Wednesday, June 12, 2013

Sakit Kepala Kembali Lagi

Masalah ni rasa cam teruk juga, pelbagai kaedah dah dicuba, tapi keberkesanannya tiada.  Lebih teruk kena bila aku balik dari Melbourne, ntah racun apa yang merasuk dalam badan, urat di kepala aku sakit sangat luar biasa.  Air zam-zam, air anugerah, ubat migraine, panadol, semua aku telan tapi tiada perubahan yang ketara.  Sakitnya tidak berubah, aku naik takut dengan apa yang berlaku, bila agaknya nak dan apa sebenarnya masalah aku pun tak tahu.  Kalau semuanya tak ok, nampak gaya aku perlu perubatan islam lagi untuk ini, kalau boleh aku tak nak buat semua ini, tapi ini adalah cara terakhir untuk aku atasi masalah yang aku alami ni.

Malas rasanya kalau tahu ini adalah satu gangguan lagi macam aku kena dulu, kalau boleh aku malas nak tahu apa yang menyebabkan aku sakit kepala.  Pada aku orang menggunakan kuasa2 sebegini adalah orang yang dayus dan gila.  Tak menggunakan akal fikiran untuk fikir apa akibat orang yang teraniayai dengan kuasa2 cam ni.  Aku menci dengan orang sebegini, belajar tak pandai, buat guna2 pandai plak, macam orang kampung plak, tak puas hati guna kuasa cam ni.  Benci tahap gaban sampai mati pun aku benci.




No comments: