Berbanding dengan taun2 sebelum ni aku memang salu dapat jemputan berbuka kat hotel2, tapi semua tu bila aku pikiaq balik kalau jemput aku rugi la, sebab aku makan tak leh banyak. Kalau makan setakat gerai biasa aku layan jer, aku bukan jenis memilih kedai cuma memilih makan sikit jer. Satu lagi yang aku tak suka buka posa kat luar, malas nak tulis kat sini sbb aku bukannya alim tera mana, tapi kalau buka kat luar cam tu la jadinya, solat entah kemana, tu yang aku tak suka sangat. Tapi kalau dah berkawan ni apa leh buat bukan dipaksa, tetapi demi persahabatan yang lama terjalin, bestnya bersama gather2, gelak, tawa usik mengusik bersama rasa cam tak moh balik umah bila dok bersembang ramai2.. Yang paling kelakar abis satu kedai pi sambung kedai lain plak, punya la gila bila jumpa sekali sekala. Penghujung puasa aku banyak buka puasa kat luar dengan kenkawan terapat. Banyak kedai kami cuba, this year aku lebih makan nasi ngan coke, gila kan minum coke buka posa pedih perut tu, tapi apa leh wat macam dah mengidam, perlu ada coke untuk aku minum bila buka posa. Sib baik perut aku tahan kalau idak mau masuk spital sebab ayaq ni.
No comments:
Post a Comment