Monday, January 28, 2013

Transfer Balik Kampung

Lama dan mengelamun dah dua tiga hari, bosan tahap dewa, tadi pagi masa Lan Watsup aku awai2 pagi dalam 7.40a.m, dia ada ada tanya hang tak mau balik utara ka.  Mula la aku terfikir macam nak transfer balik kampung, dia cakap ada kosong kat Alor Setar, kampung aku Bukit Mertajam tak la jauh, janji weekend aku boleh balik kampung tengok mak.  Bukan apa dok KL pun aku rasa tak dak apa yang menarik, lagi la bila time bosan2 orang semua pi cuti aku dok rumah, memang rasa cam nak gila.  Dah lama aku plan nak balik tapi macam give up ja bila asyik kena cantas time minta tukar division la.  So aku jadi kurang cergas untuk minta lagi, duduk KL pun rasa macam tak la best sangat sebab kekasih pun tiada, kalau kawin best la ada anak.  Nak kawin dengan siapa masalahnya, tak dak plak orang nak ajak aku kawin, kalau aku nak ajak, memang slow skit sebab aku ni terlalu berhati2 memilih orang.

Kalau dok Alor Setar pun ok juga, 45 minit ja nak balik BM, so tak la risau sangat kalau nak balik selalu, tapi aku akan cuba ikthiar balik Penang la. Tu pun kalau ada kekosongan, dekat dengan mak senang skit, sementara mak masih ada elok la aku dok kampung.  Balik dok kampung jadi orang kampung best juga, sebenarnya aku lebih selesa jadi orang kampung dari dok kat KL ni, yang paling aku admire kat orang kampung nak tahu apa.  Aku suka tengok cara depa kerja biasa2, hidup bersederhana, tapi kasih sayang yang wujud antara suami isteri dan anak serta famili sangat tinggi.  Kalau kat KL ni berlakon ja dalam gambar cam bahagia, snap pic peluk sana peluk sini tapi sebenarnya laki pernah buat hal ada awek.  He he ni la drama kota mestropolitan.  Aku rasa banyak drama queen dan drama king juga, skandal berleluasasa dan jenayah merata2. 

Insyallah kalau aku rasa bosan tahap melampau akan kuusahakan untuk transfer balik kampung, rumah tak kisah la aku sewa ja.  Rasa macam keseorangan dan sepi ja dok KL, baik la aku duduk kat kampung, insyallah dapat bercampur dengan orang kampung kalau join aktiviti komuniti kampung. Aku rasa bosan aku ni dah peringkat sangat tebal, tak rasa happy sangat unless kalau dapat pi jenjalan, balik rumah sama ja. 



No comments: