Zaman orang suka wat business ni pelbagai teknik yang dia orang guna nak promote, aku tak suka orang guna taktik kotor. Bukan kotor cam mana, cuma aku rasa keji ja the way dia orang nak suruh beli atau join dia orang masuk geng meniaga tu. Taktik lama, rindu lama tak jumpa you all kena fikir dua tiga kali nak jumpa, tengok2 kejap gi ada yang kena bawa gi dengar tazkirah business depa. Ada juga buat2 kuar modal beli benda yang kita suka pas tu dia mula la pasang jarum nak heret masuk kancah bisnes depa. Tolong la kalau nak meniaga terus terang ja la tak payah nak kelentong aku suruh pi jumpa kat sana kat sini.
Teknik terbaru meniaga datang rumah sebab konon2 dekat dengan rumah depa. Ermmm punya la aku siap masak nasi lauk pelbagai, ingatkan kunjungan mesra betul2 tapi kunjungan ada makna, kalau ikutkan background tak la orang susah, tapi nak meniaga punya pasal sanggup la nak kenakan kengkawan. Aku kalau aku nak aku cari kalau aku tak nak jangan harap bertahun aku tak akan beli. Aku bukannya promoter yang bagus untuk jual barang2 ni tapi aku tak la suka nak kenakan orang dengan teknik menyampah untuk beli sesuatu yang aku rasa tak berbaloi pun.
Yang terbaru aku paling tak suka teknik call cam paksaan, pas tu suruh aku pi opis dia konon2 ada goood opportunity untuk aging la. Pas tu hari2 call aku nak suruh confirm, adoii aku rasa nak sembur satu hari sapa yang suka dok sebarkan number tipon aku kat orang2 ni. Aku tak jaki kalau depa nak buat business tapi aku keji sebab depa kasi number phone aku kat geng2 business depa. Yang aku rasa si pemanggil ni cam memaksa aku, siap buat appointment 7.30 waktu maghrib, ermm memang tak boleh belah. Dia ingat aku nak pergi tempat yang dia sebutkan, dia ingat aku nak waste aku punya time dalam jem karat tu. Dia call aku kejap gi, siap aku kasi kaw2 punya.
No comments:
Post a Comment