Tuesday, June 14, 2011

Ekspresi Muka

Salu aku tengok riak muka orang dah boleh agak dia ada masalah ke idak. Agak2 orang leh baca aku dak, tu yang aku tertanya2 ni. Nape aku leh baca riak muka orang, sebenarnya tak busybody la pasal orang tapi anugerah yang diberi aku pun tak leh nak lari. Kenkadang aku cuba untuk tidak menafsir apa terselit di sebalik wajah itu. Malas nak cakap apa, aku paling benci tengok kalau orang ada masalah ngan laki nak wat muka combi kat ofis, salah orang ofis ka hang bercerai ngan laki hang. Kalau hang ada masalah tolonglah jangan dok wat muka pot aku jaki la..jelex pun ada. Kebanyakan pompuan memang emo lebih kalau ada problem ngan laki ka ngan bf ka ngan sapa2 la. Aku kalau ada masalah susah la nak tarik muka 14 belas kat orang, tak tau la kalau ada orang kata aku sebab tu la tak kawin, rasanya lum emo sangat la. Ada yang berlagak muka alim tapi cam hampes pun ada, ada yang muka jahat tapi baik hati. Cam tu gak la pompuan yang berlitup dengan tudung kat ofis2 la, keluar gi jenjalan semua tanggal habis, cam betina sundal pun ada dress up. Bila tanya nape pakai tudung kat ofis, jawapan ala sebab dah senior malu la tak pakai, habis kalau kat luar hang junior ka..lawak bodoh yang tak lawak sangat pun aku dengar jawapan ni. Kat luar kalau kulit dah kerepot tu kerepot juga la, bukan jadi muda 10 tahun. Aku cakap baik tanggal cam aku jer, tak yah berlakon la..

Ada muka yang biasa2 aje tapi, yang suka perasan nampak lawa bila dah tua2 ni, adus siap tulis kat FB, cam ne nak cakap ek, pipi pun berkarat ngan jerawat, muka dah senja. Kenkadang kesian plak aku tengok status depa, cam tak pikir ka apa yang depa kata tu. Tapi tak tau la kalau ada orang cakap dia lawa, hik2 aku ni kalau pasal coment leh tahan la, cuma under control je, kang ada plak yang menangis air mata hijau kot, sebab nak pengsan. Ada muka cantik tapi jadi tak cantik sebab muka sombong sangat, dok pasan dia segak sangat kot, jalan mendada, nak tegur nak senyum pun payah cam dia queen mana2 negara plak. Memang la segak tapi budi bahasa sangat kurang, cam la dia sorang lawa. Ada yang tak lawa make up cam hantu, ada yang tak lawa tapi make up jadi lawa, bila buang make up terselah muka hampas nyoiq.  Ada muka cam nak makan orang tapi sebenarnya bukan salah dia memang ekspresi muka dia cam tu. Tapi jangan muka gatai udah la rasa nak baling kasut ja kan kat muka dia, yang tak tertahan kalau tua bangka 50an. Ada yang muka alim tapi di sebalik tu terlindung gak sikap sebenar dia, biasala ada hati, perasaan dan nafsu. Menggatal lam diam, buat2 patah balik ke hapa, ke aku yang perasan dia syiok kat aku..he he sentap juga, kalau tengok setiap kali dia tengok...


Faces

Dalam2 banyak yang muka dengki la cepat kita dapat tekakan sebab kedengkian melampau tu yang nampak sangat.  Kalau dengki pun jangan la tarik muka 200 belas..hik2.  Muka over confident pun banyak gak kalau kat tempat keje, orang cakap pasan bagus la muka ni, banyak woo muka cam ni.  Muka frust ngan boyfren pun hado juga kat ofis, macam x dak jantan lain la dalam dunia ni bila menonggeng 360 darjah.  Muka bangun tidur lewat pun bersepah, cam tak tidur seminggu selerak ja muka. Muka ceria yang aku paling suka tengok sebab apa nak tau boss pun sayang depa dah la kaya, cantik plak tu semua pakej lengkap la.  Yang paling aku risau kalu deal ngan muka penipu, apa dia cakap nak caya ka.  Kalau muka bimbang tu ada juga la nampak, bimbang apa tak tau la, bimbang laki cari lain la kot idak pun bimbang anak2 kat umah.  Muka malu2 kucing comel kalau dipandang sekali sekala tapi kalau malu sangat cam ne nak keje, balik dok lam kelambu la tak yah keluar rumah.  Yang paling meluat tengok muka orang wat2 surprise, konon lama tak jumpa u dah lain la, ayat kenkadang menyakitkan hati kenkadang cam ayat pura2 pun ada. 

Ahhhh aku pun dah penat mengomel ni, adus banyak lagi ekspresi muka cuma tak larat wat dosa la dok kutuk lam ni..he he he......lelain observe sendiri la, dah banyak cita dah ni.  Agak2 apa ekspresi muka aku ek, bila orang tengok, cam nak tau gak.....sombongkah aku, perasankah aku ha ha aha ha tau takut .

Monday, June 13, 2011

My Next Trip

Ya allah aku bersyukur kepadamu memberi peluang untuk aku menjelajah setiap pelusuk negara walaupun bermula dari Indonesia, China, Singapore dan Cambodia and my next trip mana leh cakap, KIV yer lepas dah gi baru aku updates blog. Kini aku menjadi traveller yang kaki semakin gatal berbanding dulu2, banyak negara dah dalam senarai cuma tak beli tiket jer.  Sonok gak jadi orang bujang coz tak de wat apa amik tiket fly jer.   Dalam Malaysia dah abis aku terjah, now my time to visit all the countries in the world, I wish my dream will come true.  Ramai gak nak follow aku, tapi aku bukan tak nak ajak, bila aku email tanya diam membisu, pastu demand nak follow time depa la.  Apa barang setakat bila jumpa aku dengan ayat besa, hang next time nak gi jalan roger2 le aku, bila aku roger diam terus.  Ha ha ..kalau setakat janji mulut, wei nak pi jalan ajak aku aku dah kenal ni type cakap2 jer. Bukan betul2 so aku dah dapat geng2 yang salu ja jenjalan whenever they want to go, just call and ask me.  Aku plak jenis tak kisah so ikut jer la.  But tak semua dapat sempoi kenkawan gi jenjalan kena tengok gak, ada yang ok ada yang x ok.  For me may be aku tak suka orang but ada gak orang yang tak suka aku kan so kenala jaga diri sendiri agar orang suka dan akan ajak kita salu. 

Cuma aku ada masalah jer kalau visit country yang tak berapa moden, mesti aku akan jatuh sakit, may be cuaca, udara dan air yang kurang sihat.  I wish my next trip I'll be ok dan balik tak sakit la, jangan sakit lagi yer, nak jenjalan lagi lepas tu sakit balik bila jalan tak sakit plak.  I wish nak round Asia dulu baru gi barat, but aku tak kisah kalau ada peluang aku grab jer.  Malam Sabtu mimpi gi UK, tiket semua dah beli, tak lama la tu.  Sedar2 hish bila masa aku beli ni, terfikir plak cam ne malaun tu masuk lam trip aku, apsal aku mimpi kat dia, dia mimpi aku aku ka atau dia rindu sama aku.  Ha ha ha mana mungkin la tu mainan tidur ja. Before next2 trip kalau tuhan perkenankan niat aku nak wat umrah aku lagi suka, dah lama aku teringin nak gi, ya allah kalau dapat secepat mungkin lagi bagus aku sangat berharap. 






Weekend With My Sweethome

Bangun lewat, alamak terlepas subuh la plak.  May be penat main tembak2 semalam ngan geng sambut Beday Irma kat Galactic Laser, Mid Valley.  Adus sebenarnya aku dah cancelled last minutes, but atas bujukan budak kecik tu aku tewas la plak.  But nothing to do so aku rasa apa salahnya follow walaupun batukku masih tak baik2.  Gi pun depa ni la salu ajak aku pi mana2, so aku rasa ok jer join the party semalam.  Enjoyed sesangat semalam, that's why la aku exhausted Saturday morning, but kugagahi basuh baju dan masak2 untuk aku makan satu hari, rajin la plak dari awal pagi masak nasi dan udang goreng biasa.  Aku makan nasi dua kali, then petang aku masak maggi sup, malam aku masak cucur udang wat bekal nak tengok bola Kelantan lawan Trengganu, aku cam pro ganu la plak sebab menyampah tengok penyokong Kelantan yang over.  Cucur aku tak abis sebab may be aku dah makan maggi lewat petang tu, so malam berjaga la aku tengok bola.  Aku ada hairan dengan sorang mamat kat YM ni dia salu chat ngan aku dan mengaku bujang terlajak, but what accross in my mind, dia ni leh caya ke.  Chat memalam je, ntah2 keje pak guard kat ofis.  Dia jarang online gak la, so suspend la aku kalau dia mengaku bujang, after chat ngan aku kul 12 mlm mesti nak gi makan, lawak kan ada ka setiap malam makan lewat.  He he he, jenayah cyber ni besa la tipu2 sikit. 

Hari Ahad aku misi basuh baju yang berlambak balik kampung, pi ganu and balance yang ada lum abis basuh.  Aku masak lagi nak gi beli malas so masak la ayam goreng biasa, my favor tau, u know what la ni aku salu masak sebab aku rasa aku pandai masak.Hik hik marah orang kalau dia tau aku perasan.  Sapu sampah, alamak banyaknya rambutku gugur lama2 leh botak cam ni dah la rambut aku cikit.  Erm cam ni la rupanya jadi bini orang kalau ada umah sendiri kena wat segala mak nenek benda lam umah nak cuci bilik air, nak mop lantai.  Ayo sib baik aku lum kawin suka ati aku time bila aku nak wat semua ni tapi x dak la nak biar jadi belacan baru nak kemas.  Siap semua menda aku wat, aku ajak Malina tengok wayang coz aku dah bosan tahap gaban, so kami plan nak tgk X-Men kul 5pm, tapi abis terpaksa tengok kul 6.15. Tu pun tiket dah banyak sold out tinggal sit depan je. Ni sebab kami terkandas jem cari parking ditambah dengan perut lapar so kami  prefer kul 6.15p.m la.  Aku rasa movie ni sangat best, compare dengan X-Men before2 coz inilah cerita cam ne mula2 dia perform group.  I like, balik umah aku sangat penat makan, layan Fesbuk sikit dan terus tido.  That's all for weekend, inilah keje aku wat kalau aku tak jenjalan...sian aku

Sunday, June 12, 2011

Balik Kampung & Unplanned Trip, Dungun, Ganu lagi.@2 Jun- 6 Jun 2011

Bila terasa nak balik kampung aku kena balik, aku tak nak jadi cam dulu tak, tak mau ingat dah kisah ni, wat aku rasa tak best.  Walaupun kak aku tak balik, aku balik drive sorang gak sebab aku bukan la nak cakap besaq dah tua2 ni kena la belajar semua sendiri, dah banyak kali pun aku salu drive balik Penang sensorang, yang aku niat lam hati moga2 tuhan jaga aku je dan lindungi aku sepanjang perjalanan,.  Actually aku kalau sakit mesti balik kampung dah lama aku sakit, pening kepala dan batuk yang tak baik.  So I need fresh air kat kampung to recover my health. Kak aku cakap cam kelin jap nak balik jap tak nak balik so aku malas nak bertekak baik aku balik aja sensorang, tunggu dia dengar masalah dia lagi kasi aku fenin dan bertambah sakit otak aku dok dengar masalah rumah tangga orang.  Dah bertahun2 aku idup asyik dok dengar orang gaduh cerai dan baik balik.  Ingat aku ni apa setia jadi pendengar masalah enkorang, tak kira la adik beradik ke aku dah malas involves, aku tak mau dihantui masalah yang bukan masalah aku. Bila time senang tak ingat aku bila time susah cari aku, ni peel yang paling aku tak suka, depa bahagia tak cerita time masalah mula la cari aku jadi pendengar..naik muak aku dengar masalah orang.  Bukan jaki tapi dah bosan la, sorry la ye tak kira sedara ke aku pun malas nak dengar lagi. 

Awal2 pagi lagi aku dah bersiap nak kuar, so gi amik TV bawak balik kampung kat umah kak aku. So aku bertolak dalam 8.30a.m cam tu la.  Badan tak sihat tapi kena masuk sikit makan, so I decided nak makan kat Rawang, sampai kat R&R Rawang, fuh aku nampak ramai la plak malaun nak balik kampung kat apa ni.  Aku makan mee goreng je sebab tekak kurang best, batuk ntah apa2.  Makan pun tak abis sebab selera dah kurang, so agak jer le aku makan untuk kuatkan tenaga jer.  Yang kelakor aku berenti sekali kencing pas tu aku drive terus sampai lam kul 12.00pm. Ni trip paling slow aku bawak sebab aku careful ngan saman ekoq dan aku tak berapa sihat.

Sampai kat umah kepala aku mula sakit singgah kat kedai beli panadol, balik mandi tidur.  Penatnya ya allah aku rasa, malam depa ajak pi pasar malam plak kat Jalan Kilang Lama, so aku ada terembat sesuatu yang kelakar balik umah tak padan la plak.  Padan muka nak barang murah, x leh try cam tu la jadi.. Jeng jeng esok depa nak pi Dungun la plak, unplanned trip, adoi cam ne aku rasa badan pun kurang ok depa nak pi hantar kak aku plak, so kena la ikut coz tak dak sapa kat umah, kalau idak aku mati kutu.  Adik cakap lepas dia balik keje semua siap nanti terus je gi, ari jemaat kami pun ready lepas asar semua bersiap, aku yang sakit kepala tak abis2 ni pun semangat la bersiap.  Perjalanan malam agak bahaya melalui jalan Baling(Kedah), Pengkalan Hulu, Gerik(Perak), Jeli, Tanah Merah, Kelantan untuk sampai ke ganu banyak lagi tempat terpaksa kami lalu.  Adik nampak bersemangat pada awalnya dia drive, jalan ni memang bahaya, dah la gelap kete banyak bawak laju2,  Jalan2 ni semua sunyi sepi je kalau kete tak lalu, kami bawak laju gak sebab takut nak lepas Tasik Banding, tasik kontroversi, takut jumpa gajah la, takut jumpa hantu pun sama..he he he...takut

Hutan rimba kami redah, bila nak sampai ni dah 4 jam adik drive aku pun risau tak nampak jalan sangat ni, nak berhenti pun takut sebab kami nak cepatkan untuk lewati Tasik Banding.  At last kami stop gak la kat tengah hutan ada kedai nak tumpang buang air, lepas tu adik terus pecut, jalan sunyi so kami follow lori ayam jer.  Banyak kete pecut jalan ni aku rasa depa pun takut, sampai kat Jeli kami singgah makan, as usual aku x makan minum jer, sebab aku tak selera la.  Aku makan roti bakar jer, adik, mak ngan kakak rembat makan, ecah anak buah aku muntah jer kesian aku tengok dia pucat.  Dah la manis je makanan depa, harga cam ketuk je kami orang luar, lantak nkorang la jawab kat akhirat nanti. Lepas tu kami sambung jalan aku drive, kak aku tunjuk jalan Tanah merah follow Dabong, awai2 aku x perasan jalan ni sunyi dah. Sebagai seorang driver sib baik aku observe kata jalan ni cam tak betul, depa kata jalan jer, aku cakap kalau betul napa tak dak lori and bus express pun, hati mula tak sedap so aku dah sejam aku drive x nampak orang lain ikut jalan ni pun.  Aku stop kat jalan selepas sejam lebih drive jalan sunyi, so kami tanya kat kedai makan yang sunyi sepi tu.  Atas nasihat depa kami patah balik, depa kata jalan Dabong ni bahaya ada banyak perompak suka sekat tengah jalan, memandangkan kami semua perempuan so depa suruh kami patah balik ikut jalan Tanah Merah, Kota Bahru.  Aku punya la hangin sebab buang masa hampir 3 jam patah balik dah la aku tak berapa sihat.

Sambung jalan dan tiba2 aku rasa mengantuk dan tak larat nak drive so kami stop untuk rehat jap.  Lama gak kami stop untuk sambung balik.  Perjalanan yang membosankan buatkan aku teringat orang2 negeri2 ni yang dok ulu banat nak mampus bila dok KL berlagak tak hingat, OMG apsal depa masih hidup lam hutan yang tak dak pembangunan ni, apa2 pun no komen sangat la coz dah depa lahir sinikan.  Dalam negeri ganu ja kami stop banyak kali gak satu letih mengantuk dan satu gi sesat la apa lagi.  Tour guide tak leh diharap, sampai awai pagi di Dungun kami mabuk keletihan especially aku yang tak berapa nak sihat tu, aku amik kesempatan lena dulu baru bangun breakfast.  Aku makan nasi dagang yang manis bergula tapi nak wat cam ne for experience and depan abang ipar aku jaga hati aku cakap sedap la. Sian bohong sunat dulu aku tak cam ni dah berumur ni ada plak part bohong2 ni, kelakar la plak.  Banyak kali aku bangun dan sambung tido tu pun rasa badan cam tak berapa ok sangat, petang plak kami gi Teluk Bidara kat Dungun ni, depa nak mandi laut la plak.  Aku tak layan sangat la mandi2 laut ni coz malas nak salin baju kena air masin lol.

Esok pagi Ahad, kami bertolak balik Bukit Mertajam, tak sanggup rasanya nak drive kalau ada flite aku rasa nak amik jer.  Tak tahan dengan jalan ulu-ulu ni, adus nasib baik aku tak lahir di daerah2 ini, aku bertuah lahir di Penang la cam ni, alhamdullilah.  Awal pagi abang ipar keluar beli breakfast, adik nak makan nasi dagang sangat aku malas nak layan coz dah tau rasa manis, aku makan nasi lemak jer sib baik x manis so dapatla aku cover makan dinner semalam aku skip sebab tak selera dan sakit kepala menyerang, mengerang aku tidor malam telan panadol dua bijik, bangun kepala masih sakit berdenyut-denyut.  Gila punya sakit, rasa cam nak potong kepala.  Perjalanan siang hari lagi la nampak semua deretan rumah orang ganu yang nampak lebih kepada kampung nelayan, but I dont judge them by their house coz based on my fren stories, they refuse to take zakat when somebody wanted to give it. That's mean they still can survive without the bantuan.  Really salute for that one, from my observation Trengganu is better than Kelantan, coz I can see many houses along the road compared to Kelantan.  You can only saw villages after a few KM, I dont know how long, jungles everywhere, for me so scary.  I was thingking too how they going outside to buy their need.  Anyway I wish not to marry Kelantanese, not because of what but the location of course, I cant live in the jungles.

Along the way I pray for the good, coz only me, adik and mum, ladies only.  I hope nothing happen coz look at the journey, if anything happen we will suffer a lot.  Thanks god eventhough my kepala sakit so much I still can drive, kesian adik drive 6 hours non-stop, we need to arrive early before hari gelap lol, takut juga.  Sepanjang perjalanan kami banyak gak stop coz adik nak makan n then nak release penat, kami stop kat Jeli di sepanjang jalan ada gerai2 jualan, aku nak buang air, sakit kepala punya pasal aku tak layan sangat nak beli barang. Further up kami stop lagi dia orang nak makan, aku as usual tak selera makan, minum jer, macam mana nak baik tak dak energy langsung.  Sib baik siang ramai gak yang ikut jalan ni so kami tak la rasa takut sangat but still careful, ada orang kerja buat jalan kami tak berani gak mana la tau tu hanya taktik kan dia sekat kami naya aku.  Before sampai Tasik Banding adik soh aku drive coz dia nak snap pic tasik tu, pada aku tak dak apa yang istimewa selain sunyi bangi dan menakutkan jer..Aku drive sampai Baling dalam sakit2 kepala sebab kesian gak kat adik tengok dia letih semacam, aku rasa lapar sakit kepala cam bongok ni bila nak baik, mak soh stop ingat kami nak singgah umah akak aku kat Baling, aku cakap tak yah aku tak larat esok nak balik KL.  Mak pujuk makan laksa kat tepi jalan, gi pun ada ayaq nyoiq so boleh la kasi tenaga kat aku skit.  Sampai jer aku cam nak pengsan, lentok kepala atas meja makan sampai ada yang tegur aku sakit ka, aku malas nak jawab mak yang jawab. Akhirnya kami selamat tiba kat BM, malam tu aku sakit kepala sakan, macam nak pecah kepala aku, mak picit dan jelum aku dengan air dan daun apa ntah.  Aku minum air zam2 ajer lelain tak layan sakit malam2 aku mengerang macam nak mati dah sangat.  Jangan la sakit kepala cam ni, aku rasa tobat lol.  Esok pagi mak mandikan aku ikut petua tok aku, buang panas kat badan dan kepala, breakfast makan roti kering dan milo serta air zam2 aku rasa ok sikit rehat kejap, aku gi Klinik Joe Fernandez ambil MC then balik KL, sepanjang perjalanan aku rasa sakit nak mampus tapi gagah gak sebab esok kena keje, sampai bila aku nak balik KL keje, kena balik juga ler.  Alhamdulilah dengan perjalanan yang banyak stop2 aku sampai KL 3.30 petang perjalanan memakan masa 5 jam wat aku selamat sampai.  Amin perjalanan terlama dalam sejarah drive aku untuk balik KL.













Cambodia 11 May-14 May 2011

Lepas dua minggu balik dari JB dan Singapore aku gi jenjalan lagi la, sekali ni aku gi Cambodia plak ngan kenkawan aku dua orang TM, 3 orang luar.  Ala nak apply cuti pun segan dengan bos, tapi apakan daya ticket dah booked tahun lepas, hotel dah bayar kena gi gak la.  Balik Singapore lum abis penat, batuk2 lum pudar nak tambah sakit baru la nie.  Kaki gatal nak wat cam mana, jalan jugak la, sib baik bos aku pun nak gi China gak so dia pun approved la cuti aku dengan senangnya.  Perjalanan kami bermula dari LCCT, apa lagi Air Asia la nak kasi tambang murah2 ni.  Janji jumpa di sana, aku janji jumpa ngan tasya, kat Central, lambat plak minah ni, sib baik aku kluar awal hari ni passport tertinggal la plak. Kena patah balik ambil dah la tadi aku kelentong pak guard nak masuk parking so dia pun cam ok skit la kasi aku masuk.  Tiba2 sedar plak pasport dah tak dak lam bagpack satu gi, alamak kena patah balik umah ambil, aku amik taxi jer coz kalau kluar kete susah plak nak masuk parking kete sat gi.  Sib baik dgn tangkasnnya aku bertindak amik taxi dapat mudah, balik umah dalam masa setengah jam.  Sampai kat KL Central minah tasya lum sampai, aku dah la kelaparan, tunggu dia plak tak tahan la, last2 aku cakap dia aku nak kena blah lu sebab aku lapar.  Akhirnya aku pun naik bus sensorang aku suruh dia naik later2 la.  Sampai kat sana aku makan Mc Donald jer, cover lapar aku, tengah makan nampak Fahrin Ahmad.  Hensemnya dia pada aku body pun cantik, tapi dia makan ngan awek mana ntah, gf baru kot.

Makan Mc Donald before fly


Dalam flite aku makan lagi sekali ni aku makan nasi lemak plak, betul cakap tasya nanti hang lapar baik hang makan.  Perjalanan kami ke Phnom Penh makan masa satu jam setengah, cepat gak aku rasa.  Sampai di Airport yang x canggih cam mesia, kami terkejut coz dia guna anjing kesan jika salah laku. Dari Airport nak pi hotel kami amik taxi 2 bijik, taxi nampak buruk, tapi canggih tul.  Tengok jer Cambodia aku teringat Hatyai lebih kurang jer, gaya hidup, gaya umah, gaya makan, semua sama jer.  Tulisan lebih kurang banyak patung2 kat tokong banyak patung gajah.  Sampai kat Asia Hotel, kami pun check in dan rehat jap pas tuh kami keluar makan cari tempat makan halal naik tut tut.  Kat sana alhamdullilah kami jumpa orang mesia wat promosi burger untuk makanan halal kat sini.  Kat sini kami dapat makan teh ais la, sebab owner restaurant kami makan ni orang malaysia..so rasanya cam sama jer la.  Balik dari situ kami gi shopping complex dia dekat ngan hotel kami ja.  Barang2 kat sini dalam US Dollar, boleh tahan harga dia mahal gak..Nak beli ngan tak beli sama banyak sebab aku leh dapat barang ni kat BM la.
Kami dok hotel ni

Banyak jual barang siam

Barang siam lagi

Keesokkan hari kami gi Killing Field naik tut tut yg kami book dari budak tu bayar berapa US20 satu hari.  Perjalananan jauh gak la ngan panas gi, adus sebab awal pagi tu kami gi pasar dekat hotel tu untuk jenjalan cari bag Deuter Fanim.  Tengok lifestyle orang Cambodia aku rasa sangat kesian dan insaf, Malaysia tetap di hati la. Balik dari Killing Field kita Rusian Market plak, di sini aku dah mula rasa kelaparan coz time tuh dah dekat kul 2 lebih, tapi sebab satu team kena la tunggu, mana leh wat pangai.  Kami memang jenis tak kisah, so semua leh tolerate each other, aku rembat Sweater Purple satu sut ngan Tracksut.Sebenarnya bukan nak cakap besar barangan kat Cambodia ni not my taste la walaupun rega dia sangat murah, so aku rembat mana yang aku rasa kat mesia susah dapat lol. Lepas tu kami gi makan kat kedai halal, orang mesia gak yang buka kedai kat sini.  Lepas makan kami balik hotel, malam kami kuar gi gi naik bot keliling Sg Mekong.  Yang paling kelakar adalah tut tut kami pecah, masa dalam perjalanan kami nak gi cari bot Sg Mekong tu. Tu la ada pic pengantin sebenarnya kat dewan tu la kami terkena tayar pecah bunyi cam pecah kaca.  Kita orang gelak tak ingat sebab terkejut, dalam bot plak tasya ngan kak jay wat lawak shuffle, orang cambodia baik baik jer dok lam bot tuh depa over2 plak, hik2.  Hinggakan ada orang Cambodia lain nak amik pic ngan kami.


Pasar area hotel kami, sebelum kami gi jenjalan kami ronda sini dulu


Naik tut tut gi Killing Field

Ni la Killing Field

Banyak tengkorak la

Pose baik punya

Ala2 Angelina Jolie turun padang

Tempat2 pembunuhan


Serpihan tulang timbul bila ujan

Baju2 juga timbul bila ujan turun


Kami terkandas disini tut tut pecah, so kami round2 la, dapat tgk orang kawin



Dewan perkahwinan bermula abjad A-Z

Pengantin Cambodia

Aku dan bot dalam Sg Mekong

Ada orang Cambodia nak amik pic ngan kami, ha ha glem la plak

Alahai penatnya balik hotel tidur and rest, esok sambung pi Palace dia plak.  Pagi2 kami dah sampai kat palace tuh masuk kena bayar RM18, aku pakai sleeveless, alamak alim tul orang sini aku tak leh pakai sexy kena pakai t-shirt cover, sib baik bawak spare.  Adus cantik tul design palace dia pandai arkitek dia, aku teruja.  Besar gila patut la mahai masuk sini, banyak sejarah negara dia tersimpan di sini.  Anyway aku dan Kak Jay utilized semua tempat utk RM18 tu, setiap pelusuk istana tu kami pi, tak nak terlepas view2 yang menarik.  Nak kuar pintu istana terjumpa plak ngan mamat Hanoi Si Tom n kawan dia. yang wat bisnes tour kat Hanoi, macam2 dia promote kami gi Hanoi untuk lihat conutry dia, tapi dengar cam menarik jer so aku pun cam minat jer nak gi Hanoi, kalau ada yang nak gi aku rasa aku pun nak ikut gak gi sana coz tempat dia ada 4 musim cam China gak.  Ada yang muka separuh bengang sebab panas, tapi Si Tom masih dok promote ha ha ha aku asyik snap pic depa ..ada yang tak perasan soh ada pic sleepy.  Keluar dari pintu palace budak yang nak jual air kat pintu ada, speaking US berabok sedap plak dengar dia cakap walaupun sekadar jual air mineral, bahasa english dia boleh kasi A1. Lepas lunch kami gi Central Market, lepas tu kembali ke Rusian Market.  Aku pelik fridge magnet untuk sanak sedara and T-shirt untuk Kak and adik aku. Aku juga beli gelang hijau untuk aku sendiri, tapi pakai sat ja dah buka..kih kih....bukan jeni rambu ramba la.

Pakaian aku before nak gi Palace

Masuk Palace tak leh sexy sib baik bawa T-shirt spare


Keindahan architecture dia

Memang cantik palace dia

Kesan sejarah dilukis di dinding, panjang lol

Angkor wat mini

Aku teruja ngan semua ukiran dia


Sangat menakjubkan workmanship dia


Pose kenangan

Bukit kontroversi

Depa cakap sejuk, panas nak mampus atas ni

Aku suka bunga ni

Kami jumpa mat Vietnam ni, from Hanoi


Fanim terpaksa layan depa cite pasal Hanoi

Muka penat lapar dan dahaga lol

Gambar kenangan dengan driver tut tut kami

Esok kami pun nak balik, flite lewat petang, pagi2 kami merayap gi pasar dekat hotel, tak dak rembat apa pun aku rembat beg untuk mak ja.  Lepas tu kami gi makan2 sambil merayap kedai2 depan hotel je, tak berani gi jejauh sebab time check out dah dekat.  Balik kami sewa pajero ke airport, dalam flite ya allah busuknya plak, bau orang Cambodia nak balik mesia keje kot..nak pengsan bau aku rasa, sib baik kawan tasya amik kami kalau idak lewat lagi kami sampai.  Anyway alhamdullilah mesia gak negara kesayanganku walaupun banyak negara lain aku pi, aku tetap bangga jadi rakyat mesia...Malaysia oh Tanah Airku....


Homesick, lepak dalam KFC sementara nak balik


Phnom Penh airport, yeay nak balik dah...





















Friday, June 10, 2011

Singapore Lagi@Universal Studio Singapore Pulau Sentosa 1 May 2011

Aloha..awal2 pagi aku ngan KH bangun bersiap2 cam cepat2, time nak gi breakfast aku rasa cam nak hangin, awal sangat ramai plak malaun nak breakfast, ada yang nak balik state masing2 ada yang laki amik ada yang nak gi jenjalan ada yang tak tau la flite awal ka.  So kami x dapat apa pun nak masuk lam perut sib baik aku ada roti dapat gak makan ngan air panas yang disediakan.  Travelling ni ada satu kesilapan yang wat aku menyampah coz ada yang tak leh nak tepati time, as usual u have to call them turun like mak datin, ignore timeline yang dah diberi, when we called n asked them, 100 reason yang dia kasi rasa nak marah ada nak maki pun ada.  Kami bukan ajk but have to act like we organize the trip AJK cam lepas tangan saja, when tanya just cakap tak tau tak tau. Dah la satu kapai ngan org Kelate, Melaka marah betul demo nak gi Singapore sangat2 la depa nie, banyak duit tukar sangat kot.  Hik2...anyway join ngan che kiah2 ni ok gak depa ni speaking london, aku pun nak faham susah gak.  Tapi layan jer..

Perjalanan dalam bus

Lam USS aku sakit ya la period pain.  Bila masuk sini aku rasa ni sesuai untuk budak2 below 20, untuk umor cam aku nie suka2 jer le mana nak enjoy dah tua la.  He he..aku manyak layan show je, tapi show dia memang ada class, aku rasa sgt best dan terhibur, walaupun makan mahai nak mampus aku tak leh nak sumbat sangat coz kurang berselera.  Paling aku suka waterworld coz nampak profesional jer dianya show,  lelain game yang extreme aku x layan sangat coz aku takut la gi pong kena que sangat panjang, x sanggup den. 


Lambang USS


Lambang lagi

Show yang aku paling suka

Castle ni sangat cantik

Ni la foodie aku rega RM45 ..mahai tol..


Mata dia menakutkan

Cinema in action .best gak ni

Cartoon cute ni menari tepi jalan


Monsters Show

Favor cafe mana2 pi mesti kena singgah


Nak balik dah nie..airport Senai

Last2 balik umah rasa penat nak mampus coz tak cukup rehat lol apa lagi keje berjalan jer dalam USS...tapi USS tak sesuai untuk orang age cam aku ni aku rasa tak tau la nkorang cuba la try...Perabis duit mahai2 kalau x main semua game rugi lol..kalau jenis suka que leh la pi salu...

Tiaranita Day 29 April-2 May 2011

Mati la aku jalan saja, baru balik Singapore 2 minggu lepas aku jalan lagi, tu tak masuk lagi aku nak gi Cambodia lae..ayo mati lol..kaki aku ada banyak tahi lalat ka, gatal jer jalan la nie mana tau dok diam2.  Masa main paintball siap risau takut kena lebam sebab nak pakai dress dinner utk malam glemnite Tiaranita. This time aku tak masuk apa2 dance pun idak try nak wat but cant make it coz aku x leh nak commit ngan keje aku yang tengah hot iaitu bonus n merit.  So this year aku tarik diri bukan majuk tapi benar2 sibuk.  Gi JB aku naik flite jer aku malas naik bus sakit montot la lama2 sangat pengalaman gi Penang masa workshop tu wat aku serik, so many times bus dok stop ..rasa nak lempang drebar pun ada, when we asked him, why asyik stop jer, his answer so simple an polite all buss stop so we need to stop too nak bersaing la plak bawak bus2 pun..adusssss rasa cam nak rampas kunci bus bawak lol.

Aku gi JB ngan Kak Haida, seawal pagi kul 4.30 aku dah bangun sebab flite aku kul 7.15, kami amik Firefly sebab dekat x nak naik AirAsia jauh sangat, so aku kena la cari taxi dan gi ke Subang.  Berbekalkan beranikan diri jer aku book taxi melalui x-tm yang bawa taxi so aku leh caya sikit.  Kami sampai awal gak la, staff TM JB tolong amik atas ihsan kenkawan, so tak la payah kami idup kami sangat nak gi sana.  Sampai di sana kami menginap kat Hotel The Zone, erm ada shopping complex plak lam tu..sampai di sana aku lain macam jer coz dah dekat hari bendera merah, patut la. Petang KH gi melawat umah anak yatim, aku ok jer gi wat lawatan lam shoppin complex, tak dak apa yg menarik tapi aku rembat gak sluar short ngan selipar satu nak pakai gi Universal Studio Singapore...he he susah nak dpt yang aku suka wpun harga mahai skit tapi dah suka aku beli jer.   Petang KH balik aku teman dia plak gi complex tu dan kami dinner kat sana plak.




Kat sini la kami dinner malam kami mula2 sampai

aku makan mee kari

KH makan fish N Chip

 

Keesokan  pagi kami ada perhimpunan di mana ada perbarisan@kawad, senamrobik dan cheerleading contest, semua orang nampak happy dan sangat enjoyed with the performance, ramai yang sporting so the event looks good.  Kat sini dapat jumpa kawan lama aku Sumi, kejap je dia bz ngan ajk tiaranita nie.  Tapi dok region minah ni nampak cam dah lain skit.  Aku bz tangkap pic sana sini jer, tak tau la nape lately ni aku suka plak tangkap pic, and aku berangan nak beli camera mahal la plak ..SONY yang aku dah ushar ari tu.  nampak cam bagus dan memberangsangkan. Sambung lepas tu ada plak ceramah untuk kaum wanita, banyak tips dan nasihat untuk kecantikan diri dan pelbagai sudut. Di akhir ceramah satu pertunjukan fesyen diadakan, kebanyakan model adalah dari ahli club sendiri.  Ok le dari membazir bayar mahal kat orang lain better amik orang dalam.



Barisan Orang Besar2

Muka2 depa yang kawad

Ni la Sumi kawan saya

Wakil IP, No 3

Wakil Sabah no 2

Ni la johan dari NS, memang hebat

Pada malam tu kami ada dinner la, di mana temanya adalah pink and black.  Nak glamor skit malam tu aku tempah make up, so orang la.  Ada pertandingan musical lagi malam tu aku x snap sangat pic coz dok jauh , ada yang best ada yang tak best so susah nak cakap.  Cuma x agreed sangat dengan result malam tu, tapi apa leh buat committee yang decide, so redha jer la apa yang ada.  Tapi memang la minah tu pandai make up aku rasa muka aku cam make over pun ada.  Artis jemputan Jay Jay tidak ketinggalan dengan vokal yang agak baik aku rasa persembahan beliau sangat bagus, walaupun di awal pembukaan ada kata2 yang kurang enak didengar, aku rasa dia tak pandai entertain orang idak pun dia takut kena cium cam pompuan2 lain yang suka cium Anuar Zain. Muka dia nervous masa starting and nampak dia cakap pun ntah apa2.  Tapi aku suka jer dianya vokal, tu dari sudut yang berbeza bukan aku nampak dari satu sudut jer. Malam tu aku banyak abis bergambar je, gambar siok sendiri la katakan.  He he he..Esok kena bangun awal seawal 7.00 pagi kami kena tunggu bus kat bawah, rombongan Cik Kiah akan bermula...memang banyak Cik Kiah pun.


Aku dan Bunga

Aku dan Lin


Jay Jay dan Gitar


Jay Jay dalam screen