Tuesday, June 26, 2012

No Weekend

Alamak tiba2 dapat email dari GHCM, selected plak attend program Bersama Dr Lawrence, call penganjur nak cancell pi time lain boleh, dia cakap nanti Datuk email direct kat you,..Ah memang tak bleh blah main guna nama Datuk plak.  Tekan button attend je la, malas aku nak dapat surat merah2 ni, bermalam dua malam, tapi bermalam kat Hotel dalam KL.  Program tiga hari dua malam ni wat aku stress, ini bermaksud aku tak leh nak settle lampu2 kat umah aku tu. Lama dah beli tapi masih tak terpasang angkara Man Letrik yang macam bos besaq, setiap kali aku call tak jawab, time aku nak jimba2 dia SMS dah datang, memang tak boleh blah.

Aikk, next week aku nak kena pi Kelantan pula, dapat call dari Unit IR/ER, aku kena jadi panel DI kat sana, adoi nak tolak serba salah sebab ni dari group juga, kena angguk je la.  Bermalam semalam, balik petang atau malam tu, hari Selasa 3hb bertolak, hari Rabu 4hb malam balik. Aku sebenarnya ada masalah la nak bermalam dalam bilik sensorang, penakut la juga kalau aku dok lam hotel.  Macam mana ni aku kena berbaik dengan ketua panel, aku nak dok sebelah bilik dia, kalau apa2 jadi leh aku larik tidur dengan dia, sib baik dia pompuan..he he he

Kalau dapat gi shopping best juga, aku teringat serunding daging dan serunding ikan yang aku beli masa main futsal ari tu.  Masa bawa gi Korea sedapnya makan, memang aku suka kedai kakak tu memang sedap.  Kalau dapat aku pi Pasar Khadijah lagi, mesti tak lepas peluang cari kedai tu, aku layan dia punya serunding daging tempatan dia.  Aku nak beli kain batik dan baju batik juga untuk koleksi aku, semua ni bergantung pembentangan kes la.  Kalau masalah kecik aku habis cepat, kalau masalah besaq bersambung2 la, cam hari tu dekat dua bulan baru habis.


Friday, June 22, 2012

My Hairband@Cekak Rambut

Bila aku suka aku beli, aku kumpul, kat mana2 aku jumpa aku suka aku beli, memang susah la jadi aku ni, tidur malam tak lena, asyik terbayang-bayang la.  Suka mesti miliki, suka mesti beli, ni peel aku yang tak boleh ubah dari dulu dan kini.  Ntah tiba2 plak hobi aku beli hairband, may be sebab rambut aku panjang, dah gatai buat rambut kerinting, kembang la skit, rambut sedia kala lurus sangat, so nak jadi minah Korea konon2 buat la digital perm.  Bila dah kinting kena la jaga supaya tak rimas tak kembang, so sib baik collection lama memang sedia ada. 

Antara koleksi yang aku ada

Adus memang tak tahan within one week aku boleh beli 7 cekak baru, gila juga la kan rasanya, bila ada hobi cenggini, pantang nampak ja, aku nak beli, kalau aku tak beli aku teringat la pulak.  Ada juga yang aku beli tapi aku tak suka.  Ada yang mahal ada yang murah, tak semestinya sedap pakai, kenkadang yang murha lagi sedap pakai, yang mahal kenkadang sakit telinga.  Kat mana aku jumpa tak kira tempat standard ka, tempat biasa, aku suka aku beli la.  Setakat ni aku rasa sangat melampau sebab aku beli tujuh cekak dalam masa satu minggu.

Antara koleksi terbaru aku

Sebenarnya banyak gi hobi perabis duit, ni di antara yang aku suka la.  Beli brooch pun aku suka, beli rantai hiasan, beli baju hard rock cafe, beli stokin, beli spenda..hik2 ni tak leh tunjuk la, macam2 la kalau nak tulis. 



Durian oh Durian

Masa kecik2 rumah aku dikelilingi durian tapi masa tu aku bukan makan sangat durian, biasalah kan bila banyak depan mata memangt tak selera makan.  Mak pun sedekah ja kat jiran2 sebab mak tak nak membazir.  Tapi bila dok KL, bila teringin nak makan durian kena beli la, alang2 nak balik kampung makan durian cam tak berbaloi la sangat.  Hari Ahad bersamaan 10 June 2012, Shapiq bawa balik durian dari kampung dia, ajak kami makan kat umah Fanim.    Hanya beberapa orang saja dijemput, tak semua.  Ada juga yang tak datang, Cukup la dengan jumlah 10 biji tu, bukan boleh makan banyak pun .  Lama tak makan durian kampung memang sedap.

Durian kampung dari Johor, sedap tau

Antara yang join makan durian tu Aku, Fanim, Kaulat, Nomi, Ina kawan nomi, dan doctor kawan Shapiq dan Fanim, Kaulat bawa anak dia.  Aku as usual sesat, konon2 nak cuba jalan baru from KESAS, macam jalan salu aku balik dari main futsal, balik aku terer la sebab tak yah belok, adoi aku ingat nak cuba la.  On the way ke sana ada accident jalan menghala balik, jammed sebab orang dok tengok.  Hari mula gelap aku dah resah takut tak nampak Ampang tu.  Action nak cuba jalan baru, tu la padahnya, bila jammed, ari makin gelap, dada mula berdebar. 


Aku, nak juga bergambar

Ahli makan durian

Kaulat dan anak

Memang aku sesat la, aku tak nampak jalan umah Fanim, aku tersesat masuk Ampang Hilir, masuk Pandan la apa ntah, sambil kumat kamit selewat aku ku tekadkan diri, adoi next time jangan main cuba2 especially memalam. Kalau dah terer ok je nak cuba jalan baru.  Memang aku pun benci kat aku sebab suka sesat cam aku tak reti drive plak.  Memang aku tak nampak TESCO tu, adoi sambil selawat, akhirnya tuhan bukakan dan aku nampak jalan. Sampai kat situ pak guard kasi instruction soh parking kat luaq plak dekat ngan pool, mula2 aku nak marah, tapi memang kawasan pool tu kat luar tak yah masuk dalam letak IC pun. 

Nomi dan Shapiq seronok dengar cerita khemah kena sondol

Sengih2, depa dok gelak aku minah sesat, sampai kat sana layan durian hilang rasa sesat.  Memang sedap makan durian kampung berbanding makan durian siam yang letak kabad.  Kami borak dekat kedai makan sambil layan makan durian, cam bersantai la kami layan makan durian kat kedai tu.  Sebenarnya kedai2 makan tu terletak dalam kawasan swimming pool condo tu, dah jadi kawasan public pula bila kedai2 tu ada di sekeliling pool tu.  Anyway ok je kami layan makan durian kat situ tak da yang marah.  Lepas borak sakan, dengar cerita Fanim pasal trip dia gi naik gunung kat Surabaya, Indonesia kami balik la.  Balik aku tak sesat sebab dah pandai.  He he he..

Standard Chartered Run, Hari Belia@26 Mei 2012

Penat balik Korea belum abis, oleh kerana dah register, kena gagahkan diri juga la pi run ni, walaupun free tapi dah janji ngan kenkawan so kena hadir juga., support katakan.  Geng kami memang cam ni, suka wat sesuatu bersama2 kalau tak kami tak la join.  Kenkadang sekadar suka2, kenkadang kami suka buat apa yang kami teringin nak buat.  Tapi kalau charity run kami memang suka join, tak tahu nape, may be dah jadi trend kami, idak pun sebab kami tak berapa fit dan tak berapa kuat so lari yang fun run je, atau lari yang charity je la. 

Pada 26hb Mei, bertempat di Putrajaya, aku, Karen, Wan dan Del, menampakkan diri di sana untuk bersama2 dengan runner2 lain support larian belia ni.  Seawal pagi 6.30 pagi Karen pick up aku kat depan pintu pagar umah aku so kami jumpa dengan Wan dekat Mc Donald lepas tol Puchong.  Sementara tunggu Wan, aku sempat masuk dalam toilet sebab sakit perut.  Del pergi direct, may be dia terer jalan, lagi pun dia memang keje dengan TMnet dulu, so jalan2 ke sana mungkin dia terer juga. 

Sampai di sana, ngam2 aku ngan geng sampai, parking memang satu masalah, blocking sana sini, Wan tinggal phone number.  Aku ngan Karen, dapat parking mudah, lagi pun kete dia senang nak dapat parking skit sebab kecik.  Aku rasa mesti pancit coz aku langsung tak exercise, makan saja, lepas balik Korea, sebab kempunan makanan Malaysia.  Tapi sebab dah register, aku teruskan juga, tengok gelagat orang yang pakai costume, memang kelakar dan depa ni boleh dikatakan sangat sporting.  Aku dan Wan register 3KM je, Karen 7KM, ntah macam mana Del dapat 5KM, dengan semangat kesukanan Del teruskan lari 5KM tu.

Aku dan Wan dengan adik custome run

Aku tak pakai t-shirt free yang dapat biasa la rasa cam tak best ja t-shirt tu.  Aku pakai sendiri punya dan pakai skirt pink aku la, geng2 aku ada yang pakai baju kurung, baju melayu, aku tengok melemaskan dan merimaskan dengan cuaca yang panas, ada ka pakai cam tu, nak komen malas, tujuan dia orang ikhlas ke atau nak menunjuk atau nak dapat publisiti tuhan je tahu.  Tapi yang penting apa yang depa buat depa happy. Seperti dijangkakan aku memang pancit, so banyak berjalan saja, kami terjah dan rasa cam hebat tak buat apa2 exercise main masuk je, aku dengan penat jetlag lum abis, pun main terjah juga.

Del, Irma dan Aku


Ijal, Irma dan Pie


Masa tunggu Del, ada dengar bunyi ambulance, aku dengan gabra risau, ntah2 dalam Wan tu Del, aku cakap dengan Wan, tak puas hati terus call dia, nasib baik dia jawab.  Del kata adoi tak sangka hampa underestimate aku, he he, bukan apa ari tu dia cakap dia pernah pancit masa naik bukit, tu yang aku risau tu.  Dah tunggu semua habis, snap pitca untuk kenangan, ambil sijil, minum skit, kami  makan kat Presint 8, memang sedap makanan kat situ. aku tapau bihun sup bawak balik, walaupun dah layan nasi putih kat situ, air milo dia sedap bangat, wat aku terpikat..wallahh.

Aku wajib la posing



Monday, June 18, 2012

Meow Meow@Sarawak

Dah lama teringin nak ke Sarawak, tapi belum terlaksana sebab orang yang nak pi asyik tak confirm ja.  Ni Antara negeri yang aku belum jejak kaki lagi.  Cam kata2 sorang budak tu kat aku, luar negara hampa boleh pi, aparah Sarawak pun belum sampai, memang arrr taw dia satu Malaysia asik pusing ja, umah dia kat atas jalan ja, eksyen la ngan aku.  Bila agaknya2 aku akan sampai ya.  Harap2 bulan depan dapat la aku jejak kaki ke sana seperti yang dirancangkan, malas nak tunggu bulan December, dah tak sabar nak jejak kaki kat Kuching, next time boleh melawat tempat lain plak kat Sarawak.

Aku memang cam tu kalau aku teringin, alhamdullilah mesti ada peluang boleh ja pi, bukan pi dengan ayaq lioq la. Kaki aku memang la gatai skit kalau dok umah memang tak boleh blah bosan nak mampus.  Kalau gi jenjalan aku happy ja, boleh suka2 boleh shopping, tak yah jeles la dengan aku, tak dak sapa nak larang, mana aku nak pi.  Lagi pun jalan tu kena pilih orang juga, kenkadang ada gak yang tak best nak jadi geng jalan.  Ada gak yang busybody dok tanya aku gi jenjalan duit sendiri ke duit TM, he he he..nape soklan cam ni kuaq ek, sebab nampak aku cam salu jenjalan kot.

Apa nak jadi, jadi la, aku nak juga gi Sarawak next month, ticket, ticket jom cari ticket.






Saturday, June 16, 2012

My Dream Trip, South Korea@16May-21May 2012

My dream tour untuk Korea akhirnya terlaksana dan direalisasikan pada 16May-21May22 June.  Tak tergambar perasaan suka dan duka.  Sepatutnya plan nak pi 2010, tak jadi trip digantikan ke Negeri China iaitu Beijing. Asalnya hasil dari percaya mempercayai orang seseorang yang konon2 nak ke Korea pada tahun tu yang tak jadi, nak kata janji palsu yang ditaburkan pun tak kena sebab dia belum sampai lagi kat Korea sampai la ni.  Alhamdullilah syukur pada yang esa apa apa punsetiap keinginanku untuk menjejaki ke negara idaman dapat direalisasikan dengan mudah dengan keizinan allah.

Bila Kak Saadi email tanya, nak ikut gi Korea tak bulan April, aku on je ajak ramai teman2 tapi yang nak ikut aku hanya dua irang Kak Suzana dan Kak Lin. Tapi atas dasar apa ntah ia diubah menjadi bulan May, aku on je lagi senang keje aku settle bulan tu.  Salu kalau aku ajak tak naktapi bila aku dah pi, barula nak cakap best2, rugi tak follow tu tabiat ramai orang yang aku tak faham, bila dah  nampak best baru rasa menyesal. Apa2 pun aku dah pi dan aku rasa tak puas, macam nak pi lagi, oleh tu kat sini aku titipkan setiap langkah dan kenangan2 yang berlaku semasa kami di sana.  Tempat2 menarik yang dikunjungi di sini terletak jauh antara satu sama lain oleh itu kami berpindah randah dari satu hotel ke hotel yang lain.

Day 1@16  May 2012:
Hari ni aku cuti, walaupun flite aku malam, so kena la bersiap2 sebab aku tak kemas langsung barang, this time aku cam tak berapa ready sangat nak ke luar negara, lagi pun dah otai bab jenjalan ni so, buat selamba badak je. Hari Sabtu baru gi cari barang2 skit yang nak bawa, hish memang sangat tak prepare.  Ada lagi yang aku kelakar, kalau dulu aku salu suruh kak aku buat serunding, sekarang ni aku beli serunding kering dari Kelantan je masa aku gi main futsal untuk di bawa ke sana.  Aku dah tak suruh kakak masak serunding kat aku sebab aku tak nak ada masalah tumpah cam aku gi Hong Kong last year.

Seharian menanti malam, bagaikan menunggu buah nak gugur rasa rimas dan bored la, takut terlewat nak gi LCCT, Sepang.  Kami diminta menunggu di sana pukul 8.00malam sebab flite pukul 11.00malam, memandangkan aku cam dah taiko jenjalan skit, so aku dah berani kuaq lewat skit jumpa kat Kak Su kat KL Central, kami pun naik bus menuju ke LCCT.  Bus yang kami naik ni agak lewat jalan, so nampak gaya kami memang lewat skit.  Sampai kat sana semua orang dah check in, aku, Kak Su dan Kak Zah paling last, rasa lapar semua ada, so kami tak la masuk dulu, relaq makan kat kedai Burger King. 

Lepas tu kami check in masuk kat dalam, alamak nampak cam ramai orang Malaysia kat pintu boarding tu, aku nampak Pn Nyonya kat hubby dia pun ada, ni orang x-TM.  Kat sini baru la aku kenal geng rombongan aku, ada yang dah sedia aku kenal sebab majoriti orang TM kan.  Ada yang tak kenal, may be cawangan lain ataupun sedara sesiapa.  Ada juga orang luar yang digabungkan bersama kami iaitu 7 orang, pekat siut loghat negeri depa rimas aku, memang ganu yang dalam sana kot.  Bukan kutuk, cuma aku rasa tak faham sangat apa depa dok sembang tu. Bila berkumpul ada la amik gambaq kenangan untuk cerita aku ni.

Di Malaysia LCCT, Air Asia

Akhirnya tepat pukul 11p.m kami pun berlepas la ke destinasi, masa dalam flite kami disajikan nasi lemak, sebagai dinner ka supper ka aku pun tak tahu la, aku makan juga, takut tak jumpa nasi lemak kat Korea nanti woo.  Sedang kami menikmati nasi lemak berlaku satu tarikan graviti yang membuatkan aku rasa amat serik nak naik flite, dulu masa pi Beijing ada juga cuma tak la seteruk ni, sampai air semua jatuh, memang scary kalau jatuh berkecai la tulang kami semua. Cuaca pun kurang elok, mungkin sebab tu la kot, apa apa pun kami selamat tiba di Korea pukul 6.30 waktu Korea, kalau waktu Malaysia, lewat sejam la, 5.30 pagi yang mengambil masa kira2 6 jam. 


Pose wajib dalam flite

Di Incheon, South Korea, dah sampai

Day 2@17May 2012:
Bermulanya jejak kami di pada pagi 6.30 pagi waktu Korea, kami dijemput oleh tourist guide kami dari sana, iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki, Billy dan Jennifer.  Tiba di sana tanpa mandi dan tanpa makan kami dibawa menaiki bus untuk melawat Musem Kebudayaan Korea.  Oleh kerana cuaca yang dingin so badan yang tak la berbau walaupun tak mandi.  Melihat kebudayaan Korea dan sejarah negara Korea terdapat sedikit persamaan antara negara China, kemungkinan mereka dari satu rumpun.  Cuma terdapat sedikit perbezaan yang tidak ketara sangat.  Di dalam muzium ini terdapat pelbagai adat resam dan sejarah orang2 Korea, termasuk cerita raja2 korea. 

Bergambar di hadapan Muzium

Adat perkahwinan orang Korea

Kapal untuk istiadat kematian

                                                          Adik2 Korea yang sporting  

Selepas itu kami dibawa melawat untuk melihat rumah raja dari sini kami dapati raja Korea mempunyai simbolik yang tersendiri, di mana rumah beliau menunjukkan perbezaaan dengan rumah2 orang lain.  Asrama lelaki dan perempuan juga diasingkan, tetapi raja boleh bila2 masa2 saja pergi menemui pemaisuri asrama beliau.  Dalam pada itu turun hujan renyai-renyai, bagaikan memerli kami2 yang tak mandi tu. Korea negara sangat bersih, tandas dalam kawasan ini sangat bersih. 

Selepas itu kami di bawa untuk mengunjungi Nami Island, perjalanan mengambil masa 3 jam dari tempat kami berada, oleh itu kami dihidangkan dengan cerita2 rakyat Korea oleh Jennifer, akhirnya ramai di antara kami terlena di buai mimpi sebelum sampai ke destinasi yang ditujui.  Nami Island adalah salah satu kebanggaan rakyat Korea, yang menaikkan nama seorang pelakon iaitu Bai Yoon Joon dalam cerita Winter Sonata, sebenarnya aku tak tengok pun cerita ni.  Masa tu aku tak minat la Korea2 ni, masa tu aku memang setia kat Japan ja, aku memang suka Japan dari dulu kini dan selamanya.  Untuk ke Nami Island, kami terpaksa menaiki satu bot yang besar, dalam bot ni terdapat pelbagai bendera, termasuk bendera Malaysia, bangganya kami. Nami Island ini sebenarnya seperti satu kepulauan kecil tasik, bukannya laut.  Oleh itu perjalanannya tidak la jauh dari jetty.

Pintu gerbang ke Nami Island


Bendera Malaysia berkibar di Nami Island

Bila tiba di sini, kami dimaklumkan ada empat musim yang berbeza, so keadaan akan berbeza jika waktu lawatan kita ke pulau itu, view juga akan menjadi sangat cantik mengikut musim2 itu.  Aku dan group datang musim Spring merangkap ke Summer, tapi masih Spring la, ada sedikit sejuk dan panas di perantaraan musim ini.  Aku tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di pulau ini untuk dijadikan kenangan dalam diari vacations aku.  Bila keletihan aku stop minum coffe, kat sini surau pun disediakan, oleh itu jangan risau jika nak menunaikan ibadah di pulau ni.  Pelbagai replica cartoon terdapat di sini, yang mengambarkan unsur2 dalam percintaan.  Nami island ni aku rasa sesuai untuk berbulan madu, sebab memang tenang dan damai. Selepas dibawa ke sini, aku ingat pesan Kak Faridah jangan lupa makan Jagung, so aku pun beli la 2000won, lebing kurang RM6 duit kita.  Nampak cantik kuning, tapi bila makan macam plastik ja jagung tu, tak la sedap tera mana. 


Aku dan Winter Sonata

Pokok-pokok yang cantik

Nak bergaya jap


Surau di Nami Island

Replica yang menarik perhatian aku

Comel je kan bulat2
Jagung ni rasa cam plastik ja..

Akhirnya waktu makan kami pun tiba, kami dibawa untuk lunch di sini, tak berapa jauh dari jetty Nami Island saja.  Masuk ja kat dalam kedai tu aku rasa nak muntah, sebab bau ikan dia tak berapa menyenangkan, orang Korea tak menggunakan kunyit untuk menghilangkan bau hanyir so aku tak dapat terima bau tu pada awalnya, aku rasa nak muntah.  Tapi cover saja, makan juga nasi dia orang yang sedap tu dengan benda lain yang aku rasa boleh makan, overall first timer memang tak boleh terima la, aku nampak orang lain rembat saja makan tanpa rasa was was.  OMG susah juga yer, semua makanan atau serunding aku ada dalam luggage macam mana nak amik so kena la rasa apa yang ada untuk mengenyangkan perut buat sementara.. 

Pura2 suka sebenarnya tensen, tak selera

Selepas dari itu kami di bawa ke Hotel Vivaldi Park Resort untuk check in, hotel kami sangat mewah dan menarik di mana aku rasa sangat tertarik di sini. Sebenarnya kami diberitahu oleh Jennifer, kawasan di persekitaran hotel adalah tempat orang bermain SKI, oleh itu kami dialu2 untuk datang kali kedua bermain SKI, memang sangat indah pemandangan di situ.  Di kepala otak aku mula terbayang pokok2 diliputi salji2 yang sangat putih, mesti menarik dan tertarik, next time aku nak cuba datang waktu winter la pula, nampak macam menarik.  Di sini kami terputus dengan talian internet so, no WIFI, no Facebook untuk aku, yang ni ja buat aku tak best bila dok di kaki gunung kat Korea ni.

Vivaldi Park resort atau pun Daemyung Resort


Day 3@18 May 2012:
Kami masih di kawasan pergunungan, tapi hari ni kami kena angkut semua barang kerana kami perlu tukar hotel pula yang lebih dekat dengan kawasan yang akan kami tuju.  Perjalanan kami di hari ketiga adalah menuju ke Mount Sorak atau Taman Negara Korea.  Perjalanan mengambil masa dua jam dari hotel kami, so as usual, Jennifer akan mula bercerita sedikit sebanyak mengenai orang Korea, antaranya bagaimana rakyat Korea tidak begitu suka untuk menimang cahaya mata, yang dikenali sebagao DINKS@Double Income No Kids.  Antara punca2 mereka tidak begitu berminat untuk memiliki anak kerana yuran pengajian sangat tinggi.  Di samping itu ada juga beliau bercerita orang Korea menggangap Japan sebagai musuh mereka, mungkin kerana sejarah silam. 

Sungai cetek yang sangat cantik dan bersih

Sawah padi orang Korea

Sedikit bahasa diajar untuk kami supaya tidak ditipu oleh orang Korea, tapi apa yang menggelikan hati kami adalah sebenarnya orang Korea sangat rajin belajar dan pandai berbahasa Inggeris, tapi bila di tanya dalam bahasa itu, ia sangat menjadikan mereka stress, dia orang tidak boleh memberi maklum balas dalam bahasa Inggeris walau sepandai mana pun dia orang belajar,  Oleh itu Jenifer mengajar kami dalam bahasa Korea, Ajousi= Lelaki tua, Aujoma=Perempuan tua, Onni= Perempuan cantik dan muda, orang Korea suka dipanggil Onni, Lelaki muda pula dipanggil Oppa.  Kami juga diajar untuk memuji orang cantik iaitu yewpoyo.  Berterima kasih Kamsahamida, discount, mahal  semua ada la.  Sebelum sampai ke destinasi kami di bawah untuk makan tengahari di sebuah kedai yang sangat unik, kat sini juga disediakan surau untuk orang islam bersolat.


Restoran, kami makan kat sini, ada surau kat atas tu


Makanan ni aku boleh masuk skit sebab, sup seafood ja

Sebelum tiba ke destinasi kami digalakkan untuk berehat supaya tak penat, bila tiba di sana cuaca sangat panas, untuk sampai ke puncak Mt Sorak kami perlu menapak dari tempat letak bus hingga ke kereta cable.  Panas dan penat juga la, nak menapak ke sana, lepas tu kena tunggu kete cable turun plak, sungguh menakutkan kerana dia dapat menampung sehingga 50 orang, dengan tali yang sangat kecil aku sempat ingat tuhan mengucap dulu, takut jadi apa2.  Adoi lagu yang mendendangkan sangat trajis, macam mengingatkan kematian, aku dok depan sekali so memang sangat gayat aku rasa. Sampai di sana tak sudah ngeri naik cable car tu, aku rasa tensen plak nak kena naik tangga pi panjat Mt Sorak tu plak, aku tertekan sebab panas dan kasut yang tak berapa sesuai.

Takut taw naik cable car ni

Mt Sorak

Posing bagai nak rak atas tu, kami pun balik la, perjalanan turun ke bawah pula buat kami ketaq sekali lagi,  lepas turun Jennifer nak bawa kami melawat tokong plak, nak suruh tengok patung budha pula.  Patung ni lebih kurang cam kat Kelantan saja, tapi aku dan beberapa orang lain layan saja, ada yang tak mau ikut so depa dok kat bawah tunggu kami balik.  Masuk tokong tengok sejarah dia sikit, dapat tangkap gambar dengan student universiti pertahanan dia orang so kami pun turun kat bawah, aku jadi kepingin jagung so beli jagung lagi sekali, tapi warna dia putih plak sekali ni.

Patung Budha Besar

Bergambar kenangan dengan adik2 Korea

Selepas ke Mt Sorak kami di bawa ke Fish Market@Pasar ikan di sini, kalau siapa yang selera boleh makan raw@mentah, Erkkk jangan harap la aku nak makan, he he, tak selera aku, nape la ni adalah salah satu intinerary, setakat market ikan tak bawa pun tak pa kan.  banyak udang, ketam, ikan apa ntah dijual disini masih hidup masih segar bugar, selepas itu terdapat sedikit pergaduhan kat sini, oleh itu kami cepat2 dibawa pergi oleh Jennifer.  Di sini juga dijuai ikan kering, sotong kering, ikan masin, ikan bilis dan pelbagai hasil laut.  Ramai juga2 kakak ahli rombongan aku yang beli, aku jangan harap la nak membusukkan beg aku nak beli semua ni. Selesai membeli kami dibawa untuk makan malam di sebuah restauran sebelum check in ke hotel baru, tapi sama cawangan dengan hotel yang sebelumnya di sini kami diberi kesempatan untuk merasa bagaimana orang Korea tidur tanpa katil tapi next day perlu pindah hotel lagi, serius aku tak suka pindah2 ni.

Jagung putih, tak berapa sedap

Ketam banyak kat sini

Pelbagai jenis ikan ada di sini

Biasa la aku kat pasar pun nak bergambar jugak


Pelbagai jenis ikan kering di jual di sini

Ikan Bilis pun banyak

Day 4@19May 2012:
Awal pagi lagi kami udah check out hotel, nak bertolak banyak tempat kata Jennifer, So lepas breakfast di hotel kami seterusnya, dibawa ke Ladang Strawbery dan pusat membuat kimchi.  Sepanjang perjalanan kami dapat lihat pokok2 padi ditanam di tepi2 jalan.  Perjalanan memakan masa dua jam dari hotel,  setibanya di ladang kami diberi peluang untuk memetik lima biji buah untuk dimakan, aku dan Kak Su jahat juga kami petik lebih dari 5 biji sebab buah tu sangat sedap dan manis, Tak jauh dari situ kami pergi melawat pula tempat membuat kimchi, dan kami juga di ajar cara2 mebuat kimchi, bahannya sudah tersedia, cuma kami diajar melipat perisa ke dalam kobis sahaja.  Pengalaman yang indah ini kami semadikan dalam gambar je la, Selepas itu kami diberi peluang untuk mencuba pakaian kebangsaan orang Korea iaitu Hang Bok.  Aku tak lepas peluang untuk mencuba dan bergambar sakan, dan perasan sangat comel di kalangan ahli rombongan. He he


Ladang strawberry

Nak buat kimchi

Pakai Baju kebangsaan Korea


Hari ni kami akan menjadi kanak2 riang, sebab kejap lagi kami akan ke Everland untuk melihat Taman Tema ala2 USS ataupun Disneyland.  Bila masuk saja ke sini aku lihat taman ni tak la berapa gah macam USS ataupun Disneyland tapi biasala kalau dia dah bikin mesti dia puji melambung2.,  Games dalam ni pun tak berapa best sangat, nampak biasa saja.  Yang menariknya keteapi kayu dia la kot..ntah la tak sesuai untuk orang dewasa, budak2 ok la kot.  Kami tak diberi masa yang panjang dalam ni oleh itu hanya untuk tengok2 aje dan beli sovenir, aku pun tak berapa teringin sangat nak main apa2, pada aku x la wonder sangat.  Dalam everland ni aku dapat beli selai t-shirt dan fridge magnet skit.

Pintu masuk Everland

Awek ni keje kat pintu masuk Everland

Cantikkan..

Serius, takut game ni

Comel ja pak we dan mak we korea ni

Cantik burung-burung ni

Selepas dari itu kami kononnya akan di bawa untuk shopping, oleh kerana kesesakan lalulintas raptai sambutan hari budha kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke situ, kerana banyak jalan ditutup dan banyak kereta tersadai. Tour guide kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke situ, tapi aktiviti ini akan dibuat keesokkan harinya, di sini apa yang aku nampak kami tidak mempunyai masa yang panjang untuk membeli belah, abis la. Sebelum pulang ke hotel kami dibawa ke sebuah restoran pakistan atau india muslim untuk menjamah dinner kami. Kami diberi masa untuk melawat kawasan sekitar, sekiranya ada apa yang kami dapat beli, aku dan Kak Su tengok alahai quality tak seberapa, tapi harga shopping complex, wallahualam, segan plak, kalau nak banding duit dia orang memang tinggi kita rasa mahal la barang dia orang.

Raptai yang menyebabkan kesesakan lalulintas

Unik kan balai polis Korea ni

Day 5@20 May 2012:
Oh ni hari terakhir untuk kami shopping, semalam tak dan, so aku kena cepat2 la rembat apa yang nak kena beli dan apa yang orang pesan.  Seawal pagi kami dibawa breakfast di restoran India Muslim tu lagi, lepas tu kami dibawa ke kedai ginseng, yang kononnya barangan kawalan kerajaan.  Setibanya di sana kami diberi briefing oleh orang2 sana mengenai ginseng, as usual usaha menaikkan nama ginseng Korea dilakukan, dengar je la.  Ramai juga yang beli walaupun harga ginseng ini mencecah harga Seribu lebih.  Aku tengok je la, lepas tu kami disuruh turun kat bawah, rupanya kat situ ada jual kedai sovenir, oops nampak plate yang Kak Zie pesan, aku beli terus takut lupa.  Kat sini juga aku ada beli fridge magnet sebagai kenangan.  Lepas tu kami di bawa ke kedai Amethyst, aku beli satu brooch la yang murah je RM85.

Selepas dari itu kami di bawa ke kedai alat make up, kat sini harga bukanlah murah2 cam pasar malam, so kalau nak beli set cam BB cream tu mau kena ada duit dekat RM600 lebih, baru dapat satu set.  Aku beli bedak tu pun RM150, tak daknya bedak nak murah2, kalau nak murah pakai bedak sejuk, he he he. Di samping tu aku tercari2 BB cream kak farid kirim, tak dak pun jenama tu.  Lepas tu kami gi Duty Free, untuk shopping dan solat kat situ.  Aku ngan kak Su meronda tengok barang2 la, dalam tu ada kedai make up juga tapi susah la, nak cari barang kiriman tak sama dan tiada yang dikehendaki.  Aku ada beli sovenir kat sini, aku ada beli barang kat sini, aku beli chopstick besi dan keychain. 


Bedak buatan Korea

Stokin aku beli, comel

Koleksi peribadi sebagai kenangan chopstick dan mangkuk nasi

Dari duty free kami pi lunch pula, lepas lunch kami sambung shopping kat Dongdaemun, kat sini kami diberi masa sejam lebih je, mana sempat, nak cari barang2 orang tapi alhamdullilah dapat barang kak Jay.  Penat aku tanya barang kat tu kat semua cawangan susah nak ada.  Pusing2 kat shopping Complex Doota tu, aku beli purse dan sovenir aja.  Ikut masa kami turun aku dapat beli stokin panjang 2 pasang. Lepas dari itu kami pun dibawa ke Myeongdong pula, di sini aku tengok macam Petaling Street ja.  Cuma aku rasa best dapat jumpa kasut idaman yang aku tak suka online tu.  So aku pun rembat la warna merah, sebenarnya aku suka warna purple tapi time beli aku pilih merah sebab color dia cantik.  Kat sini tak dak apa yang best sangat, macam biasa nampak kedai make up cari barang kak farid tak jumpa, stress betul.  Nak beli jenama lain takut plak sebab tak pasai aku kena ganti duit, kalau dia tak mau barang tu.


Kasut baru aku

Akhir di situ kami pun pulang ke hotel, sebelah malam ada orang datang jual brooch aku beli untuk mak dan adik beradik aku je, mahal juga brooch kat sini, so tak la dapat aku nak kasi sovenir kat orang, hanya untuk family member saja.

Day6@21 May 2012:
Akhir terakhir aku dan group berada di sini, kami diminta bersiap pukul 4.00pagi, subuh masuk 3.30pagi, adoi memang tak boleh blah awai sangat kena bangun. Dah la aku tido agak lewat malam tu, pukul 12 baru aku nak tido.  Semua barang aku siap kemas, konon cam bagus la, ada cite di sebalik kemas barang ni.  Awal pagi kami dah bersedia, bus pun dah tunggu, siap awal2 ingat nak pi mana rupanya dia bawa pi kedai makan apa ntah, kami diberi makan Yudong@sup taugeh plus sayur ntah apa2, kat sini nak rupanya ada shopping complex dia juai macam2 tapi mahai nak mampus, sib baik aku dah beli barang2.  Kalau terlupa nak beli boleh la beli kat sini.

Berlakon makan cam sedap

Nie la rupa Yudong tu

Sampai di Airport kami buat group check-in, nak jadi cerita aku memang la careless, masa imigresen check aku memang terkantoi la, botol air, pencuci muka kak jay aku terlupa letak dalam hand luggage, memang kena rampas, lagi satu dia nak rampas pengepit kuku sovenir korea tu aku merayu2 please this is my sovenir, I want to give to my frens..adoi geram bila ingat2 kena rampas pencuci muka tu, sebab aku cari penat sangat nak jumpa.  Memang tahan nafas ja, sampai kat hidung nak marah pun apa guna memang aku careless lupa nak check, tu cecair. 

Bergambar kenangan masa nak balik Malaysia

Dalam flite tempat aku kena rembat plak, oleh pasangan suami isteri, tak nak bergerak pula bila tempat aku declare tempat aku.  Geramnya aku, aku beralah ambil tempat lain, tiba2 ada plak yang dapat tempat lain aku dapat pula dok kat tepi tingkap, pada aku orang teraniaya selalunya akan terpelihara, siap kakak2 tu tanya, uik Manisah nko baca doa apa dapat dok kat tepi tingkap..he he ..orang teraniaya memang la tuhan sayang aku cakap.  Dalam flite kami dapat makan la, tapi tak cukup untuk tampung perut kami, bila landed je aku terus ajak kak su makan dulu, dalam pukul dua lebih kami dah sampai, ding dong sana sini makan, dok sembang lama, tunggu bus dari LCCT so sampai dekat2 pukul 5 juga kat ofis, aku terus balik ofis sebab kereta park kat sana.  Sampai kat umah exhausted gile, nasib baik cuti esok, tapi walaupun cuti aku rasa kepenatannya hampir seminggu may sebab pertukaran cuaca dan masa yang tak sama.

Aku ingin terbang lagi ke Korea