redha dengan apa yang berlaku.  Setiap yang berlaku ada hikmahnya tak perlu menyalahkan sesiapa dan tak perlu nak membalas dendam, dengan bertawakal dan muhasabah diri, mungkin akan terjawap segala persoalan, insyaallah tuhan maha pengasih dan penyayang, mohon pengampunan dan berdoa semoga terbuka kesulitan dan terungkai setiap masalah. 





No comments: