Tuesday, May 14, 2013

Back To School

Insyaallah cam dapat berita baik, application diterima, kalau betul June masuk sekolah balik.  Yeay dah lama aku tunggu saat ni, bukan tak nak, cuma kemalasan submit form ja.  Wah jadi budak sekolah memang best, dapat jumpa kawan baru, dapat wat group study, kena buat assignment, kena exam semua ni aku suka walaupun ada setengahnya perit.  Dari buang masa, merapu tak tentu hala, at least masa aku terisi sikit dengan belajar benda yang berfaedah.  Lepas Master kalau rajin buat PHD plak, wah nak belajar sokmo, rajin juga aku nikan nak jadi orang berilmu, yang pasti kalau aku dah further aku tak suka tangguh, aku nak habis ikut deadline.

Bermulalah episod, lari on time dari ofis sebab nak masuk kelas, bermulalah makan tak tentu hala, wah semua ni hanya setahun lebih, insyallah aku akan habiskan selagi tak sakit dan tiada rintangan.  Dulu masa aku further tak terurus hidup aku, maksudnya tak jaga la penampilan diri, asyik nak buat assignment ja, asik risau kelas ja.  Asik nak beli buku ja, buku dulu pun bertimbun dalam bilik ketiga aku, wah tambah la buku aku.  Anyway aku suka back to school, sebab otak pun dah lama mendap, berpoya ja keja aku, biar la setahun lebih ni aku isikan otak aku dengan vitamin ilmu.  Vitamin yang perlu untuk peredaran semasa, tak kira umur dah meningkat ke apa, belajar tu perlu. 




No comments: