Wednesday, May 15, 2013

Ambil Wuduk

Aku tak sihat, rasa nak bangun pun malas, tapi aku ambil wuduk rasa terus segar bugar, alhamdullilah.  Insyaallah aku rasa ada yang tersirat di sebalik tersurat, bila ambil wuduk aku ok, kalau tak ambil rasa sengal abis satu badan.  Aku rasa ada yang tak kena ja ni, dah dekat seminggu sengal badan aku ni tak baik2.  Bangun pagi ada masalah, lepas solat subuh ok, lepas solat zuhur ok, lepas solat asar ok, lepas solat maghrib dan lepas solat isya semua ok.  So sebagai orang islam kalau ada masalah sebegini, elok la ambil wuduk ya, sebabnya incase le ada benda2 tak elok, serba sedikit hilang la.

Kawan aku salu pesan, kalau rasa tak sedap badan atau tak sedap hati pi ambil wuduk selama ni aku buat sambil lewa ja, tapi bila aku nampak keberkesanannya aku pun rasa benda ni betul.  Tapi kena rajinlah, kalau tidak tak menjadi la.  Tapi untuk aku benda ni berkesan lately ni, so aku cadangkan sapa yang terbaca artikel blog aku, boleh amalkan ambil wuduk ni, modal tak banyak, cuma basah ja skit, yang pasti anda akan berasa segar dan hilang resah gelisah aku. Amin. 






Tuesday, May 14, 2013

Back To School

Insyaallah cam dapat berita baik, application diterima, kalau betul June masuk sekolah balik.  Yeay dah lama aku tunggu saat ni, bukan tak nak, cuma kemalasan submit form ja.  Wah jadi budak sekolah memang best, dapat jumpa kawan baru, dapat wat group study, kena buat assignment, kena exam semua ni aku suka walaupun ada setengahnya perit.  Dari buang masa, merapu tak tentu hala, at least masa aku terisi sikit dengan belajar benda yang berfaedah.  Lepas Master kalau rajin buat PHD plak, wah nak belajar sokmo, rajin juga aku nikan nak jadi orang berilmu, yang pasti kalau aku dah further aku tak suka tangguh, aku nak habis ikut deadline.

Bermulalah episod, lari on time dari ofis sebab nak masuk kelas, bermulalah makan tak tentu hala, wah semua ni hanya setahun lebih, insyallah aku akan habiskan selagi tak sakit dan tiada rintangan.  Dulu masa aku further tak terurus hidup aku, maksudnya tak jaga la penampilan diri, asyik nak buat assignment ja, asik risau kelas ja.  Asik nak beli buku ja, buku dulu pun bertimbun dalam bilik ketiga aku, wah tambah la buku aku.  Anyway aku suka back to school, sebab otak pun dah lama mendap, berpoya ja keja aku, biar la setahun lebih ni aku isikan otak aku dengan vitamin ilmu.  Vitamin yang perlu untuk peredaran semasa, tak kira umur dah meningkat ke apa, belajar tu perlu. 




Monday, May 13, 2013

Cara Pandang Orang

Ada sesetengah orang bila pandang orang sharp terus kat mata, yang mana semua ni aku tak suka.  Kalau boleh nak ja aku lempang kiri kanan orang yang suka tengok orang tepat kat aku.  Tak kira bangsa apa, kalau tengok aku tepat aku tak suka, tak suka sebab macam aku buat salah lagi satu aku rasa cam nak korek biji mata dia.  Tiada adab ka tengok orang macam tu, hish mana sifat pemalu dah la tengok terjegil, nak kata aku ni segak sangat dak la.  Apa masalah nkorang hah tengok aku cam tu, aku tak suka woo, aku bukan ada ilmu apa2 tapi aku memang tak suka cara pandangan orang secara tepat kat aku.  Pas tu buat muka terkejut, ni lagi aku menyampah, menyampah tahap maxima.

Tolonglah pada orang2 yang suka tengok orang, please jangan tengok sharp sangat la, sebenarnya orang yang kena tengok tu tak suka dan tak selesa, of course aku la tu.  Lagi satu yang aku rasa tak best sebabnya kejap2 tengok kejap2 tengok, apa salah aku hah, dok tengok aku sangat.  Ada satu mamat ni tengok aku aku sound ja, wei awat dok tengok2 ni, tapi dia tak faham aku, sebabnya dia foreigner, ha ha kelakar la pulak aku sound dia bukan faham, kalau dia faham pun padan muka dia.  Aku geli orang tenung2 aku macam orang gila, berapa kali dah aku baca ayat qursi kalau ada orang tenung aku cam tu, tu kalau jantan la.  Alhamdullilah buat masa ni selamat la lagi, tak tahu sampai bila nak selamat. 






Friday, May 10, 2013

Bila Nak Tulis

Adoi dah lama rasanya aku ke Thailand, tapi cite lum tulis kat sini, macam ada kemalasan dan kelupaan plak nak update kat blog aku ni.  Agaknya bila la nak rajin, lepas balik dari Melbourne kot baru aku rajin.  Harap2 aku tak lupa cerita2 perjalanan suka dan duka aku tu.  Sakit bontot naik bus, bengkak kaki dok dalam bus lama, adoi rasanya serik pula nak naik bus lagi untuk journey yang jauh cam tu.  Merana kaki dan merana bontot, yang pasti tu adalah pengalaman yang tak dapat aku lupakan tiga tempat sekaligus dengan hanya menaiki bus, iatu Hatyai, Krabi dan Phuket.

Satu pengalaman yang tak dapat tu boleh dikatakan duka tapi terlepas la, sebab agen bertanggungjawab.  Yang bestnya dapat berkenalan2 dengan orang TM semasa dalam bus, yang mana sebelum ni tengok2 ja tak pernah cakap.  Yang kelakar dan tak sangka pun ada, walaupun  dia orang senior tapi dia orang best.  Tapi aku tak rajin plak nak tulis cite aku gi Phuket2 harap2 rajin aku datang balik sebelum banyak lagi cite aku nak tulis, next vacation lepas ja balik kena terus tulis la kalau dok KIV lelama, of course jadi malas dan basi. 




Color Pujaan Terbaru

Color biru ni bukan color terbaru la, masa sekolah dulu aku suka color ni, hitam dan putih pun color kesukaan sebenarnya.  Color ni memang color favor aku masa aku sekolah dulu, pas tu cinta aku beralih arah aku main rembat ja color apa aku suka.  Tema rumah konon2 hijau, tapi sebenarnya aku tak la suka hijau sangat.  Color pink yang aku tak suka sangat, tapi banyak juga aku beli color pink.  Terbaru aku suka balik color biru, dan color merah, ntah la tak tahu kenapa, yang pasti mungkin aku terbaca blog seseorang yang aku suka, dia suka biru dan merah juga. Tapi apa2 pun biru memang color aku suka dari sekolah, nak baju kurung biru ja dulu kalau baju raya.

Erm aku paling tak suka oren, kuning dan purple, tak tahu kenapa, yang pasti ni memang aku paling menyampah, color ni wat aku menyampah tengok benda yang aku ada.  Kalau terpaksa pakai, aku pakai time tu ja la, adoi aku memang tak suka, kalau nak ikutkan color putih aku suka juga tapi pabila mengingatkan cepat kotor aku beralah juga untuk beli certain barang yang aku rasa tak terjaga kesuciannya.  Tapi aku beli kerete color putih juga tu tandanya putih juga dihatiku. 






Thursday, May 9, 2013

Baru Aku Perasan

Bila orang sibuk2 beli handbag jenama terkenal, baru aku perasan aku tak kisah sangat, yang sedia ada Coach pun aku lempaq ntah mana2 dalam rumah, wrislet ka apa ka semua aku tak la jaga sangat.  Aku memang bukan feminin sangat nak pakai hbag ala2 mak datin atau minah make up tebal, punca tak dikenal pasti kenapa aku tak berapa minat hbag, beli pun dok dalam lemari, dok dalam dust bag, biar la orang nak kata aku pakai yang murah, aku beli yang mahal dok dalam lemari, buat apa nak beli. Membazir pula kan, tapi kalau barang sport aku sanggup beli mahal2 kenapa dan mengapa aku pun tak tahu, sportwoman la konon.

Kenkadang aku pun rasa aku ni bila kuaq berpeleseran tak la nak make up ala primadona, tak dak la la nak pakai baju kembang ala Marilyn Monroe, aku memang suka original, aku tak suka rosakkan kulit aku yang nipis nampak urat ni.  Aku memang tak selesa kalau pakai make up, kalau lipstik merah menyala, aku jenis sempoi gila, pakai setakat sekali  ja awai pagi, yang lain tarak la nak touch up balik, lepas solat muka tu la aku balik atau nak pi meeting.  Aku tak payah nak habiskan beli minyak wangi, tapi aku beli juga, sebabnya aku bila pakai penin kepala, sampai kena mandi dan tidur.  Semua ni aku ada masalah, apa orang nak cakap kat aku cakap la, yang penting aku ada reason tersendiri. 









Friday, May 3, 2013

Aku Suka VS Dia Suka

Wallahualam, aku pun tak pasti sapa suka sapa sebenarnya yang pasti time aku tak nampak dia satu hari, tak best terus aku rasa, kenapa ek.  Apa ada kat dia, apa yang menarik tentang mamat tu wallahualam, yang pasti walaupun aku cuba wat tak tahu dengan dia, wajah dia salu ja dok masuk dalam mimpi aku.  Kira dahsyat la kan, tapi alhamdullilah dia tak kasi la aku fenin kepala macam nak pecah, cuma aku terasa rindu ja kat dia bila tak nampak dia lama.  Insyallah yang tersirat dan tersurat hanya kuasa allah ja yang tahu, kalau dia suka aku, aku pun suka. 

Yang pasti dia bukan orang yang selalu wat aku sakit pala, dia bukan budak-budak yang keje ntah apa2.  Aku bukan mengumpat budak jalanan tapi apa yang dia dah buat kat aku, aku rasa tak boleh nak maafkan.  Tak sesuai rasanya buat cara kotor, realisticnya pun aku tak akan suka dan cinta sama orang macam ini.  Orang bermotifkan RM dan harta benda orang, bukannya suka dari hati ke hati, tapi nampak kebendaan, tolong la aku tak kan suka orang cam ni.  Bukan aku sombong tapi aku letih sakit kepala dan letih tidur tak lena dek gangguan bodoh yang aku sedar.

Alhamdullilah dalam pada itu aku masih rasa suka kat orang yang aku rasa aku suka.  Suka tak semestinya kawin, suka tak semestinya kat orang bujang saja, yang pasti suka kat orang.  Kalau orang tu bujang lagi la bagus, he he susah juga aku nak suka kat orang, tapi kat mamat ni muka dia kalau aku nengok buat aku rasa cool ja.  May be sebab rajin solat, sopan bercakap, tu yang aku nampak la, tak tahu la kat rumah cam pelesit kota.  Yang pasti tak semua orang baik tu tak dak keburukan, dan tak semua orang jahat tu tak dak kebaikan.  Kalau dah suka, tak kira la aku suka ka dia suka janji hati salu berdebar dan nampak muka orang yang aku suka.  La la la la...