Thursday, September 29, 2011

Adakah Cinta itu Memenatkan

Aku dah penat, nak tahu tak penat apa, aku penat dengan masalah kenkawan yang ada masalah rumah tangga dan masalah cinta yang mana buat aku takut nak bercinta takut nak kawin.  Tanpa aku sedari kenkawan dan saudara mara juga tak terlepas dari masalah ini. Bila ada yang bermasalah ayah mesti risaukan aku, mesti dia cakap "Kalau aku dengar mesti dia tak nak kawin', memang pun ada sedikit phobia dengan masalah rumah tangga orang. aku rela bersendirian dari terjebak dengan problem, sedikit masalah buat aku risau dan takut aku sangat takut title single akan bertukar jadi janda.  Sian aku kan, dah banyak masalah kenkawan aku tengok, aku bagaikan pendengar setia yang selalu menjadi tempat orang lain melepaskan masalah.  Aku kesian kat dia orang ni sebab tu aku mesti layan depa dengar, tapi tahun ni aku berjaya menghindari diri untuk mendengar problem kawan aku yang ada masalah lagi. 

Bukan aku tak pernah bercinta, bukan aku tak pernah merasa pedihnya bercinta, semua itu kukuburkan dalam hatiku. Orang yang aku suka orang yang aku cinta semuanya tinggalkan aku merana, tinggalkan aku terkapai tatkala aku merasa nikmat bercinta.  Mungkin ini yang menyebabkan aku dingin dalam bercinta, aku pun tak tahu, orang cakap aku memilih.  aku tak rasa macam tu sebab aku pernah jatuh cinta dengan mat despatch, aku pernah jatuh cinta dengan budak jurujual kat kedai ja.  Tapi aku rasa pedih bila tertipu dengan sandiwara semasa, pernah tiga hari aku menangis sebab lelaki yang aku suka lelaki yang aku cinta tetiba cakap dia nak bertunang.  Ha ha kesian aku yang ada nasib malang dalam percintaan, banyak lelaki aku kenal dan kebanyakan tiada kejujuran.  Ada yang berkahwin mengaku bujang dengan aku, bini call marah2 aku cam aku ja mengorat laki depa, adus ini aku paling menyampah, bila terkantoi nama akulah busuk.  Yang paling aku bengang lelaki mula burukkan nama aku, akulah yang jahat, time dia mengorat aku, time dia ambil aku pergi makan2 aku tak nak, aku la jahat sangat..Malang sungguh aku dalam percintaankan..he he.

Cinta aku memang membosankan, cinta pada aku bagaikan hiasan make up yang mengaburi pandangan orang lain nampak di luar cantik, tapi bila dicuci, itulah sebenarnya wajah sebenar kepalsuan yang ditaburi hanya untuk beberapa jam.  Telah aku cuba untuk mencintai dan dicintai, lupa segala kepalsuan lupa segala dusta cinta, tapi aku tak terdaya, bila kucuba untuk membuka pintu hatiku, sedikit tipu helah buat aku menyampah.  Kenkadang aku ingin bercinta kenkadang aku ingin menyendiri, ohh siapakah Mr Rite yang dapat merungkai kunci mangga dihatiku aku pun tak tahu.  Bila aku rasa suka pada orang tapi aku tak tahu harus bagaimana aku nak ucapkan, aku cuma mampu memendam rindu dan melihat dari jauh, Sampai bila aku pun tak tahu...aku takut dikeciwakan aku takut hanya aku bertepuk sebelah tangan. 

Pada pandangan kenkawan, mustahil aku tidak berteman, mustahil aku tiada yang special, sudah berapa kali aku menjawab memang aku tak berpunya.  Di wajah aku ni tertulis aku banyak boy friends ke, sedangkan memang aku tak berpunya.  Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang menyintai dari jauh, itu aku tak tahu ada juga kes cam ni, aku tak tahu dia suka aku, bila dia ikut cakap mak dia kawin, baru lah kenkawan dia cakap aku sombong tak layan.  Errk aku sombong, sebenarnya aku lebih suka lelaki yang berterus terang, mat salleh cakap direct to the point cam lagu Arrow plak 'aku tak marah'.  Kalau suka cakap la suka, nape dah kawin dengan orang lain baru cakap aku tak layan, mungkin orang ingat aku berlagak, sebenarnya tak la aku memang macam tu.

Siksanya bercinta siksanya merindu dan dirindukan, penatkan bila rasa rindu, sakit dada bila berdebar bila terasa suka bila terasa rindu nak jerit aku malu nak cakap aku malu, aku suka padamu aku rindu padamu.  Oh bila agaknya aku nak cakap saya suka awak kat lelaki yang saya suka, aku malu arrrrrrrr..tu kelemahan aku sebenarnya orang tak tahu, nampak aku peramah bagai nak rak, bab cinta aku malu la...








No comments: