Friday, September 16, 2011

Mendaki BM Hill@2 September 2011

Semangat aku berkobar2 nak daki BM Hill, semua ni cousin aku la plan ajak kami naik BM Hill dan Bendera Bill.  Awal pagi aku dan adik dah sampai kat Taman Rimba Cherok Tokun, semangat la ni, tengok2 cousin aku lum sampai.  Kami park tepi mamat beskal, dok pacak wat apa ntah, bored dok tunggu cousin aku mai, aku pun apa lagi gebang2 la ngan mat beskal tu.  He he, satu menda melampau aku wat adalah minta pinjam dah posing kat beskal jap sebab aku nak tayang kat geng mat beskal KL.  Mamat tu pun sporting kasi aku chance, sebenarnya dia tunggu kawan dia, depa nak naik bukit sesama, bila dia dah mula bosan, akhirnya dia pun layan la sensorang naik bukit tu, tak sampai berapa minit dia pi, aku nampak kawan dia yang tersangatla hensemnya lalu depan mata.  Tanpa aku sedari dah lama aku tak exercise, macam bagus je nak naik bukit tanpa wat apa2 stretching.  Ni bukan apa sebab konon2 aku dah naik dulu so aku rasa aku mestilah larat naikkan, he he I told u all kalau dah tua tu buat cara tua, jangan dok rasa kuat sangat.  Memang aku tak fit la dah nak naik bukit la ni, so kena salu wat workout nak kasi fit.  Naik ikut track bukit, bukan naik ikut jalan tar ni.  Termuntah, rasa nak rebah semua ada masa aku panjat tu, tuhan je tau, tapi aku rasa silap la sebab termakan nasi dengan banyaknya untuk breakfast pagi tu, mengah semacam la.  Kasi muntah semua keluar baru aku rasa ok, minum air 100 plus, after a few minutes I feel gud.  Perlu diingatkan kenkawan jangan megah dan perasan, dulu dan kini tak sama tau, kalau dulu u kuar sesangat panjat bukit, main netball, main segala mak nenek, tak semestinya now u boleh wat semua tu lagi, usia menentukan segalanya. Turun bukit atas nasihat cousin aku, dia cakap ikut jalan tar je la tengok condition aku cam tak ok je, dia pun takut, anyway aku rasa kagum gak ngan dia ni sebab kasi semangat untuk aku naik walaupun aku tak larat.  Adik aku plak over dia cakap aku tok sah dok gatai la nak naik sebab dia risau tengok muka aku cam nak pucat lesi dan macam nak pitam.  He he moral of the story jangan la pasan anda kuat tanpa sebarang aktiviti exercise untuk fitkan badan, kalau idak mesti ada jadi poyo cam aku naik bukit muntah nak pengsan semua ada.  Turun bukit ikut jalan tar, sebenarnya sangat menyakitkan tapak kaki dan lutut, oleh itu next time kalau naik bukit turunlah ikut denai atau track yang sama, sebab menuruni bukit menggunakan jalan yang berturap, kesannya adalah pada betis anda, rasa ada muscle naik semua cukup.  Masa turun ikut jalan tar, wah wah banyaknya mat beskal dok turun lagu gilos, hensemnya depa, aku suka la tengok depa, tapi x sempat snap pic depa sebab depa laju sangat.  Ala rugi2 kalau dapat bestnya tayang kat orang, he he niat tak baik memangla tak dapat.  Rupanya taman ni glem la pulak untuk orang BM, ramainya orang beriadah dan berexercise di sini, aku dah lama tak mai walaupun dekat sesangat.  Bestnya hidup kat kampung kan dapat udara bersih nyaman, x sibuk bising kotaraya.  Ruginya aku berhijrah kat kotaraya, kalau diberi pilihan aku lebih suka dok kat BM la.  Kesan dari itu menyebabkan anda malas bergerak dan rasa nak duduk saja, he he...

Tumpang beskal orang

 Awas petanda ada mat beskal kayuh laju

Aku yang over

Penghuni tetap taman rimba

Bunga-bunga taman

Kebersihan yang mendamaikan

2 comments:

Anonymous said...

Now that you know how to avoid these common exercise machine exercise workout mistakes, you can now head for the gym and get the best out of these exercises.

sweetmanis said...

thanks for your info