Monday, November 4, 2013

Perlukah Jadi Daring

Ermm, berbicara soal daring ni aku rasa susah la skit umur2 cam aku ni nak jadi daring.  Dah tua la rasa bukan masanya aku nak berlakon2 gedik untuk mendapatkan sesuatu.  Bila bercakap pasal daring ni semua orang kasi pendapat kalau nak sesorang,  awak la kena la daring skit mulakan sesuatu, pada aku kalau nak memalukan aku rasanya tak perlu kot.  Aku rela jadi cam aku sekarang, ye le kan kalau orang nak kita dia la yang kejar kita, tak kan kita nak wat jadi tak malu dok kejar orang, aku ni pompuan.  

Setakat nak message2 je time bosan tak perlu la kot, aku rasa tu time nak isi masa kosong ja.  May be time orang yang dia suka tak dak masa tu.  Aku ni ada rega diri gak, biar la orang cakap memilih aku rasa aku ada pendirian aku sendiri, bukan eksyen tapi fikir masa depan, bukan pandang rendah dekat orang cuma rasa tak secure masa depan, bukan tak suka tapi takut bertepuk sebelah tangan, semua tu dalam fikiran orang2 cam aku ni. 

Tapi pada aku tak perlu daring untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya tak pasti, kalau dapat pun sebab kita dah terover daring sebab tu orang tu tersuka, kalau kita tak terdaring orang tu, tak de la nak tersuka pun kat kita, lagi pun perlukah daring untuk orang yang tak seberapa, pada aku la. Buang masa betul.  Ala-ala ja, lagi buang masa, aku bukan desperado la sangat tak kawin tapi aku cuma berhati2 memilih kawan takut ada yang nak main2 je dengan kita,  ada nawaitu di sebalik itu.  Nak menumpang senang, bukan suka sangat pun, nak eksyen dengan teman2, kita perempuan yang jadi mangsa, sebab dimainkan perasaan.  Daring tak perlu ok, perlu daring time terdesak nak minta tolong ja..hik2





No comments: