Kalau diberi pilihan sekarang antara makan luar dengan masak, aku akan pilih masak la, walaupun lauk simple aku rasa ok gak la aku masak. Syabas untuk diri sendiri walaupun aku bukan jenis kategori memasak sama ada masa dok menyewa atau dok umah kakak dan balik kampung. Masak-memasak aku tak sentuh la tapi kalau time camping lagak aku cam pandai masak sangat, he he almaklum dah berumur kena la tunjuk cam terer. Apa yang aku masak hari ni based on teringat masakan mak, so aku cuba akan masak betul macam mak masak kat kami masak kecik2. Masakan mak aku paling best compares ngan mak orang lain la, sesungguhnya aku rasa mak masak paling sedap lol. Kuih muih mak yang mak warisi dari tok aku sebelah ayah memang sangat sedap. Banyak kuih dijual di bulan ramadan ni kat bazar tapi aku rasa semuanya hampes belaka accept dua tiga kedai yang dah lama aku kenal pasti jual memang sedap contohnya murtabak, popia basah dan juga tepung pelita, beli pun bila atau bertukar ramadan rasanya sama je masih sedap seperti dulu.
Bulan puasa tahun ini amat bermakna pada aku sebab aku dah duduk rumah sendiri tambahan pula aku dah berubah suka masak. Tak tahu la nape aku rasa aku masak paling sedap kalau nak banding dengan semua kedai yang aku makan, ha ha aku masak tak pakai aji no moto tau. Aku memang sangat alergic ngan pak aji ni sebab dia bikin perut aku proses sangat cepat, tak tahan la kasi putar perut aku. Semalam buka puasa aku beli nasi ayam tapi tak habis sebab semalam aku masak udang masak petai sedapnya tau. Memang dari pagi aku plan nak cari petai nak masak ngan ikan bilis aku, tup2 bila pergi Giant aku lupa beli alamak, nak cari ayam kedai yang salu aku beli tu pun dah abis semua abis sebab bulan puasa ni ramai orang suka wat stok nak masak, malas nak keluar salu la tu, beli siap2 tak yah susah2 la nak gi pasar dua tiga kali. Masa jenjalan kat bazar ramadan depan umah kak aku, tup2 nampak orang jual petai mentah, alhamdullilah tuhan makbulkan niatku nak makan petai. Kalau bulan tak puasa tak la mengidam nak makan petai sampai cam ni, tengok pun tak selera. Aku makan petai la berbuka posa semalam, aku rasa sedapnya makan petai cam makan KFC plak. Tapi ari ni aku memang plan nak masa udang ngan ubi jer, alhamdullilah aku masih sempat masak walaupun ari ni training kat TMTC. Yang aku pelik nape semua orang cam tak sempat jer nak balik masak ngan buka posa, jalan mana depa follow, aku rasa setakat kul 4.00 or 4.20 setakat ni aku boleh masak dan baring2 atas katil lagi. Tak tau nape banyak orang kena jem jer, aku rasa depa keluar lambat pastu salahkan jem. Alasan nak pi bazar ramadhan la tu...yuhuuu ari ni saya masak lobak masin macam mak masak kat kami masa sahur dulu2, makan panas2 sedapnya. Apa mak masak semua sedapkan taste dia saya masih rasa sampai sekarang.
No comments:
Post a Comment