Friday, December 28, 2012

Muka Buruk Perangai Pun Buruk

Jahatnya kalau kita kat orang dah la muka buruk perangai pun buruk, tapi hakikatnya ada yang sebegini.  Ada orang yang rupa paras elok perangai buruk pun ada tapi dek kerana muka yang hensem atau lawa, tercover la sikit perangai jahatnya tu.  Tapi kalau yang buruk berkelakuan buruk, tu memang tak sedar diri la kan, dia ingat dia hensem la kot sebab tu lupa muka dia buruk.  Dah la muka buruk, keje pun tak seberapa, cukup2 makan tapi perangai dalam diam, berpura2 dengan sweet talker dia, mengayat sana sini, pas tu dalam diam dia kenakan orang dengan mandrum2 bodoh dia tu.

Kenkadang orang nak senang dengan cara mudah, sanggup berpura2 demi nak bersenang lenang atas kejayaan orang lain.  Terlupa plak dia akan perangai buruk dan muka buruk dia tu, sanggup la wat keje2 bodoh nak cilop harta orang.  Tapi lepas tu wat cam tak dak apa2, kalau la yang pompuan tu bengong memang la kasi semua harta benda, tapi kenkadang tahu saja buat2 tak tahu.  Tu normal la bagi orang yang banyak bersosial tak kira taraf sosial orang dari mana.  Kenkadang si pompuan tu wat2 tak tahu tapi lebih tahu macam2 lagi, he he he cuma si muka buruk ingat dia dah pandai la kan.  Muka buruk yang low class memang bengong kenkadang, sebabnya dia ingat dia pandai sangat tapi kenkadang ayat2 yang kuar dari mulut dia tu yang mendedahkan rahsia diri dia sendiri.  Ada juga orang bodoh cam ni. 





Alhamdulllilah Dia Ok

Aku call tanda nak confirm lepas semua tu dia jawab tak call aku, alhamdullilah dia masih menjawab call aku.  Bukan apa aku tak nak orang yang tak bersalah mendapat tempias apa yang aku kena.  Aku suspect something wrong kat dia, sebab secara tiba2 dia mendiamkan diri, sebab tu aku kesian, takut dia sakit atau jadi apa2 kat dia.  Aku rasa dia tak patut kena tempias tu.  Dia sanggup demi sesuatu, tu yang aku risau sebab yang mengakibatkan dia terdiam seketika.  Bukan sebab aku suka atau aku tidak yang pasti aku tak nak dia teraniaya oleh seseorang yang bertujuan tidak baik pada aku.

Alhamdullilah bila aku call dia jawab, walaupun lesu tapi aku gembira, bukan apa, cuma nak buktikan dia sebenarnya masih ok.  Aku harap dia tak marahkan aku, sebab aku pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku kat dia, yang aku harap dia tak la kena yang bukan2 cam kawan aku sorang lagi tu kena.  Mungkin cara yang dibuat sama, kasi kepala otak orang sakit macam nak pecah.  Banyak kali juga dulu dia asyik mengadu sakit kepala, mungkin tu la tempiasnya.  Aku harap sakit kepala tu dah baik, lepas semuanya berakhir, alhamdullilah dia masih bercakap dengan aku dengan cara yang mula2 aku kenal dia.  Mungkin dia tahu apa yang sebenarnya berlaku. 




Thursday, December 27, 2012

Blocked Orang

Aku tak blocked orang dalam facebook tanpa sebab, kalau aku blocked tu tandanya adalah yang tak kena.  Atas beberapa alasan yang munasabah dan memudaratkan aku, aku rasa aku perlu blocked orang2 ni.  Biarlah apa orang nak cakap kat aku, aku ja yang tahu nape aku blocked, bukan apa aku rasa dia dah melampau dah ni.  Lama dah aku disaran untuk block dia ni tapi aku yang degil, lepas kena torture semalam dan lepas menahan sakit yang aku rasa tak sanggup untuk harungi semula, aku rasa jalan yang terbaik adalah blocked.  Biarlah dia nak buat cerita apa2 pun yang pasti aku tak sanggup datang period 3 bulan lagi.

Biarlah apa orang nak cerita pasal aku, nak kutuk aku, yang pasti aku tahu apa sebabnya aku block sesiapa yang aku rasa patut diblock, bukan sorang sebenarnya segerombolan, satu bundle tapi aku akan pastikan dalam masa yang berperingkat untuk aku buang2 nama2 tak berfaedah dari dalam fesbuk aku tu.  Nama2 yang buat aku tak kan lupa sampai mati, dan tak berbaloi dengan apa yang aku kena buat semalam.  Dah la menyakitkan, kena marah pula sebab degil tak dengar dari dulu2, dah setahun aku dinasihatkan jangan rapat dengan orang2 cam ni, aku ambil sikap lewa dan buat tak tahu.  Jangan engkar nasihat dari ahli2 ulamak, tengok apa dah jadi, racun masuk badan, barulah nak demam dan baru la nak risau.  Yang penting aku tahu kenapa apa yang orang dah buat kat aku, tak sangka la pula, sanggup bersusah payahkan. 





Parasit oh Parasit

Parasit oh Parasit, tak kusangka cuba aku nafikan dah setahun aku tahu parasit ni tumbuh , tapi parasit tetap merbahaya.  Dari dulu aku mendapat tentangan hebat, jangan rapat dengan parasit, tapi aku bantah dan degil, atas alasan kawan2.  Dah terkena baru tahu, apa yang parasit nak dari aku, kelakar la pula, parasit guna racun dalaman, buat semua awek tergoda, buat awek syiok kat dia, lepas tu parasit mula pasang strategi nak memperguna semua awek2 yang kenal, nak minta tu nak minta ni, dah lama aku tahu strategi parasit tapi aku hanya buat2 tak tahu, atas dasar malas gaduh buat2 baik, atas alasan kenkawan, tapi setiap yang aku buat baik rupanya parasit balas dengan racun.  Parasit bertindak macam orang baik serta hebat tapi parasit tak sedar, aku tahu semua tu.  Kenapa aku boleh tahu, aku pun tak tahu, may be allah sayangkan aku lagi. 

Parasit cuba buat sesuatu yang aku rasa tak boleh terima, parasit guna strategi kotor, alhamdullilah, allah masih sayangkan aku, kalau kita salu buat2 solat tahajud, allah pun tak sampai hati nak kasi kita jadi hancur lebur, tapi parasit sanggup.  Bila ada yang cakap perangai parasit cam ni cam tu, aku cuba nafikan, dah terkena mandrum, dah terkena mantera bodoh, ala2 lagu stacy jahatnya kamu.  Parasit juga mendapat sokongan kenkawan yang aku rasa perangai lebih kurang, parasit mendapat sokongan ahli keluarga, adus tak tahan tu parasit nak cuba ambil harta benda orang dengan mudah.  Parasit ingat dengan mandrum dan guna setan2 parasit boleh hidup mewah, tapi parasit silap la, aku ni adalah orang selalu berfikir, dan aku mungkin dianugerahkan gerak hati dan mungkin terbela atas sebab2 aku bakal dianiaya. 

Berfikir dengan setiap gerak geri parasit, berfikir apa yang parasit cakap, berfikir dan membandingkan balik2 apa yang berlaku sepanjang setahun, bak kata ustaz tu, dia bukan jenis lelaki yang baik, adalah dinasihatkan jauhi dari dia.  Alhamdullah, bila beberapa orang cakap aku baru tersedar, kena berleter kena marah dengan orang yang aku kenal tak seberapa.  Alhamdullilah, allah masih sayangkan aku, setiap perbuatan parasit aku selalu ucapkan, kalau niat parasit jahat, allah tak akan izinkan, insyallah allah maha mengetahui dan maha mendengar apa yang aku pohonkan.  Setiap yang bermula dengan yang tak baik, adalah satu petanda tak baik untuk selamanya, alhamdullilah aku buat keputusan yang tepat untuk jauhi dari parasit. 

Parasit jangan guna jalan mudah, jangan ingat senang2 nak hidup senang dengan jalan mudah, jangan guna jalan mudah nak demand tu nak demand ni.  Parasit tolong la bertaubat, jangan nak cuba2 menganiayai semua kaum hawa ye, saya belum menjadi mangsa besaq, tak tahu la berapa mangsa yang terkena seblum ni, tak perlu nak hidup mewah dengan mempergunakan awek2 ye...parasit aku sedar apa yang anda cuba lakukan pada aku, cuma saya tak pernah nak memalukan anda, so tolong la sedar diri.bukan cubaan aku nak memalukan parasit, tapi parasit sudah keterlaluan, aku dah tak boleh nak tahan sabar sampai tahap gaban.  Parasit cuba ganggu aku dengan taktik kotor, alhamdullilah aku tersedar bila aku ada masalah period yang ketara.

Dengan perangai parasit, rumah dan kereta boleh kita bagi tau, sebab parasit nak hidup senang...la la la la la....Kalau setakat muka parasit tu, aku tengok pun tak la berkenan sangat, muka tak sior pun, dah la belajar tak berapa tinggi perangai pun terkinja2 ala ala monyet di hutan ada hati nak kikis harta benda orang. Jangan nak block pandangan orang kat aku, jangan nak buat aku jadi gila bayang, aku sedar la semua tu, jangan ingat aku sendirian, orang cam aku salu terbela apabila berkawan dengan orang yang masih sayangkan aku dan orang yang menganggap aku kawan rapat.  Mungkin atas skill yang dia ada, semua yang dia cakap aku tu menjadi kenyataan, walaupun aku tahu dari dulu lagi, aku buat2 tak tahu, sebab aku rasa aku tiada rasa apa2 perasaan pun kat parasit, cuma setakat layan tipon je, kalau jumpa depan mata aku tak rasa berkenan pun dengan perangai baran parasit yang aku consider macam orang tak siuman.












Tuesday, December 25, 2012

Bila Bosan

Apa nkorang buat kalau bosan melanda, time nkorang rasa buat apa pun tak best.  Kalau aku bila bosan aku gi shoppink complex pi perabis duit, beli benda2 tak berfaedah, kalau nak abis duit memang mudah aku ni.  Dok umah aku layan movies, bukan satu lepas satu abis aku terus tengok lagi sib baik la ada channel movie saja, leh aku layan, makan pun aku ala kadar saja tak kisah sangat, goreng ayam, goreng yang simple2 ja makan, aku ni bab2 makan sempoi ja, tu pun kawan aku cakap aku fussy, kalau masakan tu tak sedap mana aku boleh layan, fussy ke tu. 

Kalau bosan aku juga suka cari makanan kesukaanku, kalau kedai buka ok la kalau tak buka bosan la balik.  Aku juga bosan dengan kenkawan yang cari aku semata2 dia nak citer pasal member chat dia, citer masalah keje yang tak seberapa, semua tu menambah kebosanan aku.  Kalau dia ada webcam depan dia keluar rumah pun tak nak, balas SMS aku pun tak.  Semua ni nak kasi aku hangin satu badan. Kalau dia call aku memang kena la satu dusyum ayat bisa dari aku, padan muka.  Semua ni menambah kebosanan aku.  Aku kalau bosan ada orang call pun malas nak layan, ni dia cite pasal masalah tak kronik, berkurun dah dok dengar benda sama. 

Bila aku bosan yang aku hairan buat apa semua tak menjadi, nak bayar duit maintenance dan air, dia cakap aku tak bayar duit air dari bulan Mei, nak kena lempang budak ni, sib baik dia take over kalau idak aku memang sembur ja lidah naga aku ni.  Kalau bukan keje hang jangan la pepandai cakap, nanti semua orang marah. Sib baik aku simpan semua resit pembayaran, kalau tidak berasap la aku.  Ntah la mungkin aku ada hide something yang aku rasa aku tak suka dan aku ada masalah peribadi yang wat aku rungsing, semua tu tak kritikal tapi cam wat tak berapa tenteram la, sebab tu bosan menguasai diri aku. 



Sunday, December 23, 2012

Susahnya Jadi Pompuan

Susah jadi perempuankan, tak tahu la u all agree tak dengan apa yang aku nak tulis ni, may be apa yang aku share ni tak mendapat persetujuan dari semua kaum hawa tapi ni apa yang aku observe la, may be aku juga pernah alami.  Kalau bab2 susah jadi perempuan ni, of course la tentang jodoh atau bercinta, kalau daring terlebih dengan lelaki dah kena kutuk kat belakang, kalau tak jadi daring orang cakap jual mahal sebab tu tak laku, abis tu cam na.  Kalau dah umur dah meningkat ni, kalau baik2 dengan orang muda dari kita pun kena kata sebab tak laku, tu yang cari orang muda, kalau baik dengan laki orang pun, kena kutuk juga sebabnya konon2 tak dak jantan lain kacau laki orang, yang laki orang kacau perempuan tu tak la nampak pula kan. 

Kalau bab2 cinta memang masalah la juga, kalau nampak pompuan ja lebih lelaki tak nampak tunjuk reaksi positif susah la juga.  Mula2 nampak cam sungguh nak dengan pompuan tu, tapi lepas tu cam endah tak endah ja, cam mana tu.  Kenkadang bila pompuan tu nampak cam dah suka kat dia dia buat2 la dah ada awek lain la, tak mau commitment la, buat2 tak dak duit la, kesian kat orang pompuan kan.  Nak kata lelaki tu bagus sangat memang la ada yang bagus, kenkadang yang cikai2 tu pun eksyen semacam, rasa cam dianya share tinggi sangat nak demand2.  Kenkadang kalau aku fikir semua ni, dan buat perbandingan dengan current situasi aku, aku rasa aku tahu jawapan untuk aku.  Cam la aku tak laku sangat, masih laku cuma aku ja yang kerasa hati nak layan ke tak kan, aku takut sebenarnya, takut terkecewa lagi.

Akunya style pasal lelaki ni, bila aku share dengan kawan ofis aku dicakap aku ni cerewet, he he he, mungkin la juga aku rasa benda tu kecik ja, tapi kawan aku kata fussy juga.  Ya la pada aku lelaki kalau suka aku dia akan cari aku untuk ajak aku keluar ke atau sanggup bersusah payah untuk jumpa aku.  Tapi kalau aku yang lebih mencari timba tu aku tahu la maksudnya, tu aku punya term and conditions, ada lagi aku tak share kat sini.  Kalau aku rasa aku yang salu contact orang tu, tu bermaksud aku ja yang over orang tu tak anggap aku spesel pun, tak tahu la macam plak nkorang punya pendapat ni aku punya pikiran.  Aku nak lelaki sayang aku lebih, bukan aku yang terhegeh2 dengan lelaki tu, best juga kalau dapat lelaki yang kuat cemburu tu tanda dia sayang lebih kat pompuan.

Susahnya jadi pompuan, kadang2 dah suka sama suka tiba2  break up di tengah jalan, tak tau punca, pompuan yang rugi dah buang masa bercinta bagai nak rak, pi mana sama2, layan hobi sama2 tapi tak dan 3 bulan dah tak dak apa2. Apa punya pun tak tau, elok2 dah bercinta, tiba2 declare single, erm sian gak kat kaum hawa ni, kaum aku la.  Kadang2 suka sama suka tapi tak terucap, nape jadi cam ni ek, cam aku yang susah nak caya dengan kaum adam, kenkadang aku risau gak, may be takut dengan pengalaman2 lampau yang selalu dikecewakan.  Wallahualam ingat aku nak pejam mata ja, sapa suka aku ajak aku kawin tahun depan aku terima ja, boleh la cakap cam tu, time nak cakap ok belum tentu la bolehkan. 

Aku pun kenkadang rasa cam perasan, ingat orang tu suka kat aku tapi sebenarnya dia orang suka2 cam tu ja, bukan suka betul2, kalau suka betul dah sanggup bersusah payah ajak keluar, ajak makan, asyik call.  Kalau setakat call ada kepentingan tu bukannya suka ye kaum adam, tu nak settle hal sendiri namannya.  Kalau lelaki hobi mengayat semua awek, jangan la ambil, nanti hidup pun tak tenteram, jiwa tersiksa, sebabnya dah hobi layan semua orang, tak tahu la mana satu aweknya.  Entahla susah la jadi pompuan, nak kawin masalah, tak kawin kena perli, layan orang pun kena perli tak layan, kena juga perli, macam mana ek.  Tapi kalau dengar cakap orang memang la tak kawin kan.  Kalau dah suka tu terima ja, pejam mata kalau bahagia tu bonus, kalau derita anggap la dugaan.

 Insyallah buat baik allah balas jodoh yang baik, kalau jodoh tu tak elok untuk kita, jangan kita salahkan takdir, salahkan diri kita juga mungkin balasan dosa2 silam yang pernah kita lakukan. 


Thursday, December 20, 2012

Masalah Period Lagi

Entahlah nak kata sakit aku tak sakit, tapi aku ada masalah period start last month.  Adoii, period berterusan, aku pun tak tahu apa masalah dan apa puncanya, yang aku tahu aku kira 15 hari dan hari ke 16 aku dah boleh start solat semula.  Kenkawan aku cakap darah penyakit, ada juga kata tu simpton2 gangguan misteri, wallahualam.  Aku redha la apa pun, sebabnya aku pun tak tahu apa sebabnya, pernah berlaku one month aku datang period ni pada tahun 2009, tapi last2 dia stop sendiri.  Aku belum jumpa doctor untuk masalah aku ni, sebabnya aku takut ada sakit bukan2.  Aku berdiam tapi aku risau sebenarnya apa la jenis penyakit aku kena ni, sakit pelik yang wat aku takut.

Kalau dengar kawan aku yang taksub dengan gangguan2 misteri ni, dia cakap ni gangguan jin.  Wallahualam aku malas la nak percaya sangat apa yang dia cakap sebab nanti jadi tahyul plak.  Aku bertahan ja dulu, sambil tunggu dan lihat, sejauh mana benda ni akan berakhir, kalau stop dalam masa terdekat ni aku tak la pi jumpa ustaz, aku jumpa doctor dulu tengok apa masalah yang dia cakap, pas tu kalau tak ok, baru aku gi jumpa ustaz.  Takut la jugakan kalau ada makhluk halus yang dok kacau aku, bunyi cam lawak tapi kalau betul2 ketaq la jugakan dah la aku dok umah sorang diri.  Sakit pala aku fikir nape jadi cam ni, kalau tak baik2 juga macam mana, risaunya aku....





Asyik Berangan Ja

Mat Jenin dulu2 terkenal la kan suka berangan, la ni tak payah Mat Jenin@MJ, aku pun dah ada habit ni, especially time bosan.  Berangan2 sambil ingat apa yang aku suka, sapa yang aku suka, macam2 la berangan, kalau orang tau malu la jugakan.  Berangan tu adalah salah satu cara rindu kita kat seseorang atau keinginan kita untuk memiliki sesuatu yang kita tak pernah ada, ni pandangan aku la yang kuat berangan sekarang ni.  Tapi aku risau gak kalau2 berangan aku ni menyusahkan orang lain, ye la asyik dok berangan.  Entah2 dia pun tak tahu kita syiok dok berangan kat dia, kalau la dia tau malu la juga, kalau dia pun suka ok la kan, sama2 suka berangan.  He he he.

Kenkadang apa yang kita angankan tu boleh jadi kenyataan tahu, cam aku salu berangan nak pi Beijing dan Korea, semuanya terlaksana allah bagi ja jalan kat aku untuk pi tempat tu.  Berangan nak kawin boleh ka, tapi petang semalam borak dengan kawan lama Mastura, mek Trengganu, tergelak kuat aku dengar dia cite.  Dia ni kawan lama aku, cite dia bertunang dan tak jadi kawin sebab2 yang buat aku tak tahan nak gelak. Memang kelakar kalau cite dengan dia ni, satu hari tak habis, apa yang dia cakap tu betul juga.  So cam ne nak kawin ni kalau cite dia buat aku pun rasa logik juga.  Tapi semua tu jodoh tak salah berangan cuma kalau dapat yang baik dan betul tu satu bonus la kat kita kalau sebaliknya tu dugaan pada aku.

Aku juga berangan nak menunaikan umrah, insyallah kalau ada peluang dan mendapat peluang menjadi tetamu allah, tak akan aku sia-siakan semua ni. Berangan rindu kat orang paling best sebabnya hati sentiasa berdebar2, hish aku ni tadi bukan main nak gi umrah ni nak berangan kat orang pulak, patut la lum berpeluang jadi tetamu allah.  He he he...sabar insyallah








Tuesday, December 18, 2012

Bestnya Kalau

Bestnya kalau dapat gi bercuti sensorang layan pulau kan, dah lama teringin nak buat tapi tak berani, rasanya cam nak relaq jiwa dan minda layan sensorang.  Konon2 cam muhasabah diri la kalau pi vacation sensorang tapi mesti bosankan, sebab apa bosan pulau tu dah la tak dak orang dengan sapa aku nak cakap.  Kalau dapat layan Pulau Bali sensorang pun ok tapi memandangkan struktur pemakanan dan agama penduduk di situ sangat berbeda dengan Malaysia so aku rasa tak boleh nak layan sangat, kalau pi ramai2 ok la kot.  Macam aku pi out station sensorang, mula2 rasa gabra, takut serta ketaq bila orang kacau2 aku, last2 aku rasa best ja layan makan sensorang, tapi tu makanan dia boleh diterima untuk makan.

Adoii, kalau dapat layan Langkawi pun kira ok, sebab aku dah lama tak layan pi sana, bukan nak shopping sangat, cuma nak jenjalan sambil ubat jiwa yang kurang tenteram, resah gelisah dan asyik berfikir ja ni.  Keconfiusan tahap sangat tinggi pada aku, sebab tu aku rasa tak best ja hujung minggu dok umah, so  rasa nak jalan ja la ni, kalau dok umah rasa kosong ja.  Ya la kadang2 aku rasa suka dok rumah, kadang2 aku rasa bosan, tu normal untuk orang bujang cam aku, kalau aku penat sangat, satu hari aku aku boleh berkurung dalam rumah.  Kalau aku rajin everyweek aku nak jalan, ermmm lepas tu penat cover bertimpa2 letih, sakit barulah insaf dok rumah balik.  Ala berpoya2 dengan kenkawan ja, bukan berpoya dengan kaum adam.  Hu hu....normal la tu kan...




Wednesday, December 12, 2012

Perfume

Bau wangi susah bau busuk pun susah, aku ni lain sikit, kalau aku bau wangi sangat, mula la aku rasa nak pusing kepala.  Ni menunjukkan aku ni ada masalah jika aku bau badan orang.  Ada orang suka beli minyak wangi mahal2 tapi beli baju tak kisah mahal ke murah. Aku bukan tak suka beli perfume, aku ada masalah penin bau minyak wangi sendiri, susah nak dapat yang aku suka.  Mesti orang pelik kat aku, tapi itulah hakikatnya, beli banyak botol, yang sesuai dengan aku adalah sebotol dua.  Kenkadang buat aku malas nak beli, kalau beli pun tak gunanya merata aku letak, walaupun mahal jadi perhiasan.  Aku tak kisah guna deoderant je, sebab aku rasa lagi tahan lama, kenkadang aku pasrah dengan deria bau aku yang tak boleh terima bau orang sangat.

Ada orang beria2 cite pasal minyak wangi, ada aku kisah, sebab aku tak boleh nak bayangkan kisahnya kalau aku muntah akibat penin kepala bau minyak wangi orang.  Ada orang suka nak show off, tapi aku tak pernah bau pun dia pakai minyak wangi tu.  Ntah la sib baik aku bukan taksub minyak wangi, bila banyak yang kasi aku fenin, so budget beli minyak wangi tak la sangat, aku boleh beli benda lain la.  Tak payah nak citer lebih pasal minyak wangi dengan aku, aku pun tak berminat sangat.  Janji aku tak kena tidur makan ubat sebab fenin bau perfume sendiri.  La la la la..



Friday, December 7, 2012

Was Was Walaupun Suka

Aku ada masalah besar rasanya dari dulu hingga kini, bila agaknya akunya perangai ni nak ubah, apa yer perangai aku yang kurang positif ni.  Aku suka was2 dan tak percaya kat orang especially bab2 cinta, kenkadang aku fikir sampai beratus kali betulka dia ni suka aku, boleh percaya ka?  Nape aku cam ni ek, susah nak caya dengan kaum lawan jenis, semuanya yang aku kawan semuanya tak berkekalan sebab aku sentiasa curiga dengan orang.  Sebenarnya aku suka, tapi bila ada slack skit yang wat aku terasa atau rasa cemburu memang aku blah ja, aku rasa lagi bahagia dari aku kena tipu.  Aku berdoa juga agak dijauhi sikap2 negatif cam ni, memang susah nak cari 100% orang yang baik dan sayang kat kita, tapi sekurang2nya aku ni cam tak kasi chance buka pintu hati aku.  Was2 tu adalah salah satu faktor pernyekatnya, cam ne nak buang sikap ni. 

Kalau berterusan, alamatnya tak kawin2 la aku sampai tua, adoi tadi sembang petang bersama rakan sekerja,  ada kasi tips skit jangan la wat main2 dengan orang, nanti orang tak nak kawan dengan hang langsung.  Sebenarnya aku suka, tapi bila aku rasa dipermainkan aku memang automatik boleh rasa nak blah ja malas layan, bukan aku tak suka, cuma pengaruh negatif banyak sangat dalam fikiran meracau aku ni.  Dapat nasihat dari kawan aku yang konon2 kata cam tu cam ni, ni semua bikin aku gusar nak mengaku atau nak kasi muka pepatah cina la ni, masuknya kasi chance kat lelaki yang aku suka atau depa suka aku.  Aku pun sebenarnya risau juga dengan sikap negatif aku ni, was2 je dengan lelaki tanpa mencuba, insyallah aku perlu berubah. Tuhan ja tahu kenkadang aku terkecewa dengan statement lelaki yang kasi aku conpius, ingat suka aku, aku yang syiok gila terus delete nak rasa suka, nak cakap aku suka dia, sebabnya depa yang wat aku termalu. 

Was2 sebab apa, sebab aku pun nampak orang cam suka main2 ja dengan aku, tak nampak pun dia suka aku betul2.  Kenkadang nampak cam suka, bila aku nak cakap aku suka aku rasa dia cam cakap negatif dan memalukan aku.  Macam mana aku nak beri hati batu aku ni, kalau cara dia pun main2, ingat suka sangat kat aku, tapi terang2 cakap dengan aku ada awek, macam mana tu.  Aku perlu buang ayat "tapi"setiap kali membuat penilaian, aku hanya perlu list down negatif dan positif, sekiranya banyak negatif aku kena la fikir dua kali, tapi kalau nampak banyak positif terima seadanya. Mungkin itu satu petanda yang baik, insyallah mohon tuhan lembutkan hati aku yang keras dan kepala batu ni untuk buka hati bercinta dan mencintai.  Aminnn...



Makan Malas, Masak Pun Malas

Kalau orang malas masak, makan tak malas juga kan, aku dua2 malas, macam mana tu, kenyang lena ja.  Makan main2 kakak aku cakap, masa dia mai cuti kat rumah aku, dia tanya hang sakit ka?  Aku cakap tak, mungkin, sebab kuat tidur tu yang aku malas makan dan malas masak la kot.  May be otak tak tenteram jadi malas la semua kot, tidur pun asyik terjaga so semuannya jadi malas.  Basuh baju malas, lipat baju malas, kemas rumah malas, kalau ada laki mau aku kena maki, apa nak jadi Cik Manis wei.  Kalau malas cam ne nak kawin, cam ne nak jaga laki, nanti laki lari gi cari awek lain, sapa yang frust, aku juga kan.  Simpton malas ni datang lately ni ja, kalau dulu weekend aku semuanya rajin, la ni semuanya malas, berangan ja keje aku. 

Makan pun kalau beli tak abis, apatah lagi kalau masak, jangan harap nak abis, semuanya masuk bakul sampah.  Penangan apakah ini? entahla susah nak cakap aku rasa aku ada banyak sebab nape jadi cam ni, banyak fikir pun ada juga, frust kot, mungkin juga, frust kena marah la kot, ingat tak garang, layan orang merajuk, hik2 adoi banyaknya masalah aku.  Tapi rasa rugi la sebab malas ni buat aku jadi bosan dan asyik nak baring ja dok dalam rumah, pi mana pun tak mau, nak tidoq ja keje aku.  Bila agaknya nak rajin ni, tolong hiburkan hati diri sendiri supaya tak resah gelisah dan malas, aku ingin ceria seperti sediakala....oh tuhan tolong aku.....

Thursday, December 6, 2012

Time Tidurku Tak Seperti Orang

Balik kerja tak buat apa2 aku lena, kadang2 tak mandi terlena terus dengan berkemban kenkadang dengan baju keje, kenkadang dengan bra dan panties, gila la aku ni kalau jadi apa2 mati aku.  Bila masuk dalam rumah automatically rasa nak tidur, kalau dok kat luar elok ja, he he, sebab tu la kalau pi mana2 aku rasa nak balik rumah tidur ja kot, sebab rumah la yang tempat terbaik untuk aku landing.  Risau juga time tidur aku yang cam pelik dari orang ni, orang berjaga aku tidur, orang tidur aku berjaga, time ni aku basuh baju, sidai baju, lawak pun ada kalau cite kat orang, sebenarnya kalau nak solat tahajud pun elok ja time aku terjaga ni.  Kenkadang rasa cam mendapat seruan untuk jaga, ni bunyi cam kelakar tapi dah routine tidur aku cam ni, rasanya aku tak pelik la kot. 

Walaupun aku tidur time tak sama dengan orang, tapi aku pukul 5 pagi atau 5.30 akan tetap terjaga bangun gi kerja, kenapa dan mengapa aku pun tak tahu, tapi aku tak pernah la terbabas sampai lambat nak pi opis.  Insyallah kalau dah selalu kita dok bangun time tu, memang ada magnet untuk gerakkan kita time yang sama.  Aku bukannya cam ustazah yang banyak tulis hadis2, ceramah2 kat status dalam fesbuk, tapi time keje tak ikut agama plak datang suka2 hati.  Bukan main pesan tu pesan ni, adoi cam nak komen pesan diri sendiri la, sebabnya time aku bangun 5 pagi tu aku nampak ja, dia online update status, mai keje hampesss.  Biasala orang salu mengata orang time sendiri mana nampak.  Ala sebenarnya bukan nak share pasal orang, nak share pasal tidur aku ja, aku rasa normal tapi bagi setengah2 orang dia orang rasa pelik. 

Apa2 pun aku rasa time tidur aku tak pernah ganggu peribadi orang dan ganggu hak privacy orang so tak payah la nak kasi komen2 hangit kat aku.  Kalau aku terjaga time tu nkorang sedar juga, tandanya nkorang pun tak tidur jugakan, sapa suruh tak tidur cam aku dah puas tidur 3 atau 4 jam sebab tu aku boleh je bangun mandi kenkadang.  Time aku ni dah lama dah jadi cam ni, memang sukar nak ubah, so aku rasa normal tiada yang pelik, jangan dok ingat aku imsonia plak. 



Wednesday, December 5, 2012

Fikiran Melayang Bila Ku Merindu ...

Melayang2 bila terasa teringat seseorang, ni la gambaran aku bila aku rasa rindu nak luah tak terluah, cuma tulis dalam blog ja la, nape yer tak tercakap apa yang aku rasa. 


                                    



Bila fikiran melayang dengar lagu ni best juga, perasan dan terasa perasan, cam orang cakap bila dengar kenkadang kita salu masukkan diri kita cam kita pelakon dalam lagu tu, he he he...


Ku Merindu - Shah dan Ella

Shah:
Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ella:
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Chorus:
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu









Tuesday, December 4, 2012

Mengah

Ohhh, naik tangga lepas makan aku rasa mengah, adoi bahaya ni, kalau rasa cam ni, salah satu petanda kurang sihat untuk aku la ni.  Ni bermakna aku dah lama tak exercise la kan, naik pun lambat rasa cam berat ja badan, bahaya untuk kesihatan badan aku ni. Orang lain aku tak tahu la ada masalah cam aku ke tak, kalau aku rasa mengah so automatically aku akan adjust cara pemakanan, bersenam dan susun atur balik cara pemakanan aku.  Ermmm memang aku salu cam ni, kalau ada benda yang aku rasa kritikal untuk diri sendiri aku akan adjust diri supaya ok balik.  Aku tak guna teknik pakai baju slimming atau teknik minum air teh orang kampung untuk kurus, aku akan ubah cara aku sendiri.

Aku bukan perempuan yang jenis mengikut cakap orang sangat, apa aku buat ikut rentak sendiri.   Ha ha aku jenis degil skit, minta la pendapat orang tapi kadang2 aku ikut rentak sendiri juga.  Kalau ada laki mau kena hempok salu, he he cam tak bersalah ja bila dah buat salah, tapi lepas tu baru sedar aku memang bersalah, nak menang ja.  Tapi lately ni aku kalah dengan seseorang, sebabnya apa ye sebab aku suka dia ka, ermmm, erkkkk.  Mengah nak jawab ni, kalau aku suka dia, agak2 dia suka aku tak? Ohhh kena hilang mengah naik tangga dulu baru leh jawab, nak hilang mengah kena la jaga body dan jaga makan minum, kalau idak, jadi belon la kot...


Merindui Futsal

Dah lama rasanya kaki ini tak menyepak bola dalam court futsal, rindu kian mengamit kaki aku. Nak kumpul team nak main sekarang dah jadi masalah, ada perpecahan group pula, bergaduh sesama sendiri, so cam na nak main dalam satu team.  Susah bila email ajak main, masing2 mendiamkan diri, ada yang nak tapi disebabkan ada wajah2 yang tak disukai, tak jawab la.  Contoh terbaik bila ajak berbuka puasa, ada yang datang ada yang tak datang so macam mana nak berbaik pula.  Semua ni jadi satu masalah pula kat geng futsal kami, agak2 bila nak bersatu, aku ni serba salah kenkadang.  Sebabnya terpaksa jadi talam dua muka, dengar dua2 belah pihak, sebenarnya aku malas nak amik pot sebab aku bukan terlibat pun dalam kancah pergaduhan depa.

Bila dah kenal futsal, aku lupa terus netball, lagi pun masa hari tu aku cuba main netball balik, aku rasa aku dah teruk, asyik body contact je, yang buat aku bosan.  Ni bermaksud aku dah makin ganas so dah tak ikut rules lagi, cam ne nak main netball cam pompuan2 yang feminin.  Memang tak sesuai langsung untuk aku, alhamdullilah aku masih dapat mengekalkan keperempuanan aku, sebab ramai yang tidak percaya aku boleh bermain futsal.  Melihat akan gaya aku memang la depa boleh tertipu, tapi melihat aku di court, aku rasa mesti ada yang tidak percaya style aku bermain, nampak cam baik ja, tapi aku rasa aku banyak aksi ganas.  Dari menjadi striker, aku menjadi defender, sebab tu la kot bertambah ganas, kalau jadi keeper pun aku boleh cuma ada masalah jika bola tinggi ja.. he he  ni tak dapat nak tolong la kalau kena pakai kasut high heel la kot. 

Futsal last main bulan April, stop lama dah bila agaknya geng kami nak bersatu main semula, aku harap2 depa semua lembut hati la skit, so dapatla kami bersuka ria semula main futsal dan makan sama2.  Risau juga lama tak main, hilang skill menyepak dan menepis bola, insyaallah, minta2 kami semua bersatu semula.  Amin......




Period Datang Lagi

Bunyi cam hantu Kak Limah ja datang ka, horror, scary semua ada, hari Khamis dah datang, aku risau sebabnya baru dua minggu datang, datang lagi, aku letih la.  Kalau dulu lima atau enam hari dah cukup untuk aku, merajuk ke apa, dia dok mai banyak hari sangat, letih la, aku tak pernah cam ni.  Ermm muntah darah ke apa, ni cam Badang plak muntah, bunyi cam kelakar ja kan.  May be serabut sangat dok pikiaq yang bukan2 sebab tu jadi cam ni, dok pikiaq apa ek, tu aku ja yang tau, tapi bukan critical sangat pun benda yang aku pikiaq tu. Period ni cam menyiksa aku ja aku rasa lately ni, tak dak period boleh ka? aku rasa gangguan betul, nak kena baring letih je, malas tak buat keje apa aku weekend sekadar letak selimut dan baju dalam washing machine untuk di basuh.  Tu semua aku basuh selimut bekas dia orang pakai hari tu, basuh cepat senang, nanti orang lain datang tak pakai bekas tu.   

Satu hari aku dok dalam rumah, malas rasanya, tengok TV pun malas, aku kuaq beli makan ja, nak masak pun malas, nape dia mai awai sangat, Jumaat dah datang, asyik datang ja pula tu.  Letih taw, kalau orang  lelaki rasa cam apa yang pompuan rasa baru dia orang tau cam ne, bosannya bila datang period.  Nak bergerak ke mana pun tak leh, dulu aku bukan cam ni aktif je, sebab aku aktif bersukan dulu2, la ni asyik stop ja, bersukan bila bosan ja dan bila rasa nak bersukan. Ada orang aktif ja aku tengok every week, every day masuk gym, tapi badan tak berubah pun cam tu gak, cam ne tu, ayat jahat aku la ni.  Ada orang baru aktif sukan setaun dua taun dah ek cam atlit negara, ermmm ni lagi aku nyampah, status FB memanjang cam masuk sukan antarabangsa...jahatnya aku mengata orang ...



Monday, December 3, 2012

Samsung Oh Samsung

Samsung oh Samsung, Galaxy Note aku, dekat2 6 bulan buat hal pula.  Bateri caj tak penuh2, pi services centre tiga kali hantar, pertama tukar bateri, kedua hantar clinic, 5 hari lepas tu ambil, lepas ambil tak boleh caj, pi tukaq charger plak.  Tensen tul sejak pakai Samsung ni, semata2 hantar clinic aku tak dak phone, aku terpaksa beli phone baru Galaxy Young warna pink juga nak kembarkan dengan Galaxy Note aku tu.  Memang menyakitkan hati kalau phone rosak kena ada back up la, kalau tidak stress cam aku, kuar masuk opis sebab nak gi hantar gi ambil sungguh menyusahkan.  Bila dah ambil data, phone number, gambar semua hilang, ni lagi stress, aku gelak stress hari jumaat tu sebab tensen sebenarnya.

Dua-dua aku punya

Dah berapa hari aku ambil, rasa cam dah ok skit so, aku dapat la menarik nafas lega, tiada gangguan battery serta charger.  Semuanya complete aku tukar, nak marah2 Samsung lebih2 sangat pun aku tak boleh sebab aku banyak kali kasi jatuh, lagi jaga lagi jatuh memang tak sayang la tu kan.  Geram pun ada tapi nak buat cam mana, dah nak terkena sekali ni, beli HP rosak asik masalah ja.  Next time beli HP murah2 udah la tak la rasa rugi dan nak marah kalau ada problem. 


Samsung Galaxy Note Aku

Samsung Galaxy Y aku punya juga

Kiddie Y dan Mummy Note





Aku Juga Rasa Cemburu

Suka ke tak suka, suka ke tak suka, sebenarnya suka, cakap ja suka, tapi tak nak mengaku sebab malu, takutnya nak memalukan diri sendiri.  Lari dari kenyataan, tapi tetap tak boleh nak delete apa yang aku rasa, aku rasa aku suka dia la, kalau aku suka, suka hati aku la, ada  yang tak suka kalau aku suka dia.  Biar lah apa orang cakap janji aku suka.  Buat la apa pun, aku suka juga, sebab apa aku pun tak tahu, suka je nak tengok semua tentang dia, hishhh jatuh cintakah ini.  Kenkadang rasa cemburu kalau tengok sesuatu, kadang2 rasa malas nak layan sebab dia bukan layan aku pun, ermmm cinta sensorang kot aku ni, orang tak suka aku yang tersuka lebih tapi tak mengaku.  Cemburu la, cisss tolong delete dari rasa ini, aku malu la rasa cemburu, aku juga rasa cemburu rupanya. 

Cemburu la sangat, adusss, best kan tengok muka orang cemburu, pas tu nak hangin tak tentu pasal kat orang.  Setiap orang ada perasaan ni, cuma nak tunjuk dengan tak tunjuk, yang ketara wat muka cam pot, yang tak ketara cam tikam dan kutuk belakang ja la.  Cemburu ni dari segi apa yer, kalau cemburu yang sihat tu cam kerjaya atau sesuatu yang dapat meningkat pembangunan diri.  Tapi cemburu yang aku maksudkan ni cemburu tanda suka atau cemburu tanda kita sayang kat orang tu.  Aku punya cemburu yang sangat pelik, kalau aku rasa cemburu aku lebih suka berdiam diri buat bo layan dan cuba pindahkan rasa ni dengan buat benda2 lain, agak2 kurang tak rasa cemburu kalau buat cam ni, rasanya tak kurang pun, cuma % untuk marah kurang la skit.





Sunday, December 2, 2012

Beriadah Ke Berposing

Last week aku mati kutu sangat, jiwa rasa kosong dan serabut gila, ntah la apa yang menggangu jiwa aku pun tak taw la.  Aku pun ajak  La dan adik dia Kak Cik gi Tasik Perdana jalan2 untkeluarkan peluh.  Dia ni kawan aku dekat2 area rumah aku masa aku dok Kondo Kat Gasing Height dulu, kebetulan dia dah pindah dok area Taman Medan so kami kerap keluar sama2 gi mana2, kalau aku tak layan geng TM aku.  Cuaca nampak mendung tapi aku nekad nak pi juga Tasik Perdana, kalau aku layan taman, aku mesti pilih Tasik Perdana, ntah la aku pun tak tahu, rasanya lagi tenang tasik ni dari Tasi,k Titiwangsa.  Aku rasa serabut tengok ramai sangat dok tepi2 jalan, cam ne nak jogging tak selesa langsung. Ada juga couple suka berasamaradana di atas2 bangku dekat dengan jalan nak jogging tu.  Tak selesa la aku, kalau diperhatikan, memang aku punya style tak suka orang tengok aku semacam.

Mula2 Sampai Tasik Perdana

Aku posing ganas skit

La dan Kak Cik

Semua tempat aku ambil gambar...

Rehat sat nuh

Nampak cam perasan, tapi itulah aku, kalau orang tenung aku lebih2 aku rimas, kalau Tasik Perdana, aku rasa luas dan selesa, tak ramai yang dok berduaan2 di sana sini.   Pokok2 yang ditanam di sini pun sedap mata memandang, bunga2 juga cantik rasa cam nak petik bawa balik.  He he kami jalan satu round tasik, tapi tangkap gambar yang lebih, peluh tak kuaq setitik pun, sembang gelak dan mengumpat.  Suasanana suram, kami stop duduk di satu pangkin dekat pokok2, kat situ Si La dok mula operasi cilop daun2 yang ada dekat kami lepak tu.  Aku dengan Kak Cik apa lagi posing ja keje kami, kami tak layan La dok ngomel ,pasal pokok2 tu.  He he, last2 kami balik layan roti nan dekat dengan rumah kami.  Misi keluar peluh jadi misi berposing plus makan2, so next time tak payah ajak teman, tak menjadi misi aku, kena layan sensorang la...



Singapore, Hatyai, Phuket Dan Krabi

Alhamdullilah berjalan lagi, weekend ni 8 Dec hingga 10 Dec 2012, aku akan ke Singapore, trip unplanned ni, aku redha ja, walaupun aku berkobar2 nak ke Melbourne pada asalnya.  Trip ni aku pi dengan Fanim, Farah, Ila dan Shapiq, depa yang ajak pi sopink2 dan jalan2 sana.  Awal bulan depan pula aku gi Thailand, aku bertuah dikelilingi kakak-kakak keje TM yang suka jenjalan, so kalau nak jalan mana2 depa mesti ingat tanya aku.  Walaupun perbezaan umur ketara tapi aku suka ja join depa, sebab depa ni caring each other bila kita orang gi mana2.  Bermula perkenalan masa trip ke Beijing, China tahun 2010, Korea 2012, aku asyik mengikut ha mana dia orang pergi.  Tu pun ada yang aku reject sebab ada hal lain, cam New Zealand, Quang Zao, Italy dan Guilin, ada yang terbaru Hong Kong,aku dah pi sebab tu aku tak mau pi dah.  Insyallah destinasi tahun 2013 awal tahun depan akan aku ikut dia orang lagi, pi Hatyai, Phuket dan Krabi. 

Destinasi ke Thailand ni, actually Hatyai aku dah jejak, cuma Phuket dan Krabi aku terasa nak pi so aku join la dia orang.  Rasa cam bestnya sebab sekali ni kami naik bus rombongan Cik Kiah.  Bunyi cam kelakar tapi rasa lagi meriah sebab satu bus kami yang punya.  Ramai kawan pun susah tak dak kawan pun susah, yang aku tahu aku ada ja orang mengajak jenjalan, next year trip ke Australia mesti jadi kalau tidak aku menangis sebulan. Dah lama aku tak berapa suka berjalan ke pulau2 tapi demi menjejak kaki ke atas dasar pernah pergi, so aku pergi juga la.  Awal tahun dah ada rancangan berjalan, kalau ada orang ajak aku kawin tahun depan mungkin awal tahun ready nak barang2 nak kawin la kot.  He he he, bila agaknya aku nak bersanding ni...insyallah kalau ada orang suka, atau suka sama suka, mesti nikahkan...aminn...





Nekad

Dulu aku hati batu dibandingkan dengan sekarang, kalau orang dah malukan aku dah cakap bukan2 dengan aku atau kutuk aku, jangan harap aku nak layan dah.  Tapi bila umur makin naik ni, kadang-kadang aku banyak buat tak endah apa yang orang cakap, ada juga aku memalukan diri aku sendiri untuk sesuatu yang aku tak pasti.  Aku ni consider cepat juga sedar, tapi masih memberi peluang kepada orang dan diri sendiri demi kebaikan bersama, tapi kalau dah banyak sekali sangat terasa dilukai, aku perlu nekad untuk menjauhkan diri.  Tu pentingnya punya prinsip hidup, nekad akan apa yang kita ingin lakukan, insyallah mesti berjaya.  Yang penting perlu ada keyakinan semua tu boleh dilakukan, aku selalu macam tu, biar orang memalukan aku dan buat aku marah baru nak bernekad. 

Sukar juga untuk bernekad jika ada sesuatu yang menghalang dari tekadkan hati dari mengulangi apa aku dah ucapkan dan tak mahu buat lagi.  Insyallah kalau ada semangat waja, semua tu dapat ditangkis, alhamdullilah aku berjaya untuk apa yang aku nawaitukan.  Nekad dengan harapan untuk tidak memalukan diri sendiri adalah lebih berjaya dari nekad tanpa berniat apa2.  Aku selalu hanya bernekad selepas dimalukan, kesian aku kan, bila dah termalu barulah bersemangat tidak meneruskan apa yang disindirkan.  Alhamdullilah masih diberi kesedaran serta rasa yang mengakibatkan aku tidak lagi meneruskan perkara2 yang memalukan diri sendiri.  Sekiranya aku  diuji oleh kuasa yang maha esa, insyallah aku terima dengan redha.....lumrah dunia


Saturday, December 1, 2012

Kenapa Mesti Berdebar

Susah aku nak jelaskan apa yang aku rasa kat orang yang aku suka, dari dulu lagi..  Kalau orang suka kat aku tu berlambak la sangat aku rasa dan perasan ja kot, tapi suka cam mana aku tak tahu la.  Suka untuk buang masa dan bazir main perasaan aku ja kot, aku salu beringat dan sedar diri jangan tersuka kat orang.  Aku memang takut dari dulu lagi, terlalu dikecewakan dan terlalu berhati2 punca aku susah nak jelaskan apa yang aku rasa.  Tapi lately ni aku salu berdebar-debar ingat seseorang, tak tahu la apa yang buat aku suka sangat dan ingat sangat dekat mamat ni, kenkadang aku pun conpius.  Ada kalanya aku rasa cam termain perasaan dan terperasan plak, tapi aku masih dalam keadaan berhati2.

Selalunya kalau orang tu suka mesti dia take care dan wat something yang kasi kita rasa cam sepesel skitkan tapi kalau nampak cam kita ja berusaha, so faham2 ja la, tak yah la nak perasan orang suka kat kita.  Dia suka berkawan ja, bukan suka sangat kat kita, lagi pun kita perlu muhasabah juga akan kekurangan diri.  Buang masa ja kalau layan hati berdebar2 cam in luv je dengan orang yang kita ingat tu, tapi dia langsung wat tak hirau, tu tanda2 dia bukan suka kat kita.  Melayan ja semua pompuan yang ada, nampak cam mat romeo, oh dada tolong la jangan berdebar2 ingat orang yang tak ingat kita.  Jangan buang masa lagi, jom lari gi vacation, malas dan rimas, jom hiburkan hati bergembira sambil merawat jiwa yang tak pernah tenteram.   

Dag dig dug, tolong keluar dari hati aku, aku dah letih melayan debaran kosong, tiada apa yang perlu aku ingat, sebabya orang yang aku ingat tak pernah ada contact mesra dengan aku pun.  Lain la kalau siang malam dok call aku cakap rindu kat aku, suka dan nak wat aku sepesel, ni aku dok berdebar debar kosong sendiri.  Tak nak la nanti ada plak yang kata aku gila, sebab syiok kat orang yang hanya kawan2 ja dengan aku.  Sebab tu aku tak leh nak citer dengan orang apa yang aku rasa nanti aku malu sendiri, biar la aku pendam ja apa yang aku rasa.  Kenapa mesti berdebar ingat dia aku pun tak pasti? tu memang aku tak boleh nak jawab langsung dan sendiri pun tak faham, sejak aku kenal dia, aku tak pernah hilang rasa berdebar debar ini.  Tu yang wat aku salu conpius, salah aku ka...?