Monday, January 21, 2013

End Year Trip to Singapore 8 Dec-10 Dec 2012

Day 1, 8 Dec 2012,

First trip 2012 aku gi Vietnam, tengah2 tahun aku gi Korea, so end year trip aku kat Singapore je la.  Nampak gaya plan ke Melbourne tak menjadi tahun 2012, so aku harap jadi juga tahun 2013.  Nak sangat aku gi Australia tahun 2012, tak kesampaian geng jalan aku cam nak budget pi negara2 yang boleh sopink ja.  Anyway aku ok ja, tak leh pi tahun 2012, tahun2 lain ada lagi, lagi pun aku tak buat keje booking ni, geng ajak ok je.  So on je, cuma yang menjadi masalah aku, aku ada masalah yang merunsingkan aku, aku period nonstop la.  Kiranya  trip ni nak lepaskan batuk ditangga sebab lama tak naik flite kot, lama pun beberapa bulan la.  Aku on ja bila gengstar ajak aku, aku sebenarnya tak plan sangat untuk trip ni. 

Naik flite awal sangat


Awal pagi dah sampai Singapore

Aku biasala posing

Trip ke Singapore ni adalah berlima iatu, Aku, Fanim, Farah, Ila dan Shafiq.  Untuk naik flite pukul 6.05a.m so aku terpaksa tidur rumah farah la Taman Warisan,  sebabnya dekat dengan LCCT Sepang, aku park kete kat rumah dia, dan pagi2 dalam 4.15a.m cam tu Shapiq ngan Fanim datang so we all naik satu kete, adik Farah hantar.  Rasa cam kelakar la pula, seawal subuh kami dah ada kat Airport, tidur pun baru kejap dah terjaga.  Dah la sejuk2 kena mandi memang cam insaf kalau dapat naik flite time cam ni lagi rasa cam tak nak la.  Bila atas flite rasa nak lena pun tak boleh sebab sekejap ja, dalam sejam dah sampai, pukul 7 lebih kami dah ada kat Singapore.  Aku cam biasa pagi2 perut kena isi so, rasa cam nak kena isi ja perut aku ni, pi mana2 pun sapa sebab dah routine makan.

Nasi Beriani Arab Street 

Ila Beli Kain

Aku Penat

Masjid Kat Arab Street

Sampai2 ja kita orang terus ke Arab Street nak gi makan nasi briani, kat kedai famous kat situ.  So naik MRT kami pun turun jalan kaki dengan bag2 kami untuk makan kat situ, oleh kerana perut aku dah biasa makan nasi so aku memang amik, Farah dan Shafiq pun.  Ila dengan Fanim Amik murtabak, lepas makan kami jenjalan kat lorong cari kain.  Ila banyak borong kain, aku tak beli apa pun, Farah, Fanim dan Shafiq pun beli juga.  Lepas jalan2 area Arab Street tu, kami pun balik cari Hotel kami kat Kayllang, black area la, ni kawasan banyak ayam2.  As long kami bukan ayam, kami ok je stay kat situ, best juga dapat tengok ayam Singapore, actually ayam murahan ni, dia cam GRO la layan warga emas kat sini minum arak je aku tengok, pegang skit2.  Satu meja kongsi dua ayam, yang kaya skit boleh la pegang ayam tu sebab dia la kot bayar, yang lain tumpang gelak dan tumpang minum.

Hotel kami ni cam jauh skit dari MRT yang kami turun tu, so kami menapak la sampai jumpa, nak buat cam ne Shafiq dengan Fanim lupa hotel ni kat mana, ya la sekali sekala datang depa cam tak ingat sangat tempat tu.  Jauh berjalan penat menapak, akhirnya aku yang jatuh terpelesok depan hotel, kami cam cramp tiba2 aku jatuh berdebuk, malu siot.  Aku tak boleh bangun la sampai depa mai angkat aku suruh bangun, ni yang aku rasa paling kelakar dan memalukan aku.  Tapi nak buat cam ne, memang aku tak boleh bangun sendiri, adoi, dapat hotel plak yang kena naik tangga so, memang malang nasib aku, nak naik tangga tkt 3.  Anyway aku ok ja kot, cuma rasa juga sengal sakit aku tu.

Berposing di Orchard Road

Action la ni

Hiasan lampu ni aku suka


Lepas kami rehat2 sebentar, petang kami keluar gi Orchard Road, layan minyak wangi pula dan layan kedai2 area tu, aku memang plan tak shopping so aku ada target2 je nak beli.  Ada yang aku rasa berkenan tapi bila convert balik tak rasa cam nak beli.  Hu hu memang la kalau gi negara cam ni, ada rasa rugi skit bila convert currency dia dengan duit negara kita.  Malam aku rasa penat dan ngantuk sangat gi Bugis Street, rayau2 saja makan kat Aku dengan Shafiq balik dulu, sebab dia pun mengantuk aku pun rasa penat.  Kami jalan je dari MRT tu ke hotel, masa dalam perjalanan aku ajak Shafiq lalu depan ayam2 dok melayan orang2 tua tu minum, satu keseronokan plak tengok style orang tua tak sedaq diri dok minum2 dengan ayam2 Vietnam la kot, minum tepi jalan ja. 

Paksaan untuk amik gambar macam patung tu


Day 2, 9 Dec 2012,

Awal2 pagi kami gi makan dekat Geylang, sini kawasan orang melayu singapore, so rasa ok la skit nak makan.  Aku rasa dapat makan dengan puas tapi berbaloi dengan tekak aku bila tengok kedai Hajah Maimunah ni, kiranya aku memang propose la kat  sapa yang nak pi Singapore.  Kedai bersih, harga boleh tahan, tapi jangan convert balik duit Malaysia, confirm menyesal bila tengok harga dalam RM, he he he.  Tapi jika berada di sana ni la kedai yang kita akan rasa confident halal dan kena dengan tekak kita.  Lepas makan kami pi Komplek dekat Expo.  Seharian berada dalam complex kat sini banyak jual  barang factory outlet, aku beli wristlet Espirit je kat sini.  Berkenan juga baju kemeja jeans, tapi rasa cam was2 je nak beli sebab kena beli dua sekali, aku berkenan satu ja.  Shafiq dengan Fanim borong sakan kat sini, macam tu juga Ila. 
Nasi kedai Hajah Maimunah

Naik MRT pi Factory Outlet kat Expo

Sexy la pic tu

Menunggu Ila shopping sakan

Lepas tu kami balik hotel, relaq sat, petang kami sambung pi Orchard Road sekali gi, konon2 Farah punya minyak wangi dia tersilap bagi. Petang pi2 tengok2 sebenarnya tak silap pon, so aku yang tambah beli minyak wangi lagi satu untuk koleksi aku, lepas tu kami balik hotel lagi.  Malam kami pi Arab Street konon2 nak makan kat kedai mee sedap tu, pada aku biasa saja mee ni, aku rasa sedap lagi mee kat Malaysia.  Layan sampai letih, kami pi Bugis Street plak layan kedai2 ala Pasar Malam, tapi kedai2 cam ok.  Aku rasa best sebab kat sini ada baju Korea, aku beli baju satu kat sini.  Balik kat hotel aku dah penat sangat, tambah period dok non-stop tu aku tak layan la durian, Fanim, Shafiq dan Ila stop makan durian kat depan area depan hotel kami.

Arab Street, cahaya lampu malam

Kampong Glam Cafe yang orang cakap sedap, aku biasa ja

Biasa saja rasa, masakan Malaysia lagi sedap

Aku dengan Farah malas nak layan kami balik hotel, aku ajak Farah lalu depan ayam lagi, ni la aku suka tengok gelagat ayam2 dan orang2 tua yang tak sedaq diri tu.  Malam tu kami packed barang semua coz exok flite kami pukul 1.45p.m. 

Day 3, 10 Dec 2012,

Awal2 pagi kami bangun pi breakfast kat Geylang, naik bus nak cuba tempat baru, malangnya ada spring cleaning, so kami terpaksa menapak ke Kedai Hajah Maimunah pulak, nasib baik dekat.  Malang kali kedua kedai tu pun tutup juga.  Along the road kami cuba singgah kat satu kedai yang ada area tu, sampai ja aku tengok keadaan kedai tu aku rasa tekak cam tak leh terima skit.  Aku ajak depa makan kedai lain la, nasib baik jalan ke depan ada banyak lagi kedai melayu.  Aku layan nasi lemak 3 dollar, nasi lemak ayam, depa layan rojak singapore, aku lapar, pagi2 kena makan nasi la.  Lepas makan kami naik bus balik hotel untuk get ready balik ke Malaysia. Lepas setel semua, kami naik MRT untuk ke airport, kami gerak awal sebab dia orang nak claim tax beli barang2 tu kat airport. 

Penat dan bosan la ni

Nak balik dah


Masa kat airport aku tak rasa sangat bosan dengan pilihan kedai tak seberapa compare masa pi, so aku jalan2 sorang2, dalam 10 minit aku tengok dan pusing balik tempat aku nak cari depa, tak nampak bayang, aku takut terus aku jalan ke waiting area tunggu untuk boarding pass.  Aku tak perasan watsup dan SMS Farah, risaunya aku tunggu depa, tak nampak kelibat langsung kat situ, akhirnya nampak baru la aku lega.  Sampai di LCCT, Sepang terasa lapar, pilot tadi bawa cam setan, drop altitude menakutkan aku tak sama dengan Beijing dan Korea, di sini lagi menakutkan, frust betul sebab area dekat ja, dropping style dia cam nak bunuh kami semua.

Claim GST

Sampai di sana depa dah siap booking coaster untuk kami balik kat check point rumah Farah nak ambil barang kami, perut lapar pun sama, lepas amik brang lepak sat kami terus pi makan.  Lepas makan aku hantar ila dan balik rumah, relaq dan tidur.







No comments: