Salunya kalau nak jenjalan overseas, aku memang well prepare, apa yang aku tak beli untuk dibawa, especially negara yang bercuaca lain dari Malaysia. Ermm may be dah salu pi jenjalan dah muak nak prepare lebih2 plak. Banyak benda ada pun kenkadang aku beli juga, sebab hilang dalam simpanan aku, hik2 tu la masalah aku, tak jaga sangat barang yang aku beli. Bila simpan balik baru nampak la kat sini rupanya tersorok, rugikan tapi apa boleh buat attitude sendiri yang merugikan diri sendiri. Tak nak jadi macam kat Beijing dulu, terlebih prepare tapi bila pi sana ada juga yang miss.
Trip Korea ni my dream la nak gi jejak kaki kat negara cam ni, may be sebab ada tarikan tersendiri. Pokok Sakura, kebudayaan, cara hidup, adat resam, barangan buatan tempatan, itu antara yang menarik aku ke sana. Kalau setakat tengok cite korea, Nami Island, pulau dia orang shoot filem, bukanlah tujuan aku sangat, saja nak tengok sebagaimana yang digembar gemburkan oleh kenkawan aku yang dah jejak kaki ke sana. Aku beli jacket baru, yang sesuai la dengan suhu kat sana, boot dah lama beli, cuma tunggu nak pakai ja. Kami beli kat SOGO ja, barang, untuk tambahan aku berli glove dan topi baru, saja buat collection.
Yang lain, cam legging aku memang dah ada banyak, so tak payah beli sangat, seluar jeans pun tak payah beli, sebab konon2 aku target nak beli kat sana. Makanan aku ada juga beli sikit2, cam serunding daging dan serunding ikan, sabun, shampoo semua beli baru juga, walaupun dah ada tapi takut tak cukup sebab salu jalan sangat. Mangga dah ada dua tiga, so amik je la dalam simpanan, so that's why aku cam tak yah prepare sangat kan, dah otai jenjalan kat luar negara. Perasan la pula, aku memang tak ready langsung sekali ni nak pi Korea.
No comments:
Post a Comment