Saturday, September 24, 2011

Sehari Bersama Saya..

Dari awal pagi tidurku diganggu bunyi alarm dari bangunan mana ntah, ada kecurian ke apa ntah la, semua ni buat aku terjaga dari pukul 5.15 pagi tanpa back up tidur balik.  Geram bukan main tapi apa boleh buat, tak tahu mana punca, dan tak tahu sapa yang punya angkara.  Sebenarnya aku ada jemputan raya, tapi dah letih makan banyak semalam dan tengok rumah berselerak sana sini, apa patut saya buat dah tentu la kena adjust kasi tak semak matakan.  Dari pagi bangun sesudah subuh layan fesbuk dulu, tu memang wajib macam diari plak nak kena update je hari, ada gak perasan bosan tapi dah tak tau buat apa layan juga la fesbuk ni.  Nasib ada blog bolehlah juga layan perasaan kat blog ni, kalau setakat fesbuk mana boleh tulis semua ni, sebab kalau dah mula mengarut aku memang bertimpa2 jer idea keluar, I cant stop it. 
'
Awal pagi aku masak nasi putih, lauk sempoi aku pagi ni sambal ikan bilis, tapi selera tak ok, so makan sikit ja, may be kenyang makan kat open house office semalam.  Lepas makan nasi aku makan buah mangga dari India yang Kak Su kasi hari tu, sedapnya buah mangga idi tu, manisnya, tapi tak boleh makan banyak sebab sebiji ja dia kasi.  Bermula dengan melipat baju aku gagahkan diri la buat juga supaya bajuku dalam washing machine dapat menggantikan penyidai putihku itu.  Sambil2 tu aku basuh baju yang baru,  dah siap kerja melipat aku basuh pula baju yang tak kumasukkan dalam mesin, konon2 baju ni tak leh kasar2 nanti rosak. Last week aku dah mop lantai so, this week aku simpan dulu sebab masih tidak menampakkan kotoran yang melampau, masih nampak baru dan cantik.  Bilik air pun aku dah basuh last week, tapi aku rasa bilik air bilik utama aku tu kena basuh lagi la, sebab ada yang aku rasa tak puas hati nampak kotor sikit.  Sapu sampah sarap dalam bilik semua bilik, kenkadang terasa aku menjadi bibik di rumah sendiri, tapi apa boleh buat sapa nak buat kalau bukan aku sapa lagi dok lam umah kecuali aku.

Petang aku gi jenjalan kat Tasik Perdana, malasnya nak keluar rumah sekarang tapi kalau duduk ja dalam rumah, rasa macam tak bermaya, so kena keluar jalan untuk segarkan minda untuk exercise kaki dan juga minda agar lebih bertenaga dan segar, so dapatlah aku keluarkan idea untuk layan blog ni.  Hari ni kat Tasik Perdana ramai photographer gila bergambar dengan artis buatan sendiri, tak la berapa cun sangat biasa pun biasa2 ja, tapi cara depa focus cam segak berbeno.  Ramai juga famili yang berpicnic ada juga yang berjogging bersama anak dan suami, ramai juga pelancung yang berkeliaran kat taman ni sambil makan ais krim tak lain tak bukan sapa lagi mat bangla la.  Hari ni tak ramai orang jogging, lebih kepada beriadah, ok la at least penuh tasik tak la aku takut sangat nak berjalan2 atau nak berjogging.  Before maghrib aku balik tak nak la duduk lelama kat situ takut hantu taman ikut aku balik, kenkadang aku takut juga.  Kalau bab2 beriadah ni aku suka sorang, coz kalau berteman tak jadi la, bila banyak stop2 aku x suka la. Balik rumah singgah beli maggi stok dah abis.  Tu ja yang saya lakukan hari ni sebelum pukul 10.00 malam.



No comments: