Monday, February 20, 2012

Tiba2 Aku Suka Masak

History aku pasal masak2 ni memang sangat mendukacitakan, aku lah paling malas dalam masak memasak ni kat umah dalam family aku. Bila balik kampung ada ka aku dok saja sampai la ni, makan apa depa masak kalau tak aku pi kedai beli, hish malasnya aku kan.  Bila dok umah sendiri la ni baru ada sedikit kesedaran, malas nak gi tunjuk muka kat kedai, kenkadang bukannya sedap pun aku buang saja.  Aku pun tak tahu nape aku malas masak dulu, sebab ada kakak ka atau sebab dulu aku masuk kelas Commerce so tak dak subject masak memasak ni so that's why aku kurang minat.  Walllahualam, mak ngan ayah pun tak marah aku kalau aku tak masak so sapa berani marah aku lagi kalau aku malas. 

Sambal Petai aku masak ni bukan kali masakan pertama aku sejak dok umah sendiri

Kari ikan atau gulai org utara cakap, ni first trial dok umah sendiri

Timbul kesedaran nak masak ni bila dah dok rumah sendiri, masa dok ngan kakak aku dua tahun jangan harap la aku nak masak, makan saja la, kalau dia bising aku makan luar.  Aku ni kalau dulu makan kat kedai kalau aku cakap sedap kawan aku mesti tiru aku order makan sebab dia cakap kalau aku cakap sedap mesti sedap.  May be sebab tu aku dah muak makan kedai, now aku mau masak sendiri dan rasa lagi sedap la kot sebab aku pandai sangat comment kalau orang masak.  Kalau diikutkan aku bukan banyak songeh sangat bab makan2 ni sebab aku makan benda yang simple saja, makan yang senang saja.  Kalau ikan yang menggelikan aku tak makan la bukan hina tapi tak tahan tengok. 

Nasi lemak aku cuba buat sendiri juga, sib baik jadi


Kuah laksa dah tau buat, mak cheq dah terer masak ..

Sup Ayam, aku memang suka makan sup sebenarnya dulu kini dan selamanya

Maggi Goreng bila aku time aku malas masak

Yang best bila aku suka masak ni kenkawan banyak support kasi resepi, tu yang aku suka.  Kalau dah minat semua benda aku nak cuba, kalau dah rasa cam ok baru la boleh jemput kenkawan datang rumah makan, so far aku ada testing buat gulai ikan cara utara la, aku masak buat laksa, wah cam tak sangka jadi plak kuah laksa aku walaupun first timer aku masak.  Ada lagi yang aku nak cuba ikan masak stim, masak lemak cili padi dan macam2 lagi tapi belum kesampaian sebab ada kenduri la dan mood peribadi yang tak berapa nak best bila kena period.  Aku kurang selera, so malas la nak menyentuh dapur.  Aku juga dah pandai kirim2 kalau ada orang jual ikan pekasam, selera bertambah dan ingin merasa sekarang.


Cucur udang campur bilis aku untuk simple breakfast

Sup Sotong, Ikan Pekasam untuk lunch aku

Kalau aku masak kat kampung mak mesti bangga dan suka, sebab aku lah yang paling malas sekali bab masak2 ni, bayangkan pada usia sebegini aku masih harap mak masak bila hari raya dan kalau aku balik kampung, teruk kan aku.  So start dari sekarang aku kena training masak la so aku akan buktikan kat mak aku dan tau masak, sedap ke idak aku rasa cukup la untuk kepuasan hati aku.  So far aku tak pernah rasa sangat apa yang aku masak apa bila aku mencampak garam so, teknik ini sangat berkesan di mana hasilnya sangat memberangsangkan, dengan hanya mengagak banyak mana garam dan gula untuk dimasukkan so aku hanya rasa time aku mengadap untuk menjamah selera, so far so good untuk selera aku.

Keperluan masak memasak aku perlu tambah, aku kena la tambah beli peralatan macam steamer, aku dah ushar kat Jusco, jenama Zebra RM399, periuk ni sangat menarik pada pandangan mata aku, walaupun untuk stim saja tapi aku nampak ada banyak kegunaannya, aku nak beli la tapi kena tanya pengalaman orang lain sama, mana tau tiada kegunaan sangat so perlu berhemah untuk beli periuk bukan apa aku perlu minimize spacae juga kalau semua barang aku ada, kat mana aku nak simpan plak. Tapi aku rasa nak beli pisau dan ada la setengah2 alat memasak kat BM, iaitu kampungku, aku rasa pisau kat sana lagi tajam dari kat sini, ooops walaupun lesung batu ada di jual di KL tapi aku nak beli kat sana juga.  Aku taksubkan dengan negeri dan tanah kelahiranku, he he ya la aku kan lahir di Hospital Bukit Mertajam, tertulis kat surat beranak tu.

No comments: