Tuesday, April 16, 2013

Bahang Melbourne Terasa

Semangat jalan dah mula terasa, aku dah beli luggage baru, color tak boleh blah, cam tak caya ja, aku sebenarnya minat color merah, tapi atas suggestion dah konon2 orang european suka color tu aku pun rembat color yellow tu.  Hik2 mesti nkorang gelak besaq tengok akunya bag, tapi nak buat cam ne aku dah beli dah pun, aku beli sebab tertengok dan terbeli.  Aku beli bag peti sekali ni cam sekolah dulu2 pakai bag peti plak nak gi Melbourne.  Konon2 nak lain dari yang lain that's why aku beli color tu, apa2 pun tak leh cakap apa2 sebab dah beli dan dah tersimpan dalam bilik aku dah. 

Sebenarnya aku tak confiden sangat dengan bag peti kalau bawa jalan coz, salunya kat airport dia orang baling ja time nak masuk kargo dan time sampai tu.  Tu yang aku risau mana la tau bag tu tiada ketahanan sangat, rugi la aku beli.  Ikut2nya aku suka color hijau tapi aku beli kuning, nape yer, may be sebab sales boy n sales girl tu dok cakap color kuning lawa.  So aku ignore la color favorite aku demi pujian adik2 tu, aku rasa cam segak plak tengok lama2 color tu.







Friday, April 12, 2013

Jogging Skit Ja

Tiba2 mai pula syeh nak jogging lepas kerja, kalau dulu aku malas, bila fikir balik rumah asyik lena ja, baik aku jog kan, bukannya apa risau la juga letak ja kepala lena terus.  Kalau diingatkan apa pun aku tak buat kat rumah, balik mandi masuk baju dalam washing machine, baring2 atas katil ja.  Lelain aku tak buat, sebabnya tahap kemalasan aku berada pada tahap beku.  Bila agaknya nak cair balik ni, ya allah lagi aku tak makan malam lagi malas rupanya pergerakan badan aku, rasa nak tidur ja, bangun pagi pedih perut pulak. 

Jogg pagi dah jadi malas pula, semuanya ni berpunca kalau aku pi jenjalan nak start bangun balik ari sabtu ada masalah skit.  Tapi semalam aku boleh juga lari nonstop, lima round dekat opis aku, ni bermakna aku masih fit la.  Walaupun jarang2 buat at least badan aku ringan la lagi kan, wow perasan sendiri la.  Apa2 pun aku kena tanam minat jog ni tak kira rime dah, pagi ka petang ka aku kena cuba jog untuk elak kemalasan melampau. Permulaan cukup 5 rounds, lepas ni may be 10 rounds la pula, insyallah. 



Thursday, April 11, 2013

Lama Tak Gi Langkawi

Alahai rasa dah lama tak jejak kaki jumpa Mahsuri, tak ingat berapa lama dah tak pi sana, yang pasti aku memang dah dekat 5 tahun tak ke sana, aku rasa.  Dulu pi tak naik cable car tu yang rasa ralat tu, now bila tengok orang naik cable car, hati rasa jeles, kat sana memang tak dak apa sangat tapi kalau dah lama tak pi rasa nak pi.  Aku tak tau orang lain punya rasa, ini akunya perasaan saja.  Langkawi apa yang best, salu orang beli sudu, garpu dan mangkuk pinggan ja, cokelat.  Lelain aku tak tahu la apa yang bestnya selain dari pulau bersejarah. 

Tapi banyak dah membangun kat sana, oleh kerana lama dah tak pi kena la pi jalan, ayok setahun ni nak berjalan saja aku, habis la duit aku, kalau kawin dengan tokey balak pun bankrup kan.  Tak dak keje mau jalan saja dok rumah malas, kemas malas masak malas dah la ni, apa nak jadi ni, makin tua makin malas, ha ha, nasib baik dok umah sensorang kalau ada laki dah lama kena cerai.  That's why aku rasa aku ni maintain single pun tak pa, coz aku rasa ada banyak perangai buruk aku yang boleh jadi isu besar..alahai cite benda lain plak sebenarnya main pointnya nak jenjalan Langkawi pulau lagenda. 



Teringin Nak Gi Bali

Insyallaah kalau ada rezeki lebih allah kasi, aku teringin nak gi Bali la tahun ni juga.  Dua tempat kat Indon yang aku rasa nak jejak adalah Bali dan Indon, yang lain2 belum lagi rasa nak pi.  Sebenarnya dah lama aku teringin nak pi Bali, tapi tak pi juga.  Sebenarnya aku memang dah tak pi Indon dua tahun dah, last pi Padang dan Bukit Tinggi tahun 2010.  Indonesia aku tak berapa gemar pi sebab makanan dia, susah aku nak telan kalau makan pun mesti sakit perut.  Nak janji halal tu memang susah la kecuali masakan padang. Sebab tu aku kurang skit pi sana, kecuali Sumatera aku rasa yakin skit nak makan apa2.  Nampak la muslimnya cuma yang tak best tu depa suka bela anjing cam kucing.

Bali ni bukan apa, aku teringin nak jejak ja kaki kat sana, macam orang lain pi, at least aku pernah la sampai kat sana, walaupun dari cerita2 aku dengar ada yang tak best.  Muslim kurang, so makan pun kena careful juga.  Anyway aku rasa as long aku boleh bawa maggi, aku ok ja, maggi tu macam nasi aku la kalau aku gi negara2 yang aku tak boleh nak makan makanan depa, so aku akan jadikan benda ni wajib untuk aku bawa dalam luggage la.  Kalau tidak merana hidup aku kat sana, lauk pauk orang aku susah nak terima makan, so kena la bersiap sedia bekalan sendiri supaya tak mati kelaparan di negara orang.

Aku dah ada collection t-shirt HRC Bali, tapi aku nak juga gi sana, t-shirt ni En Mok yang kasi, lama dah tahun 2006 ke 2007, aku masa tu tak berapa nak pandai collect lagi.  La ni mana2 negara yang aku pi mesti aku collect untuk koleksi peribadi aku.  Insyallah ada masa ada rezeki tuhan bagi sampai la aku ke sini. 



Wednesday, April 10, 2013

Mencari Kasut Cinderella

Huh...aku memang bermasalah cari kasut kesian kan, dah hampir sebulan aku cari susah nak jumpa yang berkenan, macam la kaki tuan puteri susah benar nak match dengan kehendak aku.  Kalau boleh aku pun tak nak eksyen2 cari kasut yang mahal2 dan buang masa cari kasut.  Aku susah nak berkenan dengan kasut di pasaran, ha ha macam bagus ja bunyinya.  Kalau aku beli pun kenkadang terpaksa dan untuk menjadikan koleksi kasut aku yang kurang tu nampak banyak.  Malu la juga pakai kasut tu ja, macam tak mampu aku nak beli kasut lain.  Beli2 sakit cam ne aku nak beli kasut banyak2 yang tu semua masuk dalam kotak buat perhiasan dalam almari jadi muzium.

Hish Cik Manis, awat la susah sangat cari kasut cam cari bakal suami, seksa nak mampus aku nak suka, yang pasti aku memang ada masalah cari kasut dan juga makan.  Kalau tak kenan atau tak kena selera jangan harap aku nak beli, tu la aku, susah sangat memilih ke cara cam ni, wallhualam, yang pasti selagi tak berkenan tak beli la aku, dah berkenan pakai sampai lunyai, macam orang tak mampu beli kasut.  Padan dengan muka kalau tak memilih sangat banyak ja pilihannya. 



Tuesday, April 9, 2013

Sembang2 Throwback

Hari Ahad lepas kami berkumpul, ni aktiviti kami satu hari tak kira Ahad atau Sabtu mesti berkumpul makan2 atau gebang2.  Orang bujang tak kawin, ada ja keje kami, bukan keje apa, keje makan keje sembang, pas tu keluar cerita yang throwback buat kami gelak pecah perut.  Yang pasti benda2 yang jadi memori masam pun jadi indah bila semua buka cerita ketawa senda.  Kadang2 lawak kita orang buat aku senyum panjang, dan kalau lawak tu aku rasa kelakar kami akan continue sambung gelak dan komen dekat fesbuk.  Ni yang wat kami rapat walaupun hasil perkenalan kami hanya bermula dari kawan atas kawan.

So far kita orang selesa berkawan keluar makan sesama, may be satu kepala satu pandangan dan life style lebih kurang.  Yang paling kelakar kita ada minat yang lebih kurang, masing2 boleh masuk tak kira tahap umur, kalau yang tak boleh masuk tu, may be sebab dah kawin kot, ada perasan diva la kot. 





Monday, April 8, 2013

Further Study@Master

Dah lama aku bernawaitu, alhamdullilah hari ni aku dah setel submit akunya borang application, minta2 dapat la.  Doa banyak2 otak dah semakin membeku, ide semakin berkurang so nampak gaya aku kena tambah vitamin ilmu untuk otak aku yang dah semakin tepu ni.  Bila aku rasa otak berada tahap tepu, aku perlu motivasi diri untuk buat sesuatu yang positif untuk diri aku.  Asyik berjalan tak ingat duni, ilmu otak pun perlu dituntut juga, kalau otak kuncup aku rasa malunya nak join bercakap dengan orang2 yang sentiasa brilliant.  Tak tahu la tahap brilliant depa cam mana setakat cakap ja, execute orang lain, implement orang lain. 

Insyallah kalau dapat interview bulan Jun start la aku masuk sekolah balik, wah bestnya hidup terisi dengan buku la lepas ni.  Setahun lebih ja, tahan ja la, kalau tak dapat jenjalan sebab dah further study, kan sabar la skit.  Demi cita2 pendamkan niat jenjalan tu, insyallah masih ada waktu nak jalan, kalau lewatkan2 nawaitu nak belajar takut lama2 tak buat pulak, so better cepat2 buatkan. Mungkin schedule aku akan pack skit kalau dah further study ni, tapi tak pa, sekejap saja, bukan 3 tahun kan...





Wednesday, April 3, 2013

Senyum

Aku ada masalah, masalahnya apa ek?  Masalah kalau orang tak senyum kat aku, aku memang malu gila, sebab tu muka aku maintain macam orang berlagak.  Sungguh memalukan untuk aku la, may be orang lain ok kot, aku ni memang cam tu kena sekali, cukup la, memang aku akan berhati2 untuk next time.  May be aku yang rasa dia orang sombong, ntah2 depa pun cakap aku sombong2, hik2 biasala kan orang salu rasa dan perasan dia bagus, sebab tu dia kutuk dan mengata orang lain.  Mana ada orang nak rasa dia teruk, dan cakap dekat orang dia sombong. 

Paling aku tak suka terserempak empat mata dengan orang, macam terkejut tengok aku pas tu dah la tak senyum, ni yang buat aku malu ni.  Kalau aku senyum dia tak senyum, apa yang hampa rasa, mesti rasa malukan, ya la semua orang ada kelemahan masing. Bila aku cuba jadi peramah orang tak mau senyum pula abis tu cam mana.  Next time kalau aku tak senyum jangan cakap aku sombong ek.  Amboi kasi amaran plak ni, biar la apa orang nak cakap, hobi aku balas dendam kalau orang buat kat aku. Cuma aku wat positif thinking dia rabun dekat agaknya sebab tu tak nampak aku depan mata. 



Tuesday, April 2, 2013

Melbourne Aku Datang

Hati berbunga2 nak melawat Australia, bukan semua kawasan tapi aku gi Melbourne ja, actually aku plan tak nak pi coz aku nak gi Eastern Europe, tapi insyallah ada rezeki lebih skit tahun ni, langkah panjang aku.  Best la nawaitu terlaksana bukan sekadar terucap di bibir, tapi direalisasikan oleh aku sendiri, kuasa allah juga yang bagi aku pi ni.  Kalau dia tak izinkan aku tak dapat la pi, alhamdullilah syukur sangat2 dengan kurniaan yang diberi.  Kaki pun dah gatal lama tak gi jenjalan naik flite, kalau salu pi kalau tak naik flite beberapa bulan dah rasa cam setahun tak naik.

Apa yang pasti aku akan menjejak kaki ke Melbourne bulan May ni, tumpang trip kenkawan, kalau nak gi dengan geng selalu jalan payah la skit sebab Kak Saadi dah pi aku rasa, kalau dia ulang pun sebab dah lama dia tak pi.  Anyway best la dapat kakak2 yang salu ajak aku pi jenjalan, kalau ada trip ja depa salu roger aku suruh ikut, kalau aku tak nak pun kenkadang depa call juga, sampai la aku kasi reason yang munasabah, baru depa accept.  Insyallah dia orang semua baik2 dan take care each other kalau kita orang gi jenjalan sesama.  Sebab tu aku suka ikut dia orang, tapi trip Melbourne ni aku tak ikut dia orang, trip ni semua trip orang bujang.  Ya la trip untuk berjalan2 kenkadang lagi indah dengan geng tak kawin..he he he

Melbourne yang pasti aku akan datang, insyallah jika tiada aral melintang, sampai la rombongan kami berempat. 




Hard Rock Cafe Live Band@Penang

Lama tak balik kampung sejak new year hari tu, so kali ni balik aku banyak la ronda sana sini.  Jalan2 cari makan, jalan2 layan live band.  Live band ni memang aku minat la, dari dulu dan kini, tak semua orang tahu aku memang suka layan live band, sebabnya aku hanya akan layan dengan orang yang minat sama dengan aku saja, aku takut orang yang aku ajak tak minat, takut depa tak tahan bingit bunyi muzik.  Pada aku tu la alunan yang wat aku hilang stress atau lupa sekejap benda yang aku tak mahu ingat, bukan semestinya frust  cinta adalah benda lain yang wat aku tak senang duduk. 

Kedai wajib melawat


Moto Besar depan cafe HRC

Bila dengar live band aku cadangkan nkorang pergi tempat2 yang best skit baru best, sebabnya kalau dengar yang cikainya memang tak best, sound check hampes, telinga lagi bingit dengar.  Hard rock atau hotel2 5 star kalau dianya live band performing salunya ada class, sebab dia pilih orang Filipina yang memang pro, semua lagu depa boleh nyanyi, pakaian pun ada style. Yang penting vokal dan drummer untuk aku la, kalau dia ketuk drum bunyi tak best memang tak best la live band tu.  Banyak2 aku pi Live Band aku rasa paling best kat Hard Rock Penang kot, hik2 sebab negeri aku ka, tak la sebabnya ramai foreigners yang layan.  So nampak cam aku dok kat overseas plak, memang best. 


Pintu masuk cafe


Singer ni dua2 best

Sesekali kena la layan live band kalau tidak jiwa rasa tak tenteram, itulah aku jangan jadi rusa masuk kampung masuk ja HRC layan ayaq setan, sebab nak jadi orang moden, ayaq lain banyak gi leh minum, tu la aku tengok aksi beberapa orang kita yang baru nak belajaq jadi jahat. Concorde Hotel pun best juga dianya live band, dulu kat Subang Villa aku layan minah philipine juga memang debom, kalau selang seli dengan band Malaysia hancus skit la.   Alamak kutuk band negara sendiri plak.