Trip kali ni boleh dikatakan last minit sebab rancangan ni dari 7 orang tinggal 3 orang, yang selalu konon2 nak pi bila ajak tak tahu la alasan apa lagi nak kasi. Bila aku pi jenjalan, siap cakap la "nko bila nak gi jenjalan jangan lupa roger aku" bila dah ajak diam cam bisu plak. Ni aku malas orang cenggini, hangat sehari saja, lain2 hari beku lam peti ais, kata suka tengok aku jenjalan bila aku dah ajak tak plak nak pi. Bila aku pi mula la nak cakap rugi la tak ikut ayat ni aku dah muak dengar la. Tak pa next time langsung aku tak ajak la aku meluat orang perangai cam ni. Lagi pun time dia orang pi langsung tak ajak aku pun, kenapa perlu aku ajak dia orangkan? Kalau orang perasan, team jenjalan aku mesti tak sama, sebab aku ambil peluang untuk pi mana2 dengan geng mana2 untuk penuhi hasrat aku nak jejak negara yang aku nak pi, so aku tak kisah kalau ahli jenjalan aku orang tak sama nak tunggu sama susah la.
Pelbagai rintangan nak pi Saigon ni kami lalui, first macam nak kena kencing ngan Travel Agent, kasi invoice lain, real punya time kasi cam lain pas tu nak kena tambah2 plak. So we all decide ambil duit balik dan tak pergi langsung, ni semua ada seorang la konon2 nampak price dia ni murah so kami pun tersuka la nak harga murah. Last2 bila dah bayar deposit sorang RM500, nampak cam tiada apa2 yang menyakinkan kami untuk pi sana so kami collect duit balik. Aku ngan Ida siap gi serang ofis tu minta duit balik, ha ha kelakar la orang yang propose tempat tu diam diri, langsung tak ambil apa2 action aku memang benci dengan orang macam ni, nak senang ja, langsung tak nak buat apa2. Ingat aku keje travel agent ka dok urus semua benda kat dia yang konon2 cam tuan bayar saja, kami cam kadam pi buat semua benda kat dia. Last2 kami deal ngan satu travel agen ni yang accept untuk 3 orang saja pun untuk pi Vietnam, layanan dia ok bag dapat sorang satu, so aku puas ati la. Trip kami ada 3 orang aku, Ida dan Kak Lin, travel agent cakap kami ada 5 orang, dua couple dari Johor akan ikut kami, tapi flite dia orang lewat sikit.
Tiba di
Saigon@Ho Chi Minh City Airport, kami disambut oleh En Phoon, rasa cam artis plak kuar2 ramainya orang dok tunggu kat luar, puas kami cari banner nama kami, time kat Saigon behind Malaysia one hour. Fuh akhirnya kami nampak la seorang lelaki muda berusia dalam 30an menulis nama Ida, alhamdullilah. Jejakan pertama aku dah terbayang bandar ni sama macam Phnom Penh cuma maju skit saja, banyak penunggang motorcycle. Erm benar cakap Kak Ton aku tak akan suka Vietnam, aku dah mula rasa tak selesa masa dok ata van tu, tapi apakan daya dah book 4 hari so kena layan ja. Selepas ambil kami kat airport, Phoon bawa kami gi hotel, lepas tu dalam sejam kami di bawa untuk makan tengahari yang dah nak masuk petang. Hari pertama kami di bawa ronda2 dalam pekan Saigon saja, akhirnya lepas makan aku request bawa gi Hard Rock Cafe, sampai di sana aku beli la satu T-shirt as usual sebagai collection aku.
Transport utama orang Vietnam
Aku teruja tengok replica ni
Tempat wajib dikunjungi aku mana2 ada branch dia
Lepas tu dia bawa kami keliling bandar, rupanya kat Saigon ni kalau nak celebrate Chinese New Year dia orang bagaikan menyambut pesta bunga. Dalam bandar terdapat hiasan pokok2 bunga yang menghiasi taman3 dan depan2 pintu kedai dan hotel, orang Vietnam suka bunga Mei, warna dia kuning. Cam orang Japan suka bunga Sakura, cam tu la bungai Mei ni di sukai di sini. Masuk shopping complex nak buang air kami cilop cebok dalam bilik cleaner pas tu kena marah, merajuk Kak Lin tak mau masuk dah. Barang2 jualan dia macam kat Malaysia gak, ada Parkson kat Vietnam ni owner dia memang dari Malaysia. Merayau dalam shopping complex buat aku bosan rasa cam sama ja. Pas tu dia bawa kami tengok kilang Handicaped, di mana orang cacat bekerja di sini menghasilkan kraf tangan yang sangat cantik, tapi kami tak beli pun sebab mahal sangat. Pas tu dia bawa kami tengok kilang Handicaped, di mana orang cacat bekerja di sini menghasilkan kraf tangan yang sangat cantik, tapi kami tak beli pun sebab mahal sangat.
Ni la tempat Handicraft tu
Hasil kerja tangan yang sangat cantik
Antara yang menarik perhatian aku
Penat juga kami pusing town sebenarnya tak dak apa sangat kat Saigon ni, so kami pun suruh dia bawa balik hotel, pukul 8.00p.m dia ambil kami makan malam, lepas makan kami balik hotel. Balik dari makan kat masjid, Phoon terpaksa gi ambil dua orang couple dari Johor yang akan join kami esok dan sampai hari Isnin. Jalan boleh tahan jem, so dia tinggalkan kami tepi jalan, menapak, aku rasa sangat jauh, may be kami sesat, so sebab tu rasa jauh. Dengan bantuan beberapa orang yang boleh berbahasa English so kami pun sampai kat hotek kami. Lepas balik ke hotel kami kuar gi pasar malam plak, kedudukan hotel kami agak strategik dekat pusat bandar, so dapat la kami pergi nite market berjalan kaki saja.
Bergambar bersama bunga kegemaran orang Vietnam
Gaya bebas dari kami Trio
Cantik taw bunga ni
Bunga ni pun cantik juga
Sabtu, 21 Jan 2012,
Hari kedua, awal2 pagi kami gi breakfast dia suruh kami berkumpul pukul 9.a.m waktu Vietnam, kami dibawa melawat Chuci Tunnel, perjalanan kata Phoon mengambil masa sejam, tapi mengikut kiraan masa aku ngan kenkawan yang lain, masa yang sebenarnya adalah dua jam, jauh juga agak ke dalam untuk ke tempat tu. Tempat ni adalah tempat sejarah tinggalan perang semasa orang Vietnam menentang America, walaupun dalam sejarah Vietnam pernah dijajah oleh China, Perancis dan Jepun tapi kesan yang paling mendalam dan bersejarah adalah semasa pendudukan tentera USA. Kesan yang mendalam pada orang Vietnam sebagai negara komunis menjadikan mereka lebih terbuka sekarang, mereke mengamalkan dasar buka pintu. Penduduk Vietnam sangat suka akan orang Malaysia pada mereka orang Malaysia adalah sumber pendapatan mereka. Mungkin sikap semulajadi mereka yang lemah lembut buat aku tertanya kenapa mereka sangat bersopan berbanding China Komunis di China dan China Hong Kong.
Kesan2 perang di sini menurut En Phoon kurang dari 0.1% sahaja yang ditunjukkan kepada pelancong, ini bermaksud kerajaan negara ini masih mengekalkan tempat sebenar atau kubu yang menjadi kediaman mereka semasa perang. Size tunnel yang sebenar atau kubu yang dibina sangat kecil menurutkatanya lagi, orang Vietnam perlu mempunyai berat 40 hingga 50Kg sahaja, ini untuk membolehkan mereka melarikan diri dan masuk kubu. Size yang dipamirkan disitu hanyalah replica katanya, bila aku amati skil dan teknik berperang orang Vietnam aku amat kagum dengan kebijaksanaan orang Vietnam dalam membuat2 jerangkap samar hanya menggunakan benda2 yang tidak menggunakan modal yang banyak. Kasut dibuat dari getah tayar yang mana pada pendapat mereka ia tidak akan menghasilkan bunyi.
Testing masuk kubu
Kami bergambar kenangan kat jerangkap samar
Salah satu jerangkap
Agak bijak untuk negara ini menggunapakai barang2 yang dirampas hakmilik tentera USA, teknik kitar semula sudah lama ada di Vietnam, pada aku mereka sangat kreatif. Begitu juga dengan kubu bawah tanah semasa menyembunyikan diri dari tentera America, aku tak dapat bayangkan macam mana dia orang boleh tinggal dalam tunnel yang sangat kecil, tapi pelbagai kemudahan tersedia di bawah menjadikan mereka bertahan semasa berada di sana. Ada saluran untuk pernafasan, dan apabila mereka memasak asap keluar dari lubang yang tidak dapat mengesan di mana terdapatnya kubu mereka. Aku sangat teruja dengan skil mereka. Setiap orang vietnam juga diajar untuk mengenal pasti kubu2 pertahanan untuk menyelamatkan diri, misalnya di setiap pokok ditanda dengan cat, dan sehingga sekarang mereka masih diajar teknik berperang ini. Sebelum bertolak balik sempat juga aku beli topi askar Vietnam untuk kenangan.
Bergambar kenangan di tempat recycle barangan perang
Amaran sebelum memasuki tunnel
Pintu masuk
Pintu keluar kedua, ada yang ketiga tapi jarang ada orang masuk
Ubi kayu jamuan selepas masuk tunnel
Air Teh Vietnam ada daun pandan sedap tau
Balik dari Chuchi Tunnel ini kami di bawa melawat Muzium Perang Vietnam, pelbagai kisah kekejaman tentera US telah dipamerkan di sini, menurut Phoon Muzium ini tidak dilawati oleh rakyat Vietnam kerana mereka sangat bersedih dengan kekejaman tentera US. hanya pelancong yang akan melawat muzium ini. Di sini juga terdapat kereta kebal, helikopter, kapal terbang, bot, dan meriam tinggalan tentera US. AKu mengambil kesempatan untuk mengambil gambar2 ini sebagai kenangan. Selepas itu kami mohon dibawa ke masjid untuk solat jamak, tiba di masjid kami disambut mesra oleh jemaah2 dari kalangan penduduk Vietnam. Menurut mereka ahli jemaah mereka untuk solat jumaat hanya 5 orang, jika ada orang Malaysia dajn Indonesia yang datang ke sana maka meriah la masjid di situ, masjid nampak uzur tapi nampaknya dijaga dengan baik oleh tok imam dan isteri serta penghuni di situ.
Kereta Meriam tinggalan US
Bot Perang
Selepas selesai berjemaah kami dibawa pula melawat Post office dan gereje, ini juga adalah kesan tinggalan Peranchis, aku tidak begitu teruja dengan tinggalan ini kerana ia seakan sama dengan bangunan merah tinggalan Belanda di Melaka. Tapi aku ambil juga gambar kat situ sebagai kenangan, tak nak miss satu pun kesan sejarah kat sini, that's why aku datang sini bukan untuk shopping sangat nak tengok negara orang sama. Tapi apa yang aku lihat walaupun jauh aku redah ke negara orang Malaysia tetap dihati la, apa2 pun Malaysia masih terbaik di rantau Asia Tenggara ni, kalau nak banding Singapore tak boleh la sangat sebab dia lain sikit. Malam kami dibawa ke Masjid untuk dinner, masakan ala thai tapi rasanya tak la sama sangat, hanya boleh dimakan untuk standard aku, lepas dia hantar kami ke hotel aku n d geng seperti biasa melawat nite market lagi, apa ada kat sini malam2 pasar malam saja yg memeriahkan Vietnam, selain SPA dan massage. Lelaki Malaysia kalau datang sini mesti tak nak gi Siam punya body dia orang sangat gebu, kulit cantik putih mulus, cakap pun sopan santun.
Church tinggalan Perancis
Pejabat Pos bangunan tinggalan Perancis juga
Ni salah satu masjid kat Vietnam
Ahad, 22 Jan 2012,
Hari ketiga aku and the gengs dah mula bosan, tapi kali ni kami dibawa ke Delta Mekong, seawal pagi pukul 8.00a.m kami diminta berkumpul di depan hotel. Kali ni ahli rombongan kami adalah lebih ramai kerana kami digabongkan dengan pelancong dari Malaysia yang baru datang semalam. Kami menarik nafas lega kerana kami sempat mencari bahan2 yang dikehendaki dalam masa dua hari, nak tahu kenapa, Chinese New Year, hampir 90% kedai akan ditutup mulai hari Ahad untuk makan besar seperti kaum China di Malaysia mereka akan menutup kedai. Perjalanan menuju ke Delta Mekong ini memakan masa 3 jam menurut kiraan kami, sangat jauh dan membuang masa pada aku kalau tak pi pun ok. Sepanjang perjalanan kami hanya nampak sawah pada, yang buat aku tertarik dengan sawah padi ni adalah warna hijaunya sangat cantik. Mungkin tanah yang subur menjadikan warna pokok padi sangat hijau, ini membuatkan kami semua tertarik untuk mengambil gambar dari atas bus.
Cantik keindahan sawah kat Vietnam ni
Dalam sawah ada kubur dia orang
Antara yang pergi ke sana, memang mereka akan menanam mayat dia dalam sawah padi kepunyaan mereka. Antara soalan yang aku rasa paling kelakar aku tanya, he he What's the different and any meaning for the color?, nak tahu nape aku tanya sebab kubur dia orang ada banyak color so kalau tak tahu tu kubur memang kita ingat hiasan atau bekalan air untuk sawah padi. Jawapan dari En Tan your wish, any color you like you can propose before you die. nSepanjang perjalanan juga En Tan juga banyak bercerita pasal orang Vietnam yang makan ular dan anjing, sebab tu anjing tidak berkeliaran di sana. Ular tidak mampu dimakan oleh semua golongan Vietnam kerana harganya sangat mahal, alasan memakan ular adalah untuk menjadikan badan kuat, dan ular tidak akan mengigit mereka, bunyi agak kelakar tapi tak boleh la kita nak gelak kerana ini kepercayaan dan adat mereka.
Tempat Rehat Mekong
Jeti Sg Mekong
Perjalanan ke sana agak jauh, oleh itu kami berhenti untuk seketika di R&R Delta Mekong, kat sini untuk ke bilik air atau untuk merehatkan badan. Kat sini ada resort yang sangat cantik, kedai souvenir pun banyak, akur asa perjalanan untuk ke Delta Mekong ni memakan masa hampir 3 jam, macam nak pergi ke Ipoh. Bila tiba di pengkalan bot untuk menaiki bot dalam Sg Mekong, terkejut juga aku tengok keluasan Sg Mekong ni yang macam laut la. Tapi tak safety la sangat dia tak kasi life-jacket kalau bot karam habis la kami. Cuma perbezaan air laut tak sama la dengan air sungai ni air dia keroh la sikit. Tiada apa yang menarik hanya menaiki bot untuk ke pulau3 kecil di pesisiran Sg Mekong, melihat kraftangan orang vietnam, tengok dia menyanyi dan naik sampan kayu. Aku tak teruja langsung kat Sg Mekong ni rasa penat semacam.
Macam Jambatan Pulau Pinang kan
Air dia menakutkan dan keruh
Di bawa ke pulau di mana Candy kepala dibuat aku rasa sangat malas, badan mula rasa letih naik sampan kayu 11km tu kot, aku rasa sangat buang masa datang kat Sg Mekong ni. Kat sini ada pokok2 buahan tempatan macam kat Malaysia, buah Manggis, Durian, Ciku, Nenas, Buah Susu dan lain2 lagi. Aku menunggu masa saja bila lagi la nak balik ke seberang, lapar pun ada, dalam perjalanan balik ke daratan kami diberi minum air kelapa dan makan isi kelapa, sedap juga air kelapa ni manis semacam, tak tahu la baja apa dia orang pakai..he he. Sampai di jeti, aduhai mak cik2 sibuk plak beli belah topi dan beg pelbagai, macam tak pernah jumpa topi semua pakat dok beli topi. Dalam bus aku sangat letih, kami kemudian di bawa ke masjid untuk makan, kat situ kami mengambil kesempatan untuk solat jamak terus Zohor dan Asar tu.
Buah Ciku
Dia orang ada nyanyi lagu Malaysia
Dia ni bawa sampan
Aku dan Sampan
Selepas makan kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke Saigon City, dalam perjalanan pulang aku rasa majority orang dalam bus tidur kepenatan sambil hati mengatakan buang masa datang jauh2 cuma nak tengok sungai tu ja. He he, tapi untuk experience kalau nkorang nak jejak kaki kat sini tak salah sebab, kalau untuk kaki shopping tak sesuai la untuk lawat tempat cenggini. Barang kraftangan agak mahal, tempat mencabar juga kalau jatuh lam sungai memang kiok la tak dak sapa nak tolong. Balik dari situ singgah sebentar di Hard Rock Cafe Saigon, ni kali kedua aku jejak sebab first day aku dah datang. Tapi stok baju kat HRC sini yang lama la, aku rasa ketinggalan setaun. Kalau penang advance skit, baju dah lawo2 gila, frust aku nak beli jacket ingat semua tempat ada, rupanya jacket dia lama gila dan x cantik.
Second time juga dia bawa kat Pejabat Pos dan Gereja tinggalan Perancis tu, kami dok lam bus malas nak jalan sebab bukan ada apa, so u all nampak tak tempat dia kekurangan tempat lawatan, so kalau 4 hari u all akan pergi tempat yang sama. Balik dari sini kami di bawa untuk lihat pameran bunga2 di tempat yang hari pertama kami Phoon bawa kami, tapi masa tu dia belum buka untuk orang ramai masuk, so dapatla aku tengok keindahan bunga2 gubahan orang Vietnam yang cantik mekar mewangi bak bunga harum sundal malam, terus terang aku pun tak tahu bunga ni cam mana, ha ha. Petang CNY di Vietnam amat berbeza rupanya orang kat sini pakai baju raya tengok pesta bunga, macam orang melayu pakai baju melayu dan baju kurung dia orang pakai baju kebangsaan dia orang dan bergambar dengan bunga2 yang cantik tu. Sungguh cantik orang Vietnam bila memakai baju raya, ada juga yang tak mengenakan baju raya mungkin dari golongan yang kaya skit so moden la, gaya pun elit aku nampak.
Kami dibiarkan di situ selama satu jam setengah, so merayap la tengok bunga sampai penat, lepas tu kami dibawa makan kat satu kedai makanan muslim, kedai ni nampak elok dan cantik skit berbanding kedai2 lain yang kami makan. Aku, Ida dan Kak Lin dah mula rindu masakan Malaysia, so kami jamah sikit2 saja, dah rasa nak balik, apakan daya flite kami malam esok sangat lewat, so kami terpaksa menahan jiwa lara demi untuk menunggu flite pukul 9.10 malam. Kalau boleh main tukar2 sudah lama kami tukar, tak sanggup duduk negara orang lelama rasanya. Balik ke hotel mandi aku ngan Ida keluar cari pad, Ida period pulak, aku pun ada rasa2 cam tu, tapi aku ignore je. Nite market tinggai dalam 5 atau 6 gerai saja yang buka, aku beli telekong kat mak satu, balik hotel rasa cam berkenan dan menyesal plak tak beli dua tadi.
Pesta Bunga Di Petang CNY
Cantik tak bunga ni
Adik comel pakai baju raya
Bangunan ni hanya juga ada di Paris
Kedai Makanan Muslim
Isnin, 23 Jan 2012,
Ni hari yang kami tunggu2 tak sabar early in the morning rasa sukahati sangat2 sebab kami nak balik dah, siap babai2 dengan geng rombongan semalam depa lum pi Chuchi tunnel so hari ni depa pi la sana, kesian depa mesti tensen juga sebab tak dak kedai yang buka. Masa breakfast ada sekoq mamat ni dah kawin la dok ramah tamah sangat ngan aku, marah kenkawan aku cakap takut bini dia serang. Kelakor la mamat ni masa dok ngan bini dia pi Mekong tu eksyen semacam time bini tak dak bukan main peramah dia ngan aku. Lepas breakfast kami di bawa ke taman bunga dekat ngan hotel, ni taman bunga lain plak. Kat sini ada macam, ada bonsai, ada pokok bunga mai, bunga ong orang Vietnam time nak raya. Pelbagai ikan juga ada dalam taman ni.
Aku dan Natural Stone
Batu batu kebanggaan dia orang kot ni
Antara ikan yang ada
Dalam pada itu terdapat sambutan CNY di sini, di mana budak2 ni menari Lion Dance kat muka pintu park tu. Nampak sedikit ketinggalan dari orang China Malaysia tarian mereka tidak la begitu sempurna dan gah macam kat negara kita yang dikira dah taiko bab2 lompat atas tiang tu. Walaubagaimanapun demi membuang masa untuk hari ini aku dan kenkawan layan juga tengok dia orang perform. Begitulah cara orang Vietnam sambut CNY, pakai cantik2 dan melawat ambil gambar dan melawat taman bunga. Dalam taman ni juga terdapat pelbagai ikan yang sangat cantik dipamerkan, ada yang cantik, ada yang unik dan ada yang pelik, boleh katakan ada juga yang aku tak pernah tengok langsung. Amoi tour guide ni terlalu menjaga kami sehingga aku rasakan ada bodyguard yang wat kami tak boleh gerak langsung.
Ketua Lion Dance
Persembahan gendang
Lion Dance
Menurut amoi ni, pokok bunga may ni hanya berbunga pada CNY saja, oleh itu kesempatan ini diambil oleh mereka untuk melawat dalam taman ni. Pokok bonsai dan natural stone juga ada di sini. Aku tak tahu sama ada taman ni masih wujud jika tiada sambutan CNY, maksud aku ada tak orang melawat taman ni sebab ia hanya meriah pada musim perayaan. Bukan sahaja bonsai2 kat sini cantik tapi bunga2 dari pokok2 lain juga sangat cantik pada pandangan mata kasar aku ni. Orkid yang dipamerkan juga sangat cantik. Dengan cuaca yang panas aku dan the gengs cepat terasa letih, oleh itu kami ada juga duduk. Dalam pada itu ada pak cik dalam rombongan aku ni hilang, dia ni cakap tak larat2 tapi boleh pula hilang. Sementara menunggu amoi tu mencari pak cik tu kami duduk2 kat bangku sambil melihat Lion dance sekali lagi. Oleh kerana merasa lemau, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel untuk rehat. Sebenarnya kami tak berapa selesa dengan couple dari Johor ni, yang berlagak semacam, asyik condem pasal orang tapi time sendiri tak pula nampak buat salah. Tapi mak cik tu macam tertarik dengan aku sebab dia kata aku ni suka jenjalan, oleh itu dia nak geng dengan aku pi jalan, mula2 aku ok lepas tengok mulut dan cara dia aku malas nak geng2 sangat la.
Aku dan pokok Mei
Bunga cantik nama tak tau la
Awek comel Vietnam
Adik comel geram aku tengok
Balik kat hotel rehat dan kemas barang kami kalau boleh nak balik cepat2 dah tensen sangat, may be kedai banyak tutup dan tiada tarikan tempat, pada aku semuanya hambar indah kabar dari rupa. Apa la sangat yang ada kat Vietnam selain baju2 kurung manik yang mungkin murah pada sesetengah orang tapi pada aku quality tak la seberapa, oleh tu susah pada aku nak kondem lebih, kalu aku cakap baju taraf pasar malam, marah orang kat aku. May be barangan sukan dia pun ada juga yang kualiti, ada gred la, ada yang dijual lambakan di pasar malam, tapi kualiti dia memang la kualiti pasar malam, ada yang ori di jual di kedai ori, so sebagai pembeli tegar perlu peka pada jenis dan kualiti jangan melihat pada nama, tapi kualiti adalah berbeza.
Kingston Hotel aku menginap sini
Bergambar dekat lobby hotel
Check out pukul 12.00 kami di bawa ke makan tengahari kat kedai makan muslim, kat kedai ni kami nampak ramai rakyat Malaysia pun makan kat sini. Kami disuruh tinggal beg kat hotel sementara itu kami di bawa makan. Bukan rakyat Malaysia ja yang kami nampak dalam kedai2 halal, tapi rakyat Indonesia juga kami turut nampak dalam setiap kedai yang kami makan. Gaya mereka cam orang kaya juga, mungkin sebab tu mereka pun melancong, layanan orang Vietnam kat kedai makan ni sangat bagus pada kami, sedikit sebanyak menimbul pengunjung lain cemburu, bukan apa mereka mungkin drop by, kami memang dah bayar sekaligus pada travel ejen, oleh itu layanan lain macam skit la.
Last kedai Makanan Muslim kami makan
Kedai Busana untuk orang islam
Bag aku kat Airport, mau balik dah
Selepas makan kami pulang semula ke hotel ambil bag dan meneruskan perjalanan untuk ke Airport, di sini nak aku maklumkan airport Saigon sangat dekat, hanya dalam bandar sahaja. Singgah sebentar di Kedai Basiroh iaitu butik menjual pakaian muslima dan muslimah. Basiroh kalau kita imbas kembali, adalah salah seorang qariah Vietnam yang bertanding dalam Nuzul Quran kat Malaysia, kunjungan ini untuk melengahkan2 masa untuk check in kat airport. Adus letih juga, kenkawan aku ni bila nampak kekdai ni cam nampak gedung memebeli belah, tak cukup duit kad kredit dia swap, aku pun layan beli telekung, kain ela dan baju kurung ready made. Letih juga rasanya badan kami semua, sampai kat airport kami duduk tersandar sementara nak menanti masa kami balik.
Jumpa sorang mamat Mesia ni aku rasa dia first time kuar negara, dia dengan selamba boleh relaq, flite dia 6.15p.m. Aku soh dia gi check baru di pi, kalau idak mau terlepas dia nak balik, sian plak aku tengok, muka dia educated, aku rasa dia engineer minyak sebab masa aku tanya pada awal dia cam tercerita skit, dia dihantar kat oleh syarikat dia, soh flite dia tak sama dengan kawan dia sebab book lewat, kawan dia dah naik flite awalnya, sian plak aku tengok dia dok relaq tak check mau terlepas dia kalau tak check in masa aku suruh tu. Bila time kami sampai kami pun tak sabar la que nak balik, delay dalam 20 minit flite kami bertolak 8.30p.m time Vietnam waktu tempatan adalah pukul 9.30p.m sampai dekat 11.30 lebih malam, singgah solat. singgah makan baru la kami balik. Naik bus ke KL Central, Kak Lin hantar aku kat Menara TM, aku sampai umah dekat pukul 2.00a.m juga la kat rumah.
Cadangan aku kepada pelancong2 tegar yang suka membeli belah kalau nak pergi Vietnam setakat tiga hari dua malam aja, tak perlu lama2 sebab kat Saigon aku rasa cam tak da apa aja, tapi kalau anda minat dengan barang berkualiti cam Vietnam nak datang lelama ok la, bagi aku tak minat sangatla. Pada aku Vietnam dan Cambodia lebih kurang standard dia, cam adik dan abang, setakat nak melawat HRC aku suka la. Kesan dari ini apa yang aku dapat biasa la badan sakit melarat may be air minuman dia kurang bersih, badan aku bukan jenis lut sangat, kalau air kotor mesti aku sakit cam aku gi Jakarta & Bandung dulu sebulan juga badan aku cam tak ok, aku malas nak cakap kat orang cuma aku tau apa yang aku alami.