Friday, June 1, 2012

Larian Bendang Teluk Intan@Teluk Anson

Aku ke Perak lagi, kali ni aku plan jalan2 cari makan, bukannya untuk berlari, ahh tak minat la lari2 ni.  Kalau geng paksa rela la aku register tu pun sebab dapat t-shirt lawa.  Ni lah aku sebenarnya aku patut bertugas untuk TM Career Fair 2012, oleh kerana kepenatan jaga Jumaat 6 April 2012 tu aku decide, aku tak mau tolong dah next day, kepala aku sakit stress tak boleh pusing.  Sib baik dah inform geng, lagi pun ni bukan aku punya task so tak leh la nak marah aku, aku jaga benda lain.  Aku memang sakit kepala sangat, makan pun makan cincai saja, lapar juga time jaga counter tu.  Penat juga melayan karenah pendatang2 yang tak faham bahasa dan pendatang yang tak layak tapi mau cuba nasib, merayu2 aduss stress nak marah pun ada kesian pun ada.

Anyway my next day adalah journey ke Teluk Intan, aku akan bermalam di sana bermula 7hb April dan balik 8hb April.  Sebenarnya ikut hati ni macam nak jenjalan cari makan je tak la plan apa2 di samping adik2 ni masuk Larian Bendang .  Actually masa gi sini aku cam tak sihat je, may be penat jaga booth semalam, tapi aku layan ja.  Sebenarnya menyesal juga ikut sebab tak berapa sihat, tapi dah janji dengan orang so gagahkan diri pergi juga.  Sampai saja di sana layan Mee Rebus Mastan Ghany, lepas check in layan gi cari jetty tapi tak jumpa jumpa tempat apa ntah yang sangat cantik.  So berposing2 skit kami kat sana, balik dari itu kami rehat kejap kat hotel dan berjalan malam kuaq menapak gi makan plak kat depan Menara Condong Teluk Intan.  Dah dua kali aku jalan sini, nampak gaya sesuai dengan tahun melawat perak la pulak.  Cantik plak tengok lampu2 dekat menara condong bertukar 4 warna so, memang lawa la kalau sapa dapat tengok.

Majlis Perbandaran Teluk Intan, tempat ambil race kit

Menu di Kedai Mastan Ghany

Layan Mee Rebus Mastan Ghani

Keindahan alam semesta ciptaan ilahi di bumi Perak

Bila lampu merah menyala

Biru pula

Hijau my favor color

Purple pun ada

Esok pagi ikut budak2 tu gi  ke tempat larian iaitu depan Majlis Daerah Teluk Intan, aku dalam tidur tak berapa cukup layan je la, tanpa arah tujuan sebenarnya kalau aku tak follow lena kat hotel pun ok.  Jumpa geng2 budak lari, snap2 pitca, tengok aksi dan gelagat depa, layan budak2 runner yang baru rasa cam best plak, adik2 tu cam kasi aku happy je.  Walaupun baru kenal mudah mesra dan berbudi bahasa, adik2 tu may be budak2 ni memang terdidik dengan sifat2 kesopanan sebab tu nampak sopan santun ja depa ni.  Anyway best la jugak layan dengan budak2 adination Shah Alam ni, orang cakap tak sombong mudah mesra.

Aku sempat amik gambar budak2 lari juga, majoritinya runner2 dari group TT yang aku kenal, cuma aku tak ikut depa je.  Sebenarnya aku tak rancang trip ni bukan sengaja tak nak join group TT, sebab tu kena perli dengan depa datang senyap2 tak ikut dia orang.  Tapi ada yang tahu aku pi, sebenarnya badan aku tak sihat sebab tu aku perlu tidur tempat yang selesa, kalau tidur homestay abis la, mesti tak best kena kongsi ramai2 dah la aku tak ok menambah moody je kat aku.

Gabungan Chap Ayam dan TT Kuda

Lepas lari dalam pukul 12 tengahari kita orang check out dari hotel, otw nak balik singgah makan nasi kat kedai Ghulam Rasul, aku makan nasi beriani, memang sedap la dengan harga yang berpatutan.  Next trip kalau datang Teluk Intan wajib singgah makan kat sini sebab memang best nasi dia, lauk dia pun banyak, pada aku dengan price RM5 sangat berbaloi, kalau aku keje dok kat area sini sure kaya raya, sebab cost living yang rendah.  Lepas makan kami bertolak la balik ke KL, masing2 nak balik awai, ada group runners lain gi jenjalan kat Teluk Batik, tapi kami mau pulang awai so dalam pukul 4.30 petang kami dah sampai KL. 

Nie la kedai Gulam Rasul

 
Sedap dan murah taw nasi beriani ni

Trip aku kali ni memang hanya untuk jalan2 cari makan saja, tiada tujuan lain pun, kenkadang indah kabar dari rupa, sedap berkata2 memuji sedapnya makan tu makan tu, hanya orang yang makan dapat menilai sedap ke idak, pada aku kalau yang sedap tu aku cakap sedap, mana yang aku tak cakap sedap, pandai2 la nkorang tafsir kenapa aku tak cakap sedap pun...bila masuk dalam mulut rasa biasa saja mana leh puji sedap kan.  Walaupun ada geng yang suka menyemak wall dia cakap sedap2, pada aku saja nak penuhkan wall dia je tu, idak pun dia saja nak menyakitkan ati orang lain, sebab dia dah terkena tak sedap...judge sendiri la tak elok plak saya yang cakap sedap tak sedap ni..he he he.


No comments: