Friday, September 30, 2011

Jem Hangit Semalam

Semalam balik aku gi bayar duit kete kat Public Bank, PJ New Town.  Ada member ofis suruh drop by kat Hilton Hotel, katanya nak organize event ada signing ceremony last minute. Kete hubby dia accident, so aku pun tak kisah on the way je nak gi situ so aku hantar je dia orang kat pintu belakang Hilton.  Oh, nak tau apa aku buat semalam disebabkan makan2 aku salin baju kurung kepada seluar pendek dengan t-shirt, aku dah mula rimas pakai baju kurung seharian.  Sib baik bekalan sentiasa ada dalam kereta, so leh la suka2 hati tukar baju kat ofis.  Oh keluar dari ofis pukul 7.00 p.m, hantar member kat Hilton dan terus gi bayar duit kereta, everything  so clear tak dak masalah, cuma otak aku cam di awang-awangan lately ni tak tahu nape. Berangan ka, pikiar hape pun aku tak tahu, kenkadang lain aku cakap lain aku fikir.  Tapi apek dalam bank tadi tengok aku semacam ja, tak tau la apa dosa aku kat dia, dia pandang berkali2 plak tu. Hish pelik2 lately ni salu orang pandang aku cam tu, apa salah aku.

Perjalanan balik rumah yang ku jangka sekejap menjadi satu jam, lenguh kaki aku dengan jem hangit yang tak terduga.  Mana mai ramai sangat ni penduduk kat mesia2 tetiba aku nampak kete cam semut itam ja menjalar atas jalan walaupun color kete x sama, tapi sebab malam aku nampak sama ja.  Ditambah dengan fikiran meracau aku, balik sana sini jem, nape la Malaysia ni siang malam jem, aku heran tul ada highway ada pi la segala jalan mak nenek yang ok, semua jem.  La ni jalan balik umah aku plak jem, sebab short cut balik Puchong dengan Subang dan Klang pun boleh, aku ni kira border ngan PJ, atas fly over Kesas Kinrara, ramai dah tau short cut ikut Petaling Utama ikut Sri Manja balik Highway tu.  Semalam jem aku tersangkut dari bulatan Petaling Jaya New Town , ikut perumahan keluar menuju ke bulatan Jalan Othman sampai la rumah Sri Manja traffic lite.  Oh rasa nak marah pun tak boleh sebab semua orang tak bersalah, habis salah siapa kalau sana sini jem, he he, pengguna jalan raya ka pembuat jalan raya, terancangkah jalan2 yang dibina, memasuki taman perumahan sangat2 berbahaya untuk penduduk di situ. 

 Sampai Suria Kinrara, rumah aku, aku boleh tersandar dalam kete dengan kaki yang lenguh, nak rest kejap.  Cepat2 naik solat maghrib pas tu rehatkan badan makan anggur, goreng tempe separuh masak, sambil minum air feel n fresh, fuh nikmatnya dunia.  Nak makan berat tak boleh masuk dah, dua majlis hari raya aku dah layan ari ni, yang paling best rumah sepupu kami la under TM Wholesale, PDM.  Makanan semua sedap hingga buat aku yang kurang selera ni makan banyak, second jamuan Tiaranita makanan tak berapa macho, artis tak cun sangat depa jemput, walaupun  tak cun tapi sora depa sedap, aku tak kenai pun sapa depa. Pukul 5.00p.m aku angkat kaki tinggal majlis, aku hadir sebab dah kasi nama la.






Thursday, September 29, 2011

Aerodance After Raya

Dah lama aku tinggal aerodance ni sebenarnya aku baru join balik this month.  Ada sesetengah orang tak tahu apa tu aerodance, sebenarnya aerodance ni adalah singkatan aerobic dan dance.  Maksudnya kita orang melakukan aerobic tetapi dengan menari ala2 hip hop la, rock la, retro la semua ada, dipendekkan cite kira mengikut lagu2 yang latest la di mana dalam tarian tersebut terdapat teknik2 tertentu@exercise le.  Nak tahu nape aku keluar class ni, jawapannya aku rasa bontot aku makin naik je, may be asyik wat senaman bontot je.  Aku rasa pakai jeans bontot cam terkeluar ja, he he, orang cakap lawo bontot terkeluar, ada ka cam tu.  Nak tahu nape aku join balik, satunya aktiviti futsal dah kurang, kenkawan sibuk, aktiviti jogging pun makin malas, so kena la wat exercise kena paksa juga walaupun berbayar.  Lagi satu aku peha aku yang besar ni semakin besar sebab tu aku kena work out balik, lagi masa nak BM Hill hari tu aku terpancit, so ni tanda2 aku tak sihat la.  Jadi kenalah terkinja2 balik menari, menari memang aku suka.  So akan aku abadikan setiap gambar dalam class supaya aku dapat ukur, menari ni wat aku fit ke idak, peha kecik skit tak. Sebenarnya jogging lagi cepat kecik peha, tapi aku wat weekend ja, sensorang pun aku layan, sambil nak hilang rindu bayangan kat mamat tu. 

Aku suka exercise pagi, nak tahu sebab apa, time ni kita akan rasa malas dan kurang segar so bila exercise kesegaran untuk berkerja akan muncul.  Lagi pun cikgu kami cun, body sexy, he he dia suka usik aku, time mata aku nak pejam.  Kelakarkan setiap hari malam rabu aku akan ada masalah tidur that's why aku akan mengantuk dalam kelas, ada saja tak leh lena la.  Sebab tu asyik terpejam ja mata sepet aku ni..tapi semangat punya pasal nak kecilkan peha aku mesti hadir kelas ni.  lagi satu nape aku keluar dari kelas ni dulu sebab trip jenjalan aku gi oversea semua kena hari rabu, so aku pun malas nak masuk kelas, rugi la bayar tapi tak boleh attend class.  Tapi demi mengekalkan susuk tubuhku aku perlu rajinkan diri ke kelas, tiada masalah untuk aku bangun pagi, sebab aku memang bangun pukul 5.00 pagi kalau hari berkerja.  Kalau hari Sabtu dengan Ahad may be la aku dah set mind esok tak keje, so aku bangun untuk subuh ja.



Ni la Novem cikgu aku..dia salu cekak pinggang kat aku kalau aku malaih dance..

Bergambar untuk class pertama selepas berehat sekian lama

Second class aku..hu hu peha aku sgt besar

Third Class..aku rasa selesa skit peha sudah tidak bersentuh lagi

Aku mahu ada kenangan bagi setiap class bagi mengukur ada perubahan tak pada body aku..


Noni

Tak semua orang tahu aku ada nama timangan, hanya kenkawan yang rapat ja tahu nama timangan aku 'Noni.  Mak cakap dari umor aku 3 bulan mak panggil dengan nama tu, sebab mak suka dengan nama tu.  Seingat aku dari kecik aku membesar dengan nama ni, sampaikan masa sekolah tabika aku ingat aku tak tahu nama sebenar aku dipanggil untuk naik ke pentas.  Kelakarkan punyalah nama noni sebati dalam hidup aku seakanaku aku terlupa nama aku yang sebenarnya, sehinggakan cikgu aku terpaksa jerit nama noni untuk aku naik ke pentas nak terima hadiah.  Ada juga sedara aku tak tahu nama sebenar aku sebab salu panggil nama aku noni, sampaikan bila dia nak hantar kad raya kat aku dia terkejut nama aku lain tiada pendekatan langsung hubungan nama noni dengan nama sebenar aku.  Bestkan ada nama timangan, mak memang cam tu ubah nama aku ngan nama adik2 aku.  Tapi mak cakap bukan dia yang ubah dia cakap arwah bapa saudara aku yang kasi nama tu, dia cakap aku tembam masa kecik2 sebab tu dia kasi nama tu.  Tapikan ada gak kenkawan cakap nama noni tu cam nama kucing, sampai hatilah cakap cam tu, tu nama timangan aku la tu.  Nama noni seakan bersebati dalam jiwaku, ada setengah orang kampung pun tak tahu nama sebenar aku, pernah satu masa kawan sekolah datang cari aku, kesian dekat depa cari aku tak jumpa sebab guna nama betul aku.  Tok aku marah kat mak dia cakap buat pe nak panggil nama tu, bukan nama betul, ala dah tua2 baru nak ubah mana bolehkan.

Ada juga kenkawan sekolah cuba test panggil nama aku dengan nama tu, yang tahu nama aku noni dari kenkawan aku dari kampung.  Pada mulanya depa ingat aku pakai nama samaran dia cuba panggil dalam kelas masa aku form six, tercari-cari aku sapa yang panggil aku, bila dia nampak aku macam tercari barulah dia cakap sebenarnya dia nak test ja tu.  Ada juga yang menyangka aku pakai nama samaran, tapi bila dapat tahu mak aku memang panggil aku dari kecik so barulah clear.  Aku suka nama aku ni bila ada orang tahu dalam diam bukan dari mulut aku, sebabnya aku tak suka nak war warkan semua ni.  Kalau dalam fesbuk ada juga yang suka tulis noni, sebab depa tau tu nama timangan aku, aku suka biarlah orang lain tak tahu tu nama timangan aku, bukan aku cipta nama tu tapi nama tu datang dari family aku yang kasi.  Bestkan ada dua nama, tapi la ni aku ada lagi banyak nama, bos dulu panggil aku mas, ada panggil aku manis, ada panggil aku sweet, sweetie semua depa pepandai panggil, tapi kalau tukar bahasa malaysia sama je maksudnya tu,  masa study dulu ada juga jahat panggil aku man sengaja la tu, yang aku rasa kelakar kami ubah nama kami semua jadi otai nama aku jadi esah..gelakla kami macam ribut bila pakat dok reka cipta nama-nama cam ni cam zaman dulu kala..he he walau dengan nama apa pun dia orang panggil aku, aku ok je..



Adakah Cinta itu Memenatkan

Aku dah penat, nak tahu tak penat apa, aku penat dengan masalah kenkawan yang ada masalah rumah tangga dan masalah cinta yang mana buat aku takut nak bercinta takut nak kawin.  Tanpa aku sedari kenkawan dan saudara mara juga tak terlepas dari masalah ini. Bila ada yang bermasalah ayah mesti risaukan aku, mesti dia cakap "Kalau aku dengar mesti dia tak nak kawin', memang pun ada sedikit phobia dengan masalah rumah tangga orang. aku rela bersendirian dari terjebak dengan problem, sedikit masalah buat aku risau dan takut aku sangat takut title single akan bertukar jadi janda.  Sian aku kan, dah banyak masalah kenkawan aku tengok, aku bagaikan pendengar setia yang selalu menjadi tempat orang lain melepaskan masalah.  Aku kesian kat dia orang ni sebab tu aku mesti layan depa dengar, tapi tahun ni aku berjaya menghindari diri untuk mendengar problem kawan aku yang ada masalah lagi. 

Bukan aku tak pernah bercinta, bukan aku tak pernah merasa pedihnya bercinta, semua itu kukuburkan dalam hatiku. Orang yang aku suka orang yang aku cinta semuanya tinggalkan aku merana, tinggalkan aku terkapai tatkala aku merasa nikmat bercinta.  Mungkin ini yang menyebabkan aku dingin dalam bercinta, aku pun tak tahu, orang cakap aku memilih.  aku tak rasa macam tu sebab aku pernah jatuh cinta dengan mat despatch, aku pernah jatuh cinta dengan budak jurujual kat kedai ja.  Tapi aku rasa pedih bila tertipu dengan sandiwara semasa, pernah tiga hari aku menangis sebab lelaki yang aku suka lelaki yang aku cinta tetiba cakap dia nak bertunang.  Ha ha kesian aku yang ada nasib malang dalam percintaan, banyak lelaki aku kenal dan kebanyakan tiada kejujuran.  Ada yang berkahwin mengaku bujang dengan aku, bini call marah2 aku cam aku ja mengorat laki depa, adus ini aku paling menyampah, bila terkantoi nama akulah busuk.  Yang paling aku bengang lelaki mula burukkan nama aku, akulah yang jahat, time dia mengorat aku, time dia ambil aku pergi makan2 aku tak nak, aku la jahat sangat..Malang sungguh aku dalam percintaankan..he he.

Cinta aku memang membosankan, cinta pada aku bagaikan hiasan make up yang mengaburi pandangan orang lain nampak di luar cantik, tapi bila dicuci, itulah sebenarnya wajah sebenar kepalsuan yang ditaburi hanya untuk beberapa jam.  Telah aku cuba untuk mencintai dan dicintai, lupa segala kepalsuan lupa segala dusta cinta, tapi aku tak terdaya, bila kucuba untuk membuka pintu hatiku, sedikit tipu helah buat aku menyampah.  Kenkadang aku ingin bercinta kenkadang aku ingin menyendiri, ohh siapakah Mr Rite yang dapat merungkai kunci mangga dihatiku aku pun tak tahu.  Bila aku rasa suka pada orang tapi aku tak tahu harus bagaimana aku nak ucapkan, aku cuma mampu memendam rindu dan melihat dari jauh, Sampai bila aku pun tak tahu...aku takut dikeciwakan aku takut hanya aku bertepuk sebelah tangan. 

Pada pandangan kenkawan, mustahil aku tidak berteman, mustahil aku tiada yang special, sudah berapa kali aku menjawab memang aku tak berpunya.  Di wajah aku ni tertulis aku banyak boy friends ke, sedangkan memang aku tak berpunya.  Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang menyintai dari jauh, itu aku tak tahu ada juga kes cam ni, aku tak tahu dia suka aku, bila dia ikut cakap mak dia kawin, baru lah kenkawan dia cakap aku sombong tak layan.  Errk aku sombong, sebenarnya aku lebih suka lelaki yang berterus terang, mat salleh cakap direct to the point cam lagu Arrow plak 'aku tak marah'.  Kalau suka cakap la suka, nape dah kawin dengan orang lain baru cakap aku tak layan, mungkin orang ingat aku berlagak, sebenarnya tak la aku memang macam tu.

Siksanya bercinta siksanya merindu dan dirindukan, penatkan bila rasa rindu, sakit dada bila berdebar bila terasa suka bila terasa rindu nak jerit aku malu nak cakap aku malu, aku suka padamu aku rindu padamu.  Oh bila agaknya aku nak cakap saya suka awak kat lelaki yang saya suka, aku malu arrrrrrrr..tu kelemahan aku sebenarnya orang tak tahu, nampak aku peramah bagai nak rak, bab cinta aku malu la...








Wednesday, September 28, 2011

Bila Andaianku Salah

Aku rasa aku tersilap menilai, aku rasa ku tersalah menafsir, aku rasa aku tersalah menjawab teka teki yang dijawab oleh aku sendiri.  Mungkinkah semuanya mungkin, aku pun tak tahu apa yang berlegar dalam kepala otak ni, andai kata aku menghina dan menyakitkan hati sesiapa, minta ampun banyak2 aku tak sengaja.  Sebabnya tatkala aku resah segala yang berlegar di fikiranku semuanya aku rasa benar.  Apa yang ku rasa mungkin benar mungkin salah, mungkin aku cuba menidakkan sesuatu yang benar.  Adakah ego menguasai diri ni hingga sanggup melukakan hati insan lain yang tak berdosa.  Aku memang cam tu kalau marah cam nak pecah kapal, tapi sebenarnya aku tak suka marah2 orang, kejap lagi aku rasa berdosa pulak cakap kat orang macam tu.  Jahat tak aku kalau perangai cam tu, oh aku x suka la war dalam jiwa aku aku suka peace je.  Aku cepat rasa berdosa pada orang yang aku marah, aku tak sanggup tengok orang lain sedih sebab perbuatan aku tak kira tutur kata ataupun perbuatan.  Maafkan aku dari jauh kupohon, kuharap ada yang mendengarnya..Aku bersalah lagi, maafkan aku.  Aku tahu ada yang bersedih ada yang marah pada aku tapi aku tak tahu macam mana nak minta maaf...oh tuhan tolong ingatkan aku jangan suka naik angin tak tentu pasal tanpa soal siasat...Lesson learnt untuk hari ini, jangan terburu, jangan salah sangka, jangan dengar cakap orang...jangan suka mengkaji sampai anda rasa pening dan jangan marah2 orang ...




Satannzz

Dah dua hari aku rasa bosan, tak tahu kenapa, masak malas, makan pun malas beli pun bukan makan sangat buang saja.  Ya allah ceriakan kembali jiwa dan ragaku, aku pun tak suka dengan kemalasan yang melanda dalam diri.  Nasib baik kemarahan tidak menguasai jiwa dan ragaku, kalau tidak dah ramai kena maki hamun dengan aku kan.  Baju raya tak siap bukanlah isu besar, yang menyebabkan aku bosan dan malas datang dari jiwaku sendiri, nasib baik tidak menghalang aku untuk bersolat, kalau dulu mungkin dirasuk hantu syaitan buat aku malas untuk bersolat.  Tapi sekali ni aku kuatkan fizikal dan mental  untuk melawan bisikan syaitan supaya tidak mengerjakan ibadah. Mimpi2 pelik tidak lagi muncul dalam tidur aku, pesan ustaz, pesan tok guru dan juga kawan2 sepejabat nak tidur ambil wuduk, so aku amalkan, syaitan tidak muncul lagi dalam mimpi aku.  Andai aku terleka mungkin dia muncul sekali sekali, tapi aku tidak gentar, biarlah datang beratus pun, allah seakan2 melindungi aku dan aku sentiasa diberi petunjuk untuk setiap bala yang akan menimpa diriku.  Setakat ni aku masih mampu untuk melawan gangguan ini, tapi tak tahu lah sampai bila, gangguan dari anak2 syaitan akan terus bermaharaja lela dalam mimpi2ku.  Gangguan yang menggusarkan hidup aku ni buat aku tertanya2 adakah ini hanya syaitan yang bermaharaja lela, atau perutusan dari pihak yang ingin aku tersungkur. Oh seumur hidup aku perlukah aku menempis segala gangguan yang amat membosankan ini, kenapa ada orang suka melihat aku rebah, suka melihat aku derita, suka melihat aku tergila2 pada yang aku tak sudi, suka melihat aku tergila bayang, suka membuat aku menjadi bodoh, suka melihat aku resah...oh persetan semua tu...selagi ada kuasa allah aku tak perlu gentar. 

Cuma yang berada dalam otak serabut aku ni, adalah fikir pasal orang berpura2 baik tetapi naluri dan perangai macam syaitan, aku lebih suka menggunakan perkataan satanzzz, coz aku rasa ayat ni paling cun.  Satanzz pada pandangan aku adalah orang yang mengambil kesempatan pada pandangan orang lain dia baik tapi dengan aku perangai cam haram ja, berlakon ala2 ustaz, komen2 pelbagai tapi sedikit sebanyak terkeluar gak jin kat kepala walaupun niat nak sorok.  Satanzz juga aku ucapkan pada orang yang suka kutuk aku kat belakang, depan baik nak mampus.  Satanzz lain juga pada aku kalau orang berpakat nak mengenakan aku, aku rasa memang satanzz puaka depa ni.  Satan dendiam lagi bahaya dok observe orang, pas tu kutip semua info shares ngan kenkawan pas tu discuss dengan kenkawan kutuk aku, wat aku cam orang bodoh cam aku tak tahu. 

Aku benci juga dengan satanzz yang berlagak baik depan bini, tapi belakang bini satanzz kaki betina. nak cover diri cakap orang tu jahat orang ni jahat, tapi sebenarnya belakang bini dia satanzz number satu.  Aku memang meluat dengan peel setengah satanzz yang berlakon baik depan orang ni, banyak dah aku kenal ngan satanzz jenis dia.  Satanz ni suka serang hendap time nak berlumba2 tunjuk dia hero, banyak gak satanzz cam ni yang berselindung di sebalik wajah dan sikap...Bila terkantoi satanzz ni buat2 mengaku baik depan bini, orang lain la jahat.  Satanz ni memang perangai cam haram....Ada gak satanzz suka mengajar orang lain jadi jahat, dan dia dok belakang tepuk tangan tengok orang yang terkena.  Ada gak satanzz mula2 geng dengan satanzz lain, tapi ada gak niat nak makan sorang..semua ni satanz kepala hitam...Lagu yang sesuai kat satanzz2  ni adalah lagu Stacy..Jahatnya Kamu......puas hati aku kutuk satanzzz kepala hitam yang bermaharajalela dalam dunia realiti dan dunia cyber...Aku tak pernah justified orang jahat sebelum dia cuba wat jahat dengan aku tapi aku careful dengan orang, bila naluri aku terdetik dia ni satanzz. Selalunya naluri aku tak pernah salah, memang kalau aku rasa dia satanzz tapi orang lain cakap dia baik, aku tetap dengan naluri aku, dia satanzz...Nampak macam aku selamber layan satanzz kepala hitam ni, tapi satanzz ni ada niat tak baik kat aku, ni yang buat aku sedih dua hari nie, satanzz kepala hitam memang dah terlepas dari bulan ramadhan, betul cakap Tham masa aku chat dalam fesbuk dengan dia, walaupun dia Chinese, dia pernah remind aku, satanzz akan muncul selepas ramadhan so you careful ...Nak ja aku peluk Si Tham ni cakap, Tham you are rite, tapi sat gi bini dia marah pulak, memang tembelang satanzz sudah aku hidu...




Tuesday, September 27, 2011

Taylor Sengal

Hari Sabtu pagi aku call dia tak jawab, petang pukul 3.00 baru dia call aku tanya nak ambil baju ke idak, dengan selambanya aku cakap event dah habis semalam, nak buat apa lagi.  Nak marah pun tak guna si lembut n.  Kalau nak ambil nak hantar kat kedai, petang aku SMS dan call nak ambil tak jawab pula, memang tak boleh pakai aku punya taylor  nie, lewat  petang sikit aku dapat SMS dia cakap tak ada.  Ahhh tak dapat bayangkan aku macam nak marah tapi tak boleh marah sangat, lately ni aku macam banyak cool berbanding dengan dulu.  Alhamdullilah aku cool, kalau aku marah2 mau takut orang nak kawan dengan aku, darah muda dah menjadi tua sebab tu dah kurang la menjadi marah.  Masa aku dok mengarang ni, dia masih tak jawab SMS karat aku, aku call dia tak jawab ..baju tu aku nak pakai Majlis Raya Tiaranita hari Khamis ni, nak maki pun buang masa ja kan, dia leh wat derk jew, nak gi serang kat kedai dia buang masa la kalau tak siap, baik aku tunggu ja lepas ni mau aku berkira nak tempah dengan dia...sadis punya taylor lepas menikah quality kerja abis, hilang tumpuan mentang2 dapat bini muda...hu hu hu.


Rindu Bertandang Lagi

Hampir setiap malam rasanya aku merindui dikau, oh malu rasanya kalau orang tahu aku rindu kamu, aku pun tak tahu kenapa dan mengapa salu je aku ingat kamu.  Adakah aku jatuh cinta lagi? adakah aku syiok sendiri?  adakah ini mainan perasaan ja? .semua ni berlegar di otak aku.  Kalau orang tahu aku rindu banget sama kamu, mana harus ku letak muka ini.  Tuhan tolong katakan yang ini semua hanyalah mainan perasaan aku saja. Rindu cam ni buat aku parah la, tak sanggup rasanya memendam rindu dari jauh, kalau orang tahu aku rindu sapa, agak2 dia orang gelak tak kat aku, ni yang aku tak sanggup nak cakap dengan siapa aku rindu.  Kalau sama2 merindu kan best tak la aku gila bayang sensorang, sakit dada aku bila acap kali berdebar fuh..rasa nak je jumpa tapi apakan daya, aku tak tahu dia suka aku tak?  Tapi hanya aku dan dia je tau sapa rindu sapa, sapa suka sapa sebenarnya nie...oh kusut aku ..

Dah hampir sebulan hidup aku tak keruan, tak siapa pun yang tahu, hanya aku ja tahu dengan siapa aku rindu. Tapikan aku pun confused, kenapa aku asyik ingat dia saja, sedangkan aku tak tahu dia ingat aku ke tak.  Banyak kali dan pelbagai cara aku buat untuk menghilang dan mengelak rasa rindu kat mamat ni, tapi tak boleh, ku cuba untuk lari dari bayangan wajah dia, tapi tak boleh la.  Hish merindu mamat itew buat aku separuh mati, cuba menidakkan sesuatu yang benar, cuba hilangkan rasa resah gelisah aku, setiap petang minggu aku gi jenjalan atau jog kat Tasik Perdana tu, motip nak hilangkan rindu aku kat dia. Tuhan je tahu..OMG...apa nak jadi dengan aku ni rindu kat .......tet tet..

Monday, September 26, 2011

Bila Saya Bosan

Bila saya bosan nak tahu tak apa ubat mujarab pada saya, bukan karoke, bukan jogging bukan berjalan atau berjogging.  Semua tu tak memberi kepuasan pada jiwa, apa yang kasi saya puas adalah dengan bershopping dan membeli barang yang kita idamkan tapi masih dalam proses KIV.  Seronok tau dapat kabulkan apa yang kita ingin miliki dan idamkan.  Lately ni banyak benda aku idam nak beli, tapi bila pi shopping perkakas dapur je aku suka beli.  Kalau nak senaraikan kat situ 1000 satu macam aku idam, pak menteri pun bancrupt kalau aku dapat.  Hari ni bersamaan 25 September 2011, aku declare hari aku paling malas, actually bosan ni, mandi malas, makan pun malas, bila ingat nak beli lipstic dengan baju ja, berkobar2 jiwa nak mandi dan keluar, macam2 akai la manusia adakan.  Lepas gi beli, aku merayau2 dalam SOGO, yang dah tak gah lagi aku rasa, baju pun hampes dah la ni banyak macam x dak style dah, thats why aku suka Hong Kong.  Bukan agung negara orang lain, cuma berselindung cuma menyatakan trend yang aku suka.  Memandangkan SOGO dekat ngan Tasik Perdana so aku plan bawak sport attire sekali, boleh tukar kat toilet, lepas merayau dalam SOGO, rasa tak ketahuan plak, apa yang aku nak beli.  Actually tak de benda yang aku nak beli, sekadar nak penuh masa lapang so aku kena la gi keluar2 rumah, kalau dok lam umah mau nak gila aku.  Balik dari SOGO, pusing masuk ikut masjid negara, terus gi Tasik Perdana, lemau juga tapi dok relaq lam kete sambil layan fesbuk, call shapiq dia ajak gi bowling.  Aku on jer, aku cakap aku nak salin baju ni, kalau jadi call aku balik.  So aku dok lam kete je dulu tunggu shapiq call, jadi ke idak.  Akhirnya dia SMS on, so apa lagi berdesup aku drive gi Wangsa Walk.  Jalan menuju ke sana aku fail sikit, aku memang tak suka jalan kat sana, tapi sampai la juga.  aku bukan naik main pun, aku tengok jer..Lepas hora2 tengok depa main bowling, lega sikit jiwa kosong aku ni...alhamdullilaj

Sunday, September 25, 2011

Aku Rindu Ayah

Hari ni aku terjaga awal tak tau pukul berapa, sebab bermalasan sangat lama sementara nak subuh.  Akhirnya tengok2 jam pukul 6.15 pagi.  Lately ni aku selalu rasa sejuk may be factor cuaca kot, kenkadang tak buka kipas pun aku rasa sejuk.  Kesayuan tiba2 masa nak ambil wuduk, tetiba wajah ayah menjelma, dengan spontan aku menangis sambil berwuduk, aku rasa ayah menangis di sana sebab lately ni aku banyak tinggal solat, itu yang aku dapat rasakan kesalahanku. Dah dua tahun ayah tinggalkan kami, tapi ayah seakan berada dengan kami, bila aku balik kampung.  Sedih tau ayah tak de, sebab ayah saya lain dari yang lain, dia sayang kami dengan cara dia tersendiri.  Selesai berwuduk aku tak dapat tahan sebab aku menangis sekuat hati, ya allah ampunkan dosaku terhadap ayah, jika ayah tersiksa di sana.  Sebelum arwah meninggal, dia pernah berjanji nak bawa aku menunaikan umrah dengan mak, niat aku tergendala sebab tak de muhrim, kalau tidak lama dah aku gi.  Masa hari raya pertama tu aku memang ada ziarah kubur ayah, setiap kali baca yassin depan kubur ayah, aku memang tak boleh nak control air mata berderai cam air ujan, orang memang susah nak tengok aku menangis tapi kalau ingat arwah ayah, aku menangis bagai nak rak, boleh demam. Masa tengah type blog ni pun air mata aku masih berderai, semua orang tak tahu masa ayah pergi meninggalkan kami, setiap malam selama sebulan aku menangis, tuhan je tau sensorang aku dalam bilik masa nak tidur tiap2 malam mesti nangis. May be aku sayang ayah lebih dari mak, bukan aku tak sayang mak , orang cakap muka aku sama ngan mak suka bertekak, aku pun rasa cam tu, kalau gi kedai kat kampung orang tua2 mana ntah tegur aku, muka hang sama ngan mak hang.  Aku jadi angin la plak, dah la aku tak tau sapa tegur, cara dia tengok aku cam dia dulu dok mengorat mak aku je.  Hu hu hu aku tak suka cara dia tengok cam gatal jew.

Apa2 pun ayah memang sayang kami semua, selalu kalau aku balik kampung, aku suruh ayah beli teh tarik la teh ais la, mee rebus la, koay teow la, ayah mesti laju pi beli.  Kalau awal2 pagi lepas solat subuh dia mesti gi cari nasi lemak dengan kuih kat kami semua walaupun mak ada masak sarapan lain.  Dia suka tengok kami berebut makan apa yang dia beli aku rasa.  Dulu masa kecik2 ayah garang kalau dia balik keje, bersepah kami lari takut kena marah, kalau balik waktu maghrib dia marah kalau x basuh kaki.  Mandi sungai pun dia marah, dia cakap air tu kotor, kat atas sana ada cina bela babi, sebab tu aku tak pandai swim atau mandi sungai masa kecik, kalau mandi pun kat tempat yang cetek ja.  Nasib baik masa dok ngan Patsy dia ajar aku cara swim, dah aku dah tau la swim la nie.  Cuma kau rasa tak secure untuk swim coz satu hari tu aku kejang dan ada gak semput dalam air, sebab tu aku tengok jer pool kat rumah aku ni, beringat je sebelum kena.

Berbalik pada cita ayah, dulu aku acapkali mimpi ayah, ada pernah ayah pimpin aku nak bawa aku ikut bersama dia, masa tu ayah dah tiada lagi.  Aku memang sedih bila berseorangan, memang kalau tak keluar dengan kenkawan aku jiwa aku lara juga bila ingat apa yang aku lalui.  Sebab tu kalau orang ajak jenjalan cepat je aku ikut, sebab tak nak kesepian kat rumah yang boleh kasi jiwa aku lara. Ayah salu buat kami gelak dengan barang2 dia yang tak boleh disentuh langsung, rumah kami semak dengan barangan yang ayah gantung.  Nak buat macam mana tu rumah dia, he he kami balik sekali sekala ja, tu yang tak boleh buat apa2 kecuali masa kenduri adik, dapat la kami kemas skit sebab konon2 kenduri nak buat pelamin.  Mak tak boleh buat apa dengan barang2 dia, aku tengok mak bahagia ja kawin dengan ayah walaupun depa tak bercinta, nasib baik ayah tak kawin lain.  Ayah bukan kaki pompuan, dia peramah je, banyak juga aku tengok mak janda suka borak lebih2 dengan ayah.  Ayah bengis sikit bila marah, kalau dia cakap semua kena ikut cakap dia, tapi tu masa kecil2 la, bila kami dah besaq2 ayah dah berubah sikit dia baca toleransi.  Yang best ingat pasal ayah, bila dia tengok mak aku pok pek pok pek, dia kasi signal kat aku ngan adik suruh keluar ayat dia "BM tunggu hampa tu"...bestkan ayah sporting. Kalau dia nak pergi pasar, dia siap paling cepat, mak aku terhegeh2 sat gi dia bising la, nak tinggai mak siap kira number tu yang aku tak tahan. 

Banyak lagi cita pasal ayah, kalau adik lelaki aku balik tebas pokok dia, satu hari kami semua makan tak lalu, kita orang siap buat lawak, kami dok lam zoo la ayah, kalau pokok semua tumbuh tak leh buang.  Kalau bangun pagi subuh semua lampu dia buka, dia gi solat kat masjid, awai dia udah bangun buka semua lampu, memang tak boleh nak layan tidor lama sikit la, semua kena bangun awai subuh tau.  Kalau kami tak pi solat raya dia mesti marah, dia cakap orang kampung dah tak kenal hampa semua sebab tu kena pi solat kat masjid.time raya. Banyak lagi cite pasal ayah yang wat kami adik beradik, mesti rindu dengan cara ayah didik kami, antara yang aku suka cam ne kami nak tau ayah dapat gaji dia mesti beli buah kat kami.  Ayah kuat komplen kalu makan tak sedap, dia cuma suka mak ja masak, kalau kak aku masak abis la depa kena komen kaw2 punya...Tiap2 raya aku salu beli baju melayu kat dia, aku akan tersenyum puas kalau pagi raya dia pakai, sebab ayah ni boleh tahan memilih nak pakai baju. Lepas arwah meninggal banyak kain pelikat dia kami jumpa, mahal2 punya dia tak pakai sayangnya. Mak banyak sedekah kat orang, yang pelik ada je kain yang masih menimbun la...kuasa tuhankan


Inilah kubur ayah...

Semoga ayah berada tenang di sana

Aku ambil gambar ni untuk kenangan..

Ayah tetap dihati aku...

Adik dan anak dia sangat rajin, tak payah suruh

Giliran mak pula..

Aku nak juga depa bergambar dengan kubur ayah

My Mum I love her too..sama muka saya kan..


Saturday, September 24, 2011

Sehari Bersama Saya..

Dari awal pagi tidurku diganggu bunyi alarm dari bangunan mana ntah, ada kecurian ke apa ntah la, semua ni buat aku terjaga dari pukul 5.15 pagi tanpa back up tidur balik.  Geram bukan main tapi apa boleh buat, tak tahu mana punca, dan tak tahu sapa yang punya angkara.  Sebenarnya aku ada jemputan raya, tapi dah letih makan banyak semalam dan tengok rumah berselerak sana sini, apa patut saya buat dah tentu la kena adjust kasi tak semak matakan.  Dari pagi bangun sesudah subuh layan fesbuk dulu, tu memang wajib macam diari plak nak kena update je hari, ada gak perasan bosan tapi dah tak tau buat apa layan juga la fesbuk ni.  Nasib ada blog bolehlah juga layan perasaan kat blog ni, kalau setakat fesbuk mana boleh tulis semua ni, sebab kalau dah mula mengarut aku memang bertimpa2 jer idea keluar, I cant stop it. 
'
Awal pagi aku masak nasi putih, lauk sempoi aku pagi ni sambal ikan bilis, tapi selera tak ok, so makan sikit ja, may be kenyang makan kat open house office semalam.  Lepas makan nasi aku makan buah mangga dari India yang Kak Su kasi hari tu, sedapnya buah mangga idi tu, manisnya, tapi tak boleh makan banyak sebab sebiji ja dia kasi.  Bermula dengan melipat baju aku gagahkan diri la buat juga supaya bajuku dalam washing machine dapat menggantikan penyidai putihku itu.  Sambil2 tu aku basuh baju yang baru,  dah siap kerja melipat aku basuh pula baju yang tak kumasukkan dalam mesin, konon2 baju ni tak leh kasar2 nanti rosak. Last week aku dah mop lantai so, this week aku simpan dulu sebab masih tidak menampakkan kotoran yang melampau, masih nampak baru dan cantik.  Bilik air pun aku dah basuh last week, tapi aku rasa bilik air bilik utama aku tu kena basuh lagi la, sebab ada yang aku rasa tak puas hati nampak kotor sikit.  Sapu sampah sarap dalam bilik semua bilik, kenkadang terasa aku menjadi bibik di rumah sendiri, tapi apa boleh buat sapa nak buat kalau bukan aku sapa lagi dok lam umah kecuali aku.

Petang aku gi jenjalan kat Tasik Perdana, malasnya nak keluar rumah sekarang tapi kalau duduk ja dalam rumah, rasa macam tak bermaya, so kena keluar jalan untuk segarkan minda untuk exercise kaki dan juga minda agar lebih bertenaga dan segar, so dapatlah aku keluarkan idea untuk layan blog ni.  Hari ni kat Tasik Perdana ramai photographer gila bergambar dengan artis buatan sendiri, tak la berapa cun sangat biasa pun biasa2 ja, tapi cara depa focus cam segak berbeno.  Ramai juga famili yang berpicnic ada juga yang berjogging bersama anak dan suami, ramai juga pelancung yang berkeliaran kat taman ni sambil makan ais krim tak lain tak bukan sapa lagi mat bangla la.  Hari ni tak ramai orang jogging, lebih kepada beriadah, ok la at least penuh tasik tak la aku takut sangat nak berjalan2 atau nak berjogging.  Before maghrib aku balik tak nak la duduk lelama kat situ takut hantu taman ikut aku balik, kenkadang aku takut juga.  Kalau bab2 beriadah ni aku suka sorang, coz kalau berteman tak jadi la, bila banyak stop2 aku x suka la. Balik rumah singgah beli maggi stok dah abis.  Tu ja yang saya lakukan hari ni sebelum pukul 10.00 malam.



My Next Trips Planning

Terlalu banyak tempat yang aku ingin lawati, atas dasar2 tertentu such kerja, cuti dah abis tinggal 5 hari lagi tahun ni, budget kenkawan dah susut, so terpaksa la aku pendamkan.  Sebenarnya aku dah bernaiwatu selepas balik Hong Kong my next trip adalah nak mengerjakan umrah, dah ada partner yang sesama lum kawin.  Tapi date dia kasi cam clash ngan aku punya timeline kerja, bulan Feb bulan yang penuh dengan kesibukan prestasi staff, moderation, merit, aku tak rasa aku dapat pergi umrah dengan aman.  Kalau tak dapat ke umrah, jangan la tak dapat aku nak ke Korea dulu rasanya aku nak, tengok la keadaan cam ne, Japan teruk asyik tsunami je, takut juga tempias kat Korea.  Oh dah lama aku nak ke Korea, actually masa gi Beijing tu aku lebih nak ke Korea, tapi geng tak de asyik suh set time tapi bila nak pi pelbagai reason masyallah kasi, bikin aku panas je mau ajak.  Bila aku dah pi, tengok pic aku mula la awat tak hajak tak hajak, kalau aku tau aku ikut, ayat paling menyampah dalam hidup aku dengar dari orang yang susah nak kasi commitment bila kata nak gi.  Bila aku nak gi mula la nak blaming aku, eeei please la aku bukan tak ajak, nkorang kasi 1000 satu macam reason, bz la, laki tak kasi la...ahh persetan itu semua, buang masa aku aja.  Negara idaman yang aku ingin lawati sebenarnya Jepun, OMG I luv Japan so much since I was 12 years old and I dont know why.  Kalau Japan masuk wakil Asia, I suka jew tau, sebab I memang suka Japan la.  Bila agaknya nak jejak ke Japan ni, OMG please tunaikan my niat untuk ke sana secepat mungkin, tak sabar nak jejak kaki ke bumi Japan. 

Kalau dua negara tu aku tak dapat pergi, aku kena jejak Vietnam dulu, sebab ada something yang menarik je kat sana compares to Cambodia yang aku dah jejak ari tu.  Hish bukan luar negara ja aku teringin nak pi, dalam negara pun ada nak tau tak negari mana aku belum jejak, Sarawak tau pity me sebab tak sampai ke bumi kenyalang lagi, orang lain cakap tak best, but I wont accept any comments until I jejak kaki kat sana.  Macam orang cakap Hong Kong tak best, tapi aku cam 1000 kali like ja.  He he kena ngan jiwa, fashion2 dia memang best gila tengok, rasa cam teruja ja.  Dalam negeri lagi yang lama dah aku tak jejak adalah Kelantan dan Langkawi, so kena plan nie nak pi juga. 

Ada yang yang ke Australia, ada yang ajak ke New Zealand, ada ajak ke US, ada ajak ke UK..sabar yer kenkawan kalau ajak tak dak black and white, buang masa aku jer..




Rumah lagi

Bukan nak show off tapi sekadar mengisi masa lapang nak menulis dalam blog, aku masukkan pic bilik aku ngan cabinet dapur aku.  Nak membeli satu dan memilih satu punya la susah macam aku pilih lelaki juga la susah nak berkenan.  He he pilih bedsheet pun kalau boleh nak hijau, tapi apa kan daya, mana ada color sama ngan color langsir aku unless beli satu gulung wat semua menda. Ini wat aku nak gelak guling2 ni kalau orang tanya aku jawapan tu la aku nak jawab.  Kenkadang orang suka komen sana sini, macam la depa tu perfect sangat, meluat aku, macam kat fesbuk gak ada naik meluat aku, kalau aku komen wall dia sentap, tapi kalau dia mengomen orang bukan main lagi.  Lumrah manusia suka mengeji dari memuji, apa motif pun tak tahu, agak2 apa yang ada lam perasaaan dia wat orang sakit hati, kalau kena kat dia siap kasi pelbagai alasan pula, yang aku rasa nak ambil ja video suruh dia tengok macam mana dia sebenarnya.


Ooops melalut plak dari topik aku nak layan hari ni, pasal bilik dan pasal cabinet dapur aku, cabinet kontroversi aku ni, yang bikin aku panas macam nak hempuk orang yang design mula2 tu.  Bilik ok memang tak buat apa2 renovation sekadar beli set tidur letak je, aku beli set putih, konon nak nampak bilik besar orang cakap, tapi masalah juga sebab cepat kotor.  Kalau tengok sofa ngan bilik tidur memang tak match color, kalau nak match semua alamat satu benda pun aku tak beli.  Cabinet aku pun aku pilih black and white, supaya nampak sama ngan perabut pilihan aku, kalau semua nak color putih susah juga sebab tempat masak kalau putih abis la, nampak cepat kotor, so aku pilih table top hitam dan cabinet bawah hitam, cuma atas aku pilih putih.  First punya contractor memang tak boleh pakai, buat cabinet aku cam budak sekolah kindergarten punya.  Sib baik dia orang tukar kontraktor, buat sorang tapi sebab expert hasil kerja memang bagus.  Betul kot orang cakap aku cerewet, so semua quality mesti bagus, aku rasa tak la sangat sebab sesetengahnya aku layan jer.



Cadar aku yang keempat, lemari aku pun putih tau

Dari bahagian depan


Cabinet controversi aku

Kecik ja tapi cukup untuk aku

My flat screen TV Sony..

Our pool di siang hari..

Pool kami di waktu malam, jarang orang mandi

Kalau ikut hati semua beli kat IKEA barang2 aku ni, tapi aku dah aim satu katil kat IKEA, my fren dari JB pun cakap, barang umah you banyak barang IKEA kan, semua depa kenal la plak.  Hari tu dah nak rembat set katil ngan tilam semua sekali, fikir punya fikir tak jadi, berkenannya aku dengan katil tu, tak pa tak pa kalau ada jodoh aku beli jugak katil tu, tak lari gunung dikejar ada je katil tu kat IKEA.  Meja makan aku sangat penuh dengan makanan that's why lum publish la dalam blog ni, kalau dah kemas nanti aku pamir la. Cukup dulu la dulu tengok yang ni...tunggu next plak. 


Taylor Aku

Wadus wadus, tahun ini bikin aku marah saja sama dia, aku call seminggu tak angkat tipon, janji lepas raya mau siap baju aku tu.  Dah la aku plan nak pakai baju tu untuk ofis punya Raya celebration, hu hu tak dapat la, nampak gaya, terpaksa pakai baju yang sedia ada, tabiat aku tak suka pakai baju dua kali untuk satu majlis yang aku rasa agak gempaq.   Tak pa tak pa sabar aku masih leh sabar gi may be salah aku berharap sangat agar baju ni siap, sejak menikah lain taylor aku ni rayan ka hapa, suka hati dia ja tak layan SMS aku tanya baju siap ka idak.  Rasa cam nak tukar ja taylor ni, tapi dia ja dapat wat baju aku sedap pakai, nak wat cam ne, tiga pasang baju aku lum siap.  Kain songket aku tu bercinta aku nak buat baju, konon2 simpan la incase kalau aku kawin dapat la pakai baju tu, he he dah empat tahun beli songket bunga tabur tu, kena buat juga la baju at least dapat aku pakai kalau ada majlis rasmi kat mana2. 

Setiap kali aku pakai baju yang dibuat salu dapat pujian sapa buat, so cam ne aku nak tukar taylor, susahkan cam ni kalau dah terikat ngan taylor sengal ni nak tempah baju kat orang lain sebab dia wat memang cantik.  Baju aku salu kena puji ngan orang cantik, tak tau la baju ka cantik jahitan ka cantik, janji orang puji jer cantik baju dia buat kat aku.  Lately ni aku suka buat baju kurung jer, coz body aku pun cam tak betul jer sekarang turun semacam, naik sekejap turun banyak la. Habis kain aku longgar, tak tau apa punca tak diet pun, cuma tidor kurang enak je.  Rindu bayangan kat sapa ntah la, so cam ne aku nak buat baju kebaya kalau cam nie, buat je baju kurung atau baju siti khadijah, tak la nampak susuk tubuh sangat, salu orang kata aku asyik pakai sendat dan terbonjol jer, nak wat cam ne bentuk tubuh cam tu, pakai pi la baju kecik ke besar sama je terbonjol..Aku tak marah tapi meluat kenkadang..tuhan je tahu


Wednesday, September 21, 2011

Susah Jadi Aku

Masalah aku adalah bila aku suka beramah mesra dengan orang, sebenarnya akunya perangai ni kalau aku ramah melampau2 dengan orang tu bukannya aku syiok pun ngan orang tu, tapi mungkin ada orang salah anggapkan.  Kalau kita kata kita tak suka, mesti dia cakap melayan lepas tu cakap tak suka, tapi nak wat cam ne memang tu perangai aku.  Kalau aku suka ngan lelaki tu aku wat tak gheti je kat dia sebab memang style aku, tak suka wat lelaki yang aku suka tu perasan aku suka dia.  Peramah aku aku juga leh mengundang tak puas hati kenkadang kat kaum sejenis dan kaum lawan jenis tak suka tapi apa aku nak wat aku azali perangai aku cam ni, may be sebab ni la kot aku susah nak dapat pak we kan.  Kenkawan minta maaf la yer, kalau saya menyinggung perasaan anda sebab lelaki yang anda minat baik ngan saya, saya x mengorat pun, saya suka mengusik saja. Tak kan sebab orang lain gaduh, komen aku kat fesbuk jadi isu, aduhai macam tak logik pun ada, statement bongok ni wat aku sentap jadi hari ni.  Aku memang tak kisah tapi kalau hidup macam dicontrol, aku tak reti la nak hidup tak best la macam orang gila pun ada nak berlakon jadi pompuan bebaik, sebenarnya ada orang yang suka berlakon baik tapi luar cam harem la.  Aku memang tak suka jadi pompuan jenis ni.  Itu ada rahsia yang belum aku cakap kat depa kalau dapat tahu mau jadi bahan hangat plak, aku pun tak tau nape ada ajakan itu, risau ada juga la tapi positive thinking la, kenkawan ajak.  Aku bukan perasan atau ditimpa perasaan, cuma aku pun rimas gak hari ni ramai sangat senyum kat aku, siap tanya nama siapa, tu pompuan, kalau lelaki cam ne. Sebab tu aku malas nak lunch kat luar sakit pipi aku kena menyekang nak senyum kat orang.  Sana tepuk sini tepuk, kenkadang mana nak lari ni, saya dah tak larat senyum arrrr...Memang senyum tu satu sedekah but if someone asking you semacam yang tidak bermacam2 so sendiri mau hingat la, awat cam tu ar. Naik takut aku kalau hari2 orang tanya nama aku nak berkenalan ngan lif, gila ke hape...





Tuesday, September 20, 2011

Ganti Puasa

Now I know, nak tau apa yang saya tau, oklah saya share skit kat sini, sebenarnya this year I dah pasang niat awal nak ganti puasa lam bulan syawal, so terlaksana la juga walaupun ada break break disebabkan masalah tertentu, pompuan biasalah tup2 tak leh nak posa diberi cuti2.  He he, bukan sengaja tau, so kena la tunggu hari yang sesuai nak sambung balik, masa aku tulis nie aku tengah ganti posa hari kelima aku tau.  Ermm,  first time in my life dapat wat semua ni, atas dasar apakah semua ni, atas sebab apakah semua ni, tuhan je tahu kan.  So tak yah la nak heboh2 lam fesbuk, cakap ganti posa, cakap buka posa sana sini, wat orang meluat jer.  So dok dendiam, buat la apa yang patut, kenkadang over sangat dok mengupdate status yang melampau batas nak tunjuk kat semua lelaki yang nko tu baik sangat pun susah gak kan.  Kenkadang enko berlagak alim tapi sebenarnya engkau tarak la alim tera mana pun susah jugak.  He he, bangun sahur aku tak dak masalah coz ari2 aku bangun 5 pagi, unless ari sabtu atau ahad lewat skit, coz dah set mind esok tak keje.  Ari minggu cam ne nak ganti posa asyik merayap je gi raya umah orang walaupun makan tak seberapa, jauh berjalan balik umah lapar, makan roti gardenia idak pun makan maggi dah lewat malam nak masak apa yer, masak yang senang dimasak cepat dimakan le. Makan le apa yang ada lam umah je, balance kueh raya semua rembat le, ingat2 rugi penat2 gi beraya makan ciput jer.  Tapi kalau nak maintain badan elok la makan sikit2, aku ni pelik sikit susah nak makanan pelik2 susah nak mencuba yang baru, macam aku nak pilih bf juga cam tu la aku, cam nak pilih kasut, semua tu aku ada masalah pelik...




Mimpi Lagi

Mimpi memang la mainan tidor, tapi kawan baik aku pesan sebenarnya mimpi tu satu peringatan, so berhati2 la juga walaupun ianya cuma satu mimpi.  Fikir2 balik nape ler asyik aku je jadi mangsa mimpi yang tak berapa best ni, bukan best pada sapa yang rasa perasan dan ditimpa perasaan, tapi tidak pada aku, acapkali mimpi aku berulang, seriyau mula menghantui aku.  Nape semua mimpi tak best@may be best untuk orang lain, he he, yang tak best sebab cam tak logic je, berapa kali nak masuk ganggu tidur aku.  Aku tensen la sebab banyak sebab la, yang aku rasa susah nak citer ngan sesiapa pun, kalau cite takut orang cakap bukan2 plak.  Serba salah dibuatnya, aku boleh berlagak cam tak ada apa2 yang berlaku, may be itu hanya gangguan syaitan2 kecil saja, harap2 cam tu la tiada apa2 yang buruk akan berlaku pada aku.  Aku masih berlagak tiada apa yang berlaku antara aku dan dia, masih mesra di dunia luar, tak kisahlah dia tau aku dah tau sebab aku rasa mungkin ini hanya mimpi  Sesungguhnya kejutan yang memberi peluang aku membaca ayat qursi, dapat membantu mimpi aku dari gangguan mimpi itu.  Alhamdullilah tuhan masih sayangkan aku, dapat memberi peluang untuk aku membaca ayat2 suci walaupun aku dalam keadaan tertekan dan menakutkan. Peluang membaca ayat qursi ini bukan sekali, tapi berkali2 aku masih boleh melawan setiap gangguan syaitan yang ingin mengangguku, alhamdullilah.  Gangguan dengan pakaian yang sama wat aku pelik dan berfikir dan terfikir apa maksudnya, kenapa mesti dengan baju itew, adakah itu uniform masa masuk dalam mimpi aku. Ya allah hindarilah aku dari malapetaka sekiranya mimpi untuk hanya untuk menzalimi diriku.

Friday, September 16, 2011

Mendaki BM Hill@2 September 2011

Semangat aku berkobar2 nak daki BM Hill, semua ni cousin aku la plan ajak kami naik BM Hill dan Bendera Bill.  Awal pagi aku dan adik dah sampai kat Taman Rimba Cherok Tokun, semangat la ni, tengok2 cousin aku lum sampai.  Kami park tepi mamat beskal, dok pacak wat apa ntah, bored dok tunggu cousin aku mai, aku pun apa lagi gebang2 la ngan mat beskal tu.  He he, satu menda melampau aku wat adalah minta pinjam dah posing kat beskal jap sebab aku nak tayang kat geng mat beskal KL.  Mamat tu pun sporting kasi aku chance, sebenarnya dia tunggu kawan dia, depa nak naik bukit sesama, bila dia dah mula bosan, akhirnya dia pun layan la sensorang naik bukit tu, tak sampai berapa minit dia pi, aku nampak kawan dia yang tersangatla hensemnya lalu depan mata.  Tanpa aku sedari dah lama aku tak exercise, macam bagus je nak naik bukit tanpa wat apa2 stretching.  Ni bukan apa sebab konon2 aku dah naik dulu so aku rasa aku mestilah larat naikkan, he he I told u all kalau dah tua tu buat cara tua, jangan dok rasa kuat sangat.  Memang aku tak fit la dah nak naik bukit la ni, so kena salu wat workout nak kasi fit.  Naik ikut track bukit, bukan naik ikut jalan tar ni.  Termuntah, rasa nak rebah semua ada masa aku panjat tu, tuhan je tau, tapi aku rasa silap la sebab termakan nasi dengan banyaknya untuk breakfast pagi tu, mengah semacam la.  Kasi muntah semua keluar baru aku rasa ok, minum air 100 plus, after a few minutes I feel gud.  Perlu diingatkan kenkawan jangan megah dan perasan, dulu dan kini tak sama tau, kalau dulu u kuar sesangat panjat bukit, main netball, main segala mak nenek, tak semestinya now u boleh wat semua tu lagi, usia menentukan segalanya. Turun bukit atas nasihat cousin aku, dia cakap ikut jalan tar je la tengok condition aku cam tak ok je, dia pun takut, anyway aku rasa kagum gak ngan dia ni sebab kasi semangat untuk aku naik walaupun aku tak larat.  Adik aku plak over dia cakap aku tok sah dok gatai la nak naik sebab dia risau tengok muka aku cam nak pucat lesi dan macam nak pitam.  He he moral of the story jangan la pasan anda kuat tanpa sebarang aktiviti exercise untuk fitkan badan, kalau idak mesti ada jadi poyo cam aku naik bukit muntah nak pengsan semua ada.  Turun bukit ikut jalan tar, sebenarnya sangat menyakitkan tapak kaki dan lutut, oleh itu next time kalau naik bukit turunlah ikut denai atau track yang sama, sebab menuruni bukit menggunakan jalan yang berturap, kesannya adalah pada betis anda, rasa ada muscle naik semua cukup.  Masa turun ikut jalan tar, wah wah banyaknya mat beskal dok turun lagu gilos, hensemnya depa, aku suka la tengok depa, tapi x sempat snap pic depa sebab depa laju sangat.  Ala rugi2 kalau dapat bestnya tayang kat orang, he he niat tak baik memangla tak dapat.  Rupanya taman ni glem la pulak untuk orang BM, ramainya orang beriadah dan berexercise di sini, aku dah lama tak mai walaupun dekat sesangat.  Bestnya hidup kat kampung kan dapat udara bersih nyaman, x sibuk bising kotaraya.  Ruginya aku berhijrah kat kotaraya, kalau diberi pilihan aku lebih suka dok kat BM la.  Kesan dari itu menyebabkan anda malas bergerak dan rasa nak duduk saja, he he...

Tumpang beskal orang

 Awas petanda ada mat beskal kayuh laju

Aku yang over

Penghuni tetap taman rimba

Bunga-bunga taman

Kebersihan yang mendamaikan

Sunday, September 11, 2011

Sofa Merah

Susah tau menjadi saya ni, kalau dah berkenan yang tu jangan la kasi yang lain memang saya tak boleh nak terima. Mesti saya nak yang saya suka mula2 juga, dah akhirnya saya dah beli sofa itu, sofa warna merah yang mana saya rasa tak match dengan langsir hijau saya. Apa nak dikata, sebab warna hijau langsir saya tu epal hijau susah la nak cari, so terpaksa la saya ambil color merah tu. Sebenarnya saya suka yang L-shape, tapi memandangkan ruang rumah tak berapa besar so terpaksa la saya amik color merah, saya suka color merah tu cuma kalau nak match memang langsung out la. Apa nak buat menjadi seorang saya adalah amat susah dari menjadi orang lain, saya suka yang saya punya suka. Susah nak dapat pandangan orang lain bab beli barang2 ni coz saya rasa saya punya taste lain macam sikit, may be sejajar la dengan jodoh saya sebab tu tak kawin, pilih bebeno cam la saya saya segak beno. Ha ha, lawak la kan saya ni kenkadang jiwang, kenkadang cam bodos betul bendul, kenkadang cam bagus sangat. Erm cantik tau sofa merah saya yang tak berapa nak match dengan bantal hijau dan langsir hijau saya. Oleh kerana nak match dengan lampu saya pun beli satu bantal hitam putih, ha ha h cam bunga ros dan daun pun ada, sebagai tokok tambah saya tambah bean bag untuk lepak bontot sakit, he he. Rasa cam comelnya bag tu, rona hijau gak, walaupun x berapa nak ijau, tapi still ijau la. He he semua yang saya perlu cantik dan kena dengan taste saya, saya tak suka ikut taste orang, sebab tu kalau shopping saya suka gi sensorang je.  Kalau orang ajak saya teman saya ikut tapi saya tak suka beli barang time orang tu nak beli, itulah saya yang pelik kan.

Apa2 pun kalau nak katakan umah saya hampir complete la, cuma saya rasa tak puas hati pasal tak dapat beli katil untuk second room je, second room tu saya rasa kalau famili datang perlu ada satu katil.  Hari tu dah nak beli kat IKEA tapi, atas dasar2 tertentu saya terpaksa cancell dulu, tapi saya akan beli juga katil itu, saya sudah jatuh hati sama itu katil. Kalau tak letak katil nampak cam semak samun ja bilik itu, so saya kena nekad beli juga katil utk kemaskan bilik.

Tengokla kipas, lampu, sofa, langsir, curtain, bantal dan bean bag saya, jangan gelak tau, color tak match langsung, sib baik cover sofa leh tukar..

 Kipas angin pilihan saya

 Lampu corak buluh saya

Bantal ni konon2 nak match dengan lampu dan carpet


Bean Bag saya


Inilah sofa saya yang merah menyala tu


Sofa, Bean Bag, Langsir, Bantal, lawakkan cam cili merah dan daun hijau


Match ke tak match, saya udah penin cari sofa ijau yang susah nak dapat


Pandangan dari bahagian depan'

Perasaan atau Perasan

Ya allah ya tuhanku, boleh tak aku tak nak ada perasaan cam ni lagi, aku dah letih la dengan mainan perasaan ni. Kalau kita betul-betul suka dengan orang mesti kita tak kisah kan siang malam dok ingat kat dia, tapi kes aku ni kes apa ek.  Aku cam risau tahap gaban, apa plak sekali dua jumpa, gila bayang cam aku syiok lebih2 kat dia plak.  Ni aku yang rasa kalau orang tahu mana aku nak sorok muka ni.  Adus, kalau leh tak mau la ada perasaan cam ni kat orang yang aku kenai sat cam tu.  Salah aku atau salah siapa semua ni berlaku, wah puitis gitu, boleh plak tanya soalan bodoh ni kat aku sendiri.  Kalau cite kat orang of course depa cakap aku yang gila, sebabnya aku tak yah tulis sini la, sebab aku je yang tahu.  He he, jangan memalukan diri sendiri untuk semua tu, jawapannya dah tertulis di dada sendiri.  Apa kes nak hebah hebah lagi kalau hebah alamatnya satu satu majalah tak cukup orang nak gosip ni.  Siang malam aku rasa rindu dengan dia, adus nape la tak dak orang lain aku nak rindu, macam tak sesuai je, minta2 la ni semua satu kesilapan, aku amat berharap spekulasi ini tidak benar.  Rindu setengah mati, rasa nak gila pun ada, duduk cam kucing nak beranak, celik mata nampak muka dia, mandi nampak muka dia, di mana-mana saja ada muka dia.  Salah aku ka kalau macam ni, tak terniat pun nak mengorat, dan tak berniat nak menyakiti hati orang yang minat sama dia, tak berniat nak rampas dia dari sapa2.  Cuma aku rasa semua ni berlaku secara tak sengaja, ada yang tersurat di sebalik yang tersirat.  Tuhan je tahu apa yang aku rasa di saat2 aku amat merindui bayangan dia...........wadus rindu banget..