Sunday, December 2, 2012

Nekad

Dulu aku hati batu dibandingkan dengan sekarang, kalau orang dah malukan aku dah cakap bukan2 dengan aku atau kutuk aku, jangan harap aku nak layan dah.  Tapi bila umur makin naik ni, kadang-kadang aku banyak buat tak endah apa yang orang cakap, ada juga aku memalukan diri aku sendiri untuk sesuatu yang aku tak pasti.  Aku ni consider cepat juga sedar, tapi masih memberi peluang kepada orang dan diri sendiri demi kebaikan bersama, tapi kalau dah banyak sekali sangat terasa dilukai, aku perlu nekad untuk menjauhkan diri.  Tu pentingnya punya prinsip hidup, nekad akan apa yang kita ingin lakukan, insyallah mesti berjaya.  Yang penting perlu ada keyakinan semua tu boleh dilakukan, aku selalu macam tu, biar orang memalukan aku dan buat aku marah baru nak bernekad. 

Sukar juga untuk bernekad jika ada sesuatu yang menghalang dari tekadkan hati dari mengulangi apa aku dah ucapkan dan tak mahu buat lagi.  Insyallah kalau ada semangat waja, semua tu dapat ditangkis, alhamdullilah aku berjaya untuk apa yang aku nawaitukan.  Nekad dengan harapan untuk tidak memalukan diri sendiri adalah lebih berjaya dari nekad tanpa berniat apa2.  Aku selalu hanya bernekad selepas dimalukan, kesian aku kan, bila dah termalu barulah bersemangat tidak meneruskan apa yang disindirkan.  Alhamdullilah masih diberi kesedaran serta rasa yang mengakibatkan aku tidak lagi meneruskan perkara2 yang memalukan diri sendiri.  Sekiranya aku  diuji oleh kuasa yang maha esa, insyallah aku terima dengan redha.....lumrah dunia


No comments: