Friday, December 7, 2012

Was Was Walaupun Suka

Aku ada masalah besar rasanya dari dulu hingga kini, bila agaknya akunya perangai ni nak ubah, apa yer perangai aku yang kurang positif ni.  Aku suka was2 dan tak percaya kat orang especially bab2 cinta, kenkadang aku fikir sampai beratus kali betulka dia ni suka aku, boleh percaya ka?  Nape aku cam ni ek, susah nak caya dengan kaum lawan jenis, semuanya yang aku kawan semuanya tak berkekalan sebab aku sentiasa curiga dengan orang.  Sebenarnya aku suka, tapi bila ada slack skit yang wat aku terasa atau rasa cemburu memang aku blah ja, aku rasa lagi bahagia dari aku kena tipu.  Aku berdoa juga agak dijauhi sikap2 negatif cam ni, memang susah nak cari 100% orang yang baik dan sayang kat kita, tapi sekurang2nya aku ni cam tak kasi chance buka pintu hati aku.  Was2 tu adalah salah satu faktor pernyekatnya, cam ne nak buang sikap ni. 

Kalau berterusan, alamatnya tak kawin2 la aku sampai tua, adoi tadi sembang petang bersama rakan sekerja,  ada kasi tips skit jangan la wat main2 dengan orang, nanti orang tak nak kawan dengan hang langsung.  Sebenarnya aku suka, tapi bila aku rasa dipermainkan aku memang automatik boleh rasa nak blah ja malas layan, bukan aku tak suka, cuma pengaruh negatif banyak sangat dalam fikiran meracau aku ni.  Dapat nasihat dari kawan aku yang konon2 kata cam tu cam ni, ni semua bikin aku gusar nak mengaku atau nak kasi muka pepatah cina la ni, masuknya kasi chance kat lelaki yang aku suka atau depa suka aku.  Aku pun sebenarnya risau juga dengan sikap negatif aku ni, was2 je dengan lelaki tanpa mencuba, insyallah aku perlu berubah. Tuhan ja tahu kenkadang aku terkecewa dengan statement lelaki yang kasi aku conpius, ingat suka aku, aku yang syiok gila terus delete nak rasa suka, nak cakap aku suka dia, sebabnya depa yang wat aku termalu. 

Was2 sebab apa, sebab aku pun nampak orang cam suka main2 ja dengan aku, tak nampak pun dia suka aku betul2.  Kenkadang nampak cam suka, bila aku nak cakap aku suka aku rasa dia cam cakap negatif dan memalukan aku.  Macam mana aku nak beri hati batu aku ni, kalau cara dia pun main2, ingat suka sangat kat aku, tapi terang2 cakap dengan aku ada awek, macam mana tu.  Aku perlu buang ayat "tapi"setiap kali membuat penilaian, aku hanya perlu list down negatif dan positif, sekiranya banyak negatif aku kena la fikir dua kali, tapi kalau nampak banyak positif terima seadanya. Mungkin itu satu petanda yang baik, insyallah mohon tuhan lembutkan hati aku yang keras dan kepala batu ni untuk buka hati bercinta dan mencintai.  Aminnn...



No comments: