Wednesday, August 31, 2011

Kenapa Begitu

Adus susah jadi aku niekan, pelik dan memelikkan diri sendiri, bila mai kat jiwang2 ni aku surrender la beb, susah nak detect, susah nak declare, susah nak mengaku semua ada kat aku.  Nape aku cam nie, malu tapi mau ka atau aku memang ada sekatan dalam perasaan ni.  Siannya aku kenkadang teringin nak feel2 tapi malu, pk tu pk ni last2 tarik diri. Ingat main2 je bila dah terjumpa aku rasa dia lain macam plak, nape dia tgk aku cam tu, sebab tu aku rasa perasan kot.  Yang paling kelakar ada orang lain perasan gak aku cam suka kat dia, aduyai cam ne ni mana mau lari.  Ada yang perasan aku cam suka kat depa, depa tak tau cara aku memang leh wat orang ingat aku syiok kat depa.  Tuhan je tahu apa yang ada dalam jiwa dan naluri aku dan style aku memang cenggitu.  Sebab tu la lelaki kenkadang x happy ngan cara aku, last belah terus sebab tak suka aku cam tu.  Apa leh wat aku kan suka berkawan kalau yang aku suka sebenarnya aku kurang communicate, konon2 malu la kat orang yang aku suka, la ni aku confuse la siang malam terbayang teringat muka dia walaupun aku cuba lari kenyataan, dia tetap hadir dalam setiap debaran aku.  Aku rasa ramai yang bunuh diri kalau aku declare aku suka n cintan sama itu mamat, dia dah la kesukaan ramai, tapi cara dia pandang aku wat aku perasan la plak.  Kalau dia suka aku lebih ok la sikit kan, tapi kalau aku suka dia memang kelakar la plak sebab...........x yah tulis kat sini la.




Berbuka Puasa Di Luar

Berbanding dengan taun2 sebelum ni aku memang salu dapat jemputan berbuka kat hotel2, tapi semua tu bila aku pikiaq balik kalau jemput aku rugi la, sebab aku makan tak leh banyak.  Kalau makan setakat gerai biasa aku layan jer, aku bukan jenis memilih kedai cuma memilih makan sikit jer.  Satu lagi yang aku tak suka buka posa kat luar, malas nak tulis kat sini sbb aku bukannya alim tera mana, tapi kalau buka kat luar cam tu la jadinya, solat entah kemana, tu yang aku tak suka sangat.  Tapi kalau dah berkawan ni apa leh buat bukan dipaksa, tetapi demi persahabatan yang lama terjalin, bestnya bersama gather2, gelak, tawa usik mengusik bersama rasa cam tak moh balik umah bila dok bersembang ramai2..  Yang paling kelakar abis satu kedai pi sambung kedai lain plak, punya la gila bila jumpa sekali sekala. Penghujung puasa aku banyak buka puasa kat luar dengan kenkawan terapat.  Banyak kedai kami cuba, this year aku lebih makan nasi ngan coke, gila kan minum coke buka posa pedih perut tu, tapi apa leh wat macam dah mengidam, perlu ada coke untuk aku minum bila buka posa.  Sib baik perut aku tahan kalau idak mau masuk spital sebab ayaq ni.


Monday, August 8, 2011

Masak Memasak Di Bulan Ramadan

Kalau diberi pilihan sekarang antara makan luar dengan masak, aku akan pilih masak la, walaupun lauk simple aku rasa ok gak la aku masak.  Syabas untuk diri sendiri walaupun aku bukan jenis kategori memasak sama ada masa dok menyewa atau dok umah kakak dan balik kampung.  Masak-memasak aku tak sentuh la tapi kalau time camping lagak aku cam pandai masak sangat, he he almaklum dah berumur kena la tunjuk cam terer.  Apa yang aku masak hari ni based on teringat masakan mak, so aku cuba akan masak betul macam mak masak kat kami masak kecik2.  Masakan mak aku paling best compares ngan mak orang lain la, sesungguhnya aku rasa mak masak paling sedap lol.  Kuih muih mak yang mak warisi dari tok aku sebelah ayah memang sangat sedap.  Banyak kuih dijual di bulan ramadan ni kat bazar tapi aku rasa semuanya hampes belaka accept dua tiga kedai yang dah lama aku kenal pasti jual memang sedap contohnya murtabak, popia basah dan juga tepung pelita, beli pun bila atau bertukar ramadan rasanya sama je masih sedap seperti dulu.

Bulan puasa tahun ini amat bermakna pada aku sebab aku dah duduk rumah sendiri tambahan pula aku dah berubah suka masak.  Tak tahu la nape aku rasa aku masak paling sedap kalau nak banding dengan semua kedai yang aku makan, ha ha aku masak tak pakai aji no moto tau.  Aku memang sangat alergic ngan pak aji ni sebab dia bikin perut aku proses sangat cepat, tak tahan la kasi putar perut aku.  Semalam buka puasa aku beli nasi ayam tapi tak habis sebab semalam aku masak udang masak petai sedapnya tau.  Memang dari pagi aku plan nak cari petai nak masak ngan ikan bilis aku, tup2 bila pergi Giant aku lupa beli alamak, nak cari ayam kedai yang salu aku beli tu pun dah abis semua abis sebab bulan puasa ni ramai orang suka wat stok nak masak, malas nak keluar salu la tu, beli siap2 tak yah susah2 la nak gi pasar dua tiga kali.  Masa jenjalan kat bazar ramadan depan umah kak aku, tup2 nampak orang jual petai mentah, alhamdullilah tuhan makbulkan niatku nak makan petai.  Kalau bulan tak puasa tak la mengidam nak makan petai sampai cam ni, tengok pun tak selera.  Aku makan petai la berbuka posa semalam, aku rasa sedapnya makan petai cam makan KFC plak.  Tapi ari ni aku memang plan nak masa udang ngan ubi jer, alhamdullilah aku masih sempat masak walaupun ari ni training kat TMTC.  Yang aku pelik nape semua orang cam tak sempat jer nak balik masak ngan buka posa, jalan mana depa follow, aku rasa setakat kul 4.00 or 4.20 setakat ni aku boleh masak dan baring2 atas katil lagi.  Tak tau nape banyak orang kena jem jer, aku rasa depa keluar lambat pastu salahkan jem.  Alasan nak pi bazar ramadhan la tu...yuhuuu ari ni saya masak lobak masin macam mak masak kat kami masa sahur dulu2, makan panas2 sedapnya.  Apa mak masak semua sedapkan taste dia saya masih rasa sampai sekarang.




Survey Lagi

Awal pagi aku dah bersemangat nak berkemas kotak2 yang selama ni aku belum kemas pun.  Kalau nak berkemas kena terus buat tak leh tangguh, so aku pun berjaya membuang 5 kotak dan barang2 yang penuh dengan barangan2 lama yang sebenarnya aku rasa masih elok dan boleh digunakan tapi nak wat cam ne aku terpaksa untuk mencantikkan rumahku.  Seperti dirancang lepas kemas kotak2 tu, lepas zohor aku pun keluar la, tempat yang aku aim adalah area bandar Puchong ni, kenkawan suggest suruh tengok2 la before aku beli kat IKEA tu.  Ermm memang la kalau ikut hati aku ingin bersederhana tetapi ikut rules tak tahan aku jadi particular, harga memang murah compare dengan barang IKEA.  Cuma yang aku concern adalah beli 3 bulan macam tak tahan jer.  Yang aku pelik kedai perabut area Puchong ramainya Pakistan dan Mat bangla, aku nak beli pun cam tak confident.  Harga memang la boleh tawar dan murah dengan papan tanda sales, tapi warna yang aku cari tak de la plak.  Ada yang mahal tapi makan ruang rumah, tak la aku nak beli sofa yang akan menyempitkan rumah aku ni.  Akhirnya aku temui warna idaman dengan harga yang sangat murah aku lagi la tak confident takut la pakai dua tiga hari habis patah sana sini.  Memang aku teruja dapat tengok warna idaman celoreng dia tu cam aku tak suka sangat coz macam design lama.  Mat pakistan lagi yang jual siap boleh discount lagi la aku tak confident may be dia nak habiskan stok sebab barang ni memang orang tak beli sangat.  Apa2 pun aku ada gak berkenan kotak kasut yang dekat nak sama tinggi dengan aku.  Ha ha memandangka ia akan memakan ruangan rumah aku so kena la aku fikir lagi. 


Sunday, August 7, 2011

Tidur Dalam Kepenatan

Oleh kerana satu hari semalam aku berkemas rumah, malam aku rasa sangat penat. Makan berbuka pun tak banyak sekadar syarat berbuka ja, banyak minum air, cam tu gak bersahur hari ni aku minum banyak, lepas tu asyik buang air la.  Ayam aku masak 3 ketul tak abis dua ketul, sedap la pada aku sebab aku masak tapi tak boleh nak makan lebih selera hilang dek penangan berkemas dan shopping.  Badan aku pun sengal2 ja rasanya wah macam kerja teruk benar ini, baru wat cam tu dah tak selera makan, bayangkan la orang yang kerja kontrak, hari2 bangun awal, balik petang kesiankan demi sesuap nasi, alhamdullilah rezeki halal.  Pagi ni baru rasa sengal-sengal badan kategori melampau, may be sebab nonstop aku kemas rumah kot.  Hari ni macam plan nak kemas lagi, tak tau la berlaku atau tidak, salu kalau plan sangat2 tak jadi, dia kena terus buat baru jadi.  Aku ingat nak kemas kotak2 yang banyak tu ada yang patut dibuang, tapi masa pindah aku takut ada benda penting dalam tu that's why aku simpan dulu.  Actually banyak barang2 yang aku simpan tu aku sayang kalau guna concept tak guna buang sayang gak la.  Alahai pagi ni asyik gi toilet je buang air, kalau cam ni x selesa la nak kuar jenjalan cari barang kan. 







Saturday, August 6, 2011

Puasa Vs Solat

Dalam kepayahan dan kepenatan kita berpuasa aku kenkadang cam kesian kat orang yang sanggup menahan lapar dan dahaga tapi tak solat.  Kesiankan solat 5 waktu tak buat sangat la, tapi puasa buat, cita bangun sahur la cita makan tu makan ni.  Bulan puasa konon tak nak mengumpat, tapi kalau tak solat tu cam mana, budus la plak orang ni.  Pelik kan adakah derang rasa apa2 perbezaan antara bersolat dan berposa, kalau posa dapat pahala, kalau solat tak dapat pahala kew.  Bulan posa konon2 bulan mencari pahala, tapi kenapa tak disekaliguskan.  Ada orang solat zohor je, tapi tak pernah solat asar, tak tau la bukan nak menuduh katanya sampai umah pukul 8, asar tak solat, boleh aku assume dia solat qada la kot.  Ada orang pakai tutup aurat sana sini, sepanjang la observation aku ada tak pernah pun dia cakap dia ganti puasa. Ada orang pergi mengaji sana sini, tapi bila bab2 ganti posa cakap dolak dalik.  Fasal fidyah pun kurang ariff, siap cakap aku ganti posa tahun lepas2, kelakarkan mana leh ganti tahun lepas2 dulu ganti tahun lepas dulu, lepas tu baru la buat yang lepas2 tu siap bayar fidyah sekali yang berlipat ganda.  Aku memang la agak jahil tapi aku rasa ilmu aku masih ada la sikit.  Yang paling aku kasihan kalau orang siap pakai tudung tak pernah solat langsung, tapi berlagak alim macam ustazah, ahhh baju jarang la, eeei pala hotak dia baik jangan pakai kalau nak solat 5 waktu pun malas...sian nko kan.  Tapi paling aku kasihan kalau dah umur 50an pun malas nak solat, solat bila tengok orang solat idak pun ada masalah sikit baru dia solat, siannya aku rasa hidupnya terbuang begitu sahaja.  Ada orang pandai cakap pasal agama, berdosa la pakai ni pakai tu, tak hormat la, apa la ini la itu la, tapi setau aku bulan puasa kenkadang dia tak puasa, berbuka sebab letih tak sahur bukan budak kecil tau dah umur 40an malu betul, ada gak berbuka puasa sebab gi shopping jalan TAR, oh tuhan sesungguhnya, aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberi kekuatan untuk berpuasa tanpa menjadi pelakon dunia.  Nasib sangat baik sebab ayah dan mak latih posa dari darjah satu dulu2, Solat terawikh kampungku paling terbaik berbanding kat KL ni, aku suka tok imam yang baca berlagu dan sangat syahdu, aku suka tok bilal kampungku yang azan mendayu2 yang wat aku rindu salu nak dengar azan itu yang aku rasa tiada kat KL ni..uwaaaa




Apa Saya Buat Hari Ini

Sesudah subuh ingat nak bum balik, tapi mata aku segar bugar ni, baring2 jap, x lena pong, dengan rasa segarnya bangun aku lipat kain baju aku yang lama tak lipat kat bilik sebelah.  Wah ari ni saya sangat rajin lipat semua baju yang ada dalam bilik itu dan bilik saya.  Tak tau energy mana datang saya sangat kuat dan bersemangat may be sebab plan nak kemas umah ni memang dah lama tertangguh asyik berjalan je tetangguh dah berapa lama aku tak mop living hall aku tu. 

Aku memang plan nak gi survey sofa hari ni, target pertama aku memang la IKEA.  Awal pagi aku dah keluar konon2 aku nak dapat parking senang depan pintu.  Nasib aku memang baik pusing dua tiga kali dah dapat depan pintu utama plak tu.  Kalau tengok barang dalam IKEA ni semua aku nak, tapi yang perlu diutamakan dalam list aku adalah sofa.  Masuk2 ja aku dah berkenan terus kat satu katil, dulu aku memang dah lama aku aim tapi memandangkan struktur yang aku rasa kurang mantap so aku decide beli kat tempat lain.  Harga katil tu cam ok, aku rasa nak ja beli letak second room aku, nanti mak or guest datang senang la nak tidur tak yah lagi tidur atas Narita tu.  Kenkawan aku yang sempoi memang jenis tak kisah tidur depan tv, api aku la malu. 

Target aku sofa memang kat IKEA la walaupun tak de warna yang aku cari, tapi price looks like ok, so aku prefer la nak beli kat IKEA ni.  But a little bit concern about the color, he he aku dah set baik punya rumah aku green, white, black tetiba muncul rona cili, cam ne, tak kah nampak cam umah tangachi.  Memang la bangkit kalau digabungkan, tapi aku akan cuba cari lagi esok kalau dapat aku akan cancell la plan IKEA tu.  Tu la orang cakap jangan pilih2 nanti langsung tak beli idak pun dapat yang tak abis, alamak cam tercakap pasal jodoh plak.  Apa kena mengena jodoh dalam cita umah aku nie.

Lain barang aku survey lain barang aku beli, ni malas aku nak jejak kaki kat IKEA ni mau abis dua atau tiga ratus.  Asyik masyuk dengan perkakas rumah, aku gilas babas, beli bantal lagi, bantal untuk lepak depan TV dan tambah dua bantal kecil untuk padanan hari tu dah beli dua.  Beli pan, beli can opener, beli rak letak pinggan, beli rak letak periuk, wah semangat menyambut puasa dan hari raya ka ini.  Balik dari IKEA aku gi tengok kat Kedai perabut area Puchong, alamak banyak sofa type macam aku tak suka tu.  Aku memang pantang tengok sofa ada bunga2 macam baju kurung, hish sungguh la tak masuk ngan jiwa aku.  Aku suka sofa plain sebab kena la match ngan lampu aku ngan barang2 lam umah aku.  Yang paling best aku dapat beli bag bean, baru niat dah jumpa harga not bad mahal gak sebab terlalu berkenan, walaupun tak hijau sangat aku rasa ni akan meriahkan living room aku, lain dari yang lain.  Tak moh la konsep curtain bunga2 kembang setaman, tak moh la curtain berberan2, letak renda2 adus tak mau la komen lebih2 aku rasa cam masuk umah orang ada pakai skirt ada siap pakai kain dalam, pas tu nak kasi cerak kena selak2 plak.  Erm memang tak kena ngan jiwa aku.  Tapi kalau kenkawan yang minat buat cam tu aku tak komen la, tapi aku tahu la taste dia takok mana, kalau style cam tu memang taste ayam kampung lagi la, jahatkan aku kutuk kow2.  Aku bukan orang bandar tapi aku memang tak suka la konsep cam gitu.

Balik umah penat nak mampus, dah beli barang2 kena la pasang sendiri, wadus2 aku memang jenis tak leh nak give up, once aku dah buka kotak aku kena habiskan dan kena pasang semua.  Semua kena wat sendiri la mana leh harap lelaki sebab aku sensorang je kat umah ni.  Susah juga pasang pengering pinggan ni berpeluh2 aku fikir macam mana, ada kalanya bila kita tergesa2 nak pasang memang jadi bongok kejap.  Last nak amik feel aku masuk bilik pasang kat bilik, rupanya senangnya.  Second untuk kerja pemasangan trail yang aku nak wat letak periuk aku, aku sayang cabinet aku that's why aku mau letak periuk2 aku yang aku salu pakai kat atas rak jer.  Teknik pemasangan memanggil masa yang agak lama sebab kepakaran aku bukannya bahagian teknikal, fikir punya fikir akhirnya aku berjaya menyiapkan rak itu, wah rasa sangat bangga dapat memasang rak besi yang aku beli sangat mahal ni. Aku tersenyum puas lepas pasang rak, aku kerjakan ruang tamu aku plak, bersih mop lantai sebab nak letak bag bean aku yang comel tu.  Wah rasa sangat letih semangat nak kemas rumah ada so jangan stop, jangan layan fesbuk insyallah kerja2 berjalan sangat lancar.  Basuh segala lap kaki aku, sidai kain yang aku basuh semalam, wah macam mak mak la plak dok kat umah ari ni. Kalau geng aku tau mesti depa gelak kat aku, tapi dah tua2 ni takan semedang nak dok kat luar umah so kena la rajin sikit kan.

Wah wah lepas wat semua tu, aku dah malas nak kuar cari makanan kat bazar ramadan, apa lagi kuarkan ayam dalam fridge so mula la pula acara memasak.  Aku ingat nak masak sambal ayam, tapi bila sesi campak mencampak tadi alhamdullilah masakan aku lebih sedap dari ayam tomato semalam, terer gak aku masak tak rasa ni. Masak sayur taugeh dengan udang, pas tu aku masak cucur udang kering.  Bestnya jadi surirumah ni pula rasanya nak masak jer keje aku.  Hari ni aku terpaksa bancuh air sunquick sebab aku tak dapat nak beli air tembikai yang sedap macam semalam.  Lepas masak dan kemas layan fesbuk sat jer, oops rasa cam ada yang tak kena, gi lepak depan TV, masih ada debaran lain macam, he he nak tau apa dah jadi 5 minit gi nak berbuka wire periuk nasi aku tak sambung dengan betul, nasi aku tak masak la.  Sib baik ada cokodok udang kering buat santapan berbuka sementara tunggu nasi masak.  Sib baik ada soya aku beli tak makan ari tu, so cover la buka posa aku, sementara tunggu nasi masak aku gi solat maghrib lu.  Elok gak kalau idak kenyang liat nak mampus nak solat. 




 

Baju Raya oh Baju Raya

Sedar tak sedar dah masuk 6 hari umat islam berposa ari ni, ya allah apa nak jadi ngan aku nie, asyik fikir pasal rumah jer.  Tak ingat langsung baju raya, actually kain aku masa beli kat Padang tu ada dalam simpanan aku tak tempah pun yang aku tempah dan bukan plan baju raya  lum ambil pun ada.  Walaupun aku dah ada 5 helai tapi aku rasa aku tak dak baju raya, cam ne leh jadi cam tu.  Sebab baju yang aku tempah tu bukan aku plan nak buat baju raya, dah baju tiada aku terpaksa walaupun tak rela mengaku itu baju raya aku.  In my mind nak beli ready made buat tambahan, tapi ramai plak pakai baju corak sama kang. Adus bikin pusing gue punya kepala kalau fikir ini teori, terserempak kat lif ka mati la baju sedondon, malu pun ada.  Unless tema boria ka tema nasyid ka mesti pakai baju sama.  Ermm...susahnya apsal jurujual suka bawa baju yang sama corak berhelai2 tak fikir ke orang takut nak beli takut sedondon.  Masa dulu2 aku akan berbelanja beratus2 beli baju raya ready made, semata2 tak nak sama dengan orang, paling mahal aku rasa dekat RM500 dan RM300 semua tuh aku beli atas SOGO.  Sogo memang jual baju cantik dan tak berapa sama dengan orang that's why harga dia memang cenggitu.  La ni aku nak bersikap sederhana tapi rasa cam tak best plak kan kalau pakai baju murah di hari raya. Susah la kenkadang terasa nak bersederhana tapi hati nak kesempurnaan, susah nak cakap la.  Tapi aku tak suka orang yang suka gebang dia beli barang mahal2 tapi sebenarnya pada aku benda tu murah jer.  Aku bukan nak berlagak sometimes we have to refers for the quality, the more u pay kenkadang berbaloi.  Tapi recently susah nak cakap barang2 mostly made in China quality memang out. So kena pandai2 la nak bezakan harga murah, barang original dan barang ciplak.  Jangan andaikan barang2 ciplak dengan barang original sama quality. Bukan saja quality dari China yang kurang kalau dari negara jiran pun sama gak, bila orang cakap nak gi Bandung shopping apa yang aku leh cakap cukup la 3 kali aku gi, kalau repeat pun mesti la tambang murah mau kata nak bayar tambang mahal2 semata nak gi shopping sana, bukan eksyen tapi tak la tertarik sangat. 




Friday, August 5, 2011

Ramadhan Tahun 2011

Bila baca fesbuk ramainya surirumah2 dok updates penuhkan fridge sebab nak masak bulan puasa, tapi aku cam relaq je. Orang bujang katakan beli jer, tapi dah dok umah sendiri ni teringin plak nak masak di bulan puasa kan.  Now trend baru aku bersahur makan 4 biji kurma dan air panas serta air masak.  So far masa gani puasa aku boleh bertahan saja dengan makanan ni, compares kalau aku makan nasi banyak2 aku rasa nak muntah sakit perut semua ada.  Esok nak puasa aku decide masak je apa yang dah ada incase tak sempat beli apa2, bukan stok habis langsung masih ada lagi.  Hari pertama puasa aku beli juadah kat Kerinchi, Nasi Minyak lauk daging & murtabak.  Makan seperti biasa tak abis, Hari kedua aku decide masak, masak pun tak habis, ada la aku beli kueh sikit.  Hari ketiga, aku makan bubur lambuk, aha ni penambah selera aku, boleh la tapi tak boleh masuk banyak, muak la nak muntah plak.  Hari ketiga ni aku banyak minum air, so jadi kembung la perut aku sebab buncit air.  He he


Ramadhan tahun ni aku sepi la sebab kena buka posa sensorang. Tak best rasanya dah dekat 5 hari posa aku masih buka posa sensorang, kalau masjid dekat nak je aku berbuka kat masjid boleh solat terawikh sekali.  Baru lagi kat sini, masjid pun aku tak tau kat mana so, terpaksa la menyorok kat rumah.  Lepas berbuka aku akan collapsed, as usual rasa nak muntah nak keluar balik semua ada, so kena baring dulu, baru leh solat maghrib.  Selalu aku beli juadah tak habis, memabazir, kenkadang aku decide masak, sama gak tak habis, so aku x pandai la sangat nak budget nak makan untuk aku sorang saja, takut tak cukup kalau sikit sangat.  Rasa dah sikit pun tapi masih tak habis lagi, badan sama je rasa cam kuyus sikit2 jer.  Body mantap sama jer, walaupun makan tak berapa lalu.  Tapi cam mana nak makan banyak, beli pun tak habis.  Katanya kenkawan nak datang berbuka kat umah aku, nak wat potluck.  Aku cakap sofa lum ada segan la, tapi tak baik plak cakap tak bolehkan.  Tengok la cam mana, kalau depa semua free aku ok jer, aku tak pernah ada halangan untuk orang datang unless aku tiada di rumah, cuma segan rumah masih lum kemas je.


Sofa Hijau Idaman

Susahnya jadi aku ni, kalau aku nak benda yang aku nak selagi aku tak dapat selagi tu la aku tak beli.  Barang-barang idaman aku ni salu pelik cikit sebab tu susah nak cari, kenkadang dah dapat design aku suka tapi color yang aku nak tak match lol.  Erm tak pa nanti aku survey lagi la, sampai dapat, frust pun ada.  Aku ingat raya ni nak wat house warming sebab tu kena la cari sofa cepat2.  Fikir2 balik banyak benda lagi tak complete kat umah aku tapi sebab dah lama pindah aku kena buat la gak jemput kenkawan.  Dah ramai tanya bila nak buat aku cakap tunggu raya la sebenarnya aku lum complete hias rumah sebab tu segan nak ajak la.  Banyak menda yang aku idam lum jumpa nie, bukan nak yang mahal2 tapi nak hias rumah cara aku la.  Apa aku suka aku mau beli la, bila dapat pujian kembang sikit montot, tapi tak niatla menunjuk2 barang yang aku ada cuma aku suka hias cara aku.  Oleh kerana konsep umah aku hijau epal, putih, hitam, so agak susah nak dapat sofa color hijau epal ni kena survey la untuk mendapat warna yang aku idam.  Aku dah survey kat IKEA, berkenan dah tapi color dia tak match ngan akunya concept, so KIV dulu la, worst come worst aku beli gak la kat sini walaupun rona tak ngam. Price dia leh tahan mahal tapi aku suka la.  Susahnya jadi aku ni semua nak macam aku nak selagi tak dapat selagi tu aku tak happy.  Macam barang2 lain or macam nak gi travel selagi tak pi selagi tu degupan jantung aku akan bercakap pada minda, nak juga nak juga.  Amin semoga allah makbulkan untuk aku berjumpa dengan sofa idamanku. 


  Aku nak color ni la, susah dapat kecuali kat kedai unique furniture


Aku suka L Shape tapi mesti color cam atas, kat mana nak cari  ni

Pilihan yang terakhir kalau tak susah nak dapat sangat








Thursday, August 4, 2011

Bola oh Bola

Sejak dua menjak ni aku memang taksub gila dengan bola, sejak Harimau Malaya tunjuk taring, kelincahan pemain2 muda ni wat aku berkobar2 nak tengok Harimau Malaya di Padang Bukit Jalil.  Impian aku berkecai masa Harimau Malaya bertemu dengan Liverpool, kat Bukit Jalil, semua ni tiket punya pasal.  Kalau cita kat sini buang masa ja, tapi aku belajar dari kesilapan la.  Tak mau la gi terkena untuk buat kali2 lain, tapi kalau nak terkena nak wat cam ne kan, kesilapan aku tak de info langsung pasal tiket ni, dah gi lewat pas tu .....bluwek kalau orang x berapa minat sport may be la tak kisah.  Tapi aku jenis minat sport ni so aku kisah gak la, marah juga walaupun di luar buat tak tau.  Akhirnya impian aku terlaksana la pada 27hb July untuk tengok Harimau Malaya bertarung, aku x kisah kalah ke idak yang penting semangat kesukanan, sib baik Fanim ajak aku, walaupun geng dia aku tak kenal aku layan ja sebab aku nak tengok bola.  Aku bank in le duit dalam akaun budak tu so untuk pastikan tiket aku terbela, jangan nanti aku tak dapat masuk lagi udah la.  Aku ni jenis kalau terkena sekali susah nak percaya lagi la...susahkan jadi aku.


Petang 27hb July 2011, aku minta balik awai kat bos nak balik tengok bola, pi kete ami baju tukaq pakai jersey aku dan fanim menuju Bukit Jalil, memandangkan stadium tu dekat ngan umah aku aku decide drive je, so senang la nak balik cikit.  Kami sampai awai so dapat masuk parking kan dalam, aku park dekat dengan bus penyokong Singapore.  Pelbagai fesyen aku nampak kat sini, penyokong dengan style yang aneh, canggih dan kelakar pada aku.  So sempoi depa ni taksub gila, aku suka tengok penyokong negara cenggini, tak kira bangsa semua turun support, bestnya kalau semua rakyat bersatu padu cam ni dalam mana2 gathering.  Walaupun kami sampai awai tapi kami tak leh masuk lagi, ahhhhh sudah aku tak nak sejarah hitam berulang, budak pegang tiket tu mana ntah kami tak jumpa2, line Celcom cam harem jer. Call in call out semua hampes, tak leh nak wat apa2 cam mana kami nak amik tiket ni aku dah risau.  Alhamdullilah oleh kerana aku memang berniat murni nak sokong Harimau Malaya, sebenarnya depa dok tak jauh la dari kami.  Dapat tiket kami terus masuk, alamak kami consider yang masuk lewat gak la, but compares to others yang tiada tiket kami still leh masuk la.  Ha ha ha. sib baik kenkawan Fanim jenis pandai cari tempat so kami dapat la dok kat depan2 tu, dekat ngan tiang gol.  Aku rasa pot baik punya, ditambah plak ngan penyokong yang fanatik melampau, so kami tak takut pun rasa terhibur lagi ada la.


Aku minta nak snap pic ni kat depa

Depa ni sangat sporting la

Aku terpikat kat balong dia

Dia kasi bendera free tapi balong baik punya

Superman Bukit Jalil

Screen Game

Adik yang sporting

Siapa lagi aku la

Adik ni mula2 aku ingat dia female

Adik ni sporting kasi pose Harimau Malaya

Aku suruh dia pakai wig kawan dia, sporting tul adik ni

Otai Malaya

Sebelum game start aku and fanim automatic jadi fan club join the groups lawan2 jerit2.  Penyokong fanatik dari Kedah paling best aku rasa siap gendang maki2 Singapore. Best tengok budak2 tu yang sangat sporting dengan rambut rimau la, baju rimau la, aku terpikat la plak ngan aksi2 depa.  Bestkan kalau Mesia salu masuk game leh la salu tengok penyokong yang ekstrem.  Pada aku malam tu Malaysia main ok, tapi player Singapore wat2 rebah badan gemuk depa tuh cam tak reti main, pengadil pun macam bangang ja asyik masuk belah Singapore jer.  Aku rasa cam nak pi terajang ja dia..ha ha ha over kan aku. Walaupun lapar kami jerit cam  kenyang sangat.  Walaupun Malaysia kalah aku rasa sebenarnya Malaysia tak kalah, sebab pemain Malaysia rakyat negara aku, bukan import cam depa.  Geram gak aku nampak kritikan kat Facebook dan kutukan pak cik kat kedai, macam bagus ja soh depa main tengok aku rasa haram tak tau main.  Yang paling aku menyampah tuh pak cik tu macam tak tengok ja pengadil bodos tu ngan strategic rebah badan gemuk tu.  Aku agak la pak cik tu kena tambah power la, walau apa pun terjadi aku tetap rakyat Malaysia yang sokong Harimau Malaya.  Aku dah ada jersi tiga helai tau...nkorang ada tak?  ha ha








Mau Jalan Lagi

Bestnya kalau jenjalan salu kan, ada ramai nak ajak gi jenjalan la kalau aku tak keje, keje berjalan jer ok la leh pi selalu jalan.  Ada orang ajak gi London, ada ajak gi Australia, ada ajak gi Vietnam, ada ajak gi Europe, wadus wadus mana satu mau pegi.  Aku udah bingong, kalau ikut hati semua tempat aku mau pigi, he he dasar kaki gatal sokmo, mana jer orang ajak kita pi la kan.  Kalau boleh aku nak jelajah semua tempat yang aku suka, sebenarnya negara yang aku teringin sangat nak pi adalah Japan, dari dulu aku aim nak gi Japan, tapi lum ada rezeki la.  Aku sendiri cam terniat or nawaitu la after Hong Kong rasa cam nak gi umrah, alhamdullilah kalau ada rezeki saya pi la wat umrah dulu yer.

Bestnya ada kenkawan yang mana rasa aku sebulu ngan depa dan boleh get along nak gi jenjalan ngan depa, aku tak kisah la tua muda aku join jer, macam Kak Saadi ajak aku gi Europe, rasa cam nak pi ja tapi cuti aku tinggal 9 hari termasuk cuti nak ambil raya.  Kena plan betul2 la takut aku tak dapat nak cover cuti untuk menda2 lain plak, mana tau ada emergency, gi pun mak dah la tak berapa sihat sangat.  Jalan-jalan saya nak gak gi semua tempat yang saya senaraikan tadi.  Walau apa pun terjadi saya tetap nak jenjalan, he he selagi saya kuat saya mau gi semua tempat yang saya suka.  Jom join saya kalau anda juga minat jenjalan cam saya.  Alohaaaa ....


Wednesday, August 3, 2011

Hong Kong Trip 1 @9th July-13thJuly 2011

Alhamdullilah akhirnya saya menjejakkan kaki ke Hong Kong, syukur yang tak terkata sebab apa yang dihajati dapat dipenuhi.  Lately ni kaki gatal je nak jalan, tak tau nape adakah sebab kesepian.  Sebelum ni dah cakapkan next trip saya, ni la trip saya yang saya rahsiakan tu.  Janji nak gi New Zealand, Hong Kong yang kami terjah, ok gak kan, janji jalan.  Wah bestnya kalau asyik gi jenjalan tak yah keje.  Aku memang suka jenjalan tapi ja aku tak suka bila sakit lepas balik berjalan.  Alhamdullilah aku x sakit kali nie.  Kami pi berempat Aku, Zu, Malik dan Din.  Semua aku kenai so pada aku tiada masalah untuk berbicara.  Trip kami ni kelakor pun ada esok nak pi malam ni baru discuss mana nak pi, semua sangat bz sampai tak dak masa nak discuss. 

Kali ni kami memilih MAS sebagai transport pilihan, memandangkan harga yang ok la dan atas faktor-faktor lain lagi.  Aku ajak Zu tido umah aku senang nak pi esok KLIA, balik agak lewat dengan dinner yang kurang memuaskan, aku yang lum packing apa2 lagi, rasa cam betoi ka aku nak pi Hong Kong esok ni.  Setelah selesai kemas dekat2 kul 12p.m baru la kami lena, sib baik terjaga dari tidur untuk pagi Sabtu.  Kami bersiap awai, pukul 5 pagi dah kuar umah, parking kete kat Menara TM, lebih selamat.  Naik putra, naik KLIA Express so sampai la KLIA, kami cam on time ja, tak banyak masa abis, solat kat sana, amik lite breakfast dan berlepas dengan selamatnya pukul 9.30a.m.  Perjalanan awal kami tidak terhalang, Airbus laju so perjalanan memakan masa 3 jam aje untuk kami sampai kat Hong Kong.  Aku rasa penat sangat sebab semalam lena2 ayam jer.

MAS kami naik ni

                                                                   Dalam Flite

Seperti dijadualkan kami pun sampai dalam masa 3 jam yang ditetapkan, sampai dia Airport beli Octupus Card beli tiket Airport express, kami pun maju ke Hong Kong Mainland,  Airport express ni lebih kurang KLIA express la, rega pun lebih kurang, laju la sangat.  Jauh gak dari airport nak pi hotel kami kat Nathan Road tu, sampai di stesyen kami naik bus connection ke hotel, ok gak so tak yah fenin kami naik bus yang ala2 bus mini, tapi yang canggihnya dia ada seat belt.  Memang la kena pakai sekali dia corner aku rasa kecut gak, adus speedy tul.  Akhirnya tak sampai setengah jam kami sampai la kat Nathan Road tu, Hotel kami dok adalah Imperial Hotel, tak jauh la dari jalan yang bus tuh buang kami.  Sampai kat hotel kami relaq sekejap, janji kul 5.00pm baru kuar sempatla rehat kejap, lagi pong area umah kami ngan tempat nak gi tuh dekat aje, jalan kaki ja.  Kami pi sana awai so nak tunggu tengok laser tuh kul 8.00pm.  Sambil tu kami amik angin tengok la kapal2 yang jalan kat laut tu.  Lepas tu kami pi Avenue of Stars kat situ banyak la tapak2 kaki artis2 Hong Kong nie.  Yang mana famous aku amik la pic, yang mana tak kenai cam na aku nak amik kalau habaq pun x la semua orang kenai.   Konon2 kat sini ada pancaran laser canggih, tunggu punya tunggu, kami rasa cam poyo ja.  So hari pertama kami hanya abiskan masa depan hotel tu ja, esok pagi kami plan nak pi Disneyland, kami tukar plan last minit sebab cuaca kata hari2 lain akan ujan. 

                                                      Jejak kaki kat Hong Kong


                                                       Happy la baru sampai

                                                              Nak naik train

Minah over depan LV Boutique


Tgk kapal2 ptg


Star Cruise ni sangat besar

                                                           Kapal Pirate malam
                                                 
Aku dan Bruce Lee


Lampu ni cantik

                                        Laser Ultraman yang poyo, penat kami tunggu
                                                     
                                                
Pagi awal2 lagi kami dah ready nak gi Disneyland, perjalanan jauh gak turun naik MRT kami pun keluar awal, sebab turun naik MRT tiga kali baru la kami sampai.  Panasnya ya allah, berpeluh ketiak ngan muka, seharian kami kat sini, umur cam aku ni rasanya tak terlayan Disneyland yang aku rasa sesuai untuk budak2.  Erm dah bayo dan datang layan ja, ari Ahad ramai orang so kena que jer nak masuk mana land dia.  Aku rasa kenkadang penat beratur tapi ada gak yang show dia enjoy.  Kat sini halal food susah sikit, aku x confident sib baik cilop biskut tiger n kurma so aku tahan lapar la balik bilik hotel taram roti gardenia dan maggi.  Hidup juga aku makan menda2 cam ni kalau kat Mesia mau pengsan tak makan nasik.  Sib baik beringat bawal bekal banyak untuk makan. 

Tiket Disneyland yang mahal

Aku amik je tak ingat sapa dia ni


Nak gi umah tarzan kena naik rakit

                                                              Tarzan House


                                            Paling over, aku tak tau character apa dia

Aku rasa dia sangat comel


Small world for kids

Cute dolls

Roller coaster kasi akunya jantung mau luruh


Aku punya la standby baik punya

Baik punya depa langgar akunya pose

Hari Ketiga, kami pi HK Island, kali ni kami naikMRT kami bawah laut., ramalan cuaca yang tepat buat kami ditimpa ujan la cikit sebelum nak masuk MRT.  Tak tau mai mana rakyat Hong Kong ni, naik pi la siang malam, kami agak sukar nak dapat tempat dalam train.  Tempat yang dituju adalah The Peak Tram, Madamme Tussauds and Sky Terrace View.  Tempat ni ala2 Bukit Bendera , Penang, naik agak scary, seat belt tak dak, kalau melunsur mati la kami semua.  Actually nice view kalau x berkabus, oleh kerana cuaca kelam kami x nampak sangat la view tu.  Naik Sky terrace, dengan escalator yang menakutkan, ermm aku rassa tak dak OSH ja bangunan depa ni, sungguh menggayatkan nampak orang kat bawah, kalau jatuh berpinau dan patah gak la.    Snap pic sana sini, dok rehat beli air lepak kedai makan, kami pun turun, merayau town plak. Kami nak cari halal food, dalam buku ada tulis orang Indonesia buka kat sini, so kami pun meredah la semua kota2.  Panduan jalan yang mudah buat kami senang nak cari je tempat yang kami nak pi.  Alhamdullilah kami dapat cari dengan mudah kedai makan tu, nama kedai pak aji u Warung Malang, ramai muslim makan sini, orang indonesia pun makan kat sini, banyak orang Indon kat Hong Kong .  Lepas makan kami merayau-rayau konon ada factory outlet sini, may be dah letih kami tak layan sangat, kami cari tempat selesa sikit iaitu Timesquare yang sangat canggih, aku rasa kat KL pun x cantik sangat building ni.  Kaki aku rasa cam nak patah, depa cari menda apa ntah aku rembat seluar Adidas ja satu sini.  Depa aku tak tau beli apa sebab kami semua berpecah time shopping ni, janji 8.15 jumpa depan Boutique Coach je.  Ada orang rambang mata tengok barang lam ni, aku layan n lepak tunggu depan bangunan jew.


Ni macam Bukit Bendera la


Train nak naik kat atas
                                                            

Tempat wajib kena pi ni

Ni la Madamme Tussauds

Aku dan JLO & Brad Pit

Berlakon konon2 queen

Comel tau dia ni

Puncak Sky Terrace

Saja nak tunjuk nama Sky Terrace


Aku pose untuk semua


\
Japan ni layan sensorang pas tu soh aku snap pic kat dia

Lawa building dia, aku suka

Tauke kedai halal

Nama kedai dia Warung Malang


                                                 Aku snap sexy rupanya sexy lain

Timesquare HKG


Aku dan Timesquare

Aku sakit kaki tapi masih nak bergaya

 
Hari Keempat, semalam aku dah decide tak moh ikut lagi sebabnya kaki aku sangat sakit, may be sebab muscle pain bekas main futsal.  Aku dah intai depan hotel kami ada banyak boutique, aku rancang nak gi Mongkok sendiri.  Tup tup Malik call cakap akak kena ikut gak kami kalau idak, picture tak dak x best.  Hari keempat ni kami plan naik Big Bus jer.  So kami plan naik route merah jer, kami bayar HK180 includes tambang Star Ferry, aku rasa naik ferry ni nak termuntah sebab ombak sangat bergelora.  Sib baik aku ikut rupanya Hard Rock Cafe udah move kat HK Island, erm kami blur la gak awai2 plan kami cari HRC dulu, turun kat Central, rupanya kami salah dah la ujan, ada orang sakit perut so kena turun dulu, ingat HRC dekat2 situ rupanya idak, sib baik kami ambil baju ujan dalam Big Bus tu, so kami x la kena ujan sangat.  Cari punya cari naik escalator kat SOHO, kami sangat pasrah, adus rasanya tersilap la plak naik kat sini, aku rasa pada mulanya.  Penat cari tak jumpa akhirnya kami decide mau naik bus semula, cari la kami station depan hotel LKF, tunggu punya tunggu, kami rasa bosan.  Zu melilau cari menda apa aku aku tak tau, alhamdullilah kuasa tuhan Zu juga la yang jumpa HRC tu, dia nampak betul dekat tangga kami tunggu depan bus, so apa lagi aku pun bergegas la gi beli.  Aku rembat topi ngan baju, topi sangat cantik aku suka sesangat, perasan la plak kan.  Lepas dapat baju kami nak gi Wan Chai Computer Centre la plak, kami plan nak makan menda lain plak, nak cari Muslim Restaurant.  Tapi kami lost kat sini kami cari sampai nak lapar pun tak jumpa, he he akhirnya kami makan balik kedai Warung Malang tu. Penat aku dah mula rasa sakit kepala sebab kena titisan air ujan tadi, last2 malam terakhir ni kami decide nak balik gi Ladies Market, kat Mong Kok.  Aku cadangkan balik mandi dan baru la pi, nampak cam pasar malam petaling street ja, sport outlet dia sangat banyak di sini.  Harga dia sama je kat mana2 boutique yang dok kat tempat canggih, tapi aku rasa murah sikit dari Malaysia, design lain sikit tak dak kat Mesia.

Star Ferry


                                                      Bus ni best kalau dok atas

Aku saja nak tayang hampa aku dok atas bus

                                              Hard Rock Cafe yang bikin aku penat cari


Hari kelima, ni hari nak balik la, this time aku tak terasa rindu sangat nak balik Mesia, tak tau nape.  Ha ha ha aku rasa nak repeat la Hong Kong ni.  Flite kami pukul  petang aku tak ingat kul berapa dalam 3 jam kami sampai la KLIA, dekat magrib la kami sampai rumah lebih kurang.  Singgah solat kat ofis, singgah makan siap2 akhirmya dalam kepenatan kami sampai umah.  Aku sangat penat tapi esok kena kije la, penat tahap keje contract.  Hora sakan semua orang cakap aku, jenjalan jew keje aku, tapi aku memang suka jalan nak wat cam ne. 

Aku suka Kapal terbang sayap nie

Aku dah nak balik nie