Kadang-kadang ada kepelikan dalam diri orang yang kita tak sangka dan kita agak. Apa yang aku pelik ada juga orang berdendam dengan alasan yang tidak munasabah. Mungkin ada sesuatu di sebalik dendam ini, ada nawaitu yang tak tertunai ke ada masalah jiwa. Selalunya orang yang normal akal fikiran dan beragama sudah tentu tak terpesong aqidahnya untuk berdendam kepada orang lain dengan cara yang tidak elok. Jangan menyangkal ketentuan ilahi sekiranya apa yang kita hajati tak dapat, kita tak boleh menyalahkan orang lain.
Nawaitu perlu elok, kalau elok alhamdullilah allah izinkan, kalau nawaitu tak bersih tak perlu nak dendam, kalau orang tu tahu niat tak elok tu. Jangan la nak mengenakan orang dengan benda2 yang tidak elok. Mungkin di dunia lepas dan gembira dengan apa yang kita buat kat orang, tapi kalau di akhirat nanti susah pula. Nak mati pun susah, hidup tak aman,buat apa pun tak berkat, jaga diri dan anak bini serta famili, kalau kita tak susahkan orang allah pun tak usik kebahagian kita.
No comments:
Post a Comment