Friday, 31 Ogos 2012:
Bangun pagi2 ingat nak cuci kipas, apa pun aku tak buat gi ofis ambil slip maybank yang aku transfer bayar duit jam kat Kak Zan, sebab aku nak gi Kelana Jaya nak claim barang aku beli tu. Nawaitu main terjah saja tempat tu alhamdullilah aku tuhan tunjukkan jalan dengan mudahnya kat aku. Tak tanya terus naik, ada je yang menegur aku, so aku dengan mudah dapat cari kedai tu. Lepas balik dari itu aku gi beli barang dapur untuk mengisi barang2 yang sudah susut, tapi di fikiran aku ada satu masalah, apanya freeze aku kena cuci dulu baru boleh top up barang lain kalau idak lagi menambah kekotoran yang sedia ada, bukan kotor apa bekas2 sayur dan air yang tumpah tu nampak cam tak bersih ja.,
Kemudian balik ingat nak sambung buat keje rumah, tengok2 apa pun aku tak buat aku keletihan tahap melampau, tidor dulu, lama juga aku tidur. Bangun2 pun ingat nak cuci kipas,idak juga aku kabulkan niatku ini, apa yang aku buat layan FB saja. Tu pun baca dari jauh ja, tak komen, aku tak taw apa dah jadi kat aku badan letih cam aku buat keje berat tapi satu apa pun aku tak buat. Petang lepas asar, La call aku suruh pi umah dia makan, so aku seperti biasa melengahkan2 masa dalam 5.30 dekat pukul 6.00pm baru aku pi rumah dia, bukan aku nak makan sangat saja hilangkan kebosanan. Di riak wajahku La cakap nampak lesu dan macam tak berseri, ntah la may be aku tidur banyak sangat lately ni, aku kurang makan, sebab tak tahan nak tidur.
Lepas balik aku tidur dengan baju yang aku pi umah dia, wallahualam apa dah jadi dengan aku. Aku tak tahu tapi yang aku tahu lately ni aku memang keletihan macam kerja teruk sangat sedangkan apa la aku buat sangat kat opis tu.
Saturday, 1 September 2012:
Awal2 pagi gi bayar duit air kat pejabat maintenance umah kami, before tu aku gi postbox amik surat segala surat termasuk bil air dan bil api. Lepas tu aku gi opis tkt 4 bayar, dengan ilmu di dada yang kosong pasal pejabat pos, aku main terjah pi, sampai la aku call kakak aku dia cakap, minggu pertama pejabat pos tak buka. Ermm tak caya dengan statement tu aku gi Pejabat Pos Besar Petaling Jaya, bila nampak pintu besaq baru aku percaya, apa aku nak buat ek cari pejabat pos bagai nak gila, aku sebenarnya nak pos geran kete aku tapi tak tahu la plak ari Sabtu minggu pertama tutup.
My red coffee table
Lepas misi aku gagal, aku gi cari coffee table untuk ruang tamu aku, jumpa satu color merah terus jatuh cinta. Untung juga jadi orang tak kawin ni, buat2 mengada, price turun dari RM120 ke RM100 kemudian RM90, bila mengaku bujang dalam bil tulis terus dapat harga RM80. Untungkan, tu la lelaki mudah sangat tertipu kalau pompuan nak beli, kalai lelaki mai beli jangan harap dapat harga tu, mesti dia maintain RM120 tu. Dalam pada itu aku intai2 juga single bed untuk third room aku, aku nekad nak beli juga katil tapi mesti color putih supaya sedondon dengan kakak2 dia di bilik lain, walaupun single color mesti putih, kalau tidak tak cantikkan. Deal punya deal aku cancell tak mau ambik sebab, rasa cam tak perlu dan untuk apa aku nak beli.
Bukti aku cuci freeze
Dekat parking lot aku tersedar, yang aku dah tinggal kunci sib baik pak guard jumpa, tapi detik ati aku ghisau juga so aku tukar mangga aku. Dalam keletihan merayap aku lena sat, layan fesbuk sat, last2 aku terlena depan sofa. Jaga2 aku proses freezer aku, cuci semua barang dalam tu ada yang aku buang, wah sangat kotor, nampak sangat selama ni aku jarang cuci. Basuh dapur lap aku punya dapur dan dinding yang kotor dek percikan bahan masakan. Aku juga nekad kalau aku kuat aku cuci kipas terus, tapi apakan daya aku memang tak larat so kirim salam ja la, esok masih ada, so aku sambung esok la untuk acara cuci kipas. Malam aku lena sakan lepas tengok cerekarama, lagi pun ada sesuatu di jiwa aku rasa tak best, aku rasa tak best kalau aku rasa terhegeh dekat orang, dan orang tu buat tak tahu ja. Salu aku dah malas layan kalau orang wat aku cam ni, akhirnya aku tidur dalam jiwa yang tak tenteram tapi nyenyak..he he
Bukan senang aku nak bersih cam ni...he he
Sunday, 2 September 2012:
Semangat yang hilang kembali, awal2 lagi aku bangun mandi, masak nasi goreng dan ready to cuci kipas, wah bunyi cam susah benar misi aku ni. He he idak la susah, aku bangun sidai baju aku dulu la, dah basuh ari Jumaat tapi tak sidai2 sebab ampaian penuh. Erm selesai sidai aku mandi dan terus masak rasa lapar pula sebab semalam makan tak berapa selera. Lately ni selera aku tak berapa laju, makan semua tak abis tu yang malas masak. Lepas makan relaq kejap, layan FB kejap aku vacum apa2 yang patut kat semua bilik dan ruang tamu, wah tak sangka aku sangat rajin mengalahkan surirumah, tapi sakan juga dok tengok FB. Last2 aku decide pejam mata tak mau layan FB untuk seketika jika tidak keje aku tak jalan.
Aku nekadkan hati walaupun penat dan berpeluh aku tetap tak layan FB, aku teruskan tugas2 membersih rumahku. Aku cuci kipas semua bilik dan ruang tamu, penat juga walaupun nampak simple, sakit belakang aku, ghisau juga takut aku jatuh terkangkang sorang diri ja. Dalam hati nak tergelak pun ada, sian aku kena buat keje ni, kalau berlaki tak la aku kena panjat cuci kipas cam cleaner, tu pun kalau dapat laki rajin, kalau tidak aku juga kena panjat cuci ni. Tapi rasa cam hero plak, sebab aku panjat cuci sendiri, hik2, mesti ada orang marah aku cakap cam ni, sebab keje ni tak seberapa, tapi pada aku, cam hero taw sebab aku buat sebab terpaksa.
Siap sedia untuk memanjat
Aku tengah cuci kipas ni, tapi nak gak snap gambar sendiri
Dengan hati yang cekal aku tabahkan diri untuk bersihkan bilik ketiga aku ni, yang aku bernaiwatu mahu membeli single bed. Bila dah cuci ni senangla katil baru nak masuk, so aku kemaskan semuanya, mangkuk pinggan aku siap aku keluarkan dari kotak dan susun kemas2 dalam kabinet. Banyak juga kotak yang aku dah buang tapi nampak cam tak buang apa2, kelakarkan ni menunjukkan betapa bilik ini dipenuhi dengan kotak2 kosong yang tak perlu disimpan. Aku kuarkan barang2 yang separuh tinggal dalam kotak tu, untuk dikemaskini dalam kabinet aku. Adoi bukan senang jadi cleaner ni yer, penat nak mampus. Bila cek2 balik, banyaknya barang aku, macam tak caya plak bila aku beli semua ni.
Akhirnya aku kuar mencari katil selepas semua tamat kemaskini, pi kedai tu semula rasa cam tak berkenan plak, pi cari kat kedia lain pula, aunty tu cakap eksyen nak beli tak jadi beli, dah la kedai dia serabut, eksyen plak. Last2 aku tipon la ajak pi pasar malam, bukannya aku beli apa pun, saja nak buang masa aku, kami beli cempedak goreng makan dalam kereta sambil sembang2 kosong plus mengumpat skit, he he..nasibla sapa yang kena umpat tu, kalau betul tu terima ja la, kalau tak betul bertambahla dosa mengumpat aku. Nak maghrib aku balik, sampai rumah rasa cam nak masak cokodok tapi sakit malas datang aku tak masak apa pun.
Lastly, the conclusion what I've done for 3 days adalah sesi manjakan diri dengan rumah, konon2 nak jadi wanita melayu terakhir. Insyallah rajin la sangat, setelah lama rasanya tak berapa rajin..comel la statement ni cam bagus dan cam tak bagus sangat...hu hu hu...
No comments:
Post a Comment