Lama tak balik kampung sejak new year hari tu, so kali ni balik aku banyak la ronda sana sini. Jalan2 cari makan, jalan2 layan live band. Live band ni memang aku minat la, dari dulu dan kini, tak semua orang tahu aku memang suka layan live band, sebabnya aku hanya akan layan dengan orang yang minat sama dengan aku saja, aku takut orang yang aku ajak tak minat, takut depa tak tahan bingit bunyi muzik. Pada aku tu la alunan yang wat aku hilang stress atau lupa sekejap benda yang aku tak mahu ingat, bukan semestinya frust cinta adalah benda lain yang wat aku tak senang duduk.
Kedai wajib melawat
Moto Besar depan cafe HRC
Bila dengar live band aku cadangkan nkorang pergi tempat2 yang best skit baru best, sebabnya kalau dengar yang cikainya memang tak best, sound check hampes, telinga lagi bingit dengar. Hard rock atau hotel2 5 star kalau dianya live band performing salunya ada class, sebab dia pilih orang Filipina yang memang pro, semua lagu depa boleh nyanyi, pakaian pun ada style. Yang penting vokal dan drummer untuk aku la, kalau dia ketuk drum bunyi tak best memang tak best la live band tu. Banyak2 aku pi Live Band aku rasa paling best kat Hard Rock Penang kot, hik2 sebab negeri aku ka, tak la sebabnya ramai foreigners yang layan. So nampak cam aku dok kat overseas plak, memang best.
Pintu masuk cafe
Singer ni dua2 best
No comments:
Post a Comment