Tuesday, January 22, 2013

Batu Pahat Again 8 Jan -10 Jan 2013


Day 1,

Bila tak pernah pergi sesuatu tempat yang kita tak pernah pi, kita rasa best sebab nak jejak kaki kat situ, tapi bila dah berkali-kali kena jejak kaki kat situ, kaki aku pun rasa malas ja nak tekan minyak pi sana.  Ni sebab ada kerja la aku datang berkali2 kat sini, kalau suruh free jalan2 sini aku rasa quiet membosankan la tempat ni yang mati pada waktu malam.  Perjalanan aku memakan masa lebih kurang 3 jam ke 4 jam la, kalau exit Yong Peng Utara dekat skit tapi jalan dia aku rasa takut skit, kalau ikut jalan Air Itam jauh la skit because patah balik.  Cuma yang menarik tarikan pelancungan jualan barangan kraftangan yang tak tahu hak milik kerajaan Johor ke atau datang dari Siam.

Jaga kulit la sangat, panas kan kena la pakai

 Bila bosan ni la keje aku snap gambar awan dan jalan

Memulakan perjalanan aku pi ofis sat singgah bagi telekung kat Pn Nani, my ex-boss, hari yang malang aku kena saman DBKL, adus tensen maut.  Debaran kencang dada aku satu petanda aku kena saman la tu, adoi start enjin kete, insyallah satu peringatan jangan bawa laju sat gi kena saman lagi. Slowly aku drive, dalam keadaan bosan mengingatkan aku terpaksa keluar makan sensorang dan layan diri dok dalam bilik apa aku nak buat, hadoi ni aku menci bila aku sorang ja panel pompuan, tak dak geng nak layan ronda bandar.  Singgah gi toilet kat highway yang sunyi sepi, rasa cuak juga tapi nak basuh muka aku stop juga sebabnya aku nampak ada bus juga stop dekat situ.  Cuma orang yang stop dengan kete tak banyakla aku cepat2 beredar untuk mengelakkan benda yang tak diingini berlaku.

                                         Singgah lunch kat Marrybrown Air Hitam

                                       Antara pasu yang menarik perhatian aku

Sampai kat hotel, dah macam kenal orang kat situ so tak dak masalah untuk aku check in kat sini, lagi pun aku dah biasa dengan dia orang.  Aku check in satu hari dulu, sebabnya tak nak jadi macam hari tu check in dua hari dia charge juga walaupun aku tak stay, nasib baik charge tak sama harga satu malam.   Malam tu aku jalan sensorang pi cari makan kat benteng Batu Pahat Street tu, layan makan sup gearbox sitam aku amik sup daging.  Bila sensorang benda yang sedap skit ja pun jadi tak sedap langsung sebab takut, pada aku tak la sedap sangat sebab banyak minyak. May be untuk orang lain sedap sangat la, aku pun tak tahu macam mana penilaian orang sedap ke tak sedap, pada aku so-so je.  Harga dia mungkin lain kot kalau ditambah roti aku makan dengan nasi lemak atas meja, tak jalan sangat sebab tak kena dengan selera aku, campur air aku bayar dalam RM7, boleh la tak la mahal sangat daging banyak juga tak larat nak abis sorang.

                                         Sup Sitam yang terkenal kat Batu Pahat
 
                                         Aku makan Burger Chicken Pop, sedap tau

On the way balik dari layan sup tu, ada satu mamat dalam kereta Gen-2 dok woot woot kat aku, siap turunkan tingkap panggil.  Nasib baik ada amoi depan aku dua orang aku cepat2 ikut dia orang konon2 satu geng.  Mamat yang panggil tu aku nampak muka boleh tahan, may be dia dah salu wat keje panggil orang kot, sebab tu tunggu dalam kete je keje dia.  Balik dari situ aku singgah beli burger bakor, harga dia RM8, tapi ok la sedap juga.

Day 2,

Seawal pagi dah macam dok kat rumah aku turun breakfast kat hotel tu.  Aku dah try set lain, rasa cam kurang kena dengan tekak aku, oleh kerana TM region tanpa fail akan sediakan breakfast kat panel, so aku ok ja layan skit2 kat sini, cover dah bayar duit hotel dapat breakfast free.  Sesuatu yang tak diduga, hari ni aku rasa nak pi lambat skit coz salu kalau aku masuk awai kena tunggu ja depa semua, salu start lambat.  So aku pi la on time ja, yang tak boleh blah pihak pembela ada yang kematian saudara terdekat so kami postpone untuk hari tu, menarik nafas panjang macam nak kena datang lagi ja aku cakap dalam hati ja.  Pada mulanya depa decide nak sambung terus next day incase tak habis, pihak kami setuju ja, macam dah malas nak datang lagi.  Dah postpone apa lagi aku balik hotel memerap ja la, awal lagi nak cari lunch pun belum ada.
 
                                      Breakfast aku kat hotel, order baru dia buat

Duduk memerap dalam hotel layan blog dan FB, tapi aku dah kurang layan FB sangat cuma baca apa yang aku rasa nak baca dan komen ja.  Lunch time turun amik duit kat Maybank belakang hotel, beli nasi bawa balik hotel, murah gila sekali dengan air baru RM5 lebih, kat KL jangan harap la, dapat makan tempe dan paru yang sedap serta telur, air aku beli air teh ais sedap juga.  Bila dah dapat makan sedap apa lagi melengkar dalam bilik la aku, masuk dalam selimut layan tengok TV ja, nak kuar malas ujan masih renyai-renyai.  Malam aku tunggu sampai lapar, barulah aku turun pi Renggit Coffee, ni ala2 homemade coffee 434 kat Muar la.  Selesa walaupun aku layan sensorang dengan suasana dia yang tenang tak banyak orang aku rasa best juga layan sini, ada WIFI semua lengkap la, cantik dan bersih, kat sini aku layan Mee Bandung dan coffee panas untuk test dianya kopi, boleh la juga, sesuai dengan harga dia.

                                         Set ni aku layan kat Rengit Coffee
                                                     
                                                    Dessert set ni, Ais Krim

                                                    Cantikkan cup dia

Day 3,

Alhamdullilah bangun seawal pagi juga packed semua baju, be prepared to stay lagi, but anyway I had packed all my things for the sake of mengharapkan tak sambung, so I wont extend my nite lagi kat Batu pahat.  Not to say I didnt like the place, but being alone in this rural area from my point of view, OMG sorry to say this but as traveller, travel to a lot of places this is what I feel.  Feel so scare to walk alone after 8.00p.m.   Anyway it would be better or happening if we in a group or two will be enough.  So in order to makes me comfortable with the area, being nice to hotel Customer Service, I did asked them a few places to eat, some of them draw a map for me, thank to god that for the kind of them.

                                          Favor breakfast aku kat hotel

Early in the morning I took breakfast kat hotel, I decided to order the previous menu, that i ate a few month before coz after of all, aku dapat makan lagi kat TM Batu Pahat, just across the road. So not necessary for me to take the breakfast at the hotel, TM will provide another breakfast for us.  So aku makan untuk coupun free ja la, sampai ja kat sana, memang la dapat makan mee goreng, sedap juga aku makan tambah la sebab semalam aku makan sikit je.  Melihatkan keadaan semua orang aku dapat rasakan aku tak akan extend untuk tidur di Batu Pahat hari tu, memang telah kuduga bila pihak pembela ada masalah untuk extend sebab ada di antara mereka yang kerja shift malam, begitu juga pembela yang baru kematian bapa saudara, mungkin ingin menghadiri kenduri arwah.

                                           Nasi Beriani Gam, Batu Pahat

Sebagai menu tengahari, dia orang ada menyediakan Nasi Beriani Gam seperti yang kami cadangkan, terkeluar dari mulut aku kalau dapat makan Lontong kan sedap, aku rasa sangat terharu sebab orang state sangat baik, sanggup nak cari demi untuk aku.  Oleh kerana lontong petang tidak sedap seperti yang dicakapkan order tidak dibuat tapi kami makan kuih petang sedap juga, karipap dan kuih manis aku tak ingat dah kuih apa.  Oleh kerana perbicaraan ditangguh, aku akan berkesempatan untuk makan lontong, orang Johor dah janji for the next session they will arrange for me la, tapi orang lain pun akan tumpang sekaki, best jadi rose among the tones, layanan best la skit.  He he he, so Batu Pahat aku datang lagi untuk sesi terakhir dan aku datang untuk lontong juga seperti yang depa janji.











No comments: