Thursday, August 4, 2011

Bola oh Bola

Sejak dua menjak ni aku memang taksub gila dengan bola, sejak Harimau Malaya tunjuk taring, kelincahan pemain2 muda ni wat aku berkobar2 nak tengok Harimau Malaya di Padang Bukit Jalil.  Impian aku berkecai masa Harimau Malaya bertemu dengan Liverpool, kat Bukit Jalil, semua ni tiket punya pasal.  Kalau cita kat sini buang masa ja, tapi aku belajar dari kesilapan la.  Tak mau la gi terkena untuk buat kali2 lain, tapi kalau nak terkena nak wat cam ne kan, kesilapan aku tak de info langsung pasal tiket ni, dah gi lewat pas tu .....bluwek kalau orang x berapa minat sport may be la tak kisah.  Tapi aku jenis minat sport ni so aku kisah gak la, marah juga walaupun di luar buat tak tau.  Akhirnya impian aku terlaksana la pada 27hb July untuk tengok Harimau Malaya bertarung, aku x kisah kalah ke idak yang penting semangat kesukanan, sib baik Fanim ajak aku, walaupun geng dia aku tak kenal aku layan ja sebab aku nak tengok bola.  Aku bank in le duit dalam akaun budak tu so untuk pastikan tiket aku terbela, jangan nanti aku tak dapat masuk lagi udah la.  Aku ni jenis kalau terkena sekali susah nak percaya lagi la...susahkan jadi aku.


Petang 27hb July 2011, aku minta balik awai kat bos nak balik tengok bola, pi kete ami baju tukaq pakai jersey aku dan fanim menuju Bukit Jalil, memandangkan stadium tu dekat ngan umah aku aku decide drive je, so senang la nak balik cikit.  Kami sampai awai so dapat masuk parking kan dalam, aku park dekat dengan bus penyokong Singapore.  Pelbagai fesyen aku nampak kat sini, penyokong dengan style yang aneh, canggih dan kelakar pada aku.  So sempoi depa ni taksub gila, aku suka tengok penyokong negara cenggini, tak kira bangsa semua turun support, bestnya kalau semua rakyat bersatu padu cam ni dalam mana2 gathering.  Walaupun kami sampai awai tapi kami tak leh masuk lagi, ahhhhh sudah aku tak nak sejarah hitam berulang, budak pegang tiket tu mana ntah kami tak jumpa2, line Celcom cam harem jer. Call in call out semua hampes, tak leh nak wat apa2 cam mana kami nak amik tiket ni aku dah risau.  Alhamdullilah oleh kerana aku memang berniat murni nak sokong Harimau Malaya, sebenarnya depa dok tak jauh la dari kami.  Dapat tiket kami terus masuk, alamak kami consider yang masuk lewat gak la, but compares to others yang tiada tiket kami still leh masuk la.  Ha ha ha. sib baik kenkawan Fanim jenis pandai cari tempat so kami dapat la dok kat depan2 tu, dekat ngan tiang gol.  Aku rasa pot baik punya, ditambah plak ngan penyokong yang fanatik melampau, so kami tak takut pun rasa terhibur lagi ada la.


Aku minta nak snap pic ni kat depa

Depa ni sangat sporting la

Aku terpikat kat balong dia

Dia kasi bendera free tapi balong baik punya

Superman Bukit Jalil

Screen Game

Adik yang sporting

Siapa lagi aku la

Adik ni mula2 aku ingat dia female

Adik ni sporting kasi pose Harimau Malaya

Aku suruh dia pakai wig kawan dia, sporting tul adik ni

Otai Malaya

Sebelum game start aku and fanim automatic jadi fan club join the groups lawan2 jerit2.  Penyokong fanatik dari Kedah paling best aku rasa siap gendang maki2 Singapore. Best tengok budak2 tu yang sangat sporting dengan rambut rimau la, baju rimau la, aku terpikat la plak ngan aksi2 depa.  Bestkan kalau Mesia salu masuk game leh la salu tengok penyokong yang ekstrem.  Pada aku malam tu Malaysia main ok, tapi player Singapore wat2 rebah badan gemuk depa tuh cam tak reti main, pengadil pun macam bangang ja asyik masuk belah Singapore jer.  Aku rasa cam nak pi terajang ja dia..ha ha ha over kan aku. Walaupun lapar kami jerit cam  kenyang sangat.  Walaupun Malaysia kalah aku rasa sebenarnya Malaysia tak kalah, sebab pemain Malaysia rakyat negara aku, bukan import cam depa.  Geram gak aku nampak kritikan kat Facebook dan kutukan pak cik kat kedai, macam bagus ja soh depa main tengok aku rasa haram tak tau main.  Yang paling aku menyampah tuh pak cik tu macam tak tengok ja pengadil bodos tu ngan strategic rebah badan gemuk tu.  Aku agak la pak cik tu kena tambah power la, walau apa pun terjadi aku tetap rakyat Malaysia yang sokong Harimau Malaya.  Aku dah ada jersi tiga helai tau...nkorang ada tak?  ha ha








No comments: