Tuesday, January 29, 2013

Batu Pahat Aku Datang Lagi @ 22 Jan 2013- 23 Jan 2013

Aku mengharap kali yang terakhir kali ni, memulakan perjalanan ke sini kali ni dengan perasaan tak berapa best, may be sebab masalah peribadi atau gangguan yang tak berapa cerdik.  Anyway apa2 pun kerja mesti kerja so minta2 tiada halangan untuk kali ketiga di bumi Batu Pahat ini.  Perjalanan kali ni buat aku letih dan kelaparan tahap dewa, sebabnya aku tak berapa makan sangat awal pagi dan lunch tu so aku ra sa perut aku berkocak kencang tsunami memohon simpati untuk pengisian makanan.  Aku masih bertangguh tangguh makan, sebabnya aku rasa sleepy sepanjang drive tu, berbekalkan roti gardenia cream aku makan skit untuk back up plan.  Alhamdullilah bila sampai di BP, aku pun segera pi Maybank amik duit dan pi makan kat Kedai Ceria Maju, hari tu adik kat Hotel Landamark dah cakap aku kedai tu sedap, so aku rasa cam nak try ja kali ni.  


Ni la Kedai Ceria Maju


Buku Menu kedai ni


Antara menu yang ada kat sini


 Pilihan aku pada asalnya adalah kedai dekat atas benteng, aku rasa depa panggil Batu Pahat Street kot, kalau salah pandai2 la aku kasi nama ni. Tapi aku pernah makan dengan Ramizan, aku rasa kedai kat area tu tak berapa sedap, dengan tak sengaja aku teringat kata2 adik tu pasal Ceria Maju so aku terus start enjin kete dan pi sana. Sampai ja kat kedai tu, sedikit kegusaran timbul di hati nak tahu kenapa, sebabnya kata glamor kedai ni tapi aku tengok tak ramai pun, ntah2 tak sedap mula aku buat judge sendiri. Insyallah order datang cepat, aku order Sotong Masak Merah, Kailan Ikan Masin, Kerabu Mangga dan Tomyam Seafood., minuman aku order air te mbikai. Wallah layan kedai ni memang sedap wei, aku teruja juga la terutama kerabu mangga dia, walaupun masak sedapnya susah nak describe.


Sotong masak merah yang sedap dan kailan


 
Tomyam yang sedap tak terkata


Kerabu mangga masak, tapi rasa enak sungguh  


Air buah dia pun rasa original


Lepas makan balik hotel, mandi2 tidur, badan rasa penat esok nak kerja wei, esok aku plan iron baju, sebabya aku sangat letih.  Pada awalnya aku rasa susah nak pejam, tapi bila pasang CD rugyah aku rasa ok skit, CD ni aku bawa ke mana saja aku pergi untuk kebaikan aku juga, pabila rasa takut sensorang dok dalam hotel.  Bangun pagi pi amik breakfast untuk lite2 ja, bukan apa aku rasa orang Johor akan tunaikan akunya permintaan untuk makan lontong tu. Sampai ja di sana memang aku tengok lontong terhidang atasa meja, so apa lagi aku terkam la terus makan sedapnya lain rasa dari lontong Pak Cik Johor kat Cafe Level 3.  Aku rasa kuah lontong dia nampak sempoi cair ja, adus bila makan rasa cam nak makan lagi ja, memang wallah aku hirup kuah dua kali, sedap tak terkata apa2. 


Makanan terhidang di pagi hari, langkah kanan


Kuah dia memang sedap


Set lengkap siap ada satay tu, sedap tau


Lunch break awal, dia orang sajikan kami nasi, tapi perut aku masih kekenyangan makan lontong tadi, demi nak makan asam pedas Johor so aku makan juga la.  Asam pedas ayam, aku rasa kat KL atau PJ, mana ada, sayur kobis masak lemak untuk pasangan asam pedas ni memang terbaik la untuk aku makan, sayangnya tak boleh makan banyak sebab perut aku memang jenis kecik, tak boleh masuk banyak kalau overloaded, sat gi pi toilet la.  Kerja aku kat Batu Pahat abis dekat2 pukul 3.00p.m lepas salin baju aku terus chow balik KL, sebabnya aku nak singgah Ayer Hitam jenjalan sat.  Aku singgah beli pasu untuk isi garam kat sini lagi, last two week singgah masa pi, ni aku singgah masa balik plak.  Sepanjang perjalanan cuaca sangat panas, tapi as usual awan di mata aku sangat cantik, dapat juga aku snap gambar awan cantik.


Ni la lunch yang disajikan


Sedap tau Ayam Asam Pedas ni


Set lengkap aku makan


On the way ke Ayer Hitam

Bukti aku datang ke sini


Insyallah singgah di air hitam beli sedikit barang di sana, aku beli tilam lepak depan TV, beli nenas, beli ubi keledek dan beli pasu garam.  Kalau ikut hati semua nak beli tapi malas nak bawa ja, dalam pukul 5.00p.m aku gerak balik ke KL, jalan jem so aku sampai lewat juga dekat2 pukul 9 lebih.  Alhamdullilah berakhir sudah episod Batu Pahat aku menanti panggilan seterusnya ke Sabah pula, aku nak fly ja sekali ni aku kalau boleh tak nak drive lagi, penat wei.  Cerita makan dan kerja aku mungkin kalau di negeri Johor aku minta di bahagian lain pula, JB ke sebab Muar dan Batu Pahat kembara aku dah abis, so dapat area lain bleh la jadi food tester dan tulis dalam blog aku, insyallah. 


Monday, January 28, 2013

Transfer Balik Kampung

Lama dan mengelamun dah dua tiga hari, bosan tahap dewa, tadi pagi masa Lan Watsup aku awai2 pagi dalam 7.40a.m, dia ada ada tanya hang tak mau balik utara ka.  Mula la aku terfikir macam nak transfer balik kampung, dia cakap ada kosong kat Alor Setar, kampung aku Bukit Mertajam tak la jauh, janji weekend aku boleh balik kampung tengok mak.  Bukan apa dok KL pun aku rasa tak dak apa yang menarik, lagi la bila time bosan2 orang semua pi cuti aku dok rumah, memang rasa cam nak gila.  Dah lama aku plan nak balik tapi macam give up ja bila asyik kena cantas time minta tukar division la.  So aku jadi kurang cergas untuk minta lagi, duduk KL pun rasa macam tak la best sangat sebab kekasih pun tiada, kalau kawin best la ada anak.  Nak kawin dengan siapa masalahnya, tak dak plak orang nak ajak aku kawin, kalau aku nak ajak, memang slow skit sebab aku ni terlalu berhati2 memilih orang.

Kalau dok Alor Setar pun ok juga, 45 minit ja nak balik BM, so tak la risau sangat kalau nak balik selalu, tapi aku akan cuba ikthiar balik Penang la. Tu pun kalau ada kekosongan, dekat dengan mak senang skit, sementara mak masih ada elok la aku dok kampung.  Balik dok kampung jadi orang kampung best juga, sebenarnya aku lebih selesa jadi orang kampung dari dok kat KL ni, yang paling aku admire kat orang kampung nak tahu apa.  Aku suka tengok cara depa kerja biasa2, hidup bersederhana, tapi kasih sayang yang wujud antara suami isteri dan anak serta famili sangat tinggi.  Kalau kat KL ni berlakon ja dalam gambar cam bahagia, snap pic peluk sana peluk sini tapi sebenarnya laki pernah buat hal ada awek.  He he ni la drama kota mestropolitan.  Aku rasa banyak drama queen dan drama king juga, skandal berleluasasa dan jenayah merata2. 

Insyallah kalau aku rasa bosan tahap melampau akan kuusahakan untuk transfer balik kampung, rumah tak kisah la aku sewa ja.  Rasa macam keseorangan dan sepi ja dok KL, baik la aku duduk kat kampung, insyallah dapat bercampur dengan orang kampung kalau join aktiviti komuniti kampung. Aku rasa bosan aku ni dah peringkat sangat tebal, tak rasa happy sangat unless kalau dapat pi jenjalan, balik rumah sama ja. 



Friday, January 25, 2013

Pagar Diri Dari Ilmu Hitam@Black Magic

Based on experience dan pembacaan serta info2 dari orang yang arif di sini ingin aku kongsikan ilmu2 pagar diri untuk memastikan kita terkena dan minta dijauhi dari niat buruk orang terhadap kita maka eloklah kita mengamalkan sedikit sebanyak info yang aku copy dari Berita Harian.  Untuk makluman, sekiranya anda pernah terkena sihir mungkin aku juga, berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dicuba.  Agak sukar pada kita untuk membuat pada peringkat awalnya, tapi bila kita dah letih untuk berjumpa dengan orang2 yang dikatakan dapat menolong kita untuk tujuan menghalang ilmu2 hitam ini terkena ke atas kita, mungkin kita terfikir untuk beramal mengikut jalan yang sepatutnya, insyallah cuba ye anda mungkin akan mendapat keberkatan dan perlindungan dari allah.  Tak perlu berhabis duit ringgit ke sana ke sini, nak berubat, buat persediaan rapi untuk diri sendiri, adalah lebih afdal dan lebih berkat. 

Mendengar bacaan CD Ruqyah adalah satu alternatif untuk mengelak black magic, alunan ayat suci setiap malam dapat menenangkan hati dan menjadi lebih tenang pabila kita nak tidur.  Itu yang saya amalkan, insyallah setakat ni, ayat2 suci ruqyah ni menjadi peneman tidur aku, pabila aku terasa sesuatu yang kurang selesa, biarlah menjadi rahsia pada aku apa yang aku alami.  Cuma satu friendly reminder kepada kita semua, supaya lebih berhati2 dengan orang yang kita kenal.  Aku juga tak pernah lupa membaca ayat qursi setiap hari, insyallah masuk ofis before keluar rumah, ni senjata bila berada di luar rumah, tak payah, mudah je, kalau aku nampak orang yang mencurigakan dalam lif atau di mana2 tempat yang aku rasa tak secure, memang ayat ni la aku baca.  Insyallah allah kan lindungi kita, tu je satu lagi aku selalu berniat, sekiranya nawaitu orang tu tak elok atau berniat jahat kat kita, insyallah allah tak akan benarkan dia untuk menganiayai aku.  Alhamdullilah segala yang tak elok allah tak izinkan, mungkin niat dia tak menjadi seperti yang diinginkan.

Berikut adalah cara-cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir) yang aku copy dari artikel Berita Harian untuk dikongsi bertujuankebaikan bersama. Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

‘Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu’. [Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: ‘Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’ [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:

Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: ‘Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya’ [Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: ‘Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan’. [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

‘Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya’ [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
‘Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
‘Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu’ (Riwayat al Bukhari.)



Tuesday, January 22, 2013

Batu Pahat Again 8 Jan -10 Jan 2013


Day 1,

Bila tak pernah pergi sesuatu tempat yang kita tak pernah pi, kita rasa best sebab nak jejak kaki kat situ, tapi bila dah berkali-kali kena jejak kaki kat situ, kaki aku pun rasa malas ja nak tekan minyak pi sana.  Ni sebab ada kerja la aku datang berkali2 kat sini, kalau suruh free jalan2 sini aku rasa quiet membosankan la tempat ni yang mati pada waktu malam.  Perjalanan aku memakan masa lebih kurang 3 jam ke 4 jam la, kalau exit Yong Peng Utara dekat skit tapi jalan dia aku rasa takut skit, kalau ikut jalan Air Itam jauh la skit because patah balik.  Cuma yang menarik tarikan pelancungan jualan barangan kraftangan yang tak tahu hak milik kerajaan Johor ke atau datang dari Siam.

Jaga kulit la sangat, panas kan kena la pakai

 Bila bosan ni la keje aku snap gambar awan dan jalan

Memulakan perjalanan aku pi ofis sat singgah bagi telekung kat Pn Nani, my ex-boss, hari yang malang aku kena saman DBKL, adus tensen maut.  Debaran kencang dada aku satu petanda aku kena saman la tu, adoi start enjin kete, insyallah satu peringatan jangan bawa laju sat gi kena saman lagi. Slowly aku drive, dalam keadaan bosan mengingatkan aku terpaksa keluar makan sensorang dan layan diri dok dalam bilik apa aku nak buat, hadoi ni aku menci bila aku sorang ja panel pompuan, tak dak geng nak layan ronda bandar.  Singgah gi toilet kat highway yang sunyi sepi, rasa cuak juga tapi nak basuh muka aku stop juga sebabnya aku nampak ada bus juga stop dekat situ.  Cuma orang yang stop dengan kete tak banyakla aku cepat2 beredar untuk mengelakkan benda yang tak diingini berlaku.

                                         Singgah lunch kat Marrybrown Air Hitam

                                       Antara pasu yang menarik perhatian aku

Sampai kat hotel, dah macam kenal orang kat situ so tak dak masalah untuk aku check in kat sini, lagi pun aku dah biasa dengan dia orang.  Aku check in satu hari dulu, sebabnya tak nak jadi macam hari tu check in dua hari dia charge juga walaupun aku tak stay, nasib baik charge tak sama harga satu malam.   Malam tu aku jalan sensorang pi cari makan kat benteng Batu Pahat Street tu, layan makan sup gearbox sitam aku amik sup daging.  Bila sensorang benda yang sedap skit ja pun jadi tak sedap langsung sebab takut, pada aku tak la sedap sangat sebab banyak minyak. May be untuk orang lain sedap sangat la, aku pun tak tahu macam mana penilaian orang sedap ke tak sedap, pada aku so-so je.  Harga dia mungkin lain kot kalau ditambah roti aku makan dengan nasi lemak atas meja, tak jalan sangat sebab tak kena dengan selera aku, campur air aku bayar dalam RM7, boleh la tak la mahal sangat daging banyak juga tak larat nak abis sorang.

                                         Sup Sitam yang terkenal kat Batu Pahat
 
                                         Aku makan Burger Chicken Pop, sedap tau

On the way balik dari layan sup tu, ada satu mamat dalam kereta Gen-2 dok woot woot kat aku, siap turunkan tingkap panggil.  Nasib baik ada amoi depan aku dua orang aku cepat2 ikut dia orang konon2 satu geng.  Mamat yang panggil tu aku nampak muka boleh tahan, may be dia dah salu wat keje panggil orang kot, sebab tu tunggu dalam kete je keje dia.  Balik dari situ aku singgah beli burger bakor, harga dia RM8, tapi ok la sedap juga.

Day 2,

Seawal pagi dah macam dok kat rumah aku turun breakfast kat hotel tu.  Aku dah try set lain, rasa cam kurang kena dengan tekak aku, oleh kerana TM region tanpa fail akan sediakan breakfast kat panel, so aku ok ja layan skit2 kat sini, cover dah bayar duit hotel dapat breakfast free.  Sesuatu yang tak diduga, hari ni aku rasa nak pi lambat skit coz salu kalau aku masuk awai kena tunggu ja depa semua, salu start lambat.  So aku pi la on time ja, yang tak boleh blah pihak pembela ada yang kematian saudara terdekat so kami postpone untuk hari tu, menarik nafas panjang macam nak kena datang lagi ja aku cakap dalam hati ja.  Pada mulanya depa decide nak sambung terus next day incase tak habis, pihak kami setuju ja, macam dah malas nak datang lagi.  Dah postpone apa lagi aku balik hotel memerap ja la, awal lagi nak cari lunch pun belum ada.
 
                                      Breakfast aku kat hotel, order baru dia buat

Duduk memerap dalam hotel layan blog dan FB, tapi aku dah kurang layan FB sangat cuma baca apa yang aku rasa nak baca dan komen ja.  Lunch time turun amik duit kat Maybank belakang hotel, beli nasi bawa balik hotel, murah gila sekali dengan air baru RM5 lebih, kat KL jangan harap la, dapat makan tempe dan paru yang sedap serta telur, air aku beli air teh ais sedap juga.  Bila dah dapat makan sedap apa lagi melengkar dalam bilik la aku, masuk dalam selimut layan tengok TV ja, nak kuar malas ujan masih renyai-renyai.  Malam aku tunggu sampai lapar, barulah aku turun pi Renggit Coffee, ni ala2 homemade coffee 434 kat Muar la.  Selesa walaupun aku layan sensorang dengan suasana dia yang tenang tak banyak orang aku rasa best juga layan sini, ada WIFI semua lengkap la, cantik dan bersih, kat sini aku layan Mee Bandung dan coffee panas untuk test dianya kopi, boleh la juga, sesuai dengan harga dia.

                                         Set ni aku layan kat Rengit Coffee
                                                     
                                                    Dessert set ni, Ais Krim

                                                    Cantikkan cup dia

Day 3,

Alhamdullilah bangun seawal pagi juga packed semua baju, be prepared to stay lagi, but anyway I had packed all my things for the sake of mengharapkan tak sambung, so I wont extend my nite lagi kat Batu pahat.  Not to say I didnt like the place, but being alone in this rural area from my point of view, OMG sorry to say this but as traveller, travel to a lot of places this is what I feel.  Feel so scare to walk alone after 8.00p.m.   Anyway it would be better or happening if we in a group or two will be enough.  So in order to makes me comfortable with the area, being nice to hotel Customer Service, I did asked them a few places to eat, some of them draw a map for me, thank to god that for the kind of them.

                                          Favor breakfast aku kat hotel

Early in the morning I took breakfast kat hotel, I decided to order the previous menu, that i ate a few month before coz after of all, aku dapat makan lagi kat TM Batu Pahat, just across the road. So not necessary for me to take the breakfast at the hotel, TM will provide another breakfast for us.  So aku makan untuk coupun free ja la, sampai ja kat sana, memang la dapat makan mee goreng, sedap juga aku makan tambah la sebab semalam aku makan sikit je.  Melihatkan keadaan semua orang aku dapat rasakan aku tak akan extend untuk tidur di Batu Pahat hari tu, memang telah kuduga bila pihak pembela ada masalah untuk extend sebab ada di antara mereka yang kerja shift malam, begitu juga pembela yang baru kematian bapa saudara, mungkin ingin menghadiri kenduri arwah.

                                           Nasi Beriani Gam, Batu Pahat

Sebagai menu tengahari, dia orang ada menyediakan Nasi Beriani Gam seperti yang kami cadangkan, terkeluar dari mulut aku kalau dapat makan Lontong kan sedap, aku rasa sangat terharu sebab orang state sangat baik, sanggup nak cari demi untuk aku.  Oleh kerana lontong petang tidak sedap seperti yang dicakapkan order tidak dibuat tapi kami makan kuih petang sedap juga, karipap dan kuih manis aku tak ingat dah kuih apa.  Oleh kerana perbicaraan ditangguh, aku akan berkesempatan untuk makan lontong, orang Johor dah janji for the next session they will arrange for me la, tapi orang lain pun akan tumpang sekaki, best jadi rose among the tones, layanan best la skit.  He he he, so Batu Pahat aku datang lagi untuk sesi terakhir dan aku datang untuk lontong juga seperti yang depa janji.











Jauhi Jika Mudarat

Kadang2 kita tak perasan kenapa kita atau orang lain menjauhi diri dari kita, ada sebab dan penyebab.  Ada sebab untuk kebaikan dia dan juga kebaikan kita, kalau ada sebab yang mudarat tu susahlah kita nak detect coz everybody akan rasa perfect so tidak ada orang yang rasa dia ada buat salah.  Dulu aku salu positif kalau orang tu buat masalah pada aku yang aku consider tak berapa nampak aku pejam mata ja, kawan juga walaupun mungkin pada orang lain benda tu besar.  Nape aku tak pernah rasa benci dan marah setiap kesalahan yang orang buat pada aku.  May be teori aku berbeza dengan orang darah panas, biarlah dia buat kita, kita jangan buat dia.  Setelah aku fikirkan selama setahun nampaknya teori aku salah, orang yang sama tak akan insaf buat benda yang sama.  Cuba untuk berbaik tanpa dendam, bukan teori yang tepat, jauhi adalah lagi afdal.

Aku renung dan kaji balik, mungkin pada mata kasar orang tak nampak apa yang aku rasa dan apa yang aku alami, sebab aku banyak tempuh sendiri segala rintangan.  Aku malas nak war2 dan nak buruk2 orang, biarlah apa yang depa rasa apa yang aku rasa.  Kenkadang yang logik bukan benda yang kita nampak, yang logik datang bila kita berfikir dan merenung kembali.  List down all the bad and good tentang sesuatu yang menjadi masalah pada kita.  Juga fikirkan tentang consequence yang melanda, seorang sahabat atau kawan yang baik tidak akan meninggalkan kita tatkala kita bermasalah, yang ni paling penting yang perlu kita fikirkan. Dan perlu kita ingat juga setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya, dari situ kita perlu sedar dan muhasabah dengan apa yang berlaku.

Jauhilah orang2 yang ingin mengambil kesempatan pada kita, jangan jadi bodoh jadi pengikut orang yang tak seberapa dengan kita.  Kadang2 kita perlu lihat dengan siapa kita berkawan, kawan yang baik tidak akan menggunakan benda yang tidak elok untuk tujuan tidak elok. Jangan sampai mudarat diri sendiri, masalah sapa nak tolong diri sendiri juga yang susah, orang time senang suka la kawan dengan kita, time kita ada masalah atau sakit, jangan harap nak muncul.. Call tanya khabar pun tak, SMS, Watsup jangan harap la kan, time2 ni la sedih pun tak guna, menyesal lagi ada. Masa ni barulah kita sedar, barulah ingat siapa yang sepatutnya kita rapat dan siapa patut kita jauh.  Aku tak pernah berdendam dengan orang cuma aku perlu berhati2 saja dengan orang yang bakal menjatuhkan kita.




 

Monday, January 21, 2013

Johor Premium Outlet@JPO 15 Dec-16 Dec 2012

Satu perkara yang paling kelakar aku rasa baru balik dari selatan@Singapore  8-10 Dec last week katakan kami pi Johor pula.  Satu trip yang pada asalnya aku rasa tak moh pi, tapi fikir balik dok umah tak dak apa so aku ikut juga. Penat dinner farewell En Rafaai our EVP pun lum abis, pukul 12 aku sampai rumah, awal pagi aku dah nak gerak pi Johor, mana larat wei.  Anyway dah janji so aku ikut juga la, nak buat cam ne dok rumah pun bosan.  Rombongan kami macam kelakar skit masuk jalan ikut N9, so aku pun tak boleh nak recall sangat sebab gi ambil Farah dekat tol Nilai.  Yang aku ingat lapar, kami lunch dekat Senawang tu ju, nasib baik kedia makan tu sedap juga untuk aku, aku tak tahu la orang lain depa cam mana. 

 
Kereta baru 

Aku passenger

Lepas dari tu rombongan kami bertolak menuju ke JPO, dalam perjalanan kereta Fanim macam kehabisan minyak kami kerisauan, tapi ok la sebabnya dia nak test kete baru dia, kete Honda Jazz Hybrid.  Aku rasa cemas juga, sebab kete ni pakai technology baru.  Aku pun dah tak ingat pukul berapa kami sampai kat JPO, yang penting aku suka la JPO, kat sini banyak barangan branded, factory outlet la, aku rasa price dia ok ja.  Aku cam berkenan satu handbag Coach tapi aku beli lanyard ja.  Tak pa next time aku datang lain, tu janji aku, memang la barang factory outlet tu bukan up to date tapi ok la untuk penggemar barangan berjenama.  Coz pada aku barangan cam ni tak la banyak beza sangat dia punya design, dia hanya pada warna saja, orang tau standard design dia mesti macam tu ja, itu komen aku la, orang lain aku tak tahu.

Ada dalam 80 kedai barangan berjenama kat sini, ada yang aku familiar ada yang aku tak berapa kenai dan pernah dengar, majoriti kenal la.  Boleh tahan juga kalau yang berminat nak beli tak kisah la walaupun bukan new design untuk aku ok ja.  Pada orang yang bawa mulut cakap design lama, aku nak juga tanya dia pernah beli ke barang-barang kat sini, ke dia dengar cakap orang ja.  Malaysian people salu cam tu dengar cite orang cite kat orang ni orang tu, diri sendiri pun tak pernah pakai atau try brand tu, main cakap je.  Memang aku mengutuk orang negara sendiri, tapi aku memang tak suka dengar cakap orang aku suka ikut aku punya style sendiri, aku bukan mudah jadi followers, tu la aku.  Aku jenis tak berapa suka orang control mind aku, tu yang aku pasti, apa aku nak beli apa aku nak buat dan cara aku fikir tak sama dengan orang. 


Sampai sampai terus posing

Johor Premium Outlet saya datang

Posing lagi

Letih la ni

Aku biasala mana boleh tinggai nak bergambar

Malam kami tidur kat rumah Homestay kawan Fanim, Ina taukeh baju sutera.  Aku rasa cantik design sutera dia, memang berbaloi dan tak rugi la beli, memang unique dia punya design, aku suka.  Rupanya malam tu Ina celebrate birthday dia, dia juga beli handbag Coach malam tu kat JPO, makanan kat kedai yang Ina belanja kita orang tu sedap juga aku rasa.  Balik dari JPO tu kami singgah butik Ina kat Melaka, aku beli dua helai baju kat butik dia.  Walaupun rasa penat tapi ok la perjalanan kami ni. 

Tasya dan Red Wild

Ni la Batik Selat kedai Ina

Ni antara baju yang aku suka, tengok la design dia






End Year Trip to Singapore 8 Dec-10 Dec 2012

Day 1, 8 Dec 2012,

First trip 2012 aku gi Vietnam, tengah2 tahun aku gi Korea, so end year trip aku kat Singapore je la.  Nampak gaya plan ke Melbourne tak menjadi tahun 2012, so aku harap jadi juga tahun 2013.  Nak sangat aku gi Australia tahun 2012, tak kesampaian geng jalan aku cam nak budget pi negara2 yang boleh sopink ja.  Anyway aku ok ja, tak leh pi tahun 2012, tahun2 lain ada lagi, lagi pun aku tak buat keje booking ni, geng ajak ok je.  So on je, cuma yang menjadi masalah aku, aku ada masalah yang merunsingkan aku, aku period nonstop la.  Kiranya  trip ni nak lepaskan batuk ditangga sebab lama tak naik flite kot, lama pun beberapa bulan la.  Aku on ja bila gengstar ajak aku, aku sebenarnya tak plan sangat untuk trip ni. 

Naik flite awal sangat


Awal pagi dah sampai Singapore

Aku biasala posing

Trip ke Singapore ni adalah berlima iatu, Aku, Fanim, Farah, Ila dan Shafiq.  Untuk naik flite pukul 6.05a.m so aku terpaksa tidur rumah farah la Taman Warisan,  sebabnya dekat dengan LCCT Sepang, aku park kete kat rumah dia, dan pagi2 dalam 4.15a.m cam tu Shapiq ngan Fanim datang so we all naik satu kete, adik Farah hantar.  Rasa cam kelakar la pula, seawal subuh kami dah ada kat Airport, tidur pun baru kejap dah terjaga.  Dah la sejuk2 kena mandi memang cam insaf kalau dapat naik flite time cam ni lagi rasa cam tak nak la.  Bila atas flite rasa nak lena pun tak boleh sebab sekejap ja, dalam sejam dah sampai, pukul 7 lebih kami dah ada kat Singapore.  Aku cam biasa pagi2 perut kena isi so, rasa cam nak kena isi ja perut aku ni, pi mana2 pun sapa sebab dah routine makan.

Nasi Beriani Arab Street 

Ila Beli Kain

Aku Penat

Masjid Kat Arab Street

Sampai2 ja kita orang terus ke Arab Street nak gi makan nasi briani, kat kedai famous kat situ.  So naik MRT kami pun turun jalan kaki dengan bag2 kami untuk makan kat situ, oleh kerana perut aku dah biasa makan nasi so aku memang amik, Farah dan Shafiq pun.  Ila dengan Fanim Amik murtabak, lepas makan kami jenjalan kat lorong cari kain.  Ila banyak borong kain, aku tak beli apa pun, Farah, Fanim dan Shafiq pun beli juga.  Lepas jalan2 area Arab Street tu, kami pun balik cari Hotel kami kat Kayllang, black area la, ni kawasan banyak ayam2.  As long kami bukan ayam, kami ok je stay kat situ, best juga dapat tengok ayam Singapore, actually ayam murahan ni, dia cam GRO la layan warga emas kat sini minum arak je aku tengok, pegang skit2.  Satu meja kongsi dua ayam, yang kaya skit boleh la pegang ayam tu sebab dia la kot bayar, yang lain tumpang gelak dan tumpang minum.

Hotel kami ni cam jauh skit dari MRT yang kami turun tu, so kami menapak la sampai jumpa, nak buat cam ne Shafiq dengan Fanim lupa hotel ni kat mana, ya la sekali sekala datang depa cam tak ingat sangat tempat tu.  Jauh berjalan penat menapak, akhirnya aku yang jatuh terpelesok depan hotel, kami cam cramp tiba2 aku jatuh berdebuk, malu siot.  Aku tak boleh bangun la sampai depa mai angkat aku suruh bangun, ni yang aku rasa paling kelakar dan memalukan aku.  Tapi nak buat cam ne, memang aku tak boleh bangun sendiri, adoi, dapat hotel plak yang kena naik tangga so, memang malang nasib aku, nak naik tangga tkt 3.  Anyway aku ok ja kot, cuma rasa juga sengal sakit aku tu.

Berposing di Orchard Road

Action la ni

Hiasan lampu ni aku suka


Lepas kami rehat2 sebentar, petang kami keluar gi Orchard Road, layan minyak wangi pula dan layan kedai2 area tu, aku memang plan tak shopping so aku ada target2 je nak beli.  Ada yang aku rasa berkenan tapi bila convert balik tak rasa cam nak beli.  Hu hu memang la kalau gi negara cam ni, ada rasa rugi skit bila convert currency dia dengan duit negara kita.  Malam aku rasa penat dan ngantuk sangat gi Bugis Street, rayau2 saja makan kat Aku dengan Shafiq balik dulu, sebab dia pun mengantuk aku pun rasa penat.  Kami jalan je dari MRT tu ke hotel, masa dalam perjalanan aku ajak Shafiq lalu depan ayam2 dok melayan orang2 tua tu minum, satu keseronokan plak tengok style orang tua tak sedaq diri dok minum2 dengan ayam2 Vietnam la kot, minum tepi jalan ja. 

Paksaan untuk amik gambar macam patung tu


Day 2, 9 Dec 2012,

Awal2 pagi kami gi makan dekat Geylang, sini kawasan orang melayu singapore, so rasa ok la skit nak makan.  Aku rasa dapat makan dengan puas tapi berbaloi dengan tekak aku bila tengok kedai Hajah Maimunah ni, kiranya aku memang propose la kat  sapa yang nak pi Singapore.  Kedai bersih, harga boleh tahan, tapi jangan convert balik duit Malaysia, confirm menyesal bila tengok harga dalam RM, he he he.  Tapi jika berada di sana ni la kedai yang kita akan rasa confident halal dan kena dengan tekak kita.  Lepas makan kami pi Komplek dekat Expo.  Seharian berada dalam complex kat sini banyak jual  barang factory outlet, aku beli wristlet Espirit je kat sini.  Berkenan juga baju kemeja jeans, tapi rasa cam was2 je nak beli sebab kena beli dua sekali, aku berkenan satu ja.  Shafiq dengan Fanim borong sakan kat sini, macam tu juga Ila. 
Nasi kedai Hajah Maimunah

Naik MRT pi Factory Outlet kat Expo

Sexy la pic tu

Menunggu Ila shopping sakan

Lepas tu kami balik hotel, relaq sat, petang kami sambung pi Orchard Road sekali gi, konon2 Farah punya minyak wangi dia tersilap bagi. Petang pi2 tengok2 sebenarnya tak silap pon, so aku yang tambah beli minyak wangi lagi satu untuk koleksi aku, lepas tu kami balik hotel lagi.  Malam kami pi Arab Street konon2 nak makan kat kedai mee sedap tu, pada aku biasa saja mee ni, aku rasa sedap lagi mee kat Malaysia.  Layan sampai letih, kami pi Bugis Street plak layan kedai2 ala Pasar Malam, tapi kedai2 cam ok.  Aku rasa best sebab kat sini ada baju Korea, aku beli baju satu kat sini.  Balik kat hotel aku dah penat sangat, tambah period dok non-stop tu aku tak layan la durian, Fanim, Shafiq dan Ila stop makan durian kat depan area depan hotel kami.

Arab Street, cahaya lampu malam

Kampong Glam Cafe yang orang cakap sedap, aku biasa ja

Biasa saja rasa, masakan Malaysia lagi sedap

Aku dengan Farah malas nak layan kami balik hotel, aku ajak Farah lalu depan ayam lagi, ni la aku suka tengok gelagat ayam2 dan orang2 tua yang tak sedaq diri tu.  Malam tu kami packed barang semua coz exok flite kami pukul 1.45p.m. 

Day 3, 10 Dec 2012,

Awal2 pagi kami bangun pi breakfast kat Geylang, naik bus nak cuba tempat baru, malangnya ada spring cleaning, so kami terpaksa menapak ke Kedai Hajah Maimunah pulak, nasib baik dekat.  Malang kali kedua kedai tu pun tutup juga.  Along the road kami cuba singgah kat satu kedai yang ada area tu, sampai ja aku tengok keadaan kedai tu aku rasa tekak cam tak leh terima skit.  Aku ajak depa makan kedai lain la, nasib baik jalan ke depan ada banyak lagi kedai melayu.  Aku layan nasi lemak 3 dollar, nasi lemak ayam, depa layan rojak singapore, aku lapar, pagi2 kena makan nasi la.  Lepas makan kami naik bus balik hotel untuk get ready balik ke Malaysia. Lepas setel semua, kami naik MRT untuk ke airport, kami gerak awal sebab dia orang nak claim tax beli barang2 tu kat airport. 

Penat dan bosan la ni

Nak balik dah


Masa kat airport aku tak rasa sangat bosan dengan pilihan kedai tak seberapa compare masa pi, so aku jalan2 sorang2, dalam 10 minit aku tengok dan pusing balik tempat aku nak cari depa, tak nampak bayang, aku takut terus aku jalan ke waiting area tunggu untuk boarding pass.  Aku tak perasan watsup dan SMS Farah, risaunya aku tunggu depa, tak nampak kelibat langsung kat situ, akhirnya nampak baru la aku lega.  Sampai di LCCT, Sepang terasa lapar, pilot tadi bawa cam setan, drop altitude menakutkan aku tak sama dengan Beijing dan Korea, di sini lagi menakutkan, frust betul sebab area dekat ja, dropping style dia cam nak bunuh kami semua.

Claim GST

Sampai di sana depa dah siap booking coaster untuk kami balik kat check point rumah Farah nak ambil barang kami, perut lapar pun sama, lepas amik brang lepak sat kami terus pi makan.  Lepas makan aku hantar ila dan balik rumah, relaq dan tidur.