Susah tau menjadi saya ni, kalau dah berkenan yang tu jangan la kasi yang lain memang saya tak boleh nak terima. Mesti saya nak yang saya suka mula2 juga, dah akhirnya saya dah beli sofa itu, sofa warna merah yang mana saya rasa tak match dengan langsir hijau saya. Apa nak dikata, sebab warna hijau langsir saya tu epal hijau susah la nak cari, so terpaksa la saya ambil color merah tu. Sebenarnya saya suka yang L-shape, tapi memandangkan ruang rumah tak berapa besar so terpaksa la saya amik color merah, saya suka color merah tu cuma kalau nak match memang langsung out la. Apa nak buat menjadi seorang saya adalah amat susah dari menjadi orang lain, saya suka yang saya punya suka. Susah nak dapat pandangan orang lain bab beli barang2 ni coz saya rasa saya punya taste lain macam sikit, may be sejajar la dengan jodoh saya sebab tu tak kawin, pilih bebeno cam la saya saya segak beno. Ha ha, lawak la kan saya ni kenkadang jiwang, kenkadang cam bodos betul bendul, kenkadang cam bagus sangat. Erm cantik tau sofa merah saya yang tak berapa nak match dengan bantal hijau dan langsir hijau saya. Oleh kerana nak match dengan lampu saya pun beli satu bantal hitam putih, ha ha h cam bunga ros dan daun pun ada, sebagai tokok tambah saya tambah bean bag untuk lepak bontot sakit, he he. Rasa cam comelnya bag tu, rona hijau gak, walaupun x berapa nak ijau, tapi still ijau la. He he semua yang saya perlu cantik dan kena dengan taste saya, saya tak suka ikut taste orang, sebab tu kalau shopping saya suka gi sensorang je. Kalau orang ajak saya teman saya ikut tapi saya tak suka beli barang time orang tu nak beli, itulah saya yang pelik kan.
Apa2 pun kalau nak katakan umah saya hampir complete la, cuma saya rasa tak puas hati pasal tak dapat beli katil untuk second room je, second room tu saya rasa kalau famili datang perlu ada satu katil. Hari tu dah nak beli kat IKEA tapi, atas dasar2 tertentu saya terpaksa cancell dulu, tapi saya akan beli juga katil itu, saya sudah jatuh hati sama itu katil. Kalau tak letak katil nampak cam semak samun ja bilik itu, so saya kena nekad beli juga katil utk kemaskan bilik.
Tengokla kipas, lampu, sofa, langsir, curtain, bantal dan bean bag saya, jangan gelak tau, color tak match langsung, sib baik cover sofa leh tukar..
Kipas angin pilihan saya
Lampu corak buluh saya
Bantal ni konon2 nak match dengan lampu dan carpet
Bean Bag saya
Inilah sofa saya yang merah menyala tu
Sofa, Bean Bag, Langsir, Bantal, lawakkan cam cili merah dan daun hijau
Match ke tak match, saya udah penin cari sofa ijau yang susah nak dapat
Pandangan dari bahagian depan'
2 comments:
whuaaaa nk dtg raya
meh la cik ririn
Post a Comment