Saturday, August 6, 2011

Puasa Vs Solat

Dalam kepayahan dan kepenatan kita berpuasa aku kenkadang cam kesian kat orang yang sanggup menahan lapar dan dahaga tapi tak solat.  Kesiankan solat 5 waktu tak buat sangat la, tapi puasa buat, cita bangun sahur la cita makan tu makan ni.  Bulan puasa konon tak nak mengumpat, tapi kalau tak solat tu cam mana, budus la plak orang ni.  Pelik kan adakah derang rasa apa2 perbezaan antara bersolat dan berposa, kalau posa dapat pahala, kalau solat tak dapat pahala kew.  Bulan posa konon2 bulan mencari pahala, tapi kenapa tak disekaliguskan.  Ada orang solat zohor je, tapi tak pernah solat asar, tak tau la bukan nak menuduh katanya sampai umah pukul 8, asar tak solat, boleh aku assume dia solat qada la kot.  Ada orang pakai tutup aurat sana sini, sepanjang la observation aku ada tak pernah pun dia cakap dia ganti puasa. Ada orang pergi mengaji sana sini, tapi bila bab2 ganti posa cakap dolak dalik.  Fasal fidyah pun kurang ariff, siap cakap aku ganti posa tahun lepas2, kelakarkan mana leh ganti tahun lepas2 dulu ganti tahun lepas dulu, lepas tu baru la buat yang lepas2 tu siap bayar fidyah sekali yang berlipat ganda.  Aku memang la agak jahil tapi aku rasa ilmu aku masih ada la sikit.  Yang paling aku kasihan kalau orang siap pakai tudung tak pernah solat langsung, tapi berlagak alim macam ustazah, ahhh baju jarang la, eeei pala hotak dia baik jangan pakai kalau nak solat 5 waktu pun malas...sian nko kan.  Tapi paling aku kasihan kalau dah umur 50an pun malas nak solat, solat bila tengok orang solat idak pun ada masalah sikit baru dia solat, siannya aku rasa hidupnya terbuang begitu sahaja.  Ada orang pandai cakap pasal agama, berdosa la pakai ni pakai tu, tak hormat la, apa la ini la itu la, tapi setau aku bulan puasa kenkadang dia tak puasa, berbuka sebab letih tak sahur bukan budak kecil tau dah umur 40an malu betul, ada gak berbuka puasa sebab gi shopping jalan TAR, oh tuhan sesungguhnya, aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberi kekuatan untuk berpuasa tanpa menjadi pelakon dunia.  Nasib sangat baik sebab ayah dan mak latih posa dari darjah satu dulu2, Solat terawikh kampungku paling terbaik berbanding kat KL ni, aku suka tok imam yang baca berlagu dan sangat syahdu, aku suka tok bilal kampungku yang azan mendayu2 yang wat aku rindu salu nak dengar azan itu yang aku rasa tiada kat KL ni..uwaaaa




No comments: