Friday, June 10, 2011

Tiaranita Day 29 April-2 May 2011

Mati la aku jalan saja, baru balik Singapore 2 minggu lepas aku jalan lagi, tu tak masuk lagi aku nak gi Cambodia lae..ayo mati lol..kaki aku ada banyak tahi lalat ka, gatal jer jalan la nie mana tau dok diam2.  Masa main paintball siap risau takut kena lebam sebab nak pakai dress dinner utk malam glemnite Tiaranita. This time aku tak masuk apa2 dance pun idak try nak wat but cant make it coz aku x leh nak commit ngan keje aku yang tengah hot iaitu bonus n merit.  So this year aku tarik diri bukan majuk tapi benar2 sibuk.  Gi JB aku naik flite jer aku malas naik bus sakit montot la lama2 sangat pengalaman gi Penang masa workshop tu wat aku serik, so many times bus dok stop ..rasa nak lempang drebar pun ada, when we asked him, why asyik stop jer, his answer so simple an polite all buss stop so we need to stop too nak bersaing la plak bawak bus2 pun..adusssss rasa cam nak rampas kunci bus bawak lol.

Aku gi JB ngan Kak Haida, seawal pagi kul 4.30 aku dah bangun sebab flite aku kul 7.15, kami amik Firefly sebab dekat x nak naik AirAsia jauh sangat, so aku kena la cari taxi dan gi ke Subang.  Berbekalkan beranikan diri jer aku book taxi melalui x-tm yang bawa taxi so aku leh caya sikit.  Kami sampai awal gak la, staff TM JB tolong amik atas ihsan kenkawan, so tak la payah kami idup kami sangat nak gi sana.  Sampai di sana kami menginap kat Hotel The Zone, erm ada shopping complex plak lam tu..sampai di sana aku lain macam jer coz dah dekat hari bendera merah, patut la. Petang KH gi melawat umah anak yatim, aku ok jer gi wat lawatan lam shoppin complex, tak dak apa yg menarik tapi aku rembat gak sluar short ngan selipar satu nak pakai gi Universal Studio Singapore...he he susah nak dpt yang aku suka wpun harga mahai skit tapi dah suka aku beli jer.   Petang KH balik aku teman dia plak gi complex tu dan kami dinner kat sana plak.




Kat sini la kami dinner malam kami mula2 sampai

aku makan mee kari

KH makan fish N Chip

 

Keesokan  pagi kami ada perhimpunan di mana ada perbarisan@kawad, senamrobik dan cheerleading contest, semua orang nampak happy dan sangat enjoyed with the performance, ramai yang sporting so the event looks good.  Kat sini dapat jumpa kawan lama aku Sumi, kejap je dia bz ngan ajk tiaranita nie.  Tapi dok region minah ni nampak cam dah lain skit.  Aku bz tangkap pic sana sini jer, tak tau la nape lately ni aku suka plak tangkap pic, and aku berangan nak beli camera mahal la plak ..SONY yang aku dah ushar ari tu.  nampak cam bagus dan memberangsangkan. Sambung lepas tu ada plak ceramah untuk kaum wanita, banyak tips dan nasihat untuk kecantikan diri dan pelbagai sudut. Di akhir ceramah satu pertunjukan fesyen diadakan, kebanyakan model adalah dari ahli club sendiri.  Ok le dari membazir bayar mahal kat orang lain better amik orang dalam.



Barisan Orang Besar2

Muka2 depa yang kawad

Ni la Sumi kawan saya

Wakil IP, No 3

Wakil Sabah no 2

Ni la johan dari NS, memang hebat

Pada malam tu kami ada dinner la, di mana temanya adalah pink and black.  Nak glamor skit malam tu aku tempah make up, so orang la.  Ada pertandingan musical lagi malam tu aku x snap sangat pic coz dok jauh , ada yang best ada yang tak best so susah nak cakap.  Cuma x agreed sangat dengan result malam tu, tapi apa leh buat committee yang decide, so redha jer la apa yang ada.  Tapi memang la minah tu pandai make up aku rasa muka aku cam make over pun ada.  Artis jemputan Jay Jay tidak ketinggalan dengan vokal yang agak baik aku rasa persembahan beliau sangat bagus, walaupun di awal pembukaan ada kata2 yang kurang enak didengar, aku rasa dia tak pandai entertain orang idak pun dia takut kena cium cam pompuan2 lain yang suka cium Anuar Zain. Muka dia nervous masa starting and nampak dia cakap pun ntah apa2.  Tapi aku suka jer dianya vokal, tu dari sudut yang berbeza bukan aku nampak dari satu sudut jer. Malam tu aku banyak abis bergambar je, gambar siok sendiri la katakan.  He he he..Esok kena bangun awal seawal 7.00 pagi kami kena tunggu bus kat bawah, rombongan Cik Kiah akan bermula...memang banyak Cik Kiah pun.


Aku dan Bunga

Aku dan Lin


Jay Jay dan Gitar


Jay Jay dalam screen







No comments: