Monday, January 13, 2014

Perlukah Berdendam

Kadang-kadang ada kepelikan dalam diri orang yang kita tak sangka dan kita agak.  Apa yang aku pelik ada juga orang berdendam dengan alasan yang tidak munasabah.  Mungkin ada sesuatu di sebalik dendam ini, ada nawaitu yang tak tertunai ke ada masalah jiwa.  Selalunya orang yang normal akal fikiran dan beragama sudah tentu tak terpesong aqidahnya untuk berdendam kepada orang lain dengan cara yang tidak elok.  Jangan menyangkal ketentuan ilahi sekiranya apa yang kita hajati tak dapat, kita tak boleh menyalahkan orang lain.

Nawaitu perlu elok, kalau elok alhamdullilah allah izinkan, kalau nawaitu tak bersih tak perlu nak dendam, kalau orang tu tahu niat tak elok tu.  Jangan la nak mengenakan orang dengan benda2 yang tidak elok. Mungkin di dunia lepas dan gembira dengan apa yang kita buat kat orang, tapi kalau di akhirat nanti susah pula.  Nak mati pun susah, hidup tak aman,buat apa pun tak berkat, jaga diri dan anak bini serta famili, kalau kita tak susahkan orang allah pun tak usik kebahagian kita.







Monday, January 6, 2014

Tajmahal oh Tajmahal

Dah lama teringin nak pi tengok Tajmahal, tapi bila dengar cerita dari kengkawan yang pernah melawat dan out station kat sana, feedback cam tak best ja.  Anyway oleh kerana Tajmahal salah satu 7 wonders aku rasa nak kena pi juga, walau apa pun terjadi.  Harap2 dikurniakan tubuh badan yang sihat dan rezeki yang murah bukan nak pi Tajmahal ja tapi nak pi umrah dan haji juga, insyallah. Feeling2 la nak nyanyi kuch kuch hota hei.  Alahai nape la aku ni suka sangat nak pi mana yang aku, kalau tak pi jenjalan tak boleh ka, dah jenis kaki gatai, nak buat cam mana kan.  Kalau tak teringin tak sah kalau tak jejak tempat yang aku kempunan nak pi tu.  Bila nak insaf jenjalan ni, bila nak stop perasaan nak jenjalan gi negara orang ni.

Apa pun orang kata tentang aku, suka hati aku la nak pi jenjalan, busy body banyak dok message aku, asyik pi jenjalan overseas je.  Tak sangka bukan bangsa aku ja yang bzbod, bangsa lain pun hado gak, tapi tak pa semua tu kenkawan aku, apa nak dikutuk sangat kan.  Time depa gi jalan aku tak dak la nak bzbod tanya salu pi jalan, time aku banyak plak questionnaire, ermm redha ja soalan2 cepu mas ni.  Dah tua2 malas nak hangin kalau nak smash boleh ja, tapi kenkadang tersmash la juga bab aku ni insan biasa, emo tu ada juga. Aikk silap topic ni tadi cite tajmahal ni cite lain plak, tapi topic vacation la jugakan.