Thursday, February 28, 2013

Exercise La Sangat

Lately ni, kalau weekend aku dah rajin skit turun Tasik Perdana pagi2 untuk exercise badan dan minda.  Tak mahu terperuk berangan cam orang gila ja, nak sihat perlu la keluar peluh dalam badan.  Dah hampir 5 kali aku turun sana, kenkadang dengan Fanim kenkadang sensorang pun aku layan, janji menitis peluh dari dalam badan.  Yang menakutkan aku pabila balik dari Siam, tekanan darah aku naik sangat tinggi, so to improve aku perlu la exercise takut2 ada kesan sampingan yang memudaratkan.  Elok la rasanya aku buat exercise ringan je, so tak la terkejut sangat badan aku ni yang lama terbiar tak bersukan.  Aku rasa hardcore aku buat exercise time main futsal ja, lelain aku banyak berpoya2 makan dan berjalan. 


First timer

Second time sensorang

Dah suka la ni sorang juga


Rajin la konon tu pun kena kejut

Melihat keindahan tasik

Banyak juga pokok kayu di sini

Bukan aku sorang ja kena exercise, sapa2 yang baca blog aku ni pun meh le sesama exercise, bermula dengan jalan2 perlahan kemudian lari skit2 dan akhirnya lari banyak, insyallah kita boleh.  Aku suka ja turun Tasik Perdana, banyak pandangan yang menarik, tak kira view taman ka, landscape ke, orang yang datang jogging kat sini pun menarik juga.  He he jahat tak aku, biasa la kalau ada sumber ilham nak exercise rajin la skit, betul tak. 


Hobi biasa snap gambar sendiri

Tengok gelagat orang pun satu hobi juga


Ikut jalan lain la pulak

Snap pic sendiri trademark

Untuk budak2 kawasan ni

Taman Cinta

Air terjun pun ada di sini







Wednesday, February 27, 2013

Cam Mana Ni

Banyak sungguh orang minta nak sewa bilik rumah aku, ni dah masuk kali ketiga, apa harus dan bagaimana aku nak menepis semua ini.  Nak kata tak kasi, kesian bila kasi masalah banyak, so apa patut aku buat ek.  Aku pun confius nak cakap apa, budak2 tengah naik aku pun rasa mak bapa tentu runsing anak depa terlepas dari pandangan depa, tapi aku ada reason aku tersendiri kenapa aku tak kasi.  Aku rasa tak selesa bila nak duduk dengan orang, aku rasa rimas bila share dengan orang, may be aku pelik tapi tu rumah aku suka hati aku la nak kasi ke tak kasi kan. Biar la apa orang nak cakap pasal aku tapi aku tak suka share rumah aku dengan orang tu yang aku tahu.

Memang kesian aku boleh la kasi sebulan dua jer aku kasi la, sebenarnya aku salu tak da kat rumah sebab tu aku susah nak tinggal rumah aku kat orang.  Macam2 ada prasangka aku takut hilang baju aku yang mahal2 tu la kot, kalau rosak barang rumah aku, tu yang aku malas nak amik pot, nak kena cari orang baiki nak kena handle segalanya tu yang aku malas.  Bukan apa, nak tolong boleh may be ada jarak umur juga yang menyebabkan kenkadang aku malas nak share rumah dengan orang. 





Mencari Destinasi Vacation

This year belum ada destinasi luar negara tengah tahun, incase aku tak jadi ke Europe, so kena ada back up plan jika tidak hidup aku akan kosong tanpa jalan2 tiap2 tahun.  Ada yang mengajak tapi hanya ke Hanoi, tu aku rasa last choice untuk aku ke sana, aku prefer untuk ke Europe dulu, berbanding Melbourne, sebab ada juga yang mengajak.  Aku rasa semua ni bergantung pada masa dan time juga, selalunya Mac hingga Mei aku memang ada banyak benda yang perlu buat.  Keje aku pun awal2 ni la bz lepas tu ok skit that's why aku gi Korea lepas semuanya habis.  So aku rasa kalau aku dah bertukar job scope, tiada masalah untuk aku ke mana2 lagi. 

Aku akan main futsal April, so sibuk bersukan la kononkan, exercise malas, tapi nak main sukan hardcore cam ne tu, lepas tu sakit sakit badan amik MC, sakit dok dalam rumah tidur dendiam.  Kalau berjalan ajak la sakit pun aku on ja, tapi aku rasa start dari sekarang aku rasa aku cam dah ok, tiada lagi gangguan dan sakit2 badan.  Aku rasa bersemangat waja nak bersukan dan menjaga badan, konon la kan.  Semangat awal yang pada aku kenkadang tak berjalan disebabkan jadual jalan2 aku yang tak kira masa.  Tapi biasala kaki lagi gatal berjalan dari bersukan, so rasa nak berjalan saja lately ni, dok rumah rasa rimas pulak.  Nape aku pun tak tahu...





Wednesday, February 20, 2013

Sepi Itu Indah Bila

Bila usia meningkat, aku rasa bersendiri adalah lebih baik kenkadang, tapi kenkadang perlu juga kita beriadah dan bersosial bersama tema-teman yang memahami jiwa.  Cara kita membawa diri dalam group kenkadang boleh memberi sedikit kesan dalam kehidupan kita, ada yang ok ada yang tak ok.  Ada juga kenkawan kita yang buat kita terpaksa join sebab tiada kawan lain, sebenarnya di belakang kita tak berapa selesa dengan cara depa.  Cuma yang kita join sebab terpaksa, atas beberapa faktor yang kita rasa kita tahu kenapa kita tak berapa nak boleh masuk dengan geng tu.  Hik2, may be cara tak sama sosial life yang kita tak berapa gemar dan kita rasa terlalu low atau high sangat. 

Bukan nak eksyen, kalau social life cam lower sangat pun rasa tak selesa la, nak kena berlakon jadi baik2 sebab nak ikut rentak orang bawah, tapi sebenarnya kita tak berapa gemar.  Apatah lagi bila terasa dipergunakan untuk sesuatu dan rasa cam nak kena beralah ja, baik dok rumah jadi sepi lagi bagus, just join orang yang kita rasa ok.  Tak perlu rasanya nak rasa sakit hati sakit badan dek mandrum orang yang cari jalan mudah nak mempergunakan orang lain.  Memang salah kalau kita dengar cakap orang tapi majoriti memang cakap cam tu, without cakap apa2 sakit pun dah cakap jangan dekat dengan budak tu.  "Dia bukan suka kat awak dia nak main2kan awak dan dia nak mempergunakan segala yang awak ada".  Macam mana tu, aku kenkadang tak caya tapi bila dah ramai cakap cam tu caya la. 

Baik la menyepi diri dari bergaul dengan orang yang nampak nak take advantage kat kita, rasanya tak jujur pun ya juga, kalau kaji kelemahan diri sendiri memang tak logik.  Nak kata dia betul2 suka pun rasanya tak sebab cara dia melayan awek memang leh tahan walaupun muka tak la hensem duit pun rasa tak banyak sangat.  Sepi itu lagi indah bila kita wat sesuatu yang berfaedah dengan orang yang sealiran dengan kita, berlajar ilmu agama lebih elok dari join orang yang ntah apa2.  Sepi itu lagi indah jika kita dapat menonton movie sensorang dan hayati cite tu dengan jayanya, sepi itu lagi indah jika kita dapat merasakan ketenangan tanpa anasir jahat yang mengusutkan fikiran kita. 





Aku Dan Malam

Kadang2 aku boleh tidur nyenyak tanpa gangguan, kadang2 aku terjaga ntah apa2 aku pun tak pasti.  Kalau dulu lagi kerap, sejak aku berubat tu kurang la skit, cuma terjaga sekejap ja pas tu aku boleh lena balik.  Ada satu kemusykilan pada aku, setiap kali aku terjaga, aku nampak ada orang tu pun teronline ke atau kebetulan aku tak pasti.  Yang pasti wajah itulah yang selalu menganggu tidurku pada satu ketika dulu, tapi lately ni no more wajah itu.  Alhamdullilah aku mungkin dah bebas dari gangguan wajah itu, mungkin dia ganggu orang lain pula dengan tujuan yang sama.  Kalau diikutkan dari hati atau rasa cinta mungkin dia tak pernah ada rasa itu pada aku, itu yang boleh aku rasakan, mungkin atas sebab2 lain dia selalu menggangu aku. 

Ada yang cakap dia memandang harta benda orang, ada yang cakap sebab duit, majoriti menghalang aku terus berbaik dengan dia.  Kadang2 aku conpius tapi oleh kerana ramai yang bercakap aku rasa  betul agaknya.  Lagi pun aku rasa dia pun cam kaki pompuan juga, melayan semua orang dengan cara mat romeo.  Aku paling tak suka lelaki yang kuat melayan pompuan, biasalah kan pompuan mana yang suka.  Macam tu juga lelaki mana suka kalau pompuan melayan lelaki.  Tapi kalau suka cakapla suka kan jangan guna ilmu salah nak mengena orang, nak memperbodohkan orang nak menganiaya orang.  Kalau nak hidup senang dengan memandang harta orang lain pun tak elok juga, sebab aku jenis orang yang ada perasaan.  Kalau aku tak tahu tujuan sebenar orang tu, aku jadi malas dan meluat. 

Alahai cerita malam aku jadi cerita lain pula, yang pasti aku dan malam sekarang dah ok, cuma terjaga skit2 ja, tak la ketara tak boleh tidur macam dulu, mungkin aku dah ok skit lepas berubat dengan beberapa ustaz, kalau dulu period aku non-stop now aku dah kembali ok.  Alhamdullilah, malam aku dah menjadi normal, period pun dah normal, now aku rasa hidup aku lebih ok sejak aku jauhkan diri dari dia.  Aku rasa lebih normal dan dah mula campur orang lain dah, tak la cam dulu tak nak kawan dengan sapa2 pun.  Alhamdullilah aku kembali aktif beriadah demi menjaga tubuh badan yang sihat. 







Friday, February 15, 2013

Europe My Next Vacation

Alhamdullilah jalan2 ke Hatyai, Phuket dan Krabi telah berlangsung dengan selamatnya, walaupun ada sedikit kekecohan masa nak check out dari hotel, kami selamat sampai kat Malaysia.  Aku rasa next time tak boleh la from KL naik bus rombongan gi jalan jauh, bengkak kaki sampai aku MC satu hari.  May be for sesetengah orang yang biasa naik bus ok kot depa tak sakit kaki, tapi untuk aku mungkin ada ketidaselesaan skit.  Apa-apa pun for the experience ok la, may be kena merasa skit baru la tahu sakit cam mana.  My next vacation aku rasa dia orang bercadang nak jejak East Europe, so start from now kena la simpan budget, budget jenjalan sakan. 

Insyallah geng Kak Kiah merancang untuk ke East Europe, Kak Saadi and the gengs ada ajak aku, kalau aku nak ikut, aku cop la juga tempat sebab aku pun teringin nak gi melancong ke Europe, tak kisah la which part of Europe, janji aku jejak kaki ke sana.  Asia Tenggara hampir separuh aku dah jelajah, so aku nak jejak kaki ke Europe plak, kalau US, Australia, New Zealand, France, Holland, UK dan negara2 yang mudah nak pi aku rasa tidak menjadi isu untuk jejak ke sana.  So aku kena jejak kaki ke negara yang susah untuk orang pi sana.  Kena ada geng baru la best nak jejak negara cam tu kalau idak mati kutu tak tau nak pi mana.  As usual kena ada geng dan budget yang ok baru la boleh bercuti dengan sakan, setakat budget ciput pi jejak ja, tak best la. 

Now dalam hati ada Europe, orang dalam hati ada taman cinta aku dalam hati nak jenjalan je keje aku, kalau ada kekasih atau dapat husband suka jenjalan best juga. 



Thursday, February 14, 2013

Senyum Saja

Tatkala aku rasa sesuatu yang tak logik berlaku apa yang boleh aku buat sekarang adalah dengan senyum saja, itu yang terbaik untuk masa ini.  Kalau nak kata itu masalah memang kelakar, cuma rasa sedikit bingung plus bangang dengan apa yang berlaku kat aku selama ni.  Apa yang aku rasa mungkin ada insan lain juga yang terkena tapi berselindung di sebalik kebenaran atas dasar2 tertentu.  Apa yang aku alami mungkin insan lain juga alami, cuma tafsiran berbeza, fahaman lain.  Aku pernah menidakkan apa yang aku rasa berasaskan akal fikiran tapi ternyata apa yang aku fikirkan itu semakin menghantui hidup aku.  Apa yang aku alami lebih memberi hint kepada apa yang aku patut hindarkan. 

Insyallah allah maha berkuasa senyum saja dengan apa yang orang buat, senyum saja walaupun susah nak jelaskan kepada insan yang tidak merasai.  Aku rasa senyum lebih baik, moga2 allah bukakan hatinya untuk menjadi insan yang baik dan insaf dengan segala apa yang dilakukan. Sama ada kat aku atau orang lain, semoga dia mendapat hidayah untuk tidak mempermain-mainkan orang lain.  Semoga dia mempunyai hati yang bersih dan ikhlas pada setiap orang.  Insyallah....



Aku Rindu Futsal ..Tapi

Rindu pula kat futsal tapi, tapi apa yer, tapi bilanya nak wat comeback hah, kaki sakit macam mana pun aku tetap rindu main futsal.  Ganas ke brutal macam mana pun futsal tetap aku suka, macam orang lain suka lari aku hampes skit sebabnya aku ada masalah ankle sebab main netball dulu.  Aku injured masa form 6 aku main netball untuk wakil rumah biru, kononnya masa tu aku freshie lower Six so aku kena la main.  Anyway atas minat aku dari standard 4 so aku ok ja, cuma injured tu aku tak boleh nak terima skit.  Tapi bila main futsal aku careful skit, aku pakai ankle bandage bagi mengelakkan dari lebih teruk.

Pada aku permainan futsal atau bola lebih macho jika lelaki bermain sport ni, futsal atau bola ni ada satu keistimewaannya, kalau lelaki main bola aku rasa lebih suka dari lelaki yang hanya berlari. Aku sangat suka lelaki yang pandai atau tahu bermain bola, pada aku tak semua lelaki pandai main bola dan boleh tackle bola kat padang.  Mungkin orang marah apa yang aku cakap, tapi suka hati aku la nak tulis apa, ni blog aku, suka hati aku nak cakap apa.  Aku memang jenis yang tak suka dikontrol untuk benda yang aku suka buat, kalau aku ikut atau dengar cakap pun mesti ada sebab, kalau tidak aku jenis buat suka hati aku.  Aku rindu futsal tapi kenapa depa semua cam slow down ja nak main hah...

Hish apa yang aku mengarut ni, cuma nak cita pasal futsal ja ni, niat dihati 2013 dah nak resign main futsal, rasa cam nak insaf berseluar pendek dan mengganas dalam court. Kononlah kan tapi kalau kenkawan kurang orang aku cam ok je boleh tolong cover depa, demi team katakan. Kadang2 atas dasar minat juga tak semestinya orang ajak kita nak, sebenarnya kita pun suka juga main.  Rindu katakan, macam kita rindu kekasih, macam tu la rindunya aku kat futsal.  Kalau tak masuk tournament pun aku rasa aku memang sangat suka bermain futsal, kalau lari cam tak best la, lari stop lari stop pas tu.  Kalau main futsal best, 5 minit peluh dah cair, tu baru pecah lemak, pada orang yang tak tahu main futsal anggap futsal slow, ye le sebab depa main slow, kalau kena gayanya tangkas dan yang penting mesti fit.  Aku rindu futsal tapi, tapi apa ya...tapi geng2 banyak dah tak moh main ka...la la la



Teknik Menyampah

Zaman orang suka wat business ni pelbagai teknik yang dia orang guna nak promote, aku tak suka orang guna taktik kotor.  Bukan kotor cam mana, cuma aku rasa keji ja the way dia orang nak suruh beli atau join dia orang masuk geng meniaga tu.  Taktik lama, rindu lama tak jumpa you all kena fikir dua tiga kali nak jumpa, tengok2 kejap gi ada yang kena bawa gi dengar tazkirah business depa.  Ada juga buat2 kuar modal beli benda yang kita suka pas tu dia mula la pasang jarum nak heret masuk kancah bisnes depa.  Tolong la kalau nak meniaga terus terang ja la tak payah nak kelentong aku suruh pi jumpa kat sana kat sini. 

Teknik terbaru meniaga datang rumah sebab konon2 dekat dengan rumah depa.  Ermmm punya la aku siap masak nasi lauk pelbagai, ingatkan kunjungan mesra betul2 tapi kunjungan ada makna, kalau ikutkan background tak la orang susah, tapi nak meniaga punya pasal sanggup la nak kenakan kengkawan.  Aku kalau aku nak aku cari kalau aku tak nak jangan harap bertahun aku tak akan beli.  Aku bukannya promoter yang bagus untuk jual barang2 ni tapi aku tak la suka nak kenakan orang dengan teknik menyampah untuk beli sesuatu yang aku rasa tak berbaloi pun. 

Yang terbaru aku paling tak suka teknik call cam paksaan, pas tu suruh aku pi opis dia konon2 ada goood opportunity untuk aging la.  Pas tu hari2 call aku nak suruh confirm, adoii aku rasa nak sembur satu hari sapa yang suka dok sebarkan number tipon aku kat orang2 ni.  Aku tak jaki kalau depa nak buat business tapi aku keji sebab depa kasi number phone aku kat geng2 business depa.  Yang aku rasa si pemanggil ni cam memaksa aku, siap buat appointment 7.30 waktu maghrib, ermm memang tak boleh belah.  Dia ingat aku nak pergi tempat yang dia sebutkan, dia ingat aku nak waste aku punya time dalam jem karat tu.  Dia call aku kejap gi, siap aku kasi kaw2 punya.