Friday, June 21, 2013

Ganti Puasa

Next week dah kena start ganti puasa, last minit tapi masih sempat, jangan tak ganti sudah la.  Semuanya gara2 sakit lepas balik Melbourne gi outstation kat Sarawak, training futsal untuk tournament 23 Jun.  Aku rasa tiap2 tahun aku wat last minit, cuma last year puasa 2011 aku dapat puasa enam, so aku tiada masalah ganti last year.  This year cam liat tapi masih ingat aku belum ganti, wallahualam aku tengok ada juga kawan aku cakap pasal agama, bertudung litup, tapi bab2 ganti puasa cam tak pernah pun aku dengar dia ganti, mungkin aku salah, tapi ni semua aku observe ja. 

Next year perlu berikrar dan bernawaitu awal untuk ganti puasa, kalau idak jadi macam tahun2 yang wat aku leka nak ganti posa.  Janji ada juga ingat tak posa, jangan buat tak ingat terus dah laa, dah tua2 ni kena ingat dosa sama, asyik berpoya2 pun tak elok juga.  Ada certain2 benda yang perlu kita elak, kita elakkan, demi kebaikan diri sendiri, jangan ikut resam orang ja, asyik nak sonok ja.  Asyik tak puas hati kat orang tu kat orang ni, tu apa kes.  Semuanya orang tak ok dia ja ok, agaknya dia ganti posa dak, hati kurang suci sangat, asyik mengumpat kat belakang ja.  Aku rasa kalau dia minum air 30 juzuk tentu hati berubah jadi suci murni dan tak menipu kan, dan tak juga menuduh orang la menipu.  Apa aku merepek ni, tajuk asal ganti posa melalut pasal tipu plak.  







Wednesday, June 19, 2013

Alhamdullilah Dah Ok

Alhamdullilah segalanya beransur pulih, sakit kepala aku yang sebelah cam migrain tu dah ok.  Aku bersyukur sangat sebab makin pulih, tak la aku nak kena makan ubat hari-hari.  Banyak kaedah dicuba dan banyak nasihat diambil dari kenkawan, alhamdullilah akhirnya aku dah baik.  Satu dugaan kepala sakit bagai nak pecah, badan lemah, selera tiada, asyik nak tidur ja, tapi alhamdullilah semuanya dah ok. Lega dan bersyukur tiada lagi rasa risau dan takut, takut sakit yang akan membahayakan aku ja.  Tapi bila dah ok, may be aku kurang tidur, kurang minum dan tak jaga makan.  So bila aku cover balik makan apa yang kurang akhirnya aku ok, yang aku pasti lepas aku makan buah longan aku akan sentiasa fresh. 

Bila cite dekat orang pasal buah longan tu pun tak logik kan, sebab makan buah ni aku ok, he he tapi sebelum tu aku ada juga minum susu, minum jus manggis plus delima, minum air zam2, minum air evian la.  Yang mana satu yang ok aku pun tak tau nak cakap, apa2 pun aku dah ok,tak payah nak risau lagi.  Aku ada main futsal last week, peluh pun dah kuar may be perjalanan darah pun dah kembali normal selepas bersukan.  Apa2 pun yang pasti alhamdullilah aku dah ok.





Tuesday, June 18, 2013

Betul Ke Teori Tu

Orang cakap kalau kita berdebar tu tanda orang yang kita ingat tu pun ingat kita, sejauh mana teori ni betul, aku pun musykil.  Nape nak ingat2 je kan, kalau suka SMS ke, Watsup ke, call ke, baru la rasa teori ni real.  Ni setakat berdebar2 sakit dada aku dok berdebar2, hilang focus aku nak drive nak tidur menyusahkan hidup aku ja.  Berdebar tu untuk apa ye, setakat nak feeling2 rindu cara tu, apa faedahnya kalau wat orang hidup tak tenteram.  Malas aku nak caya teori ni lagi, kalau berdebar tanda ada orang rindu kat kita, tanda orang ingat kat kita, semua tu tak betul aku rasa.  Berangan dari jauh cam tak gentleman la, malu ek, he he he,berangan tak malu plak.

Teori ni sesuai untuk orang dulu2 la kot sebab masa dulu communication tools terhad so susah nak contact, so apa lagi dok atas katil berangan la ingat wajah kekasih, kalau zaman la ni cam tak sesuai la kot.  Kalau suka call ajak dating ke, ajak tengok wayang ke lebih baik dari menyusahkan perasaaan orang dok kasi jiwa kacau.  Ha ha ha jangan marah ini pendapat aku je, may be ada orang kata teori ni betul sebab depa salu buat.  Satu lagi setakat kenal2 cam gitu ja, tak yah la dok call nak cakap rindu kat aku, aku tengok muka pun belum.  Nak call wat manja2 dengan orang, aku rasa dah age2 cam ni meluat nak layan, unless aku syiok kat dia, ni setakat kenal ala2 ja, tak yah la nak call feeling2 cam orang bercinta. 









Monday, June 17, 2013

My Master@MBA First Class

Worry so much bila nak masuk class, anyway bila dah join dengan geng2 baru dalam class yang sama, feeling better and happy.  First of all must change life style cam lecturer cakap, kena lupa sekejap duniawi enjoy, duniawi jenjalan, now apa yang penting baca buku, assignment dan group study.  Wah dah lama tak study rasa cam kelakar pun ada, tapi certain subject cam ok sebab based on experience di tempat kerja dan contoh2 pun kita cam senang nak faham, unless kalau budak2 baru cam blur la skit sebab pengalaman kerja baru setahun jagung. Tapi so far classmate nampak cam baik2, ok la tak nampak muka cam pecah rumah. 

Aku yang risau class account, walaupun masa sekolah dulu aku kelas account tapi aku memang tak suka account.  Ntah kenapa aku pun tak tahu may be tak kena dengan jiwa aku yang boros agaknya.  Ermm, kena baik2 dengan geng2 la kalau nak pandai sebab dah lama tinggalkan kalau tidak ketinggalan la.  Harap2 peringkat master account tak la seteruk masa degree dulu, aku cemuih la wat keje kira2 ni.  Nak balance la nak ambil kira factor tu factor ni, memang bosan.  Tapi semuanya ada compulsory, so kena belajar la juga mana boleh escape demi MBA, aku akan rajin la kot. 

 Jangan tak tahu dalam hati sudah ada niat mau beli meja study, walaupun baru satu hari masuk class.  Biasala bunga2 cinta study di peringkat awal, lepas tu study atas katil juga. 






Saturday, June 15, 2013

Kemas Rumah

Apsal aku sangat malas bab2 kemas rumah ni, aku sendiri tengak semak kepala otak, tapi oleh kerana malas dan dok sensorang so aku pun biaq ja.  Kalau orang mai umah aku terkejut habis la aku, malu la juga tapi nak buat cam ne dah memang malaskan.  Malas segalanya, basuh baju pun sebab mesin yang basuh, kalau kena sental, memang tak basuh la aku.  Ada banyak hantu malas dalam badan aku ni, sebab tu aku malas.  Nasib baik belum kawin, kalau kawin lama dah kena cerai, hishhh nasib baik tak kawin letih la jadi feminin, he he.

Anyway aku dah janji dengan kakak cleaner kat opis aku nak suruh dia kemas, bukan janji tapi aku bayor la.  Keletihan dan kesakitan yang melanda, rasa tak mampu nak kemas rumah lagi, harap2 aku tak jadi malas untuk selamanya.  Pelbagai ubat untuk tambah energy telah aku makan tapi cam hampes juga, ntah racun atau toksid jenis apa yang ada dalam badan aku ni, malas sungguh rasa nak mengemas kalau boleh nak baring dan berangan ja.  Tak pe sabar, peluang untuk kemas masih ada, slow2 take time jangan biaq rumah jadi gudang sampah sarap udah la. 









Friday, June 14, 2013

Limbang Saya Datang

Ramai ingat aku kaki jalan, normally kalau weeks day aku gi out station tu tandanya aku kerja, adalah kerja ni confidential skit, so aku tak kan war2 kepada orang.  Nak jadikan cerita posing pelbagai kat airport tu trademark aku la bila dah singgah mesti check in kat situ masuk facebook.  Cam ada yang tak puas bila aku kerap naik belon, nak buat cam ne ni tugasan yang aku buat untuk syarikat dan tugasan ni sulit mana leh cakap dengan orang. 

Jadi perak juga la tak pernah transit dua flite, satu normal flite satu foker, rasa cam naik bus pun ada, tapi setengah jam dah sampai.  Best juga tengok barang2 yang di check in, ada yang bawa ayam tu aku tak boleh tahan tengok, dulu dengar orang cite, depan mata nampak sendiri bunyi ayam dok berkokok rasa cam kat reban pun ada.  Yang best tu aku cam terkejut dan takut foodie kat sini aku boleh makan ke tak, dalam aku tak berapa sihat lepas balik Melbourne fly plak tempat yang aku tak pernah jejak.  Alhamdullilah semua ok, masakan depa aku boleh terima, aku rasa lega sebab tak dak masalah food kat sini.





Wednesday, June 12, 2013

Sakit Kepala Kembali Lagi

Masalah ni rasa cam teruk juga, pelbagai kaedah dah dicuba, tapi keberkesanannya tiada.  Lebih teruk kena bila aku balik dari Melbourne, ntah racun apa yang merasuk dalam badan, urat di kepala aku sakit sangat luar biasa.  Air zam-zam, air anugerah, ubat migraine, panadol, semua aku telan tapi tiada perubahan yang ketara.  Sakitnya tidak berubah, aku naik takut dengan apa yang berlaku, bila agaknya nak dan apa sebenarnya masalah aku pun tak tahu.  Kalau semuanya tak ok, nampak gaya aku perlu perubatan islam lagi untuk ini, kalau boleh aku tak nak buat semua ini, tapi ini adalah cara terakhir untuk aku atasi masalah yang aku alami ni.

Malas rasanya kalau tahu ini adalah satu gangguan lagi macam aku kena dulu, kalau boleh aku malas nak tahu apa yang menyebabkan aku sakit kepala.  Pada aku orang menggunakan kuasa2 sebegini adalah orang yang dayus dan gila.  Tak menggunakan akal fikiran untuk fikir apa akibat orang yang teraniayai dengan kuasa2 cam ni.  Aku menci dengan orang sebegini, belajar tak pandai, buat guna2 pandai plak, macam orang kampung plak, tak puas hati guna kuasa cam ni.  Benci tahap gaban sampai mati pun aku benci.