Tuesday, November 5, 2013

Balas Dendam vs Hukum Karma

Apa pendapat you all tentang balas dendam ni?  Pada aku biar karma yang menentukan, tak guna lawan dengan orang phsyco, buang masa buang duit, apa yang penting muhasabah dan ingat la pada kuasa allah yang lagi besar dari orang yang suka menyusahkan hidup orang.  Pada usia aku muda2 dulu ya aku rasa marah kalau ada orang buat sesuatu kat aku, tapi bila usia dah meningkat hanya bibir aku yang ucap, insyallah kalau allah tak izin sesuatu yang berniat jahat tak kan jadi.  Apa pun ni bukan cakap besaq usaha dan ikthiar adalah perlu jangan biar ja.

Aku paling benci orang yang niat tak berapa nak bersih ni, dah la tak berapa bersih tak pernah la pula benda yang nak revenge tu sebenarnya punca dari dia sendiri.  Logik akal fikiran memang la tak berapa nak logik, yang aku tau mungkin ada skit terputus wayar kat kepala dia.  Insyallah karma ada aku percaya karma juga kuasa allah, pembalasan tu cepat dan lambat ja, kalau hari ni dia buat kat orang, may be karma balas lambat skit.  Kalau tak kena kat dia kena la kat sedara mara dia la kan, tapi kalau terkena lebih lagi, tu kuasa allah la.  Sendiri mau ingat la, tak perlu desperado main tangkap muat semata2 nak tunjuk kat orang tapi nawaitu sebelum tu, allah je tau kan.

Tak perlu nak buat orang menderita dengan kuasa2 jahat, tak perlu nak tutup rahsia dengan benda2 kotor. Terpancar di muka tu kalau orang baik orang yang tak kenal tengok muka pun cakap baik.  Tapi kalau dah niat jahat memang jahat la orang cakap muka tu.  Bertahun cuba tak menjadi pun nak cuba lagi, ermm, apa punya manusia yang bernawaitu tak berapa elok, nak duit je nak tumpang senang, tak jujur tak, insyallah dengan kuasa allah kenkadang dapat juga kita tahukan.  Nak balas dendam apa haihhh, kalau diri sendiri tak sempurna, suluh diri sendiri dengan iman di dada dan bertaubatla. Karma mungkin berubah.  



Monday, November 4, 2013

Instinct Atau Gerak Hati

Gerak hati dengan diri aku sangat kuat, kenkadang aku malas nak baca gerak hati aku ni, coz what, salunya betul tu yang aku malas tu.  Kalau dah betul mula la rasa terer rasa aku la Queen taw semua tapi cam ne, dah allah anugerah akunya gerak hati salu cam betul cam ne aku nak elak ni.  Tolong la, kalau boleh aku x nak ada gerak hati cam ni, sebabnya menyusahkan hidup aku nak dekat dengan orang pun, sebab aku dapat rasakan apa yang terlintas dia hati depa.  Susah hidup aku juga kan.  

Tapi gerak hati ni aku ni ok juga kalau ada orang berniat tak elok aku dapat rasakan tapi aku cuba nak deny la kenkadang apa niat orang tu, tapi sebenarnya apa yang aku rasa tu lebih benar dari apa yang cuba aku elak.  Tapi kalau sekadar ala2 gerak hati aku ni cam boleh agak la yang berlaku juga cuma aku susah nak cakap kat orang apa yang aku rasa tu sebenarnya benar dengan apa yang berlaku, tak moh la riak sangat sat gi melawan kuasa tuhan plak.  Cuma yang aku rasa itu pun anugerah allah juga, bukan aku sendiri bikinkan.  

Gerak hati ni elok time orang nak kenakan kita, tapi menyusahkan time kita nak evaluate orang.  Jangan la obses sangat percaya dengan gerak hati kita, tapi percaya la pada kuasa allah dan back to agama jika apa yang musykil jangan fikir kita je betul nanti masalah jugakan.  He he tu yang aku rasa selama ni bila dah salu baca gerak hati kenkadang sukar nak terima kenyataan kalau gerak hati kita tak betul.  



Perlukah Jadi Daring

Ermm, berbicara soal daring ni aku rasa susah la skit umur2 cam aku ni nak jadi daring.  Dah tua la rasa bukan masanya aku nak berlakon2 gedik untuk mendapatkan sesuatu.  Bila bercakap pasal daring ni semua orang kasi pendapat kalau nak sesorang,  awak la kena la daring skit mulakan sesuatu, pada aku kalau nak memalukan aku rasanya tak perlu kot.  Aku rela jadi cam aku sekarang, ye le kan kalau orang nak kita dia la yang kejar kita, tak kan kita nak wat jadi tak malu dok kejar orang, aku ni pompuan.  

Setakat nak message2 je time bosan tak perlu la kot, aku rasa tu time nak isi masa kosong ja.  May be time orang yang dia suka tak dak masa tu.  Aku ni ada rega diri gak, biar la orang cakap memilih aku rasa aku ada pendirian aku sendiri, bukan eksyen tapi fikir masa depan, bukan pandang rendah dekat orang cuma rasa tak secure masa depan, bukan tak suka tapi takut bertepuk sebelah tangan, semua tu dalam fikiran orang2 cam aku ni. 

Tapi pada aku tak perlu daring untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya tak pasti, kalau dapat pun sebab kita dah terover daring sebab tu orang tu tersuka, kalau kita tak terdaring orang tu, tak de la nak tersuka pun kat kita, lagi pun perlukah daring untuk orang yang tak seberapa, pada aku la. Buang masa betul.  Ala-ala ja, lagi buang masa, aku bukan desperado la sangat tak kawin tapi aku cuma berhati2 memilih kawan takut ada yang nak main2 je dengan kita,  ada nawaitu di sebalik itu.  Nak menumpang senang, bukan suka sangat pun, nak eksyen dengan teman2, kita perempuan yang jadi mangsa, sebab dimainkan perasaan.  Daring tak perlu ok, perlu daring time terdesak nak minta tolong ja..hik2





Saturday, November 2, 2013

Jenjalan Phuket Dan Melbourne Belum Tulis La

Lama rasanya tak mengarang, tapi jenguk tu ada juga cuma tak mencatat ja apa yang aku buat.  Bz sokmo kew aku ni, aku pun tak tahu, rasa cam idak la sangat Bz, cuma sedikit kemalasan ada pada pada aku.  Mungkin ada benda yang lebih penting lagi yang perlu aku atasi dari melayan blog aku ni.  Ala setakat blog ja ok la kot, aku bukan artis nak touch up salu blogger, ramai peminat nak melayan ramai haters nak mencaci dan komen menyakit hati, so what layan instgram je aku lately ni.  Last2 bila nengok artis yang over aku pun unfollow jew.  Meluat la pulok.

Lumrah hidup ada masanya kita rasa suka sangat siang malam ja focus menda tu, ada masanya kita tinggalkan terus, dan lupa terus.  Tu mesti ada sad story, dan ada masanya kita back untuk apa yang kita suka selama ni.  Betul dak tu yang aku rasa sebab aku ni consider kalau aku suka satu menda suka gila2 tapi bila aku menyampah rasa semua menda yang aku suka tu aku campak dalam tong sampah tu akunya perangai buruk aku la yang susah aku nak buang.

Dah lama tak nulis ni rasa cam kekok plak, cewah sebab asyik buat MBA dok mengarang dalam BI, bila lam BM rasa cam ayat baku la pulok.. Ha ha, macam la pandai sangat, nulis dalam BI, anyway aku bila Sem ni aku defer aku rasa miss sangat nak belajar, tak pe bersabar la wahai cik Manis, bukan tak leh belajar lagi, rehat sementar ok, wat apa yang patut2 dulu.

Aik melalut plak sebenarnya aku nak kabaq jenjalan makan angin aku bulan February hari tu dan Jenjalan Ke Melbourne aku lum update la dalam blog aku ni, ni semua sebab aku malas, bukan sebab apa, bila nak rajin ni Cik Manis, harap2 lepas ni jangan la malas update blog, saya rindu nak menulis assignment that's why saya menulis di sini, the different hanyalah between bahasa je.  Sebenarnya miss jenjalan juga, tapi ilmu lagi penting untuk aku, bila otak rasa lemau dan tepu, vitamin paling elok adalah further study.

Ada trip gi India kawan aku ajak December ni, but I've to consider if jenjalan tu near my next sem so tak leh la nak commit, lagi pun India, orang cakap negara ni kurang skit bersihnya, kalau orang cam aku ni rasanya balik je kiok terus kot.  Setakat ni semua negara aku pi balik mesti sakit dan MC, so kalau pi sini, warded terus la kot.