Sunday, September 30, 2012

Kosong

Tergiang2 lagu dan lirik "Kosong" oleh Najwa Latiff, ntah nape tiba2 aku rasa suka, may be sejak dua menjak di jiwa aku kosong agaknya sebab tu lagu ni cam kena ja bila aku layan dan hayati lirik lagu ni.  May be serba sedikit aku rasa ada kena dengan jiwa aku kot sebab tu aku rasa terminat secara tiba2.  Sesuai dengan jiwa aku yang semakin rasa kosong, walaupun ramai kawan, tapi ada sesuatu yang masih aku rasa kosong macam lirik ni.  Mengertilah wahai hati dan bersabarlah la ye, bila rasa kosong mula la aku buat keja2 di luar dugaan.  Mungkin ada yang faham kenapa aku suka lagu ni, bagus la, kalau yang tak faham tu, mungkin jiwa nkorang belum kosong la kot. 


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong...kosong


Klip Video Najwa Latif "Kosong"


Aku berharap jiwa sebenar aku tak seperti lirik ni, mungkin kebetulan lirik lagu ni mengusik jiwa aku, walaupun aku cuba hindari untuk minat lagu ni, ntah terasa cam dipanggil untuk mendengar lagu ni setiap malam, nape yer, dalam maksudnya kan, hanya aku yang tahu nape aku rasa suka lagu niekan.  Kenapa dan mengapa aku suka tak yah la soal siasat, dah aku tersuka, aku layan je la.  Satu kepelikan bila aku leh nangis kalau dengar lagu ni berulang2 kali, ermmm nape begitu yer..








Susahnya Memilih

Aku memang ada masalah, masalah apa, masalah memilih apa aje, unless memang aku dah suka.  Yang paling susah sekali kasut la, kasut aku memang ada masalah nak pilih, satu lagi aku ada masalah la ni handbag, adoi seksa kalau cam ni, cari punya cari sampai la ni tak berkenan.  Kalau kasut tu dah akunya masalah nak cari pi tambah satu lagi kes.  Kesian kat kaki aku kalau nak shopping, susah sangat mata ni nak berkenan, semua kedai masuk tapi hampes nak suka.  Punya la susah nak beli, kalau barangan sports, senang pula aku beli.  Kenkadang balik kampung cari baru aku dapat tu pun tak memuaskan hati aku, last2 aku give up juga amik ja apa yang ada kalau last minit.

Bayangkanlah dua benda ni pun aku ada masalah nak pilih, macam tak logik plak kan.  Kalau pi pilih t-shirt Hard Rock senang plak aku nak beli, haishh memang mengada la mata sepet aku ni, bab2 sempoi cam handbag pun aku tak leh setel.  Aku fenin taw, fikir benda yang aku nak tak dapat, rasa nak makan ubat tidoq lagi bagus, dari dok pikiaq pasal handbag..memang susah jadi aku pilih punya pilih last2 tak dapat apa yang aku nak pun.  Kalau cam ni akunya perangai sampai bila pun aku ada masalah, tak kira la masalah nak pilih barang, may be ni juga wat aku masalah tak dak bf..he he, padan muka aku kan.  Nak wat cam ne, lelaki yang suka aku cam main2 ja, tu yang wat aku tengok dari jauh ja, betul ka dia suka aku.  Kenkadang depa pun cam endah tak endah ja kat aku cam ne aku nak confirmkan depa tu suka aku.

Ermm pilih barang ka pilih orang aku memang masalah, apa yang aku pilih sebenarnya aku pun tak tahu, banyak akai pun ada juga, banyak songeh ke aku ni, semua aku yang salah ka?  Apa yang aku cari sebenarnya aku tak tahu, kalau aku suka susah plak nak dapat, macam dipermainkan pun ada, macam tak confident pun ada, acuh tak acuh pun aku nampak juga, wallahualam.....




Saturday, September 29, 2012

Conpius Bila

Perlukah aku conpius sesuatu yang tak pasti, nak conpius buat apa kan, kalau rasa tak pasti.  Ermm memang la susah nak cakap dan sudah nak baca apa yang aku rasa sama tak dengan apa yang aku fikir, kalau sama alhamdullilah, kalau tak sama mesti malukan.  Kalau bab malu ni aku tak sanggup, kalau bab2 cenggini, nape aku tak sanggup, aku tak sanggup sebab aku x nak menanggung malu.  He he, kenkadang brutal sangat tap bab2 conpius ni pandai plak malu, takut orang kutuk aku.  Mau tiga bulan aku tak keluar rumah sebab malu, he he malu la sangat, time pakai sexy tak malu plak.

Hanya kerana conpius bab ni, kawan aku marah2 aku, bila aku cakap tu dia cakap ni, aku cakap ni dia kasi reason tu, tapi Zira ja faham apa aku rasa, dia cakap ikut kata hati.  Selalu hati berkata benar dan kalau ikut cakap orang pun tak guna, aku bukannya nak menidakkan yang benar atau menidakkan yang tidak benar, tapi apa yang aku rasa, kenkadang betul.  Tapi aku bukan nak tafsir apa yang aku rasa tu benar atau tidak, mungkin juga salah apa yang aku rasa, tu yang buat aku asyik conpius ja.  Kadang2 bila orang wat tak taw, on the spot kita boleh wat andaian benda tu tak pasti atau tak betul.  Cara layanan, kenkadang ok kenkadang diam, pun wat kita rasa tak benar benda tu conpius.

Aku tak nak conpius2, rasa leh biol plak kalau layan conpius ni, baik layan shopping, layan tengok movie, idak pun layan main game kan...Beban otak sakit bahu dok conpius benda2 yang wat aku nak biol ni, adoiii tuhan tolong la aku, aku pun tak taw apa nak jadi, kalau benda yang aku conpius ni masih tak setel-setel lagi. 




Tak Perlu Show Off

Rasanya dah lama, badan ni tak perlu dengan cara yang betul, lepas bulan puasa, lepas makan2 banyak open house, apa aku buat, makan dan makan lantas tidur.  Ermmmm ni la aku, lepas bulan puasa, makan, balik rumah tidur, tak tahu nak apa buat tengok TV tertidur terus.  Acapkali aku balik rumah, janji dengan diri sendiri, nak buat tu nak buat ni semua hampes sekali, aku letih tidur terus.  Nak gi gymm, nak bersenam semua bermain di minda, apa nak buat bila berangan, mengelamun menguasai minda, apa2 pun malas.  Apa yang aku berangan, apa yang aku mengelamun kenkadang wat aku senyum sendiri, rasa cam tak betul plak suka senyum sendiri. Jogging la, berapa kali aku nak jog tak jadi2 ni, bahana la suka wat sensorang, kalau berdua banyak sembang dari jogging.  Kalau sensorang rasa tak secure, rasa diperhatikan bila ada geng lain, rasa malu bila jenjalan sorang, semua ada, perasan pun ada, bila orang tengok2 kita.  Paha dah rasa cam paha ayam, perut dah naik skit, cam ne nak maintain pakai kebaya ketat saloma ni kalau malas exercise ni. 

Nampak status orang dalam FB, semuanya giat bersukan, bergymm, berlari, berenang tapi aku tengok ada gak body depa yang tak nampak cam ahli sukan pun, yang mana dari dulu kini dan segalanya aku rasa samanya bentuk badan, tak hilang pun lemak di badan.  Ada juga yang baru2 berlari perasan dan kurus, pas tu aku nampak gemuk balik.  Satu yang aku menyampah dekat orang2 yang baru bergiat dalam bidang sukan ni, asik2 updates status buat tu buat ni, aku rasa dulu2 dia bukan bergiat sukan kot, baru lately ni bergiat updates cam atlit handalan, rasa nak ja komen, dulu masa sekolah berapa dapat pingat.  He he he, aku ni bab kutuk leh tahan juga, cuma malas nak komen ja kat status sesetengah orang yang perasan depa bagus. 

Aku memang malas berexercise, ni satu penyakit malas aku yang harus aku kekalkan ke atau aku maintain.  Sendiri mau ingat kalau rasa dah gemuk tu, pandai2 adjust makan, kalau rasa tak larat jalan, tak larat naik tangga, sendiri la kembali ke pangkal jalan, tak perlu war2kan nak tu la nak ni la, sat gi orang menyampah plak.  Tak payah la nak show off sangat bikin tu bikin ni, muak la nak dengar dan muak juga baca status gempaq yang tak la gempaq sangat lagi pun bukannya dapat apa pun, dapat sakit ja kan...










Friday, September 28, 2012

Minyak Panas Splashing

Sudah jatuh ditimpa tangga, udahla kulitku gatal2 belum baik terkena pula minyak panas.  Hanya kerana nak makan rangka ayam gorem yang aku beli kat pasar malam, abis kulit badanku.  Ayam rangka ni aku beli kat pasar malam terlupa nak makan, so pagi2 ahad aku panaskan la sebab teringin la kan.  Dulu kami panggil rangka ayam ni ayam dinosour, aku dan Mala.  Mula2 kena memang rasa skit ja, cam percikan air kecik ja, tapi bila petang2 rasa la, kepedihan tu.  Rasa nak nangis pun ada, nak marah tak leh sebab salah sendiri.  Padan muka sapa suruh buka baju masa nak menggoreng, dah elok2 pakai baju tidur gatal nak buang, sayang takut kena minyak kootr, berkemban la lagi, second time dah kena ni buka pertama kali.  Guna frying pan kan goreng ayam, so time balikkan tersplash la minyak kena badan aku.  Masa kena tu rasa cam percikan manja ja, tapi bila petang nampak merah satu badan ..oouch  nyesal tak guna. 

 
                                                 Cantik tak tanda di dahiku

Bila petang Senah mai rumah, baru aku rasa pedih badan cam terkena percikan minyak panas tu.  Aku gagahkan masak untuk Senah sebab dah invite dia mai lepak umah aku.  Sebenarnya aku suruh dia mai tidoq umah aku hari Sabtu, atas alasan apa aku tak taw, dia cam tak mau mai so dia pun mai umah aku ari Ahad, apa lagi cam Charlie Chaplin, aku goreng ayam dan masak petai.  Lepas masak aku jamu dia makan, he he yang best dia cakap aku dah pass masak, yeahh aku dah boleh jamu orang makan dengan air tangan aku.  Adoi perasan la pula, bila Senah puji aku masak sedap, he he he, kenkadang aku memang rasa aku masak sedap tapi tak kan nak puji diri sendiri kan... Ha ha ha..


Separuh tangan, sebenarnya banyak lagi yang kena ni

Nak sampai waktu maghrib, dahi aku ada satu tanda merah, he he cam tanda nande, nak taw apa tu.  Tu la minyak panas splashing yang aku rasa sebenarnya kecik sebesar zarah, tapi kesannya dia memudaratkan kulit muka aku, bukan mukanya kena, tangan sebelah kanan aku dari atas sampai bawah, ni la bahana mengoreng berkemban, padan mukakan, konon nak menjaga kebersihan baju terkena minyak, abis kulit badan aku.   Kesan parut ni akan baik, cuma lambat skit la makan masa, aku berani cakap sebab dah ada experience before kena minyak panas ni kat dada...he he he..dah pernah kena tak insaf kan, sama kes juga berkemban punya pasal.  






Semangat Yang Hilang Ntah Apa Apa

Lagu XPDC 'Semangat Yang Hilang' aku suka, sebabnya aku memang layan lagu dia.  Tapi kat sini bukan nak share pasal XPDC, tapi nak share pasal aku le.  Lately ni aku rasa semangat aku cam tak sesemangat waja cam dulu. tiba2 down, malas nak layan orang, nak menyendiri, dan layan orang2 tertentu saja.  Nak kata ada masalah tak dak plak, nak kata banyak fikir pun tak dak la apa yang nak aku fikir, cuma jiwa sedikit kacau, aku kacau ke atau aku dikacau cam dodol, wallahualam.  Yang aku tahu aku banyak berangan dan teringat seseorang, agak2 nape aku suka berangan ek, aku suka dia ke, kenkadang rindu juga, tuhan je tak tahu apa yang aku rasa, nak cite orang malu la pulak.

Ehemm, apa yang aku rasa ni rasanya dah lama aku tak rasa cam ni, susahnya nak rasa cam ni semula, cuma bila hati rasa terbuka ja baru la aku rasa cam ni.  Semangat hilang ni cam wat aku nak dok rumah berkurung, hati rasa nak shopping tapi malas nak kuar nak tengok muka orang pun malas, rasa nak baring dan berangan ja.  Kelakar la juga kan, aku rasa cenggini bila dah tua2 ni, he he, kalau orang muda ye le berangan cam baru bercinta, aku punya kes ni apa pula.  Berangan dengan orang yang aku tak pasti dia suka aku ke tak, kalau aku cakap aku suka, malu satu Malaysia kang, mana nak letak muka aku ni. 

Semangat patutnya menjadi waja kalau kita suka kat orangkan tapi aku terbalik kot down sampai malas nak kuaq rumah, macam perintah berkurung ja, macam tak mau kawan dengan orang.  Apa apa pun aku rasa tak memudaratkan aku sebab, aku dok umah ja ok la tu, bukannya merayap mana2.  Layan tengok TV, layan peluk bantal dan layan rumah ja, ok la tu kan, jadi surirumah sendiri.  He he he





Thursday, September 20, 2012

Kulitku Eksyen

Mak cakap kulit aku memang sensitip dari kecik, pantang kena sikit mesti merah, aku rasa ya kot.  Masa kecik2 aku salu sakit kulit je, sebab tu kalau jadi apa2 kat kulit aku, aku memang dah peka sangat la kulit aku yang mengada sangat ni.  Aku ingat mak salu bawa aku mandi laut kat Juru, sebab nak kasi kulit aku buang kuman, konon2 la petua tok nenek aku la kot.  Nak buat cam mana, seingat aku pernah aku kena injection sebab mandi Sg Congkak masa pi camping so aku memang tak leh mandi air sungai sebarangan, kalau idak abis la merah2 gatal kulit aku.  Kalau aku pakai seluar jean banyak kali pun buat hal, macam aku pi Korea ari tu, mandi satu hari dua kali pagi sampai malam, adoii tergaruk2 aku cam kera kena belacan, bila balik hotel.

Aku tunjuk lengan ja, sebenarnya satu badan aku lumur bedak

Aku tak tahu apa nak buat dengan masalah kulit sensitip aku ni, perut pun dah la bermasalah ni kulit pula.  Naik segan aku tergaru2 gatal cam kena kurap plak, sebenarnya tumbuh biji2 cam ruam panas ja.  Masa kecik dulu aku sensitip sejuk juga, kalau sejuk sangat aku salu garu sampai bengkak cam orang tua2 cakap kena gigit hantu, tapi lepas tengahari hilang la, bengkak2 tu.  Pernah satu hari aku kena panggil ngan cikgu tanya apa masalah aku, aku cakap normal benda ni aku memang tak tahan sejuk dari kecik.  Ni kalau setakat kena garu sampai bengkak atau calar ni normal ja pada aku, aku malas layan ada kenkawan yang cakap aku kena gangguan kot, huh tak logik la sangat, sebab aku memang ada masalah kulit. 


Muka aku yang sangat tensen tahap bergaban2

Kalau aku celup kaki masuk dalam sungai, aku rasa gatai, jangan harap aku nak turun mandi, aku dok kot atas ja, bukan eksyen, nanti tak larat nak garu ja.  Orang yang tak rasa cam aku rasa may be leh cakap jangan garu, tapi garu la wah sedap sebab hilang segala kegatalan yang aku rasa, walaupun calar balar tapi rasa lega.  Ada petua kenkawan kasi, ubat tu, ubat ni cari tu cari ni, tapi aku rasa dah lama aku kena penyakit ni, memang tak baik la, walaupun apa2 pun yang aku dah usahakan bila aku tersensitip kena sesuatu benda atau apa2 yang mengotorkan kulitku akan bertukar menjadi merah tu ja.  Mungkin ni satu dugaan, tak pernah aku menyesal cuma bila dah tak tahan ada gak merungut..tu ja naluri seorang aku kenkadang terasa juga..hu hu





Monday, September 17, 2012

Kemalasan Melanda Bila....

Aku tak tahu nape, sekali ni aku jadi pemalas time period, salunya the day before period aku jadi malas nak lena, sekali ni berhari2 plak jadi malas nak baring ja, period pun dah la datang awal seminggu, tak tahu la apa yang tak kena dengan pemakanan aku.  Banyak pula datang, asyik tukar pad aku, nak pi mana2 pun malas, dok berkubang atas katil atas sofa, macam kena kunci dok lam umah.  Salunya aku active walaupun period sebab aku tak de period pain, yang ada lemau malas nak baring before kena ja.  Dari sekolah dulu lagi aku tak dak masalah period pain, tak la aku nak sembur2 orang bila nak mai period cam sesetengah orang.

Sekali ni semua malas, masak malas, makan malas, bangun tido malas asyik nak baring peluk bantal ja, wallahualam apa nak jadi, makin tua makin menjadi malas plak.  Errm sib baik cuti, so leh la bermalas malasanan di rumah aku, kalau keje mau kena kutuk nak baring2 plak dalam stor.  Ermm nasib la jadi perempuan kalau lelaki tak kena semua ni kan.  Kalau dok berkubang sepanjang masa apa nak buat sib baik tak berlaki, kalau ada lama dah kena lempang, masak malas, kemas malas..he he he..Unless la laki yang baik tolong aku masak, adoi cam ne nak kawin kalau cam ni pun malas, kalau ada laki pun lari, tengok time period apa pun tak mau buat keje, semakin kritikal aku rasa aku ni bila dah kena.  Ulang alik masuk bilik ngan dok atas sofa, apa pun tak buat, kalau boleh satu ari tido pun tak pa, cuma pening kepala la skit kalau tido banyak...



Terima Kasih

Alhamdullilah, aku rasa happy sebab ada yang sudi baca blog dan tak lupa juga yang suka baca blog aku dan puji blog aku cantik.  Sebenarnya aku menulis ni di kala aku bosan sangat dan ide datang pula so, menaip tu laju ja ide2 datang so dengan itu timbul on the spot segala benda yang terlintas di fikiran aku.  Tak pernah aku buat rangka untuk type apa yang aku nak type, bukan cam buat karangan masa sekolah cari isi2 dulu baru buat, ni tak secara sepontan.  Kalau orang komen suka alhamdullilah aku rasa perasan dan ingin buat yang lebih baik dan kalau boleh nak semua orang ari2 datang baca blog aku.  Tapi kalau ari2 menulis, ide tak la terjah keluar best sangat, dah jadi ide diari ringkas saja, dah tak nampak info untuk dikongsi bersama.

Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak share dalam blog aku ni, tapi kalau dah ada dalam kepala apa nak share info tu tak jadi cam real bila aku karang, so aku suka secara sepontan menaip baru la laju ide aku kuaq.  Kalau tak jadi cam buku plak, kalau kita dah set apa nak tulis so bahasa dia cam teratur tak jadi real sangat.  Bab mengarang ni aku suka menaip dan menghayati apa yang aku nak sampaikan, ni style aku, aku bukan jenis fikir kemudian baru type.  Aku type je apa yang terkumat kamit dibibir aku, berlandaskan apa yang aku observe dan aku banyak menda yang kongsi bersama ni adalah pengalaman aku, so sebab tu benda ni macam terancang je bila aku type.

Ni la hobi masa lapang aku selain dari hobi2 lain yang aku suka, bermula dengan bosan buat aku layan blog, bukan untuk kepuasan sendiri tapi untuk orang lain baca, yang mana baik jadikan iktibar yang mana tak suka jangan follow yer, sebab kenkadang aku ikut perasaan juga mengarang ni, kalau dah marah semua ayat yang tak berapa best terkuar so kenkadang bunyinya kasar, biasa la orang utara kenkadang mengganas bila kena sebijik, tapi lepas tu ok ja..cool balik.  Aku tak suka berlakon sebab tu aku tak pandai nak amik hati orang kot, bendul kan bab2 ni..so kenkadang apa yang aku tulis ni ada skit kena dengan jiwa dan rasa aku dalam soal cinta.  Sesuatu yang aku tak luah aku luahkan di blog aku, walaupun tak kena cara aku, tapi apa yang boleh buat, malu mengatasi segalanya........Happy blogging aku akan terus menulis selagi ada yang membaca, tapi kalau tak de yang baca pun aku tulis juga...hik2





Sana Sini Open House

Bila hari raya, orang KL la paling meriah wat jamuan raya, kalau kat kampung cukup sampai raya ketiga dan keempat ja orang sambut.  Belum balik KL, dah ada yang menjemput, kenkawan geng TT, Din Sofia jemput pi umah dia, dia wat kenduri jamuan.  Aku balik KL awal, sebab dah mula bosan dok umah, cuti lama sangat, so sempat la pi raya umah dia.  Keesokkan arinya ada En Kadok dan Zila pula panggil, makan nasi lemak malam, so kiranya lepas raya ni asyik orang panggil makan ja la.  Aku dalam keadaan berjaga2 takut nak makan banyak, as usual perut aku dah buat hal pada 1 Syawal, so aku careful la nak makan sangat.  Lagi pun aku cam tak berapa sihat, sakit kepala tahap kritikal, makan ubat pun tak baik.  Sampai gi pusing Pulau sesensorang.

Raya umah Din Sofia

On the way balik K, sepanjang perjalanan kepala aku sangat sakit, adoi cita sakit pala pula, sebenarnya nak citer open house, so aku cam ada masalah kepala ja, rasa cam nak potong ja kepala aku ni.  Janji nak gi tolong pun aku jadi malas, so aku pi makan saja ja.  Pagi Ahad aku pi Klang raya umah Pak Tih, tup2 dapat SMS dari Azri ajak gi umah Kadok, so aku on ja, bukan nak makan sangat, saja ilangkan bosan, walaupun malam aku on ja ikut dia orang. Lepas satu satu open house, aku dapat jemputan tapi aku tak la attend semua, sebab aku tak larat sangat sakit kepala aku tu.

Raya rumah Kadok

Jamuan raya kat opis pertama aku attend adalah GHCM, punya raya yang berkonsepkan menderma sambil menjamu selera, so macam menarik juga ni.  Makanan pun banyak juga, aku biasa la tak leh nak makan banyak sebab aku punya perut tak berapa sihat. He he, second jamuan raya aku attend adalah Fibrecomm, ni jamuan yang kasi aku muntah dan cirit birit sampai lesu.  Gila la aku muntah paling hebat makan jamuan raya kat sini, memang aku salu muntah tapi kalau muntah pas tu cirit, lesu besu aku dibuatnya.  Aku rasa kalau benda ni bersambung memang next day aku MC.  Takut dengan sakit perut aku ni, aku juga banyak reject invitation lain, macam insaf perut sakit. 

Raya GHCM

Raya Fibrecomm

Ajakan member SME, aku pi juga la jamuan kat opis dia, perut dah kenyang, tapi layan juga sebab dah orang jemput, pi ja.  Pekena makanan ringan2 ja, sedapkan ati kenkawan, sebab dah ajak.  Jemputan2 pada hari yang sama banyak juga, so pilih2 ja aku ni, yang paling menarik pada aku, adalah jamuan raya TM Consumer. Ni jamuan raya paling best sebab ada persembahan dari staff mengikut unit2, so memang terhibur walaupun kelakar, cukup memberi kenangan pada setiap tetamu yang datang.  Paling best kawan aku jadi Emcee, dia juga jadi penari, pandai pula dia mengolah ayat2 masa jadi Emcee tu.  Paling kelakar aku rasa persembahan dari geng2 Finance yang selamber dek je, salah step tapi enjoy ja, menari dan menyanyi. 

Raya SME

Raya Consumer

Aku juga tak ketinggalan attend jamuan raya Huawei, macam selalu, kami pi sebab makanan2 dia sedap.  Memang company ni akan organize sepecial untuk orang TM, kami kena tempias, sebab budak opis kami dulu dah keje ngan company ni, so sebab tu kami tak malu la pi makan kat sana.  Petang pula aku makan jamuan raya TIARANITA, yang memang untuk ahli saja, bukan ahli tak leh attend ni, khas untuk wanita2 TM atau isteri2 pekerja TM.  Pendek kata ari2 ada open house, next day kami punya division yang selalu buat pula, aku of course la kena attend, dan last day kami buat kat opis kami open house.  Open house rumah kenkawan yang invite, sorry la aku tak attend sebab aku takut la asyik makan saja.

Raya Tiaranita


Raya Division aku





Puasa Enam Gagal

Hampes la tahun ni, satu hari pun aku tak posa ganti dalam bulan Syawal.  Buang tabiat la tahun ni, nak posa jadi malas asyik pi jamuan raya ja.  Tu la kalau salu dok ucap memang tak buat, kalau tak ucap kita buat la, mungkin riak la kot, tuhan marah.  Sebab tu makan perut asyik buat hal ja, sakit perut start dari hari raya sampai la aku takut nak makan banyak bila pi open house.  Hari pertama raya perut aku dah buat hal, paling kritikal masa open house kat Fibrecomm, aku cam food poisoning, muntah, cirit birit, adus tuhan ja tau betapa siksanya aku lepas balik dari open house tu.

Sambungan dari itu ada gak aku reject dah tak mau pi, kalau aku pi pun makan, pilih2 ja mana la aku makan sangat walaupun aku pi melawat juga.  Kasihan perut aku cam terluka pun ada, mak dan bos cakap perut aku pendek, so aku tak leh masuk makan banyak2 sebab tu mudah kuaq, kalau tidak aku akan sakit perut.  Aku rasa cam logik juga fakta ni, sebab aku memang tak leh makan banyak2 aku akan cepat kenyang, kalau aku makan banyak cepat ja aku ke toilet buang abis.  Best tengok orang leh masuk semua makananan pi pi jamuan, tapi aku kena pilih2 ja, kalau idak habis la jahanam merodak perut aku cam blender, lembik sakit perut. 

Apa2 pun aku bersyukur dengan apa kurniaan tuhan, sebab aku suka sakit perut, buat aku berjaga2 pasal makan, tak la hentam keromo apa yang ada, tak la belasah ja cam anak jin lapar.  He he..sorry la sapa terasa aku cakap cam ni, ni aku la, perut aku.  Yang paling best aku dapat pakai kain aku yang 4 tahun lepas, so kena maintain la kalau idak kain tu tinggal kenangan je la.





Wednesday, September 12, 2012

Aku Tak Suka

Aku tak suka bila pompuan yang bodoh ke apa ke yang sesuai nama untuk dia, nak jeles2 sebarangan ingat aku kacau laki dia.  Nak gelak besaq pun ada, tapi apakan daya ortodok thinker memang la cam tu kan.  Aku memang sangat2 menyampah kalau orang tuduh aku nak ngorat2 laki depa.  Please la wei, bukan taraf aku nak mengorat lelaki cenggitu, buang masa aku melayan laki orang.  Alang2 nak mengorat biarla yang kaya skit, tapi aku ni bukan jenis mengena, kalau idak lama dah aku kikis semua jantan.  Apa yang aku ada, apa yang beli semua hasil titik peluh aku, alhamdullilah berkat kerja.  Ada juga teman2 mempersoalkan apa yang aku ada, cara perli cam aku ni ada orang support, tapi aku ignore je, kalau aku cakap mau terluka depa ke tulang sup gear box. 

 Alhamdullilah, itu ja boleh aku sabaqkan diri aku.  Macam2 aku rasa, banyak suka duka hidup aku sendiri yang rasa, bukan orang paham apa yang aku alami, jangan nak cakap belakang, jangan main tuduh sebarangan, kalau aku ni jahat semua dah lama dah aku rembatkan.  Alang nak rembat laki orang biar la GM ke atas, buat apa nak rembat sekadar drebar yang tak berduit, nanti makan pakai dia aku kena beli, kalau bujang aku tak kisah la nak bela laki, kalau laki orang beranak pinak, aku tak berminat langsung.  Kalau tak sama pendapat atau tak faham apa yang aku cakap atau apa yang aku bincangkan, pun aku tak suka, sebab aku rasa nanti aku buli dia ja. 

Aku kesian la dengan orang yang suka jeles tak tentu pasai, memang semua orang ada perasaan jeles  tu, tapi agak2 la tak kan aku yang cam ni nak kat laki dia yang cam tu.  Aku malas nak sebut cam nu tu apa, cam tu, tu apa sendiri mau ingat la.  Buat comparison la skit, ada masalah kalau kita bergaul dengan orang yang kurang bersosial atau pergaulan terbatas, may be keje tempat kecik, so semua pompuan rapat dengan laki depa ngorat laki depa.  Aku bukan jenis low class la nak tibai ja cam tu, sebenarnya aku tak kisah bergaul dengan orang pada semua peringkat, but bila datang situasi cam ni, aku mula la nak kuaq statement yang bukan2.  Memang niat hati tak nak menyakitkan orang, tapi kalau nko over dengan aku, nak cari gaduh, aku on jerr..nak gaduh.







Tuesday, September 11, 2012

Outstation

Dah kali kedua aku disuruh turun state, terdahulu aku disuruh ke Kelantan, tapi bila dia tukar tarikh, aku ada last minit arrangment gi Kuching so aku kensel la turun padang di negeri tu.  Kali ni Batu Pahat, aku cam minat plak nak amik kes ni, so aku dah commit dengan time yang diberi, bukan sekali tau, masuk ni kali kedua dah postponed, ermmm agak2 apa masalah yer.  Ada pro & con kalau postponed, satunya aku masih keletihan disebabkan jamuan kecil2an untuk kenkawan so rasa malas nak drive jauh.  Keburukan dia time aku cam rugi sebab tercommit benda2 cam ni.  Aku dah guna travel day aku tak gie opis, so aku nak travel dari rumah je, tup2 dapat call kensel last minit, so aku kena pi opis plak, kan menyusahkan.

Semua benda aku dah kemas untuk dibawa, sib baik bukan OTW dekat highway ke kat Melaka ke, mau mengamuk aku nak kena patah balik.  Tapi memang adat, kes2 cam ni, ada je last minit sakit la, MC la, tu la, nie la, ermm  kalau dekat Headquarters ok, tapi kalau kat state, susah la orang HQ mau turun, teragak2 plak nak pi ke tak, sat gi depa dok main kensel last minit.  Apa2 pun aku leh rehat la badan, may be next time aku tak dapat nak commit la kot, kalau suka2 ati depa punya time, depa kensel aku pun fed up la mau turun cam ni, sebenarnya aku tersangat la minat nak turun state.  He he he he...


Monday, September 10, 2012

Gila Beli Bed Sheet

Saturday 8 September 2012, di awal pagi aku dah kuaq, cari barang2 untuk open house kecil kecilan rumah aku untuk geng TT.  Singgah sebentar jenjalan di  Parkson OUG, niat hati nak beli kerusi je, tup tup ternampak bedsheet yang cantik2 nun di sana, so apa lagi jalan laju2, tengok sana cantik tengok situ cantik.  OMG, ni la rupanya jadi perempuan kalau tak da nafsu membeli tak logik la kan, unless simpan duit nak pi jenjalan or nak pi Mekah.  Aku sebenarnya suka membeli sensorang coz, aku taw aku punya style, tak suka pandangan orang lain time aku pilih barang, janji aku suka kalau dia suka belum tentu aku sukakan.  So aku lebih gemar shopping sorang, cuma aku rasa ok kalau shopping dengan Zira sebab dia taw taste aku dan dianya ide kenkadang aku rasa boleh terima pakai.

Mula2 nak beli yang biasa2 ja, naluri aku salunya lain skit dari yang biasa leh beli luar biasa, so terjadi la satu peristiwa di mana aku tersuka 3 bedsheet dalam satu masa.  Ha ha, dasar perempuankan, apa leh  buat dah suka kena rembat la tiga2 tu, alhamdullilah.  Memang tak boleh nak control la nafsu beli aku ni, so bila umah aku penuh barang, orang datang banyak juga barang rumah hang, masa bila beli.  Apa punya soklan la ni, he he, aku memang suka beli barang, kalau aku suka dan majoriti semua barang aku ada.  Sebab bila aku tak dak barang tu aku akan cuba beli barang tu sedaya upaya.  Statement apakah ini, he he cam nak buat marketing jualan, untuk dapat revenue target ja. 

Aku memang tak leh suka sesuatu kalau aku suka abis la, aku asyik beli benda tu ja.  Ikut resam siapa ni, suka berpada2 udah la, ni mata rambang ja, tengok sana suka tengok sini suka, last2 penuh satu rumah.  Nasib la umah aku kalau umah tumpang abis la....






Saturday, September 8, 2012

Apa Yang Aku Rasa

Setiap insan memang punya rasa cemburukan, cuma pandai sorok atau tak pandai je.  Aku ni consider yang cam mana ek, sebenarnya aku sangat2 cemburu tapi aku salu mengelak2 apa yang aku rasa.  Agak2 orang tahu tak aku mengelak ek.  Wallahualam kalau taw tapi masih nak menyakitkan hati aku consider orang tu sebenarnya main2 dengan aku ja, kalau betul2 suka tak kan dia buat cam tu kan. Mustahilkan aku tak rasa cemburu, bukan aku ja, orang lain pun kalau salu cakap benda yang buat aku rasa cemburu mestilah aku cemburu.  Ermm, naluri perempuan ke lelaki ka ada ja perasaaan cemburu tu kan, tambah2 kalau salu dok cakap, tentula kita rasakan.  Kalau memang tak benar aku tak rasa kalau benar aku sangat rasa, mungkin aku yang perasan.

Salunya aku akan berdiam dan mengelak dengan cara tersendiri untuk ni, sebabnya aku rasa tak perlu nak layan rasa cemburu, he he, tak perlu layan benda2 yang merosakkan hati dan perasaan, baik pi shopping atau wat menda yang kita suka, lagi layan lagi merana. Aku lagi suka menyendiri kalau aku rasa down, aku lagi suka buat2 happy dari aku sakit hati, aku punya style 1 hang buat aku, aku balas 20 kali ganda, jahat tak aku, aku rasa sangat kejam kalau menyakitkan hati orang, tapi dengan syarat orang buat dulu la, kalau saja2 aku sebenarnya baik taw..ha ha ha perasan sendiri baik la pulak. Rasa cam aku lagi kejam dari orang yang buat aku la sebenarnya, kejam yang buat tertukar plak, niat dia tu. 

Biar la aku cemburu dalam diam, sebab aku ada reason tersendiri untuk tidak mengaku cemburu, sebabnya aku malu nak mengaku aku suka kat orang, sungguh ortodok kan.  Biar la apa orang cakap aku tak kan mengaku, biar la melepas apa yang kita suka, tapi aku juga ada reason untuk setiap justification tu, kalau suka betul2 nape x berani, kalau suka betul2 mesti ada pelbagai cara, bukan dengan nak kasi orang rasa cemburu, buat la cara ikhlas jangan buat semata2 ikut nasihat kenkawan, tapi hati masih 50-50, jangan la buat untuk kepentingan sendiri mungkin juga sebenarnya niat hati nak main2.  Itu sebab tak berani, mungkin je kan, segalanya mungkin, bukan pasti. ...........

Apa yang aku rasa salunya betul tapi kalau tak betul tu, memang salah taksiran la, mungkin salah sebab aku salu rasa aku betul, walaupun salunya apa yang aku fikir tu betul, aku malas nak cakap dengan orang lain, nampak cam aku mengada2 la plak, so dok dendiam buat la apa2 yang patut, kasi chance la orang lain menang, walaupun aku nak menang sebenarnya, demi tak mau gaduh sebenarnya, dah tua2 ni malas nak gaduh2 sebenarnya lebih tolerate dengan apa yang tak puas hati...





Wednesday, September 5, 2012

Perut oh Perut

Masyaallah kalau aku sakit perut, dunia ni gelap gulita.  My boss tahu dah aku kalau sakit memang cam nak pitam.  Sebab tu kalau gi overseas aku tak lupa bawa pil chi kit teck aun.  Kenkadang before makan aku akan makan dulu ubat ni, perut aku ni sensitip tahap gaban punya, oleh yang demikian aku sekarang prefer masak sendiri, kalau idak mati aku makan asyik cari toilet ja.  Aku tak taw orang lain macam mana, tapi aku sendiri memang perut cap ayam.  Perut second hand kenkawan aku panggil, tapi sebenarnya aku rasa perut aku gred tinggi skit sebab perut aku kalau sakit tu, ada beberapa sebab.  Pertama may be dia orang letak pak aji no moto kedua mungkin makanan dia kurang bersih, sebab tu perut suci aku ni tak leh nak terima.

Seronok la makan2 sebelum perut sakit

Bermula dengan senak masa aku balik dari Sime Darby Convention Centre tu, aku dah cuak la.  Rasa kembong perut bila aku jejak kaki masuk dalam rumah aku ingat selesai di situ, kuaq masuk bilik air, muntah aku ingat dah cukup setakat tu.  Bila berterusan sampai lembik aku rasa, nak tidur dalam toilet ja, aku rasa something wrong dah ni.  Gaban la sakit memulas, senak dengan muntah kuar semua apa yang aku makan, tembikai, satay, koay teow, adoi rasa tobat wei nak pi open house lagi, memang la sedap tapi kalau menyiksa badan aku.  Ni namanya Open Dead, he he he, gila betul aku sakit teruk sangat, dulu pun cam ni tapi muntah sekali ja, ni bermuntah 4 kali, aku consider teruk la kali ni. 

Lepas maghrib aku tidur keletihan sakit dekat 4 jam, dekat2 pukul 12.00 malam baru aku terjaga, rasa ok skit tapi masih masuk toilet.  Insaf makan free hasil jemputan orang, masa sakit memang ada la, perut aku ni mengada2 la ..menci betul.



Monday, September 3, 2012

Aku Rimas

Semalam gi pasar malam dengan La, lepas cari katil idaman tak jumpa aku call dia ajak gi pasar malam.  Ingat nak layan makan layan laksa kat pasar malam, tapi awai lagi so aku layan makan sensorang kat Taman Dato' Haron dulu.  Lepas tu aku pick up, kami pi la ronda pasar malam Taman Medan.  Aku nak citer pasar lain bukan pasar malam taw, aku main kuaq dengan suar pendek, dengan tak la berbedak so aku rasa aku ni selekeh gila.  So bila kat pasar malam orang tengok2, aku rasa rimas nak marah pun ada.  So macam mana ni nape aku tak suka orang pandang aku, tambahan kalau dia pandang tepat pada muka aku, aku rimas la.  Bukan kat pasar malam ja aku tak suka, kat mana2 pun aku tak suka la. 

Aku memang tak suka kalau lelaki tengok aku tepat, aku jadi tak menentu dan aku rimas, aku ulangi ayat aku rimas, aku rasa semua serba tak kena.  Aku rasa adakah aku ni selekeh, muka cam separuh siap, pakaian aku ada cacat cela ka.  Banyak kali jadi cam ni aku rasa tak suka, tak suka pada orang yang tengok aku, tak kira tua ke muda aku tak suka orang tengok aku tepat2, lepas tu macam tengok hantu.  Aku benci, aku memang tak selesa pandangan lelaki macam tu kat aku.  Lately ni aku memang cam tu kalau lelaki pandang2 aku aku rasa rimas yang teramat sampai rasa menyampah.  Tolong la lelaki jangan tengok orang cam tu, rimas la, rimasssssssss....




Sunday, September 2, 2012

3 Hari Cuti

Friday, 31 Ogos 2012:
Bangun pagi2 ingat nak cuci kipas, apa pun aku tak buat gi ofis ambil slip maybank yang aku transfer bayar duit jam kat Kak Zan, sebab aku nak gi Kelana Jaya nak claim barang aku beli tu.  Nawaitu main terjah saja tempat tu alhamdullilah aku tuhan tunjukkan jalan dengan mudahnya kat aku.  Tak tanya terus naik, ada je yang menegur aku, so aku dengan mudah dapat cari kedai tu.  Lepas balik dari itu aku gi beli barang dapur untuk mengisi barang2 yang sudah susut, tapi di fikiran aku ada satu masalah, apanya freeze aku kena cuci dulu baru boleh top up barang lain kalau idak lagi menambah kekotoran yang sedia ada, bukan kotor apa bekas2 sayur dan air yang tumpah tu nampak cam tak bersih ja., 

Kemudian balik ingat nak sambung buat keje rumah, tengok2 apa pun aku tak buat aku keletihan tahap melampau, tidor dulu, lama juga aku tidur.  Bangun2 pun ingat nak cuci kipas,idak juga aku kabulkan niatku ini, apa yang aku buat layan FB saja.  Tu pun baca dari jauh ja, tak komen, aku tak taw apa dah jadi kat aku badan letih cam aku buat keje berat tapi satu apa pun aku tak buat.  Petang lepas asar, La call aku suruh pi umah dia makan, so aku seperti biasa melengahkan2 masa dalam 5.30 dekat pukul 6.00pm baru aku pi rumah dia, bukan aku nak makan sangat saja hilangkan kebosanan.  Di riak wajahku La cakap nampak lesu dan macam tak berseri, ntah la may be aku tidur banyak sangat lately ni, aku kurang makan, sebab tak tahan nak tidur. 

Lepas balik aku tidur dengan baju yang aku pi umah dia, wallahualam apa dah jadi dengan aku.  Aku tak tahu tapi yang aku tahu lately ni aku memang keletihan macam kerja teruk sangat sedangkan apa la aku buat sangat kat opis tu. 

Saturday, 1 September 2012:
Awal2 pagi gi bayar duit air kat pejabat maintenance umah kami, before tu aku gi postbox amik surat segala surat termasuk bil air dan bil api.  Lepas tu aku gi opis tkt 4 bayar, dengan ilmu di dada yang kosong pasal pejabat pos, aku main terjah pi, sampai la aku call kakak aku dia cakap, minggu pertama pejabat pos tak buka.  Ermm tak caya dengan statement tu aku gi Pejabat Pos Besar Petaling Jaya, bila nampak pintu besaq baru aku percaya, apa aku nak buat ek cari pejabat pos bagai nak gila, aku sebenarnya nak pos geran kete aku tapi tak tahu la plak ari Sabtu minggu pertama tutup.

My red coffee table

Lepas misi aku gagal, aku gi cari coffee table untuk ruang tamu aku, jumpa satu color merah terus jatuh cinta.  Untung juga jadi orang tak kawin ni, buat2 mengada, price turun dari RM120 ke RM100 kemudian RM90, bila mengaku bujang dalam bil tulis terus dapat harga RM80.  Untungkan, tu la lelaki mudah sangat tertipu kalau pompuan nak beli, kalai lelaki mai beli jangan harap dapat harga tu, mesti dia maintain RM120 tu.  Dalam pada itu aku intai2 juga single bed untuk third room aku, aku nekad nak beli juga katil tapi mesti color putih supaya sedondon dengan kakak2 dia di bilik lain, walaupun single color mesti putih, kalau tidak tak cantikkan. Deal punya deal aku cancell tak mau ambik sebab, rasa cam tak perlu dan untuk apa aku nak beli.

Bukti aku cuci freeze

Dekat parking lot aku tersedar, yang aku dah tinggal kunci sib baik pak guard jumpa, tapi detik ati aku ghisau juga so aku tukar mangga aku.  Dalam keletihan merayap aku lena sat, layan fesbuk sat, last2 aku terlena depan sofa.  Jaga2 aku proses freezer aku, cuci semua barang dalam tu ada yang aku buang, wah sangat kotor, nampak sangat selama ni aku jarang cuci.  Basuh dapur lap aku punya dapur dan dinding yang kotor dek percikan bahan masakan.  Aku juga nekad kalau aku kuat aku cuci kipas terus, tapi apakan daya aku memang tak larat so kirim salam ja la, esok masih ada, so aku sambung esok la untuk acara cuci kipas. Malam aku lena sakan lepas tengok cerekarama, lagi pun ada sesuatu di jiwa aku rasa tak best, aku rasa tak best kalau aku rasa terhegeh dekat orang, dan orang tu buat tak tahu ja.  Salu aku dah malas layan kalau orang wat aku cam ni, akhirnya aku tidur dalam jiwa yang tak tenteram tapi nyenyak..he he


Bukan senang aku nak bersih cam ni...he he

Sunday, 2 September 2012:

Semangat yang hilang kembali, awal2 lagi aku bangun mandi, masak nasi goreng dan ready to cuci kipas, wah bunyi cam susah benar misi aku ni. He he idak la susah, aku bangun sidai baju aku dulu la, dah basuh ari Jumaat tapi tak sidai2 sebab ampaian penuh. Erm selesai sidai aku mandi dan terus masak rasa lapar pula sebab semalam makan tak berapa selera. Lately ni selera aku tak berapa laju, makan semua tak abis tu yang malas masak. Lepas makan relaq kejap, layan FB kejap aku vacum apa2 yang patut kat semua bilik dan ruang tamu, wah tak sangka aku sangat rajin mengalahkan surirumah, tapi sakan juga dok tengok FB. Last2 aku decide pejam mata tak mau layan FB untuk seketika jika tidak keje aku tak jalan.

Aku nekadkan hati walaupun penat dan berpeluh aku tetap tak layan FB, aku teruskan tugas2 membersih rumahku.  Aku cuci kipas semua bilik dan ruang tamu, penat juga walaupun nampak simple, sakit belakang aku, ghisau juga takut aku jatuh terkangkang sorang diri ja.  Dalam hati nak tergelak pun ada, sian aku kena buat keje ni, kalau berlaki tak la aku kena panjat cuci kipas cam cleaner, tu pun kalau dapat laki rajin, kalau tidak aku juga kena panjat cuci ni.  Tapi rasa cam hero plak, sebab aku panjat cuci sendiri, hik2, mesti ada orang marah aku cakap cam ni, sebab keje ni tak seberapa, tapi pada aku, cam hero taw sebab aku buat sebab terpaksa.

Siap sedia untuk memanjat


Aku tengah cuci kipas ni, tapi nak gak snap gambar sendiri

Dengan hati yang cekal aku tabahkan diri untuk bersihkan bilik ketiga aku ni, yang aku bernaiwatu mahu membeli single bed.  Bila dah cuci ni senangla katil baru nak masuk, so aku kemaskan semuanya, mangkuk pinggan aku siap aku keluarkan dari kotak dan susun kemas2 dalam kabinet.  Banyak juga kotak yang aku dah buang tapi nampak cam tak buang apa2, kelakarkan ni menunjukkan betapa bilik ini dipenuhi dengan kotak2 kosong yang tak perlu disimpan.  Aku kuarkan barang2 yang separuh tinggal dalam kotak tu, untuk dikemaskini dalam kabinet aku.  Adoi bukan senang jadi cleaner ni yer, penat nak mampus.  Bila cek2 balik, banyaknya barang aku, macam tak caya plak bila aku beli semua ni.

Akhirnya aku kuar mencari katil selepas semua tamat kemaskini, pi kedai tu semula rasa cam tak berkenan plak, pi cari kat kedia lain pula, aunty tu cakap eksyen nak beli tak jadi beli, dah la kedai dia serabut, eksyen plak.  Last2 aku tipon la ajak pi pasar malam, bukannya aku beli apa pun, saja nak buang masa aku, kami beli cempedak goreng makan dalam kereta sambil sembang2 kosong plus mengumpat skit, he he..nasibla sapa yang kena umpat tu, kalau betul tu terima ja la, kalau tak betul bertambahla dosa mengumpat aku.  Nak maghrib aku balik, sampai rumah rasa cam nak masak cokodok tapi sakit malas datang aku tak masak apa pun.  

Lastly, the conclusion what I've done for 3 days adalah sesi manjakan diri dengan rumah, konon2 nak jadi wanita melayu terakhir. Insyallah rajin la sangat, setelah lama rasanya tak berapa rajin..comel la statement ni cam bagus dan cam tak bagus sangat...hu hu hu...



Saturday, September 1, 2012

Jam Baru Aku @DKNY From US

Dah lama nak beli jam yang comel,  tapi bila fikir musibah akan melanda aku batalkan niat.  Kalau pakai jam aku hanya boleh pakai sekejap ja, nak tau apa sebabnya aku ni ada masalah kulit yang tak tahan dengan steel, so bila aku pakai kulit aku akan jadi gatal hingga kritikal.  Tak kira jam murah ke jam mahal sama je, tapi oleh kerana teringin aku salu beli gak,buat perhiasan, pakai sekejap ja gatal dan kenkadang buat aku malas nak pakai so tak pakai terus.  Bukan jam saja kasi masalah kat aku kalau mandi kat air terjun cam Sg Congkak tu aku celop badan suam2 kuku ja sebabnya aku dah kena injection untuk kegatalan yang sangat kritikal.

Kenkadang malu la jugak asyik tanya orang jam pukul berapa, macam tak mampu nak beli so aku nekadkan diri untuk beli, jam mak beli kat Mekah sampai sekarang masih elok cuma abis bateri saja, so aku simpan juga wat kenangan, kalau pakai mesti garuk tangan sampai luka.  Yang pelik kalau pakai barang kemas yang semuanya yang bertakhta mas elok plak, kalau pakai yang celup2 skit pun kulit aku garuk.  Tengahari semalam aku gi amik jam aku kat outlet yang aku pesan tu, so pakai la petang tu, malam2 sudah rasa lain macam, kulit aku, ya allah nape la aku dapat kulit cam ni, tak dapat kulit cam orang lain, pakai apa pun ok ja, kalau aku abis la jadi kudis dan parut, tensen kan.

Tu yang menyebabkan aku salu guna jam handphone je untuk tengok jam pukul berapa, biarlah orang cakap aku tak mampu beli, tapi kulit aku akan lebih terseksa lagi kalau aku pakai jam.  Kena pakai jam mas je kot, mengada punya kulit, maafkan aku la jam2 yang tak dak mas, kulit aku memang kulit sensitip, bukan sebab jam saja kalau pakai gelang atau rantai tangan tak mas pun tak boleh, so jangan la terasa kalau aku tak pakai barangan jenis tu, aku juga malas nak tanggung parut2 di tangan.  Kalau aku suka jam murah pun aku beli cuma aku tak boleh nak pakai la, buat hiasan boleh la, kenkadang aku try pakai juga, hasilnya sangat memberangsangkan abis la tangan aku ditimpa kegatalan yang amat teruk. 

Jam terbaru aku

Jam terbaru aku ni aku order dari US, sebab ada kaki kat sana so order je la, dia ni bekas staff TM, migrate kat sana so kami order dia ada outlet kat Kelana Jaya Centre Point, so bila dah transfer duit pi ambil ja la. Anyway sebenarnya aku nak order Correlle kat dia ni tapi nampak jam aku order jam pula, apa boleh buat, pompuan biasa nampak apa yang berkenan semua nak beli.  Sebenarnya sudah terasa kegatalan pada lengan aku masa pakai petang tadi, sedikit kefrustan tergambar di wajah dan perasaan aku, apa boleh buat, nasib badan, nampak gaya jam ni bakal menjadi koleksi perhiasan, unless kalau aku rasa perlu sangat baru la aku pakai, apa pun tak boleh, menci la.  He he he

Ni la rupanya bila time nak pakai