Saturday, February 18, 2012

Kembara Negeri Perak@Sg Manik, Teluk Intan, Teluk Batik, Lumut

Bila Pie panggil makan kenduri terdetik hati aku nak pi kenduri ni, sebab rasa cam nak gi jenjalan ja walaupun baru balik dari Vietnam.  Aku memang suka jenjalan, kalau dalam Malaysia sebenarnya puas dah sebab saudara aku banyak pindah randah so apabila melawat umah depa dapat la aku gi jenjalan melawat tempat orang sama.  Aku ikut je dia orang, pagi Ahad seperti dijanjikan Irma ambil aku kat ofis, sebab aku parking kete kat sini, lebih selamat aku rasa. Lepas ambil aku ambil Azri dan Jasni kat rumah Bro Azhar, jumpa kat sana, masing timing cantik so tak perlu tunggu lama2 kami pun bertolak dari situ.  Jasni tumpang kami sampai kat Rawang saja sebab dia naik dengan Kadok yang takut sesat tu.

Kami lepak kat Petronas, Rawang, sementara menunggu dua buah kereta lagi iaitu kete aki ngan kete Chulan Lan,  Aduyai depa ni apsai lambat pun tak taw, lewat bangun ka atau memang jenis mak ngut aku pun tak taw, tapi lelaki bujang biasala bangun lewat.  Lama juga kami tunggu naik berpeluh tunggu baru la depa mai, rombongan reramai cam ni la, kalau tunggu nak konvoi kena la bersabar nuh kalau tak sabar memang tak leh nak layan konvoi2 ni.  Erm atas nama kesabaran kamu semua berjemur dalam panas la tunggu mamat2 yang lambat tu.  Aku tak ingat pukul berapa kami gerak, rasanya cam dalam 9.30a.m cam tu kot kami gerak, tapi menurut kata navigator adik Azri tak jauh sangat Sg Manik kalau ikut laluan yang dia akan bawa kami tu.

Dalam 11.30a.m kami tiba la di Sg Manik, wah tak sangka aku kat sini masih lagi ada suasana sawah padi yang masih terjaga.  Cuaca memang sangat panas, tapi bila angin sepoi2 datang terubat kepanasan kami sementara menanti waktu yang sesuai kami rehat kat rumah Latif.  Jalan bendang, ban tali air masih kekal macam dulu tiada pembangunan, mungkin orang kampung ni tidak mahu harta pusaka tergadai. Pokok2 buah, sayur, ulam masih banyak ditanam di sini, bestnya rasa dok kampung, rindu plak nak dok kampung.  Pokok jambu, pokok nangka, pokok kelapa, segala pokok untuk bahan buat laksa, buat kari buat kueh mueh semua ada kat rumah kawan aku.  Rasa cam nak ambil semua tapi apakan daya rumah orang, aku minta daun kari saja. Daun inai pun ada, pokok asam semua ada, sungguh best dapat tinggal kat rumah yang ada pelbagai jenis pokok tak yah gi beli cam dok KL.

Dalam pukul 12.30p.m kami pun bergerak menuju ke rumah pengantin, sapa lagi kalau bukan Pie, depa jahat la, oleh kerana Pie ni gelap sikit dia orang panggil Pie Hirang, maksudnya gelap dalam bahasa Banjaq.  Dari rumah Latif kami kena naik kereta ini kerana rumah dia orang jauh antara satu sama lain, semuanya dipisahkan oleh sawah2 padi, so keluasan untuk sawah tu sangat la besar, so tak nampak pun rumah kenduri tu macam kampung aku kat BM tu.  Seingat aku masa kecik2 kat kampung aku ada sawah tapi keluasannya tak lah macam kat Sg Manik ni, tapi la ni tiada lagi sawah2 tuh kat kampung aku semua dah jadi tanah perumahan, ada juga yang jadi kilang. Erm rindukan nak tengok sawah padi menghijau tengok orang menanam padi, membajak dan menuai, so semua ni tak dapat nak tengok la, kena gi bercuti umah orang ada semua ni baru leh tengok.

Ni la pengantin Sg Manik, nama dia Pie

Bagai berjanji sampai saja kami kat sana pengantin pun tiba, segak sungguh Pie menjadi pengantin hari tu berpakaian purple dan sama padan aku nampak dengan pengantin perempuannya.  Oleh kerana orang ramai, kami terpaksa menunggu giliran untuk makan, Menurut kata Azri lagi kenduri orang Banjaq start awai dan habis awai, tak tau kenapa, so masa kami pi tengok pengantin hari tu memang aku nampak cam tu pun lepas kami habis bergambar semua orang dah balik tiada apa lagi yang tinggal cuma sanak saudara.  Balik ke rumah Latif kami singgah rehat dan solat pas tu gerak ke pekan Teluk Intan, konon2 nak makan kedai Mastan Ghani, hampa belaka kedai tutup.  Kami pekena cendol kedai depan Menara Condong, lepas tu bergambar ramai2 dalam kepanasana, kami bertolak ke Teluk Batik pula.  Ada yang ingin minum air nira tapi tak kesampaian sebab terlepas, kempunan la member, sian pula aku tengok.

Ni la Menara Condong Teluk Intan

Menara ni condong, ada juga antara kami yang condongkan badan

Sampai di Teluk Batik, tuan Homestay sedia menanti kami dekat kedai, tapi tak la jauh sangat Homestay kami dengan tempat yang dia tunggu tu.  First time la dok Homestay cam ni, salunya dok hotel, eskyen la pula, tapi tak nak membazir elok la dok Homestay ja.  Lepas check in, rehat kejap, relaq kejap amik mood, malam kami kuar pi makan, semua dalam kebuluran sebab tadi patut makan kat Mastan Ghani, tak dapat makan sebab kedai tak buka.  Seperti biasa ada orang yang penat tido lama sikit so kena la tunggu dia rest kejap, aku punya perut punya la lapor, tapi as usual aku kalau lapo diam saja.  Kami gi makan kedai dekat Teluk Batik, menurut Azri kat sini ada karaoke, sampai ja kat sana kedai cam lemau ja tak dak orang aku nampak, rupanya kedai ni buka, kelakor la pula buka cam dah tutup.

Order makan pelbagai sambil tu ada yang berkaraoke, mamat2 ni semua layan saja aku rasa kelakor pun ada tengok gelagat dia orang ni.  Ada yang selamber menyanyi, ada yang lawak wat lawak,  tu Jasni la tu.  Dia memang cam lawak skit nampak pendiam ja tapi ok, depa main rembat ja nyanyi sedap tak sedap depa layan saja.  Sebenarnya aku teringin gak nak melalak tapi sebab open place malu la plak, tapi sora aku tak sedap, kalau aku bawa mesti lagu rock la, lagu Ella sudah semestinya.  Balik homestay semua penat ada yang terus lena, ada yang nak tengok bola, last2 bola tengok dia, tu Kadok la.  Ada yang terus masuk bilik2 tak kuar2 dah, tapi aku cam biasa mana leh lena awai2.

Layan karok depa ni

Pagi2 aku jaga awai, dah biasa bangun awai mana boleh tido lama2.  Tunggu semua bangun, tunggu semua mandi baru kami gerak pi mandi kat Teluk Batik, kami breakfast kat kedai mamak, aku order roti bom dan roti canai.  Lepas makan kami pi la pantai, dah lama aku tak mai pantai Teluk Batik ni, so aku nampak ada kelainannnya.  Macam ada pembangunan skit, so that's why aku tak nampak apa yang aku nampak dulu.  Entah la may be jalan lain.  Sebenarnya aku salu gak datang Lumut, masuk Kem TLDM, umah adik aku, dulu before dia pindah ke Kuantan dan selepas dia pindah balik ke Lumut.  Ada gak aku masuk Kem simpan kete sebab pi kenduri umah Patsy kat Pulau Pangkor. 

Bila sampai kat pantai, semua teruja nak naik Banana Boat, aku dah lama tak main air laut, nak tau nape aku tak suka dah main air laut, pertama aku dah tak suka sunburn, kedua masa last year aku gi Lang Sari kat Trengganu, masa aku swim aku rasa semput.  Sebab tu aku dah jarang masuk pulau, kalau dulu geng camping aku acapkali ke pulau aku suka ikut juga, tapi bila terasa semput aku cam tarik diri dan tak minat pulau dah.  Tapi masa kat Teluk Batik tu aku rasa aku dah ok balik untuk main air, walaupun menjerit sakan masa naik boat tu tapi aku dah mula suka air balik.  Aku rasa laju sangat bot tu budak tu bawa, macam nak pengsan aku rasa lajunya, terkeluar jantung pun ada, tapi enjoy woo.

Suka suka dulu

Happyla sebelum kena terbalik


Kami mandi manda selepas berhempas pulas naik banana boat, aku redah ja mandi laut walaupun aku sebenarnya aku sangat takut sunburn, dah lama aku tak berjemur dengan panas laut.  Selesai mandi manda singgah makan tengahari di kedai silaratuhim, memang sedap tapi aku seperti biasa tak boleh nak makan banyak sangat.  Balik dari kedai makan check out pukul 2.00p.m, kami menuju ke Pengkalan Tentera Laut seperti dijanjikan adik aku bawa kami masuk tengok kapal perang.  Walaupun aku selalu gak datang sini, tapi untuk kali pertama juga aku masuk kapal perang ni. Best juga dapat melawat dan masuk dalam kapal perang tengok keadaan dalam kapal.


Aku dan Peluru Berpandu

Bergambar kenangan atas kapal perang


Tak lupa buah tangan untuk di bawa balik kami singgah untuk membeli belah hasil tangkapan laut di Kedai Jamilah. Aku beli ikan bilis yang dikirim oleh orang ofis dan untuk aku juga. Kemudian kami singgah makan cendol, actually aku tak minat sangat cendol2 ni tapi sebab dia orang layan aku pun layan la.  Adui misi kami untuk ke Mastan Ghani nampak gaya tertangguh ini kerana kedai tu tutup pukul 5.00p.m.  So tak dapat la kami makan, misi terakhir kami sebab petang semalam tak dapat adalah untuk membeli air nira.  Air nira ni aku tak pernah minum pun first time minum sedap la pula, tapi kalau air ni tak sejuk dia manis cam air gula, aku pasti tak boleh minum.  Jasni dan Kadok yang akan meroyan kalau tak dapat air nira sebab depa dua orang yang nak minum sangat.

Kedai Hasil Laut, Kedai Jamilah

Hari makin senja akhirnya kami pun bertolak untuk balik ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan aku terasa amat letih dah tertidur juga aku dalam kereta, kami singgah di Ulu Bernam untuk rehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu rumah la.



 

No comments: