Sunday, June 12, 2011

Balik Kampung & Unplanned Trip, Dungun, Ganu lagi.@2 Jun- 6 Jun 2011

Bila terasa nak balik kampung aku kena balik, aku tak nak jadi cam dulu tak, tak mau ingat dah kisah ni, wat aku rasa tak best.  Walaupun kak aku tak balik, aku balik drive sorang gak sebab aku bukan la nak cakap besaq dah tua2 ni kena la belajar semua sendiri, dah banyak kali pun aku salu drive balik Penang sensorang, yang aku niat lam hati moga2 tuhan jaga aku je dan lindungi aku sepanjang perjalanan,.  Actually aku kalau sakit mesti balik kampung dah lama aku sakit, pening kepala dan batuk yang tak baik.  So I need fresh air kat kampung to recover my health. Kak aku cakap cam kelin jap nak balik jap tak nak balik so aku malas nak bertekak baik aku balik aja sensorang, tunggu dia dengar masalah dia lagi kasi aku fenin dan bertambah sakit otak aku dok dengar masalah rumah tangga orang.  Dah bertahun2 aku idup asyik dok dengar orang gaduh cerai dan baik balik.  Ingat aku ni apa setia jadi pendengar masalah enkorang, tak kira la adik beradik ke aku dah malas involves, aku tak mau dihantui masalah yang bukan masalah aku. Bila time senang tak ingat aku bila time susah cari aku, ni peel yang paling aku tak suka, depa bahagia tak cerita time masalah mula la cari aku jadi pendengar..naik muak aku dengar masalah orang.  Bukan jaki tapi dah bosan la, sorry la ye tak kira sedara ke aku pun malas nak dengar lagi. 

Awal2 pagi lagi aku dah bersiap nak kuar, so gi amik TV bawak balik kampung kat umah kak aku. So aku bertolak dalam 8.30a.m cam tu la.  Badan tak sihat tapi kena masuk sikit makan, so I decided nak makan kat Rawang, sampai kat R&R Rawang, fuh aku nampak ramai la plak malaun nak balik kampung kat apa ni.  Aku makan mee goreng je sebab tekak kurang best, batuk ntah apa2.  Makan pun tak abis sebab selera dah kurang, so agak jer le aku makan untuk kuatkan tenaga jer.  Yang kelakor aku berenti sekali kencing pas tu aku drive terus sampai lam kul 12.00pm. Ni trip paling slow aku bawak sebab aku careful ngan saman ekoq dan aku tak berapa sihat.

Sampai kat umah kepala aku mula sakit singgah kat kedai beli panadol, balik mandi tidur.  Penatnya ya allah aku rasa, malam depa ajak pi pasar malam plak kat Jalan Kilang Lama, so aku ada terembat sesuatu yang kelakar balik umah tak padan la plak.  Padan muka nak barang murah, x leh try cam tu la jadi.. Jeng jeng esok depa nak pi Dungun la plak, unplanned trip, adoi cam ne aku rasa badan pun kurang ok depa nak pi hantar kak aku plak, so kena la ikut coz tak dak sapa kat umah, kalau idak aku mati kutu.  Adik cakap lepas dia balik keje semua siap nanti terus je gi, ari jemaat kami pun ready lepas asar semua bersiap, aku yang sakit kepala tak abis2 ni pun semangat la bersiap.  Perjalanan malam agak bahaya melalui jalan Baling(Kedah), Pengkalan Hulu, Gerik(Perak), Jeli, Tanah Merah, Kelantan untuk sampai ke ganu banyak lagi tempat terpaksa kami lalu.  Adik nampak bersemangat pada awalnya dia drive, jalan ni memang bahaya, dah la gelap kete banyak bawak laju2,  Jalan2 ni semua sunyi sepi je kalau kete tak lalu, kami bawak laju gak sebab takut nak lepas Tasik Banding, tasik kontroversi, takut jumpa gajah la, takut jumpa hantu pun sama..he he he...takut

Hutan rimba kami redah, bila nak sampai ni dah 4 jam adik drive aku pun risau tak nampak jalan sangat ni, nak berhenti pun takut sebab kami nak cepatkan untuk lewati Tasik Banding.  At last kami stop gak la kat tengah hutan ada kedai nak tumpang buang air, lepas tu adik terus pecut, jalan sunyi so kami follow lori ayam jer.  Banyak kete pecut jalan ni aku rasa depa pun takut, sampai kat Jeli kami singgah makan, as usual aku x makan minum jer, sebab aku tak selera la.  Aku makan roti bakar jer, adik, mak ngan kakak rembat makan, ecah anak buah aku muntah jer kesian aku tengok dia pucat.  Dah la manis je makanan depa, harga cam ketuk je kami orang luar, lantak nkorang la jawab kat akhirat nanti. Lepas tu kami sambung jalan aku drive, kak aku tunjuk jalan Tanah merah follow Dabong, awai2 aku x perasan jalan ni sunyi dah. Sebagai seorang driver sib baik aku observe kata jalan ni cam tak betul, depa kata jalan jer, aku cakap kalau betul napa tak dak lori and bus express pun, hati mula tak sedap so aku dah sejam aku drive x nampak orang lain ikut jalan ni pun.  Aku stop kat jalan selepas sejam lebih drive jalan sunyi, so kami tanya kat kedai makan yang sunyi sepi tu.  Atas nasihat depa kami patah balik, depa kata jalan Dabong ni bahaya ada banyak perompak suka sekat tengah jalan, memandangkan kami semua perempuan so depa suruh kami patah balik ikut jalan Tanah Merah, Kota Bahru.  Aku punya la hangin sebab buang masa hampir 3 jam patah balik dah la aku tak berapa sihat.

Sambung jalan dan tiba2 aku rasa mengantuk dan tak larat nak drive so kami stop untuk rehat jap.  Lama gak kami stop untuk sambung balik.  Perjalanan yang membosankan buatkan aku teringat orang2 negeri2 ni yang dok ulu banat nak mampus bila dok KL berlagak tak hingat, OMG apsal depa masih hidup lam hutan yang tak dak pembangunan ni, apa2 pun no komen sangat la coz dah depa lahir sinikan.  Dalam negeri ganu ja kami stop banyak kali gak satu letih mengantuk dan satu gi sesat la apa lagi.  Tour guide tak leh diharap, sampai awai pagi di Dungun kami mabuk keletihan especially aku yang tak berapa nak sihat tu, aku amik kesempatan lena dulu baru bangun breakfast.  Aku makan nasi dagang yang manis bergula tapi nak wat cam ne for experience and depan abang ipar aku jaga hati aku cakap sedap la. Sian bohong sunat dulu aku tak cam ni dah berumur ni ada plak part bohong2 ni, kelakar la plak.  Banyak kali aku bangun dan sambung tido tu pun rasa badan cam tak berapa ok sangat, petang plak kami gi Teluk Bidara kat Dungun ni, depa nak mandi laut la plak.  Aku tak layan sangat la mandi2 laut ni coz malas nak salin baju kena air masin lol.

Esok pagi Ahad, kami bertolak balik Bukit Mertajam, tak sanggup rasanya nak drive kalau ada flite aku rasa nak amik jer.  Tak tahan dengan jalan ulu-ulu ni, adus nasib baik aku tak lahir di daerah2 ini, aku bertuah lahir di Penang la cam ni, alhamdullilah.  Awal pagi abang ipar keluar beli breakfast, adik nak makan nasi dagang sangat aku malas nak layan coz dah tau rasa manis, aku makan nasi lemak jer sib baik x manis so dapatla aku cover makan dinner semalam aku skip sebab tak selera dan sakit kepala menyerang, mengerang aku tidor malam telan panadol dua bijik, bangun kepala masih sakit berdenyut-denyut.  Gila punya sakit, rasa cam nak potong kepala.  Perjalanan siang hari lagi la nampak semua deretan rumah orang ganu yang nampak lebih kepada kampung nelayan, but I dont judge them by their house coz based on my fren stories, they refuse to take zakat when somebody wanted to give it. That's mean they still can survive without the bantuan.  Really salute for that one, from my observation Trengganu is better than Kelantan, coz I can see many houses along the road compared to Kelantan.  You can only saw villages after a few KM, I dont know how long, jungles everywhere, for me so scary.  I was thingking too how they going outside to buy their need.  Anyway I wish not to marry Kelantanese, not because of what but the location of course, I cant live in the jungles.

Along the way I pray for the good, coz only me, adik and mum, ladies only.  I hope nothing happen coz look at the journey, if anything happen we will suffer a lot.  Thanks god eventhough my kepala sakit so much I still can drive, kesian adik drive 6 hours non-stop, we need to arrive early before hari gelap lol, takut juga.  Sepanjang perjalanan kami banyak gak stop coz adik nak makan n then nak release penat, kami stop kat Jeli di sepanjang jalan ada gerai2 jualan, aku nak buang air, sakit kepala punya pasal aku tak layan sangat nak beli barang. Further up kami stop lagi dia orang nak makan, aku as usual tak selera makan, minum jer, macam mana nak baik tak dak energy langsung.  Sib baik siang ramai gak yang ikut jalan ni so kami tak la rasa takut sangat but still careful, ada orang kerja buat jalan kami tak berani gak mana la tau tu hanya taktik kan dia sekat kami naya aku.  Before sampai Tasik Banding adik soh aku drive coz dia nak snap pic tasik tu, pada aku tak dak apa yang istimewa selain sunyi bangi dan menakutkan jer..Aku drive sampai Baling dalam sakit2 kepala sebab kesian gak kat adik tengok dia letih semacam, aku rasa lapar sakit kepala cam bongok ni bila nak baik, mak soh stop ingat kami nak singgah umah akak aku kat Baling, aku cakap tak yah aku tak larat esok nak balik KL.  Mak pujuk makan laksa kat tepi jalan, gi pun ada ayaq nyoiq so boleh la kasi tenaga kat aku skit.  Sampai jer aku cam nak pengsan, lentok kepala atas meja makan sampai ada yang tegur aku sakit ka, aku malas nak jawab mak yang jawab. Akhirnya kami selamat tiba kat BM, malam tu aku sakit kepala sakan, macam nak pecah kepala aku, mak picit dan jelum aku dengan air dan daun apa ntah.  Aku minum air zam2 ajer lelain tak layan sakit malam2 aku mengerang macam nak mati dah sangat.  Jangan la sakit kepala cam ni, aku rasa tobat lol.  Esok pagi mak mandikan aku ikut petua tok aku, buang panas kat badan dan kepala, breakfast makan roti kering dan milo serta air zam2 aku rasa ok sikit rehat kejap, aku gi Klinik Joe Fernandez ambil MC then balik KL, sepanjang perjalanan aku rasa sakit nak mampus tapi gagah gak sebab esok kena keje, sampai bila aku nak balik KL keje, kena balik juga ler.  Alhamdulilah dengan perjalanan yang banyak stop2 aku sampai KL 3.30 petang perjalanan memakan masa 5 jam wat aku selamat sampai.  Amin perjalanan terlama dalam sejarah drive aku untuk balik KL.













No comments: