Thursday, February 28, 2013

Exercise La Sangat

Lately ni, kalau weekend aku dah rajin skit turun Tasik Perdana pagi2 untuk exercise badan dan minda.  Tak mahu terperuk berangan cam orang gila ja, nak sihat perlu la keluar peluh dalam badan.  Dah hampir 5 kali aku turun sana, kenkadang dengan Fanim kenkadang sensorang pun aku layan, janji menitis peluh dari dalam badan.  Yang menakutkan aku pabila balik dari Siam, tekanan darah aku naik sangat tinggi, so to improve aku perlu la exercise takut2 ada kesan sampingan yang memudaratkan.  Elok la rasanya aku buat exercise ringan je, so tak la terkejut sangat badan aku ni yang lama terbiar tak bersukan.  Aku rasa hardcore aku buat exercise time main futsal ja, lelain aku banyak berpoya2 makan dan berjalan. 


First timer

Second time sensorang

Dah suka la ni sorang juga


Rajin la konon tu pun kena kejut

Melihat keindahan tasik

Banyak juga pokok kayu di sini

Bukan aku sorang ja kena exercise, sapa2 yang baca blog aku ni pun meh le sesama exercise, bermula dengan jalan2 perlahan kemudian lari skit2 dan akhirnya lari banyak, insyallah kita boleh.  Aku suka ja turun Tasik Perdana, banyak pandangan yang menarik, tak kira view taman ka, landscape ke, orang yang datang jogging kat sini pun menarik juga.  He he jahat tak aku, biasa la kalau ada sumber ilham nak exercise rajin la skit, betul tak. 


Hobi biasa snap gambar sendiri

Tengok gelagat orang pun satu hobi juga


Ikut jalan lain la pulak

Snap pic sendiri trademark

Untuk budak2 kawasan ni

Taman Cinta

Air terjun pun ada di sini







No comments: